Panduan Mencuci Mesin Basuh

Farah Waheda Wahid
3
PANDUAN MENCUCI MESIN BASUH

Mesin basuh… Peralatan WAJIB yang MESTI ada di dalam sesebuah rumah… Kalau tak ada, memang terpaksa angkut berbakul-bakul pakaian kotor ke dobi layan diri yang berdekatan dengan rumah masing-masing ya tak? Tak ada bekalan air pun terpaksa angkut berbakul-bakul pakaian kotor ke dobi layan diri juga kan? Hu hu hu… Sama juga halnya kalau mesin basuh kita rosak! Tak ada pilihan lain sementara menunggu dibaiki atau sementara menunggu mesin basuh baru sampai, mahu atau tidak terpaksalah pergi ke dobi layan diri untuk membasuh pakaian-pakaian kotor yang dah mula menggunung di dalam bakul. Takkan nak biarkan tersepuk kat situ jer sampai mesin basuh dibaiki atau mesin basuh baru sampai?

Ada orang, selalu sangat bertukar ganti mesin basuh disebabkan mesin basuh asyik rosak jer… Ada orang boleh tahan bertahun-tahun lamanya dengan menggunakan mesin basuh yang sama. Hurmmm…Mesin basuh kat rumah tu dah hampir berbelas tahun dah digunakan, Alhamdulillah, kondisi dan keadaannya masih lagi elok seperti biasa dan setakat ini tak ada apa-apa masalah. Mudah-mudahan kekallah begitu hendaknya… Ahaksss… Laughing out loud… Tak mampu lagi nak membeli mesin basuh baru… Berharap agar mesin basuh yang ada ni dapat berbakti sehingga tahap maksimum… Macam mana nak mesin basuh tahan lama?

Memanglah kita gunakan hampir setiap hari mesin basuh untuk basuh pakaian kotor kita, akan tetapi kita ni manusia yang tak lari dari khilaf yer tak? Ada masanya kita boleh jadi terlupa yang sebenarnya kita kena basuh mesin basuh kita. Nak tahu bila masa yang tepat untuk cuci mesin basuh? Pointing upSEMASA PAKAIAN MENJADI HAPAK BILA DITINGGALKAN SEMALAMAN DI DALAM MESIN BASUH DAN BILA ADA BANYAK SEAKAN-AKAN KERTAS ATAU TISU YANG DICARIK. Itulah tandanya anda kena mencuci mesin basuh itu!

Bagaimana nak cuci? Ikuti perkongsian yang Farah dapati dari FB Panda Bekki:

Langkah 1

Cabut penapis yang ada di dalam mesin basuh dan cuci sebersih-bersihnya. Kemudian pasangkan semula.

Langkah 2

Pilih program atau course mode “TUB CLEANING”. Jika tidak ada pilihan tersebut, boleh pilih “SOAK”. Kalau tak ada juga, boleh pilih mana-mana course cuma pastikan pilih pada pilihan yang terdapat pada cycle wash SAHAJA. Pastikan WATER LEVEL adalah tahap maksima. Tekan butang START.

Nota: Pastikan tidak memasukan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata.

Langkah 3

Bila air sudah 1/3 penuh, letakan bahan pencuci bersesuaian diantaranya :

1. SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram)

atau

2. Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )

atau

3. Jenama CALGON @ COSWAY @ OXY ( 300gram)
atau

4. 140 Gram Soda ( RM3.00 ) dicampur bersama cuka putih 750ML ( RM2.50). Campur dahulu  di dalam bekas yang lain sebelum dimasukkan ke dalam mesin

atau

5. Pencuci jenama "ZIP " ACTIVE FORMULA with BICARBONATE (300Gram). Pastikan bancuh sebelum memasukkan didalam mesin

atau

6. Tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga , cumanya kurang efektiflah kerja-kerja pencucian tersebut.

Langkah  4

Jika anda memilih mode pembasuhan :
1. TUB CLEANING2. SOAK


Kerja anda adalah lebih mudah , tidak perlu tunggu , jika sudah siap jer dah ok.

Jika anda memilih mode pembasuhan WASH sahaja , selepas mesin telah siap cycle selama 3 minit, sila biarkan mesin basuh anda terendam selama sejam. Selepas sejam pilih mode wash selama 8 minit dan RINSE sebanyak  2 kali. Spin selama 1 minit.

Pastikan selepas mode tersebut siap , tiada keladak yang tinggal di dalam dasar tangki. Jika masih ada , cuci filter terlebih dahulu dan ulangi langkah wash , rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal.
Siap!
NOTA :
1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ini , pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, sebab ianya akan memakan masa yang lama. Anggaran selama lebih kurang 2 jam.
2. Pastikan bahan-bahan yang dicadangkan itu sesuai dengan mesin anda. Sila baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ini.
3. Kalau tidak yakin dengan bahan ini , cari di pasaran, memang ada bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.

Zaman segalanya serba tinggi kan? Kenalah jaga barang-barang atau kelengkapan rumah keperluan sebaik mungkin supaya dapat digunakan untuk satu jangka waktu yang sama di samping untuk menjimatkan perbelanjaan supaya tidak membazir ke arah sesuatu yang sebenarnya boleh diselamatkan. Winking smile. Semoga panduan mencuci mesin basuh ini memberikan manfaat kepada semua yang membaca. Ataupun mungkin anda mempunyai teknik anda yang tersendiri? Kongsi-kongsikanlah kalau ada ya?

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Thanks sharing....
    mak nieyl kalau lepas cuci kain..
    dia akan bersihkan mesin dia...
    Alhamdulillah la..setakat ini mesin memang tahan lama.. :)

    ReplyDelete
  2. Baru tau yang kite kene cuci mesin basuh kite.. dah lama kowt pakai mesin basuh tu tak pernah bercuci.. blkg kang nk try cuci la.. thankz farah... ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !