Firash Pakai Kasut Sendiri!

Farah Waheda Wahid
1
BloggerImage

Alahaiii... Setakat pakai kasut jer punnn... 😒 Yeahhh...But still... It's a moment of my mommyhood journey kot... Not only me... Tapi setiap ibu bapa sebenarnya... Detik perkembangan seorang anak kecil dan juga antara salah satu detik keindahan hidup ibu bapa. Ahaksss... 😆 Barangkali disebabkan ini adalah anak yang pertama dan pertama kali bergelar seorang ibu yang membuatkan Farah agak over sedikit di dalam perkongsian maya keibubapaan di Bubblynotes.Com kot? Akan tetapi bersesuaianlah dengan niche parenting yang didukung oleh Bubblynotes.Com selama lebih kurang hampir 4 tahun ni kannn? 

Yippie! Yippie! Yeayyy! 🙆 Iman Firash sudah mula mempunyai the urge and sense untuk memakai kasut sendiri. Walaupun tidaklah sesempurna mana akan tetapi yang kanan dan kirinya adalah betul! Hoola hoop hoola hoop... Ula la la hoola hoop... 💃 Oopsss ternyanyi pula! Agagagaga... Of course lah gembira oiii! Sedang-sedang elok sangat tu! Tahun depan dah nak school... Tak perlu teacher sibuk-sibuk nak pakaikan kasut dia kalau nak balik kannn? Sekurang-kurangnya ciri-ciri nak berdikari tu dah mula nampak. Firash kan dah besar? Jadi sudah mula kena pandai lakukan banyak perkara sendiri. Nanti Mommy mesti rindu nak mandikan Iman Firash, nak salinkan lampin pakai buang Firash, nak pakaikan baju Firash, nak pakaikan kasut Firash... Hu hu hu... That's the sendu part of it. Haihhh... Pantas sungguh masa berlalu... Perasaan mak-mak kannn? Haihhh... Standard-lah tu...
 
 
Salah satu perkara asasnya adalah... Tahu yang mana kanan dan juga yang mana kiri.  ðŸ˜Š Setakat terbalik kanan dan kiri sewaktu permulaan belajar memakai kasut sendiri tu tak menjadi satu masalah yang besar... Itu perkara biasa kannn? Tak perlu nak risau apa-apa pun mengenai perkara itu. Lama-lama nanti pandailah anak tu... Firash setakat ini betul kiri dan kanannya, cumanya pasangnya masihnya tak berapa nak betul atau sempurna kasut atau sandal tu... Kita kena betulkan balik...Mula-mula... Macam tulah... Setiap manusia ni kalau tidak dibimbing atau mendapat bimbingan mana nak sempurna terus kannn? Moralnya... Jangan nak expect anak terus pandai pakai kasut atau sandal dengan sempurna kalau kita tak pantau dan tak bantu serta berusaha untuk melatih dia.... Bukan sekadar kasut jer...Termasuklah perkara-perkara lain juga... Betul tak?
 
Sedikit perkongsian mengenai bagaimana caranya untuk melatih atau mengajar anak-anak kecil kita untuk memakai kasut yang Farah olah dari sumber di SINI...
 
 
Ceritakan Kenapa Kasut Perlu Dipakai
Ini merupakan satu idea yang baik di mana kita sebagai ibu bapa mengambil sedikit masa untuk menerangkan atau menjelaskan kenapa manusia perlu memakai kasut? Beritahu mereka sekiranya tidak memakai kasut, mereka akan mencederakan kaki mereka jika mereka berjalan berkaki ayam sepanjang masa. Beritahulah yang kalau berjalan berkaki ayam tu nanti, boleh terpijak benda-benda tajam macam kaca ke? batu ke? Nanti luka dan berdarah... Kasut tu fungsinya untuk melindungi kaki supaya tidak mengalami sebarang kecederaan dan juga untuk elakkan dari cacing masuk ke dalam kaki... Ekekeke.... 😂
 
 
Melatih Anak-Anak Memakai Kasut
Sekiranya anak-anak kecil tidak suka memakai kasut, cuba latih mereka secara perlahan-lahan. Bermula dengan menggalakkan mereka untuk memakai selipar di sekeliling rumah ketika mereka sedang bermain. Mulakan dengan selipar yang ringan serta selesa yang buatkan anak-anak rasa seolah-olah mereka tidak memakai selipar. Galakkan mereka untuk memakai selipar tersebut selama sejam, dua jam dan seterusnya. Apabila anak-anak telah menjadi biasa dengan memakai selipar, langkah ini boleh diulangi dengan kasut pula.
 
 
Menunjukkan Pada Anak-Anak Yang Memakai Kasut Itu Adalah Satu Pencapaian Yang Besar
Ini psikologi ni... Tunjukkan pada anak-anak yang kita teruja dan apabila mereka boleh memakai kasut sendiri itu, adalah merupakan salah satu pencapaian mereka yang terbesar di dalam kehidupan mereka pada waktu itu. Tunjukkan pada mereka yang kita bangga dan mereka adalah kanak-kanak yang telah membesar di mana semua kanak-kanak yang membesar perlu memakai kasut!
 
 
Tunjukkan Contoh Yang Baik
Memanglah... Di dalam apa-apa perkara sekalipun... Kalau nak anak lakukan sesuatu, ibu bapa perlu tunjukkan contoh yang baik... Janganlah kita dok sibuk suruh anak pakai selipar lah, kasut lah...Lepas tu kita yang berkaki ayam yer tak? Boleh terjadi ni keadaan sebegini nih... Hik hik hik... Bila anak dah membesar, banyak perkara nak kena jaga dan yang tak betul perlu diperbetulkan... 😆
 
 
Tetapkan Peraturan
Bila anak-anak semakin membesar dan semakin biasa dengan kasut, kita sebagai ibu bapa perlu tetapkan peraturan. Beritahu kepada anak-anak, jangan expect mereka dikecualikan dari memakai kasut ketika berada di luar rumah di dalam keadaan-keadaan tertentu, contohnya sekiranya mereka ke taman permainan, pusat membeli-belah atau berjalan-jalan mengambil angin di luar rumah.
 
 
Beri Anak Kebenaran Untuk Membuat Pilihan Ketika Membeli Kasut
Bagi peluang, bagi dia rasa seronok untuk pilih kasut yang dia suka ketika membeli kasut untuk mereka. Kalau mereka minat pada sesuatu jenis corak atau watak kartun pada kasut yang ada di kedai, beri kelonggaran dan ikutkan rentak mereka supaya mereka rasa seronok untuk memakai kasut. Errr...kelonggaran tu kelonggaran juga...Ikut rentak pun ikut rentak juga....Akan tetapi sila pastikan the cost of the shoes is within our budgetlah kannn?
 
Latih Untuk Tahu Mana Kanan, Mana Kiri Supaya Dapat Pakai Kasut Dengan Betul
Ini adalah tips yang universal dan ramai telah kongsikan... Ikut kreativiti dan suka hati masing-masing nak buat macam mana...Tapi letakkan penanda yang mana satu kanan dan kiri supaya anak kenal. Contohlah contoh... Smiley Face.. Since Iman Firash kenal warna... Farah letakkan pelekat Smiley Face dengan warna yang berbeza di hadapan kasut dia. Sebelah kanan, Smiley Face berwarna oren... Sebelah kiri, Smiley Face berwarna pink. Haaa macam tu.... Jadi secara tak langsung, mudah untuk Firash identify mana kanan, mana kiri.... Ingat dia...Ihikss... Mommy beritahu dia .... Orange on your right side, pink on your left side... Memori kanak-kanak kan kuattt....
 
Bermula lagi satu perkembangan yang menandakan Firash dah besar! Tak dinafikan hati ada sedikit tercuit bila melihat semua-semua perkembangan ini... Ha ha ha...tu tak lain tak bukan perasaan rindu yang bakal melanda sewaktu dia bayi dan peringkat toddler lettew.... Tak habis-habis kannn?
 
Itu saja perkongsian mengenai pemakaian kasut anak kecil buat masa ini... Ngee... Semoga bermanfaat yer? 😉

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. part pilih sendiri kasut tu, untuk bebudak kecil, as a parents kita sumbangkan 80% pendapat , ok kot?selebihnya pilihan warna tu terpulang pd anak utk decide

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !