Masih Dalam “MODE” Modifikasi

Farah Waheda Wahid
1
MASIH DALAM MODE MODIFIKASI

Finally… After reaching to almost 3 years! I’ve decided to change Bubblynotes.Com appearance once again! Bukannya gatal nak bertukar-tukar template… Akan tetapi ada sebab yang memerlukan template di Bubblynotes.Com diubah. Sebab umum yang boleh dikongsikan adalah, Bubblynotes.Com ni dah gemuk sangat dah! Loading time pun tak efisien dah… Muahahaha… Open-mouthed smile Banyak sangat benda yang Farah dah sumbat dalam ni… Tu sebabnya! Benda-benda yang boleh mengemukkan Bubblynotes.Com. Banyak sangat makan junk food Bubblynotes.Com ni… Sama naik tembunnya dengan pemilik Bubblynotes.Com… Wakakakaa…. Rolling on the floor laughing

Masih mengekalkan warna tema yang sama iaitu warna merah jambu, hitam dan putih. Ini jer yang tak berubah lagi ni… Dari dulu sehingga kini, inilah warna identiti Bubblynotes.Com. Pada awalnya ingatkan nak buat satu kelainan sedikit, ingatkan nak ubah pada warna kegemaran si anak bujang iaitu oren dan kombinasikan dengan oren, hitam dan putih. Akan tetapi disebabkan oleh kerana Farah terbaca satu artikel mengenai panduan pemilihan warna blog di satu blog perkongsian panduan berblog, terus niat nak berubah tema tu terkubur begitu sahaja…Muahahaha… Open-mouthed smile… Mungkin boleh…oren lembut… Tapi tak apalah… Merah jambu itu kan sememangnya warna identiti Bubblynotes.Com dan sememangnya Bubblynotes.Com sinonim dengan warna merah jambu. Jadi kita kekalkan warna yang sama sahaja.

Oleh kerana, Bubblynotes.Com masih di dalam proses modifikasi secara perlahan-lahan dan beransur-ansur… Psssttt…Sebenarnya banyak benda nak buat dan nak diperbetulkan ni, bukan setakat gemuk jer sebab dah banyak makan junk food…tetapi ada banyak lagi benda lain yang nak kena jalani program rektifikasi… Makanya, apa yang anda dapat lihat di paparan skrin anda, mungkin sedikit berterabur, tunggang langgang dan tidak teratur. Ada orang lebih suka tutup jer blog sementara waktu seketika proses pengubahsuaian berjalan, ada orang pula sebenarnya lebih suka membiarkan blog terbuka seperti Farah ni…. He he he… Winking smile… Tak apa, biarlah korang lihat Bubblynotes.Com ni secara raw sebelum siap… Ha ha ha… Tak jadi kudis pun aiihhh… Janji pelawat Bubblynotes.Com boleh landing di page entri dan baca entri yang Farah kemaskini. Itu yang penting. Kan? Kan? Kan?

Sedikit perkongsian mengenai template yang menjadi pilihan hati Farah pada kali ini. Kita cerita mengenai template lah yer? Mengikut perkembangan semasa….Ecewahhh… Sekarang ni zaman blogger berlumba-lumba menggunakan template mesra SEO. Jadi, sudah semestinya, template yang dipilih oleh Farah pada kali ini, mempunyai capaian mesra SEO. Sebelum ni pun, template yang digunakan adalah mesra SEO juga. Cuma Farah inginkan penampilan yang lebih ringkas dan kemas sahaja untuk kali ini. Makin lama ko berblog, makin ko suka yang ringkas-ringkas tetapi padat dengan pengisian….Macam tulah yang Farah rasa.

Sepertimana yang dapat anda lihat di footer atau attribution blog di bawah sekali…. Template www.bubblynotes.com yang terbaru di tahun 2016 ini adalah dijanakan oleh SL Blogger dari Indonesia. Jauh kali ni import-nya… Winking smile… Ubah angin sekali-sekala, dan sentuhan menyusun atur serta atau placement serta bagi mengemaskan template ini adalah dengan bantuan Najiah – Jia Kreatifelt dan juga Farah sendiri. Kolaborasi 3 penjuru namanya ni. Tentang Najiah, Farah senang bekerjasama dengan Najiah dan sebenarnya sudah beberapa tahun Farah bekerjasama dengan Najiah. Najiah faham apa kehendak Farah, bagaimana yang Farah mahukan dan tahu setinggi mana permintaan, expectation dan juga cerewet Farah ni. Kira-kira Najiah ni memang tip top…Memang A… Dia faham dan dia sabar dengan kerenah Farah yang ada masa-masa boleh minta macam-macam. Itulah inilah…Hu hu hu… Kadang-kadang rasa bersalah sangat dengan Jia sebab banyak sangat ragamnya Farah ni… Berapa lama Farah berurusan dengan Najiah? Lebih dari 3 4 tahun ada rasanya… Yup, bertahun-tahun dah lamanya… One thing that admire about her is that she’s willing to learn and try new things that she hasn’t explore! Al-maklumlah, Farah ni terkadang tak tercapai akal juga request-nya… Ha ha ha… Benda tak ada nak diadakan… Mengada kannn? Open-mouthed smile

Serba sedikit mengenai template yang menjadi pilihan hati kali ini adalah template SL Style Magz hasil kerja SL Blogger. Terima kasih Pak Ngadi Parjoko kerana sudi berkongsi template-nya ya? Saya senang berurusan sama Pak Ngadi dan diharapkan kita bisa berurusan lagi di masa akan datang ya? Template-nya ini cocok banget deh dengan saya… Saya suka dan sangat teruja untuk menyiapkan modifikasi Bubblynotes.Com.

MASIH DALAM MODE MODIFIKASI 2

Apa yang menarik mengenai template ini yang berjaya memikat hati Farah?

MASIH DALAM MODE MODIFIKASI 3

Template ini adalah sebuah template yang bersesuaian bagi Bubblynotes.Com kerana susun-atur seperti majalah atas talian yang penuh dengan artikel-artikel yang sentiasa dimuatnaikkan. Iyalah, sepertimana yang anda tahu, Farah ni banyak sahaja perkara yang nak dibebelkan. Hari-hari macam mana pun nak mencelah nak membebel itu, membebel ini… Entri pula, panjang lebar sampai orang tak larat nak baca kannn? Secara ringkasnya:

Template SEO, Responsif dan Mobile Friendly
MASIH DALAM MODE MODIFIKASI 4
Cepat, masa loading cuma 0.7 saat (kurang dari 1 saat) – in which I am working out so hard with Najiah trying to slim down this blog.

Butang Perkongsian Media Sosial.
Heading Tags yang Dinamik.
Valid HTML.
Rekabentuk Elegan dan Mesra Pengguna.
Dua / Tiga Columns.
Menu Navigasi Responsif.
Menu Statik.
Anti-Spam.
Breadcrumb SEO Friendly.
Mempunyai Author Profiling.
Related Post with Image Thumbnail.
Style Magazine Buildup Body Design, More User Friendly
Extra Boxes Subscribe
Top Button User Friendly

Sejak test-run selama 2 hari sebelum ini, Farah dapati pada pandangan mata Farah, Farah tertariklah kan…Ahaksss..Haruslah suka blog sendiri, takkan nak menyampah dengan blog sendiri pula? Mesra alam! Smile Macam empunya dia juga… He he he…Taklah yang Farah maksudkan ia mesra pada enjin carian seperti Google, design sangat cool! Ini yang nak terima kasih sekali lagi pada SL Blogger / Pak Ngadi ni! Tak apa, perlahan-lahan, In Shaa Allah, akan disiapkan dengan lengkap Bubblynotes.Com ni… At the meantime, please do not mind the haywire inside here… Faham-faham jerlah tengah proses pembaikkan… Macam rumah juga, kalau renovasi rumah mesti bersepah barangan kan? Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Terimakasih atas informasinya...terimakasih pula telah menggunakan template dari kami.. Salam sukses selalu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !