Kenapa Perlu Bayar Lebih Jika SHOPCOUPONS Ada?

KENAPA PERLU BAYAR LEBIH JIKA SHOPCOUPONS ADA

Siapa kaki coupons code hunting macam Farah? Contohnya macam Lazada Voucher ?Siapa yang sangat lurus bendul bila membeli-belah terus beli sahaja macam tu tanpa memikirkan atau terfikir yang sebenarnya ada nilai ringgit yang masih dapat dijimatkan untuk sesuatu pembelian? Siapa yang sikapnya kalau boleh murah nak murah lagi harga sesuatu barangan? Semurah-murahnya yang berkemungkinan besar boleh dibeli? Smile…Kalau anda rasa macam nak angkat tangan mengaku ya ke atas soalan yang Farah ajukan kepada anda ini, bermakna… anda perlu membaca entri Farah yang satu ini! Jika tidak… anda bakal terlepas sesuatu yang mungkin dapat membantu anda berjimat-cermat  serta membeli-belah secara bijak dan berhemah. Percayalah… Tidak rugi dan tidak sia-sia untuk anda ambil tahu serba sedikit perkongsian Farah di dalam entri ini…

Jika nak berjimat-cermat, jika nak tahu cara berbelanja yang bila mana harga dah murah, kalau boleh nak paling murah lagi harganya… Dah ada diskaun disebabkan sesuatu promosi tetapi nak diskaun lagi kalau boleh, nak diskaun lebih berbaloi dan menguntungkan lagi kalau boleh… Cubalah rujuk pada kami-kami yang telah bergelar ibu bapa ni… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Sebabnya… Sebabnya kami-kami yang dah beranak-pinak ni, memang senantiasa mencari jalan dan cara untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan di atas keperluan kelangsungan hidup dan juga kelengkapan serta keperluan anak-anak. Zaman ekonomi tidak menentu, semuanya serba tinggi, nak nak lagi baru sahaja lepas pembentangan Bajet 2017 pada minggu lepas. Semakin hari, semakin tinggi the urge towards cost savings di kalangan kita… Mungkin ada yang rasa mereka mampu dan apa sangatlah diskaun setakat 10%, 15%, 20%, 30% dan sebagainya… Tak apalah, mungkin mereka yang merasakan begini terdiri daripada golongan yang sememangnya mampu dan duit tak habis makan. He he he… Syukur Alhamdulillah, Farah tumpang gembira di atas kesenangan hidup golongan yang sebegini.

Akan tetapi, bagi kita-kita-kita ni, rakyat marhaen yang hidup dalam keadaan sederhana dengan pendapatan yang sederhana serta cukup-cukup makan, sudah semestinya kita mencari tahu cara untuk berjimat sebaik mungkin. Walaupun nilai penjimatan yang dapat dilakukan hanyalah serendah RM 1.00 sekalipun, ianya sudah memberikan satu makna yang besar bagi kita. Walaupun cuma serendah RM 1.00, jika dikumpul-kumpul mungkin dapat memanfaatkan kita untuk sesuatu ya tak? Winking smile… Jangan pandang sebelah mata pada nilai yang kecil kerana nilai yang kecil boleh menjadi satu nilai yang besar jika dikumpul dan tidak diusik pada satu ketika nanti, yang mungkin dapat membantu kita untuk tujuan apa sahaja.

Sebab itu, bila Farah membeli-belah atas talian untuk mendapatkan barangan yang perlu ataupun barangan yang Farah ingin miliki, Farah lebih suka untuk merujuk kepada SHOPCOUPONS terlebih dahulu sebelum meneruskan sesuatu pembelian di atas talian. Buat survey dulu, jika boleh dapatkan diskaun untuk barangan yang hendak dibeli tu… Selalunya, bila Farah nak tambah bekalan susu formula ataupun lampin pakai buang Iman Firash-lah pun… Kita maklum, susu formula dan lampin pakai buang ni, selalunya harganya berbeza-beza dari satu tempat dengan satu tempat yang lain… Farah lebih suka membeli bekalan susu formula dan lampin pakai buang Iman Firash melalui pembelian atas talian berbanding pergi ke pasar raya… Sebab dah banyak kali berlaku, dengan pembelian atas talian, banyak ringgit yang mampu Farah jimatkan… Contohnya:

KENAPA PERLU BAYAR LEBIH JIKA SHOPCOUPONS ADA 2

Ini adalah harga paling murah yang boleh Farah dapati di pasaran. Kebiasaannya satu tin susu formula Pediasure Perisa Vanilla 1.6kg, harga yang paling murah boleh didapati di pasar raya yang pernah Farah jumpa adalah RM 141.00 dan paling tinggi boleh mencecah RM 156.00. Farah survey dan survey atas talian, harga RM 139.90 adalah yang paling murah yang boleh Farah dapati. Dah habis banding dah semua, sana situ sini sinun. Inilah pilihan yang terbaik… Tapiii…Ha ha ha… Laughing out loud… Kalau boleh nak dapatkan rendah lagi harga, nak rendah lagi… Winking smileSHOPCOUPONS lah solusinya… Situlah jadi tempat Farah gigih mencari KOD DISKAUN demi nak menjimatkan lagi pembelian susu formula Iman Firash tu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Ada masa-masa tu sehingga 20% lagi diskaun Farah boleh dapat dengan menggunakan portal SHOPCOUPONS. Cuba kira? Cuba kira? RM 139.90 tambah lagi 20% diskaun berapa harganya?  Boleh jatuh kepada RM 111.92 setin ok? Gila tak gelak besar Mommy Firash ni? Sebab dapat beli dengan harga paling rendah? Open-mouthed smile

KENAPA PERLU BAYAR LEBIH JIKA SHOPCOUPONS ADA 5

Bukan terhad hanya kepada satu platform jual beli atas talian sahaja, akan tetapi SHOPCOUPONS menyediakan begitu banyak KOD DISKAUN bagi pelbagai platform jual beli atas talian, di antara platform jual beli atas talian yang terkenal yang dikenali ramai adalah seperti Zalora, Lazada, Food Panda, Fashion Valet, Reebonz, Hermo Beauty Collection, Charles & Keith, Photobook Malaysia, Cotton On, Sephora, Shoppu dan banyak lagi. Kalau nak tau senarai yang panjang-panjang ni, kenalah pergi ke laman web SHOPCOUPONS dan dari situ anda akan dapat melihat betapa banyaknya kod diskaun yang ditawarkan. Boleh jadi macam, wahhh… ha ha ha, terus kemaruk nak membeli itu ini semua ok?

Bagaimanakah anda boleh gunakan baucar diskaun yang ditawarkan oleh pihak SHOPCOUPONS? Apa langkah-langkah atau caranya? Meh-meh sini, meh rapat-rapat meh… Farah nak ajar langkah demi langkah untuk memudahkan urusan anda nanti…

Ok, katalah anda seperti Farah. Mengintai-intai laman web jualan atas talian seperti Lazada dan anda memang nak beli sesuatu dari Lazada. Tapi… disebabkan Farah dah cerita ni, anda pun teringat yang anda sebenarnya boleh mendapatkan diskaun untuk produk yang anda nak beli tu. Makanya, anda pun melawatlah SHOPCOUPONS dan mencari KOD DISKAUN YANG TERBAIK untuk digunakan di Lazada. Dari Home Page…

KENAPA PERLU BAYAR LEBIH JIKA SHOPCOUPONS ADA 6

Sila pilih Lazada dari senarai kedai atas talian yang popular yang dipaparkan oleh pihak SHOPCOUPONS. Untuk pengetahuan anda, Lazada adalah salah satu kedai atas talian yang disenaraikan sebagai top ranked stores oleh para pengguna. Maka tidak hairanlah kalau Lazada berada di Home Page laman web SHOPCOUPONS kan? Bila anda telah klik pada Lazada, ianya akan membawa anda ke satu halaman seperti yang kelihatan di bawah:

KENAPA PERLU BAYAR LEBIH JIKA SHOPCOUPONS ADA 7

Nahhh! Selambak KOD DISKAUN DAN PROMOSI yang berbaloi-baloi disenaraikan untuk anda. Skrol satu persatu untuk mencari KOD DISKAUN yang menjadi pilihan anda dan kemudia klik pada Get Code.

KENAPA PERLU BAYAR LEBIH JIKA SHOPCOUPONS ADA 8

Satu window pop-up akan keluar dengan magisnya…Ha ha ha… Open-mouthed smileWindow itu akan mengandungi kod rahsia yang merupakan KOD DISKAUN yang anda nanti-nantikan… Klik pada Copy untuk copy KOD DISKAUN tersebut yang mana kemudiannya anda akan gunakan di Lazada. Di Lazada pula, pilih atau semak barangan yang anda hendak beli, kemudiannya teruskan ke proses pembayaran yang mana di halaman pembayaran anda akan temui satu halaman web seperti gambar di bawah ini:

KENAPA PERLU BAYAR LEBIH JIKA SHOPCOUPONS ADA 9

Masukkan KOD DISKAUN yang telah anda copy dari SHOPCOUPONS tadi dan kemudiannya klik pada Apply. Setelah itu anda akan dapat melihat yang pembelian anda telahpun diberikan diskaun. Anda boleh terus membayar dan nikmati pembelian yang sangat berbaloi-baloi yang anda tidak akan dapat di mana-mana pun. Winking smile.

Owhhh ada satu pengumuman khas untuk anda… Yang menarik! Yang pasti menguntungkan kita sebagai pembeli atas talian dan yang pastinya berbaloi-baloi! Nantikan kempen SHOPCOUPONS di dalam jangka waktu yang terdekat dan Farah akan maklumkan kempen SHOPCOUPONS tersebut kepada anda dengan secepat mungkin setelah ianya dilancarkan!






Sedikit perkongsian info mengenai SHOPCOUPONS dari laman web SHOPCOUPONS untuk anda:
 
ShopCoupons brings you the very best exclusive voucher codes, deals and sales for leading online stores to help you save while you shop in Malaysia FOR FREE! Just look for the online store, click on the deal or coupon code you are interested in and save! No sign up required! You can sign up for a free account to save your deals and get exlcusive emailing when your favourite store has a good deal! No catch, is that simple!

Building A Smart Consumer Community in Malaysia
With Social Savers (in the making), objective is to help Malaysians to get the best deal in their shopping online. Whether is getting a new TV for a new house or baby products for their new born child or even their favourite fashion clothes or brands they been eye-ing for. Saving could not be any simpler. They always believe in the value of “sharing is caring” and they would always encourage the users to share any deals they saw online and submit on our site to thousand of Malaysians who wants to save too.

Every morning (sometimes midnight) they will constantly update our site with the latest and best voucher codes and deals out there with over hundreds of Malaysian’s favourite stores and attractions. If there is a code worth using, they will have it.

To save, search for your favourite retailer on their site and click “Get Code” or “Get Deal” to reveal the code and visit the store. When you found the item in the store, remember to insert the coupon code at checkout and the discount will be automatically applied. Check out their current Top 20 Codes here.

Exclusive Codes
We are constantly working with our participated merchants to give you the best exclusive codes out there that you won’t find anywhere else. So no matter what you’re looking for, they commit to have great voucher codes to help you save some money.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kenapa Perlu Bayar Lebih Jika SHOPCOUPONS Ada?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, October 27, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. husna adalah salah sorg pembeli yg kalau boleh cari harga rendah, selagi tu husna akan cari.. hihihi.. belum bekerja kan, jd kena laa bijak berbelanja..;)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY