Kisah Amoi & Firash...

Farah Waheda Wahid
2
BloggerImage

Tersebutlah kisah si anak bujang... Iman Firash namanya... Ada barang yang penting yang hendak dicari di AEON Mall, Shah Alam untuk kegunaan harian di rumah. Barangnya satu tetapi jalannya kemain sampai ke AEON Mall, Shah Alam. Semuanya, semata-mata kerana... "Jom Mommy... Jom...". Dah pandai ajak berjalan dahhh... 💁 Sabar jerlah... Boring lettew... Sesekali bolehlah diturutkan... Kebetulan Mommy rajin... Kalau Mommy malas nak keluar... Memang berkurung jerlah kami sama-sama di rumah seperti kebiasaan. Rehat... Kannn? 

Dia dengan hal dia jerlah... Tapiii... Mana-mana pergi, pasti akan didekati sama ada amoi atau minah salleh... Bukan sekali bukan dua... Dah berkali-kali macam tu. Dan bukannya sebab Mommy dia ni perasan, syok sendiri atau cuba-cuba nak up-kan anak sendiri. Hakikatnya, itulah yang sebenar-benarnya berlaku. Firash oh Firash... Dia memang suka berkawan... Tak kira dengan sesiapa sahaja. Ramah anak Mommy ni... Suka tersenyum pada kawan-kawan yang baru jumpa dan tak pernah kenal walau di mana pun. 😂 so the Mommy kan? Oopsss... Ha ha ha...

Cumanya kalau kanak-kanak perempuan ni kebiasaannya dia jarang nak tegur dulu. 🤓. Kalau mereka approach barulah dia berkawan. Itu yang Farah perasan. Macam tadi di AEON Mall, Shah Alam... Sedang dia leka main... Tiba-tiba ada satu amoi sudah mari mahu kawan sama dia... 

BloggerImage

Kemain lagi Amoi tu betul-betulkan baju dia. Hu hu hu. Dia pun buat chill jer dan tersenyum pada Amoi tu. Anak dara orang tu oiii nak oiii... 🙄... Mommy pada Amoi tu senyum jer... Alaaa... Sebenarnya Mommy Firash ok jer... Setakat berkawan dan meramaikan kawan yang baik, apalah salahnya kan? Selama mana ia positif selagi itu Mommy ok jer... 😊

BloggerImage

BloggerImage

Sama naiknya berdua ni... Nak nak lagi sebaya kan? Seronok dia berkawan berdua... Sambil-sambil tu both Mommy pun berborak sementara mereka leka bermain sambil sesekali mata kami terkerling-kerling melihatkan serta memantau kedua-dua Amoi dan Firash. Firash dapat kawan baru, Mommy pun dapat kawan baru juga. Bagi peluang dia bermain berdua. Selepas seketika, bila dah agak lama... Masing-masing dah puas berpeluh-peluh bermain dengan pemantauan bersama. Barulah masing-masing minta izin nak mengundurkan diri. 

Siap bye-bye dan flying kiss to each other lagi dua-dua orang ni. Bukan main lagi kan? Begitulah kisah Amoi dan Firash... 😉

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Amboii kemainn lagi firashhh ehhhh hehehe

    ReplyDelete
  2. Ho ho ... Firash mula meluaskan kuasa nyer ... Awat Firash nampak kurus ?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !