MOMMY! Indahnya Panggilan Itu…


Sekadar cerita hujung minggu, buat penyeri Bubblynotes.Com… Smile… Kisah mengenai seorang ibu yang baru jer hampir 3 tahun bergelar ibu buat pertama kalinya dan ada masanya agak teruja berlebihan apabila menceritakan mengenai tuan putera tunggal bernama Iman Firash. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Dah namanya blog yang ber-niche kan parenting dan juga lifestyle… Ceritanya memang balik-balik berkitar di situ jer lah… Topik yang sama tetapi pengisian yang berbeza dengan cerita-cerita yang berbeza… Setiap moment perkembangan dan moment bonding bersama tuan putera ini, merupakan detik terindah kehidupan yang pernah berlaku. Harap-harap bila dia dah besar nanti, Bubblynotes.Com masih hidup dan terus hidup supaya dia dapat baca semuanya mengenai dia yang Mommy catatkan secara maya di sini. Amboiiii… Besar punya berangan dan cita-cita kannn?

Sepertimana yang telah diceritakan di dalam entri My Growing To 3 Years Old Iman Firash… sememangnya tuan putera nan seorang ini sangat clinging dengan Mommy dia sejak akhir-akhir ini. Mommy situ, Mommy sini, Mommy sana… Naik tebal telinga atuk dan nenek dia mendengarkan suara dia memanggil Mommy. Jika di rumah tu, tak boleh hilang walau sesaatpun Mommy dia ni… Dia rindu… Mommy tau… Akan tetapi apakan daya, Mommy terpaksa juga tinggalkan dia pada waktu-waktu tertentu dan balik lewat malam hanya semata-mata mencari rezeki sesuap nasi buat kami sekeluarga. Cliche’ nya ayat…Muahahaha… Open-mouthed smile… Kadang dalam tidur dia, Mommy perlahan-lahan bangun supaya dia tidak terjaga semata kerana nak siapkan kerja-kerja yang tertangguh… Fikir-fikir balik kesian juga dia, bila waktu bersama Mommy pada hari bekerja sangat-sangat terhad. Sekarang ini jelas sangat… Dia memerlukan Mommy lebih menumpukan perhatian kepada dia, untuk lebihkan dia berbanding perkara-perkara lain… Mommy sayang Firash…Sebab tulah Mommy kerja kuat cari rezeki untuk Firash, untuk keperluan Firash, untuk keselesaan Firash… Apa jer yang Mommy tak lalu dan Mommy tak buat untuk Firash? Segalanya Mommy usaha habis-habisan… #ehhh tersendu lagi? Muahahaha… Ya Ampun…

Dahulunya dia cuma panggil hujung-hujung sahaja iaitu… "Myyyy… Myyyy…Myyyy"… Sekarang dia dah panggil Mommy dia ni dengan satu panggilan yang lengkap as in Mommy! Elehhh itupun nak kecoh…itupun nak cerita kan? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sukalah nak cerita macam mana pun… Tau tak? Ibu-ibu mesti tau ni… Bila saat Farah dengarkan dia panggil Mommy dengan penuh tu… Macam ada satu perasaan yang rasa macam indahnya panggilan itu… Macam terawang-awang pun ada… Dah macam orang bercinta pula kan? Haruslah gembira bila anak sudah mula berkembang memanggil Mommy dengan sebutan penuh…. Yang lawaknya nenek dia kata… Mammee Monster… Iyalah hek Mommy, hok Mommy, hik Mommy… Kalau boleh-boleh dia nak Mommy ni duduk depan dia dan tak perlu buat apa-apa bila hujung minggu… Dia nak Mommy menghadap dia sahaja… Demimu anak kurelakan jiwa… Ha ha ha…

Disebabkan suka mendengar dia memanggil Mommy dengan penuh… Sanggup dok acah-acah dia semata nak dengar dia sebut Mommy… Sebut-sebut lagi Firash…Mommy suka sangat… He he he… Siap rekod lagi ko… Demi nak menyerikan lagi entri santai ini… He he he…Jomlah tonton video dan dengar dia sebut Mommy dan bagaimana Mommy acah-acah pada dia… Ekekeke…





Orang baru dapat dengar anak memanggil panggilan Mommy dengan sepenuhnya buat pertama kali... Over to the max! Walaupun orang lain tebal telinga dan rasa adoiiii penatnya lahai dengar Firash sebut Mommy sana, Mommy sini... Ekekeke... Tapi mak dia ni... Tetap suka dengar dan tak jemu langsung pun! Kalau boleh nak dengar lagi dan lagi dan lagi... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel MOMMY! Indahnya Panggilan Itu…, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, October 16, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Dak Iqy tu pon sama, tak boleh mama hilang sekejap..mama, mama, mama mane? Kalah abah dia ada lagi lahh..pantang tgk abah pakai baju smart sikit, abah nak ikot..Pastu terkinja2 lah selagi tak bawak keluar...dia sorang pon dah macam 10 org kat rumah ni..hahahaha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY