Lepas Abang Bomba, Kini Abang “Pilot” Pula? | SURI HATIKU MR. PILOT

Farah Waheda Wahid
1
SURI HATI MR. PILOT
Sumber dari Google
Drama adaptasi novel memang dah jadi trending sejak beberapa tahun yang lalu… Sekarang ni nampak-nampak gayanya dah jadi trending drama adaptasi novel bertajukkan profession yang berpakaian seragam dah pula… Baru jer selesai siri Abang Bomba I Love You… Esok… Bersambung pula dengan Suri Hatiku Mr. Pilot… He he he… Open-mouthed smile…. Nampak juga ada di antara status-status yang lalu di laman media sosial Facebook yang membincangkan mengenai trending ini… Jujurnya, dah lama sangat-sangat dah tak berapa nak mengikuti drama-drama adaptasi novel dengan serius… Serius di sini bermaksud follow dari episod pertama sehingga terakhir… Open-mouthed smile…. Tak semua cerita Farah minat nak tengok dan tak semua cerita menarik perhatian Farah… Farah jenisnya hanya akan menonton drama adaptasi novel yang Farah rasakan Farah tertarik nak menonton jer… Yang Farah rasa kurang menarik, Farah tak ikuti lerrr… Pendapat manusia berbeza-beza, pandangan manusia juga berbeza-beza…. Kalau Farah rasa jalan cerita tu mungkin menarik, kalau Farah rasa pelakon yang berlakon di dalam suatu drama adaptasi novel itu Farah berminat dengan lakonannya…Mungkinlah, mungkin Farah akan follow juga cerita tu macam mana pun… Kalau tak dapat tonton secara live bila ianya disiarkan…. Farah akan marathon kemudiannya….

Macam cerita Abang Bomba I Love You yang baru jer tamat tu… Farah tergerak nak tonton pun sebab pelakonnya… Muahahaha…. Open-mouthed smile… Semata kerana Hisyam Hamid… Nak kata minat tu tidaklah juga… Nak kata obses tu tidaklah juga… Tapi bolehlah… Setakat nak tengok jer… Nak gak tau best sangat ke cerita tu… Ada episod yang Farah langkau… Tengok macam ala-ala speed reading gitew… Ada bahagian-bahagian yang Farah skip… Tonton yang mana-mana penting jer… Ni nak sambung pula dengan Abang Pilot pula… Lepas api, awan… Ha ha ha… Yang jadi Farah tertarik minat nak tonton adalah disebabkan oleh ini adalah kali pertama rasanya Fattah Amin bergandingan dengan Neelofa… Kan? Kan? Kan? Lagipun rasanya dah lama tak lihat Neelofa berlakon drama… Makanya naklah juga tonton dan ambil tau serba sedikit….

Biasalah…Sebelum tonton dan terpedaya dengan teaser atau promo teaser yang dipaparkan di kaca televisyen… Mestilah nak tau jalan cerita dulu… Sebab secara jujur, memang dah lama dah tak membaca novel-novel cintan cintun ni… Wakakaka… Rolling on the floor laughing…. Masa amat mencemburui oiii… Tak sempat! Nak kemaskini blog pun terkejar-kejar dah sekarang ni… Entah! Rasa semacam waktu tu tak cukup-cukup jer… Dah kenapa dah tak tau lah Farah… Macam semua banyak betul perkara yang nak diselesaikan dan dilakukan… Ini pun menaip ni, si bujang kecil ni sibuk duduk atas riba ni ha… Muahahaha… SIlalah bayangkan bagaimana dengan laptop di atas riba kanan dan dengan anak kecil yang tak reti duduk diam di atas riba kiri….Sambil-sambil sesekali sebelah tangan mencapai si bujang supaya tak terjatuh dan sambil sesekali menjawab soalan dia yang neverending itu… Tulah nilah… Ekekeke… Laughing out loud

Mungkin ramai yang dah mengetahui mengenai sinopsis Suri Hati Mr. Pilot ni… Tapi Farah tak tau lagi…Ha ha ha… Sibuklah Google nak tau apakah cerita di sebaliknya… Dan akhirnya terjumpa dari sumber di SINI Barisan pelakon drama ini adalah terdiri daripada:

Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Eleena sebagai Inara
Mas Khan sebagai Daniel
Alvin Chong sebagai Johan
Ben Amir sebagai Dr. Muslim
Azar Amin sebagai Humaira
Fahad Iman sebagai Humaira
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Nina Jureen sebagai Puan Sri Nabiha

Dalam sepanjang-panjang senarai pelakon ni, Farah cuma kenal Fattah Amin, Neelofa, Aleza Shadan dan juga Nina Jureen jer… Yang lain-lain tu rasa tak kenal kot…Wakakaka…Serius, tak main-main…Tapi mungkinlah kalau tengok rupa paras cam ke? Manalah tau… Manalah ikut sangat perkembangan ni semua… Jalan cerita atau sinopsis macam mana pula?  Menurut sumber yang sama…

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim! Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejazz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad! “Ejaz nak kahwin dengan Wards. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Open-mouthed smile Amboi ko Ejaz…Gelojoh nau yer? Tak sabar-sabar nau nak kahwin dah… Ahaksss…

Perkahwinan yang terbina menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun ketika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

Makkk aiii… Macam banyak jer konflik…Tapi satulah… Dia punya konflik tu sama lebih kurang jer dengan drama adaptasi novel sebelum-sebelum ni… Kannn? Bab konflik tu lah yang penat nak tunggu tu… Pusing sana pusing sini…Ada watak antagonis wanita yang nak rebut cinta hero…watak antagonis lelaki yang nak rebut cerita heroin…. Monotonous jer kannn? Dengan drama-drama adaptasi novel sebelum ni… Tapi apa pun, tidak dinafikan ia bakal menarik perhatian para penonton juga ni… Tak apa, nanti kita lihatlah sama-sama, sama ada cerita ni meletops! Bom kebabom ataupun tidak! All the best buat Suri Hatiku Mr. Pilot!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !