Home » , , , , , , , , , , , » Kata-Kata Sinis Tuju Pada Iman Firash??? Tolong Faham 6 Perkara Ini Ya…

Kata-Kata Sinis Tuju Pada Iman Firash??? Tolong Faham 6 Perkara Ini Ya…

KATA-KATA SINIS TUJU PADA IMAN FIRASH_TOLONG FAHAM 6 PERKARA INI YA...
Ini bukan cerita Boom! Boom! Pow! Tapi cerita Boom! Boom! Bang! ... Aikkk? Bunyi macam marah Steaming mad jer kakak? Chill-lah kakak, chill… Open-mouthed smile Taklah kata nak merentan dan taklah pula kata nak meroyan ke apa kan? Sekadar nak mengomel jer… Ha ha ha… Mengomel di hari Isnin namanya ni… Open-mouthed smile.  Farah ni bukanlah seseorang yang tidak boleh menerima keadaan dan situasi sekiranya berlaku keadaan di mana Iman Firash melakukan kesalahan dan dia perlu ditegur demi memperbaiki kesalahan yang dilakukan agar tidak berulang dan juga demi mendidik Iman Firash. Farah tak kisah pun sebenarnya jika ada yang sudi ingin menegur kesalahan Iman Firash serta memperbetulkan sekiranya ianya berlaku. Lagi Farah suka… Ada juga orang nak betulkan kesalahan anak kita kann?  Alhamdulillah lah kannn? Ada juga orang yang sudi didik anak kita yer tak? Jika untuk kebaikan apa salahnya… Tak ada salahnya bagi Farah.
Cumanya, tidak tahu sama ada nak rasa hairan ataupun ianya sebenarnya adalah merupakan satu perkara yang tidak perlu dihairankan kerana telah menjadi trending pada masa kini… Ahaksss… Winking smile. Ada masa-masa Farah boleh menjadi sangat hairan dengan sikap manusia yang jenisnya suka sangat nak berkata-kata sinis dan menyindir sesama manusia. Ada masa-masa, Farah berkata-kata kepada diri sendiri yang… Itu gaya hidup pada masa kini…. Memang manusia sekarang ni kebanyakannya macam itu! Jadi just live and let it be… Yang tak menahan tu, anak kecil yang tidak tahu apa-apa pun kau nak berkata-kata sinis dan berikan senyuman sinis. Kalau nak kata, kata jer mak dia ni… Tak perlu nak tuju-tuju kat anak pula… Jika benar dia lakukan sesuatu kesalahan yang sengaja dia lakukan…nak tegur dia tegurlah, nak perbetulkan dia perbetulkanlah… Ini tidak… Kesalahan yang kau sindir dan kata-kata sinis kau yang kau tuju tepat pada muka anak kecil yang tak tau apa-apa tu adalah sesuatu yang kau letakkan bukannya kehendak anak kecil ini… Sebagai seorang yang lebih dewasa yang berakal, kau fikirlah…Patutkah kau berkata-kata sedemikian pada anak kecil yang tidak tahu apa-apa? Sarcastic smile… Lepas tu sengaja kau press anak kecil tu seolah-olah dia faham… Kesian dia tau tak? Dengan mimik muka kau… Dengan cara kau tenung dia, dengan suara kau yang desibel dia satu taman perumahan boleh dengar…. Annoyed
Mommy dia ni yang kebiasaannya "tebal telinga" mendengar apa sahaja orang perkatakan tentang diri Mommy dia sendiri pun boleh jadi "telinga nipis" tau tak? Nak bergaduh memang senang jer... Tapi malas! Malas nak entertain orang-orang yang jenis akal letak kat lutut. Sibuk dok banding-bandingkan anak orang tu, anak orang ni. Anak-anak sendiri yang ada kat rumah tu, jaga jer lah elok-elok. Jangan nanti sibukkan jaga perihal anak orang, anak sendiri tak terjaga. Ha kannn! Tapi memang kalau tak istighfar semalam mau juga ringannn jer mulut ni nak menjawab oiii…. Mujur masih mampu bersabar dan ingatkan diri untuk bersabar…
KATA-KATA SINIS TUJU PADA IMAN FIRASH_TOLONG FAHAM 6 PERKARA INI YA... 2
Tolong faham, tolong hadamkan, dan tolong ambil ilmu pengetahuan pada yang suka sangat menjaga perihal anak orang lain berbanding anak sendiri tu ya?  Kanak-kanak berumur 2 sehingga 5 tahun dinamakan sebagai UMUR BERKOMUNIKASI. Tau tak?  Dr. Raja Juanita Raja Lope, Pakar Perunding Perkembangan Kanak-Kanak, Hospital Pantai Kuala Lumpur mengatakan melalui artikel beliau di SINI bahawasanya… mengenai masalah petuturan ni perlu difahami… Mungkinlah yang menyindir Iman Firash serta memperkecil-kecilkan Iman Firash tu, dia sebenarnya sememangnya tidak tahu mengenai informasi atau perkara penting yang perlu difahami berkenaan dengan masalah pertuturan kanak-kanak… Faham cara sindirian dan cara si beliau itu memperkecil-kecilkan Iman Firash… Sebagai ibu tentulah tak banyak sedikit pun hati terasa tidak selesa dan juga ada sedikit rasa terkilan dengan orang-orang yang mempunyai kelakuan sebegini…. Kannn? Tipulah kalau kau tak terasa even tindak balas kau kelihatan seperti setenang air di kali… Ha ha ha… Open-mouthed smile Jangan sangka clear water no boya na…

Perkembangan Pemahaman Dan Pertuturan

Bayi dari umur 6 bulan akan membuat bunyi “bababa” “mamama” seolah-olah cuba membalas bila ibu bapa bercakap. Pada umur 1-2 tahun, banyak perkataan sepatah yang akan disebut dan difahami. Kanak-kanak 2 – 3 tahun bercakap dalam frasa 2 - 3 perkataan , dan dari 3 tahun kanak-kanak biasanya bertutur dalam ayat dan boleh bertanya dan menjawab soalan. So far, Alhamdulillah, bagi Farah sebagai ibu yang memerhatikan perkembangan semasa Iman Firash dia mengikut timeline yang telah dinyatakan oleh Dr. Raja Juanita Raja Lope ni… Firash berada di fasa di mana dia sudahpun mula aktif construct 2-3 perkataan. Dia sudah mula banyak bertanya… Sudah mula cuba untuk berborak serta bercerita dengan Mommy dia…  Sila maklum pada yang menyindir tu yer? Yang sibuk sangat dok bandingkan anak orang lain yang sebaya dengan Firash yang sudah lancar bertutur sepenuhnya.

Betapa Lazimnya Masalah Gangguan Pertuturan Dan Bahasa?

Sehingga 15% – 20% daripada kanak-kanak berumur 2 tahun tidak bertutur mengikut apa yang dijangkakan untuk umur mereka. Kebanyakan kanak-kanak memang lambat bercakap dan 50%-60% daripadanya akan mahir bertutur apabila mencapai 4-5 tahun. Namun 5% – 8% daripada kanak-kanak, akan mempunyai kecelaruan bahasa (Language Disorder) dan akan terus mengalami masalah bahasa sehingga ke alam sekolah atau dewasa.

Kecelaruan Bahasa (Language Disorder) – adalah di mana seseorang kanak-kanak mempunyai kesukaran pertuturan dan pemahaman. Kanak-kanak tersebut tidak mempunyai sebarang gangguan perkembangan lain (contohnya gangguan spectrum autisme, ketidakupayaan intelektual) atau kecacatan fizikal (misalnya masalah pendengaran atau palsi serebral). Kanak-kanak lelaki lebih mudah terjejas.

Apakah Yang Menyebabkan Kecelaruan Bahasa (Language Disorder)?

Genetik merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kecelaruan bahasa. Kira-kira 26 – 45% daripada individu dengan kecelaruan bahasa mempunyai anggota keluarga / waris terdekat yang mempunyai masalah membaca, menulis serta gangguan bahasa. Kajian radiologi membuktikan bahawa otak kanak-kanak yang mengalami kecelaruan bahasa memproses sesuatu tugasan yang melibatkan bahasa secara berbeza. Kemungkinan pengaruh genetik serta gabungan faktor-faktor persekitaran menyebabkan perbezaan dalam fungsi otak semasa pemprosesan bahasa.

Bagaimana Kecelaruan Bahasa Dikesan dan Didiagnosa?

Ibu bapa mungkin perasan bahawa anak mereka tidak menyebut banyak perkataan atau tidak memahami arahan berbanding kanak-kanak seusia dengannya. Kadang-kadang penjaga di taska atau guru tadika akan menyedari masalah bahasa. Kanak-kanak sebegini seharusnya dibawa berjumpa dengan pakar pediatrik atau pakar patologi pertuturan dan bahasa.

Pakar pediatrik akan bertanya banyak soalan mengenai perkembangan dan latar belakang perubatan kanak-kanak tersebut, serta melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor akan menilai tahap perkembangan keseluruhan termasuk kemahiran bahasa. Pakar patologi pertuturan dan bahasa akan menggunakan alat penilaian yang khusus untuk bahasa.

Rawatan

Kanak-kanak berumur 2 tahun yang mempunyai pemahaman ikut umur tetapi mempunyai pertuturan yang kurang sedikit boleh dipantau oleh pakar. Anak-anak yang mempunyai masalah yang lebih ketara harus menerima intervensi. Intervensi ini dilakukan di rumah, tadika/sekolah dan dengan bantuan ahli terapi pertuturan dan bahasa.  Kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang terlatih dan bermotivasi juga berkesan dalam menggalakkan perkembangan bahasa anak-anak mereka.

Prinsip Umum Untuk Menggalakkan Pemahaman Bahasa Pada Kanak-Kanak

Gunakan minat atau perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak untuk berkomunikasi. Bersikap positif apabila kanak-kanak menjawab.

Bercakap dan Mendengar
Semasa bermain: cuba kembangkan kosa kata yang dituturkan kanak-kanak tersebut. Misalnya, jika kanak-kanak memberi susu pada anak patung dan berkata “mum-mum” anda boleh berkata… “bayi minum susu”. Cuba huraikan dan bercerita semasa bermain. Misalnya: semasa kanak-kanak membuka dan menutup pintu, anda boleh berkata “buka/tutup” Tunggu seketika untuk menggalakkan kanak-kanak tersebut mengatakan sesuatu.

Di dalam aktiviti harian: beri peluang pada kanak-kanak untuk meminta sesuatu dan namakan objek-objek harian seperti cawan atau sudu. Berikan huraian contohnya “Saya melihat buah yang bulat dan merah: dan minta anak tersebut namakan ia. Terangkan aktiviti harian “menyikat rambut”, “memakai kasut”. Ini adalah cara untuk menggalakkan pemahaman.

Tunggu giliran semasa bercakap: contohnya tunggu kanak-kanak menjawab selepas disoal.

Permainan melibatkan perkataan dan menyanyi. Permainan perkataan berirama – “Perkataan mana bunyinya berirama sama dengan bola?”. Menyanyi beserta aksi tindakan contohnya “Ini kepala dan bahu, ini pula lutut dan jari kaki” atau “Bila anda gembira tepuk tangan”. Lagu yang Farah sering gunakan adalah Head, Shoulder, Knees and Toes dan juga If You’re Happy.

Gunakan Isyarat Serta Gerak-Geri dan Galakkan Kanak-Kanak Tersebut. Bukuminta kanak-kanak tunjukkan dan namakan atau terangkan perkara-perkara dalam gambar. Berinteraksi sambil membaca. Biarkan kanak-kanak menceritakan sebahagian cerita tersebut walaupun ia tidak betul/tepat. Bagi kanak-kanak yang mampu menamakan dan menggunakan perkataan untuk menerangkan objek, guna dan terangkan (contohnya semasa bermain atau semasa aktiviti harian) – fungsi kata-kerja: berlari, duduk, menendang, adjektif: panas, tinggi, besar serta perposisi: atas, bawah, di bawah dan warna.

Kajian telah menunjukkan bahawa intervensi awal adalah penting untuk menyokong seseorang anak yang mempunyai masalah pertuturan dan kefahaman. Kesedaran antara ibu bapa, penjaga dan guru adalah penting untuk memastikan tindakan yang sewajarnya diambil.

Faham tak? Siap dengan tips sekali Farah bebel ni ha… Sebab Farah dah terlebih awal dah selidik tentang perkara dan bersedia dengan kemungkinan sekiranya Iman Firash adalah salah seorang kanak-kanak yang tergolong di dalam golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah speech delay. Moga-moga dijauhkanlah kannn? Setakat ini secara jujur, sememangnya Iman Firash mungkin lewat sedikit bertutur dengan kanak-kanak yang dibandingkan oleh si beliau itu dengannya…. Akan tetapi he is on the right par. Setiap hari mak dia ni melatih dia dan rajin berkomunikasi dengan dia. Setakat ini, dia masih berada di garisan masa mengikut kesesuaian perkembangan pertuturan dia. Jika ada yang tidak kena dengan dia pun, dah tentu-tentulah mak dia ni akan bawa jumpa pakar pediatrik secepat mungkin dan melakukan segala usaha yang sepatutnya.

Takkanlah setiap perkembangan Iman Firash nak dilaporkan dan diceritakan pada awak kot? Takkan semua benda mengenai dalaman rumah tangga orang awak nak tau?  Jaga anak sendiri sudahhh…. Konsepnya mudah… Jangan sibuk kata anak orang, sendiri ada anak… Jaga anak sendiri… Sibuk dok kata anak orang nanti kalau terkena anak sendiri baru merasa kannn? Tak pun kalau tak kena pada anak sendiri…Esok lusa kalau bercucu bermenantu, kalau terkena pada cucu sendiri baru merasa kannn? Huhhh! Astaghfirullahalazim… Bawa-bawa mengucap Mommy…. Istighfar istighfar…. Manusia tidak akan berhenti jadi ignore… Dan spesies manusia sebegini sememangnya wujud…

Ehemmm…Nanti kalau sibuk bercerita orang kata meninggi diri pula… Malas jer nak cerita pada awak tu secara terperinci setiap kali ternampak muka awak…. Sebab macam tak penting jer awak nak tau… Anak saya memang lewat sedikit pertuturan dia, tetapi masih di dalam par or timeline perkembangan dia yang sepatutnya…. Tak mengapalah.. walaupun dia lewat sedikit fasih pertuturan, dia sudah boleh mengira 1,2,3, baca doa makan walaupun tak jelas lagi sebutannya… boleh membaca A,B,C sehingga Z… boleh membaca 1,2,3 sehingga 20 dah sekarang ni… Dan lagi satu, anak saya ni tak berapa nak faham arahan yang diberikan di dalam Bahasa Malaysia, dia cuma faham arahan di dalam Bahasa Inggeris sahaja… Malas nak cakap! Nanti orang kata berlagak dan tak cintakan bahasa ibunda… Hu hu hu… Awak bercakap dengan dia Bahasa Malaysia… Memanglah dia tak faham sangat…Kalau bahasa rojak tu campur Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dia akan faham juga…. Terkadang, orang memang takkan bercerita dan biar dia sendiri jer tau perkembangan anak dia… Kalau nak cerita pun, mungkin melalui channel seperti blog ni ha… Tapi dengan cara penggayaan ayat yang bukannya bertujuan nak menunjuk-nunjuklah pun… Nak menunjuk buat apa? That’s just not my style… Perkongsian yang bersesuaian dengan niche blog ni sebagai parenting and lifestyle blog. Tu jer… Tak lebih tak kurang…

Alhamdulillah dulu, dia setakat ini tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami kecelaruan bahasa pun…. Sebagai ibu tentulah Farah memantau perkembangan semasa dia… Anak sendiri kot? Takkanlah Farah nak biarkan yer tak? Doa setiap hari agar dijauhkan dari perkara-perkara seperti speech delay, autisme dan sebagainya…Akan tetapi kalau takdir Allah SWT, kita usahalah untuk memperbaiki keadaan yer tak? Bukannya tak boleh diperbaiki… Dan itu bukanlah satu syarat untuk kita terasa diri tersangat rendah…. Juga bukan syarat untuk awak nak menyindir dengan sinis dan seolah-olah sengaja press budak tu…. Faham? Ha ha ha… Kakak dok bebel ni…. Entah dia baca entah tidak… Bukan minta anak ada tu semua, tapi jujur setakat ni memang Alhamdulillah tak ada semua tu.. Ciri-ciri, tanda, simptom dan sebagainya… Tak perlulah suka-suka nak membanding-bandingkan anak orang dan juga menyindir yer… Smile… Kita masing-masing ada kehidupan masing-masing… Jaga kehidupan kita masing-masing….

*Maaf memaklumkan, Farah memang kurang gemar sedikit dengan orang yang perangainya sebegini…. Semalam kalau anda sendiri melihat di hadapan mata bagaimana cara dia menyindir Firash dengan sinisnya… Dan kalau anda sendiri menyaksikan bagaimana lagak gaya dia bercakap pada Iman Firash, Farah pasti jika anda seorang ibu dan jika anak anda yang berada di dalam situasi Iman Firash semalam, pasti anda juga akan terasa di hati… Nak tau apa perasaan Farah secara jujurnya semalam? Kalau tak berfikir dengan sewajarnya…Mau kena PANG! jer dah si beliau tu semalam…Mujurlah masih boleh buat pertimbangan lagi…

*Oopsss sorry… Ter-emo lebih pula entri ini… Wakakakaka… Open-mouthed smile… oklah, kejap jer ni… dah bebel puas-puas dalam entri ni lepas ni dah lepaskan segala dah…. Bha ha ha…Hari ni blog jadi tempat curhat pula tak pasal-pasal…

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kata-Kata Sinis Tuju Pada Iman Firash??? Tolong Faham 6 Perkara Ini Ya…, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, October 10, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Nk menegur x salah..Tapi biar betul caranya..Try Farah sound anak die mcm tu skali..Tgk ape reaction die plk..kiki

    ReplyDelete
  2. Sha faham perasaan tu.. Menyindir.. Memang boleh buat kita sebagai mak geram.. Macam anak sha yg no 2, agak lambat bercakap sebab dia jenis observe pastu proses.. Bila dia bertutur memang tak macam budak umur 3 tahun..
    Alhamdulillah.. Orang yang suka menyindir nie jenis x de life.. Sebok kan hal orang je.. Be strong sis.. Hanya sis yang lebih tahu anak sis macam mana..

    ReplyDelete
  3. Allah...ada juga orang macam tu.Bersabarlah, walaupun kalau jadi kat saya pun susah nak sabar. Huhu.

    ReplyDelete
  4. Banyak parenting info dalam entri ni.. Thanks kak farah.. Pedulikanlah orang2 yg otak duk kat lutut tu..

    ReplyDelete
  5. Iman Firash sm mcm abg Aqil. Dia lmbt btutur tp pndai & kenal ABC smpai Z...pndai kira 123 dlm BM BI & Mandarin cuma bab gabung2 ayat dia lmbt ckit. Dl mmg rs mcm dia ada mslh tu tp bila dh byk mbaca br tau dia dlm par dah...kira ok ja dan skrg dh pndai ckp sgt2 smpai x larat nk lyn....hahahaha

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY