DR. MALINDA! Saya Nak Kurus! Nak Cantik! Nak Sihat!

Farah Waheda Wahid
1
DR. MALINDA! SAYA NAK KURUS!  NAK CANTIK! NAK SIHAT!

Agak-agaklah… Agak-agak andalah, yes anda yang membaca entri Farah pada kali ini… Anda faham tak bagaimana rasanya apabila diperlekehkan? Apabila diperkotak-katikkan? Apabila diberi pandangan sinis? Apabila menerima gurauan kasar? Apabila disindir? Mengenai penampilan bentuk badan yang berisi dan tembun? Anda rasa anda benar-benar faham bagaimana rasanya? Pedih oiii! Walaupun mampu tersenyum, belum tentu lagi hati tersenyum. Senyum di luaran sahaja, tapi dalam hati, Allah jer yang tahu ok? Tipulah kalau kata tak sedih, tak beri kesan pada jiwa dan psikologi… Most of the time, bila diperkotak-katikkan, diberi pandangan sinis, menerima gurauan kasar ataupun disindir, terpaksa jadi kuat ok? Terpaksa jadi kuat! Demi, semata tak nak tunjukkan yang diri lemah sangat.

Kata-kata yang dicipta bagi menyedapkan diri seperti kurus tak semestinya cantik, kurus tak semestinya sihat… Sebenarnya jadi penyedap hati seketika jer! Esok lusa, bila lihat orang yang bentuk badan langsing, ramping lagi menawan lalu depan mata, dah mula balik rasa rendah diri. Bukan tak cuba nak kurangkan berat badan! Bukan tak cuba diet itu ini, makan supplement itu ini, makan ubat kurus segala bagai… tapi semuanya tak berkesan! Bila dah tak bagi kesan…Mulalah kannn? Lepas pada tu tak teruskan pengambilan sesuatu tu… Macam-macam dah cara cuba, macam-macam dah dikorbankan, tapi tetap macam semut perginya semua lemak-lemak degil dalam tubuh badan. Paling menyedihkan apabila, bila badan kita ni berisi, bila perut kita sama naik dan orang bergurau kasar mengatakan yang kita ni hamil! Perut dah macam perempuan mengandung! Ko rasa? Perit tak? Pedih tak? Tak taulah kalau anda jenis kental yang benar-benar kental… Hu hu hu, tapi kalau Farah memang mata dah berkaca-kaca dah… Sentap noksss! Crying face

Kalau bolehlah, perasaan orang-orang yang dalam golongan obes, dalam golongan tembun dan berisi ni, kalau boleh…Macam nak ada magis… Nak kurus dalam satu jangka waktu yang dekat dan cepat. Tapi mana ada magis macam tu? Paling tinggi pun makan 3-4 bulan juga nak hilang beberapa kilogram dari badan. Kalau nasib baik, 3-4 bulan boleh hilang paling tinggi pun mungkin 3 – 4 kilogram, kalau nasib super duper baik… mungkin tak mustahil boleh hilang 10 kilogram. Macam tulah…Lepas tu hilang kilogram sekejap… Mula naik balik berat badan… Tau tak? Apa yang paling sukar bagi golongan obes, golongan tembun dan berisi ni nak tepis? Craving pada makanan-makanan yang sememangnya membuka selera! Stress-eater! Dan ada 8 sebab kenapa seseorang itu GAGAL di dalam USAHA untuk MENCAPAI BERAT BADAN IDEAL sepertimana yang dipaparkan di dalam gambar di bawah ini:


{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1477633774842","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":745,"subsource":"done_button","total_editor_time":17,"brushes_used":0}


OBESITI adalah sejenis “penyakit”. Obesiti merupakan masalah yang banyak dilihat pada zaman moden ini. 50 tahun duu, mana ada masalah obes-obes ni… Penyebab yang menyebabkan fenomena obesogenic adalah:
  • Pemakanan yang tinggi karbohidrat terproses.
  • Makanan tinggi gula.
  • Nutrisi yang rendah.
  • Kurang aktiviti fizikal.
  • Metabolisme kacau.
  • Hormon tidak seimbang,

Semuanya menjadikan hidup seseorang huru-hara oiii! Kalau cuba-cuba kurangkan kalori dalam intake pemakanan pun, kadang-kadang bukannya berkesan nak turunkan berat badan. Sebaliknya boleh jadi naik lagi berat badan! Inilah dinamakan PEPERANGAN ALAF BARU!

Anda Berisiko Tinggi Jika…

BMI ANDA MELEBIHI 23
UKURAN LILITAN PINGGANG MELEBIHI: 102 CM (40 INCI BAGI LELAKI) DAN 80 CM (35 INCI BAGI WANITA)

Obesiti adalah peratusan lemak badan yang sangat berlebihan di dalam badan seseorang individu.

Anda Dikatakan Obes Bila…

BAGI WANITA PERATUSAN LEMAK BADAN MELEBIHI 32% DAN BAGI LELAKI PERATUSAN LEMAK BADAN MELEBIHI 25%

Bila dah obes, bila dah berat dan besar sangat badan, sebenarnya boleh mendatangkan pelbagai penyakit yang kita semua tak mau pun penyakit tu hinggap… Antara penyakit yang berkait rapat dengan masalah obesiti adalah seperti diabetes (kencing manis), hipertensi (darah tinggi), kolestrol tinggi, penyakit jantung koronari, stroke (angin ahmar), batu hempedu, kanser payudara, kanser prostat, kanser kolon (usus besar), masalah pernafasan (respiratori), masalah muskuloskeletal, vena varikos, masalah kulit, osteoarthritis, penyakit alzheimer’s, gout, sleep apnea, infertility (ketidaksuburan), masalah psikologi (kurang keyakinan diri), dan depressi.

Lemak Ohhh Lemak!

Pernah tak anda kenal jenis-jenis lemak dalam tubuh badan anda? Pernah tak anda cuba untuk diet selama beberapa minggu lepas tu nak turun pada 1-2 kilogram pun payah benar! Angry smile Grrrr…. Stress jer rasa kannn? Selepas 2-3 bulan, dah putus asa dan fikir begini: jaga makan pun tak turun. Anda putus asa dan kembali kepada cara hidup lama. Who cares! Kan? Kenapalah jadi macam tu kita ni yer? Cepat sangat putus semangat… Sebenarnya, tidak semua jenis lemak itu sama. Di dalam tubuh badan kita ni ada 3 jenis lemak iaitu? Jomlah kita berkenal-kenalan dengan lemak hari ni..

Lemak Untuk Struktur (Structural Fat)
'Lemak baik' ini penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi dan membentuk rupa bentuk muka. Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber tenaga.

Lemak Normal (Normal Fat Reserve)
'Lemak baik' ini ada di sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi spt 'Tangki Tenaga'

Lemak Abnormal ( Abnormal Stored Fat )
'Lemak tak berapa nak baik' ni di kenali sebagai 'tisu adipose'. Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ini akan kelihatan 'membuncit' dan 'berlipat-lipat' di tubuh anda ! Ia sangat AKTIF mengeluarkan toksik kimia dan hormon 'estrone' yang akan mengganggu sistem tubuh anda. Lemak ini TIDAK digunakan sebagai sumber tenaga utama.. Hanya dalam keadaan tubuh yang hampir 'kebuluran' sahaja, lemak ini akan dibakar & mula digunakan sebagai tenaga !

Jadi, anda nampakkan di sini - Bila anda ber'diet' 1-2 bulan pertama, lemak Jenis 2 yang mula dibakar tetapi Lemak Jenis 3 akan kekal di situ! Ia hanya dibakar dalam keadaan ‘kebuluran’ sahaja.

Macam Mana Nak Menggerakkan Lemak Jenis 3 Yang Degil Itu?



{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1477633740482","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":447,"subsource":"done_button","total_editor_time":21,"brushes_used":0}

 

HCG adalah transformasi perubatan terbaru untuk ‘menggerakkan’ lemak Jenis 3 ini.
 

APA ITU hCG?

hCG adalah Human Chorionic Gonadothrophin, sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia (lelaki dan wanita) dan ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ia memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hypothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan digunakan sebagai sumber tenaga. hCG juga akan berfungsi sekiranya tubuh berada di dalam keadaan ‘kebuluran’ dimana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga.
Ia bukanlah ‘sex hormon’. Ia mempunyai tindakan yang sama pada lelaki dan wanita. Ia bertindak sebagai ‘Kunci’ untuk menggerakkan lemak yang tersimpan dalam badan.
 

BAGAIMANA hCG BERFUNGSI UNTUK RAWATAN OBESITI?

Rawatan hCG untuk Obesiti ini telah dimulakan oleh Dr. Simeons, seorang doktor perubatan British. HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil Hipothalamus.Hipothalamus berfungsi untuk keseimbangan badan (homeostasis). Ia bolah mengawal semua kelenjar endokrin dalam badan dan ia juga akan membantu untuk mengawal tekanan darah, suhu badan, keseimbangan cecair badan, selera makan dan berat badan. Obesiti berlaku apabila berlaku hypothalamus gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan metabolism, ketidakseimbangan hormon, nafsu makan yang tidak terkawal, pembakaran lemak yang tidak effektif dan pengumpulan lemak yang berlebihan di bahagian perut, peha, punggung dan lengan.
 
Kerosakan hypothalamus biasanya berlaku disebabkan oleh stress, trauma, toksin, electromagnetic field dan tabiat buruk pemakanan yg mengandungi banyak lemak trans, gula dan bahan pengawet. hCG akan memberi signal kepada hypothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama di dalam badan – lemak yang berkumpul di perut, punggung, peha dan lengan. Lemak jenis ini sangat susah untuk dibuang kerana badan akan menyimpannya sebagai ‘survival stratergy’. Apabila kita berdiet biasa, apa yang pertama akan hilang dari badan adalah air, otot dan ‘subcutanoeus fats’ iaitu lemak yg memberi bentuk muka dan payudara. Kerana itu kebanyakkan diet boleh menyebabkan kulit menjadi kendur.
 

APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

hCG akan kombinasikan bersama-sama dengan diet rendah kalori dan prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan ‘trick’ kepada hypothalamus dan membantu ‘membuka kunci’ lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan ‘lemak jenis 3’ atau lemak abnormal digerakkan. Pergerakan lemak ini akan membekalkan 1,500 – 4,000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

 

DIET RENDAH KALORI & PRINSIP DIET SIHAT? MACAMANA TU?

Jangan Risau. Semua manual dan menu pemakanan akan disediakan untuk anda! Kebaikan program ini adalah ia seperti ‘DETOX’ program. Dan diet yang anda perlu ambil adalah – Diet yang sihat, Tanpa Gula, Karbohidrat yang sihat, Tanpa Makanan segera atau terproses, Rendah Lemak dan Tiada minuman berkarbonat. Ini sangat penting untuk memastikan kejayaan anda dalam program – Ia adalah proses ‘membersihkan sel-sel badan’ bukan sekadar diet untuk kurus sahaja.
 
Melalui proses cleansing dengan pengurangan kalori (calories restriction) dilakukan – Anda akan rasa lebih sihat dan tiada lagi masalah ‘food craving’ atau ‘food addiction’ ! Anda tidak lagi terpenjara dalam nafsu dan tabiat buruk pemakanan sendiri. Dan ini akan menyebabkan anda lebih mudah untuk membuat pembaharuan seterusnya dalam cara hidup untuk jangkamasa panjang selepas ini.
 

ADAKAH BERAT BOLEH MENDADAK NAIK SETELAH BERHENTI PROGRAM INI?

BONUS dari program ini adalah ia membantu keseimbangan metabolism badan. Jika anda mematuhi program ini, anda akan meningkatkan metabolism badan ke satu ‘setting’ yang baru dan keadaan ini akan mengelakkan berlakunya Kesan ‘YoYo’ – kenaikkan mendadak setelah berhenti rawatan program.
 

BERAPAKAH DOS hCG YANG DIGUNAKAN DALAM RAWATAN INI?

Wanita yang mengandung menghasilkan 500,000IU – 1,000,000 IU semasa hamil. Dalam rawatan kesuburan pula, pakar O&G menggunakan 5,000 – 10,000 IU dalam rawatan kehamilan.Tetapi, dalam program ini hanya 125-200IU hCG digunakan didalam rawatan.Semua hCG ( dalam bentuk injection dan homeopathy) dihasilkan di makmal daripada sel sterile. hCG bukan di ekstrak daripada wanita hamil – fakta yang sering di salah ertikan (common misconception).
 

ADAKAH SAYA AKAN LAPAR SEPANJANG PROGRAM INI?

Walaupun anda mengambil kalori yang rendah dalam program ini, anda akan kurang merasa lapar kerana hCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber tenaga dan ia memberikan 1,500 – 4,000 kalori sehari sebagai tenaga. Anda akan merasa lebih bertenaga kerana program ini akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan anda.
 

BERAPA BERAT YANG SAYA BOLEH TURUN?

Potensi berat yang boleh turun adalah 0.5kg sehari. Bergantung pada individu, tetapi potensi biasanya antara 6-8kg dengan penurunan 1-2 saiz baju, hanya dalam masa 23 hari! Rawatan ini boleh disambung terus untuk cycle ke dua (46 hari) dengan potensi utk penurunan sehingga 15-20 kg.

 

TAK BAHAYA KE TURUN BERAT MENDADAK?

Kajian terbaru menunjukkan pengurangan yang lebih cepat akan memberi motivasi lebih kepada client. Penurunan dalam program hCG ini adalah antara 0.3-0.5kg sehari dan apabila disertakan dengan nutrisi yang cukup dan pemantauan doktor. Ia adalah penurunan yang selamat dan tidak akan mengganggu metabolisme atau sistem badan.
 

APAKAH KEBAIKAN PROGRAM INI BERBANDING PROGRAM DIET YANG LAIN?

Perbezaan rawatan hCG adalah ia bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tetapi ia akan membantu untuk badan menjadi lebih pejal dan padat (tidak menggeleber setelah kurus). Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa menggangu tulang dan otot.Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara adalah ‘Inch Loss’. Saiz baju biasanya akan berkurangan antara satu atau dua saiz yang lebih kecil.

 

APAKAH KEBAIKAN LAIN PROGRAM INI?

Selain dari penurunan lemak badan, anda juga akan dapat memperbaiki tahap kesihatan keseluruhan – Tahap gula dan tekanan darah lebih stabil, penurunan tahap kolestrol, tiada lagi masalah sakit sendi dan lutut, tidur lebih baik, tenaga meningkat, complexion dan tone kulit yang lebih cantik dan tiada lagi ‘food craving’ terhadap karbohidrat dan gula atau nafsu makan yang hodoh.hCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endorphin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus dan bertenaga.
 
Apabila lemak ditukarkan kepada tenaga – ini akan mengurangkan radang didalam badan. Obesiti dan penyakit kronik sangat berkait rapat dengan tahap radang yang tinggi dan pengurangan lemak badan akan memperbaiki tahap radang dan banyak masalah metabolisma lain. Tidak hairan jika ramai yang dapat menurunkan tekanan darah, kolestrol, gula dalam darah, sakit sendi, jerawat, tiada lagi masalah sakit kepala, allergic, dan banyak masalah sistem imun yang lain.
Rawatan hCG adalah transformasi baru dalam dunia pelangsingan!
 

ADAKAH RAWATAN hCG INI SELAMAT?

Rawatan ini selamat. Wanita boleh mempunyai tahap hCG yang jauh lebih tinggi tanpa ada sebarang kesan sampingan negatif.hCG juga biasanya digunakan sebagai rawatan kesuburan oleh pakar O&G. Dengan mengambil program hCG untuk menurunkan berat badan, anda sebenarnya juga meningkatkan tahap kesuburan anda dimana ramai client mengalami masalah kesuburan dan telah mengambil program ini juga berjaya hamil.Pada tahun 2004, Kajian klinikal (double blind studies) oleh Dr. Belluscio yang melibatkan 6,540 patient telah membuktikan bahawa hCG effektif dan selamat dalam rawatan obesiti.
 

BAGAIMANA RAWATAN HCG INI?

Setiap Kitaran Program HCG adalah 23 hari. Ia mempunyai 3 Fasa iaitu :Loading Phase, Burning Phase dan Maintainence Phase.
 
Jangan Risau! Dalam Hal Ini, Dr. Malinda akan Sentiasa Membantu Anda!

DR. MALINDA! SAYA NAK KURUS!  NAK CANTIK! NAK SIHAT!  3
 

BAGAIMANA MENGAMBIL HCG INJECTION?

  • HCG injection 125IU diambil setiap pagi.
  • Injection – selewat-lewatnya sebelum jam 11 pagi
  • Injection – sebelum sarapan pagi

 

INJECTION BUAT SENDIRI?

Senang je. Tidak perlu cari urat untuk inject. Hanya inject dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat disediakan untuk membantu anda membuat teknik injection yang betul.
 

KESAN SAMPINGAN RAWATAN hCG?

Rawatan hCG yang dipantau oleh doktor adalah selamat. hCG tidak mempunyai kesan sampingan yang serius (jika tidak wanita yang mempunyai 1,000,000 IU hCG dalam badan ketika hamil juga akan mengalami masalah yang serius)! Akan tetapi antara kemungkinan kesan adalah seperti sembelit, lapar, letih, pening, cramps atau hypoglycaemia yang berkait rapat dengan pengambilan kalori yang rendah. Walaubagaimanapun, pengambilan air yang banyak dan supplement akan membantu. Kajian Dr. Simeon terhadap 10,000 pesakitnya membuktikan bahawa diet program dengan rawatan hCG mempunyai kesan yang lebih baik dari segi pengurangan lemak badan dan pengekalan berat badan dalam jangkamasa panjang berbanding client yang hanya mengambil diet sahaja.
 

BOLEHKAH SAYA BERJAYA SEPERTI YANG LAIN?

Kejayaan program ini sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik! SET MINDA ANDA– 23 atau 46Hari ini adalah waktu membersihkan diri (cleansing program), pembuangan lemak & detoksifikasi.

Pointing upSediakan satu baju yang lebih kecil dari saiz anda sekarang.
Pointing upMatlamat bukan sekadar untuk kurus sahaja tetapi Lebih Sihat untuk jangkamasa panjang.
Pointing upKuatkan semangat untuk melawan nafsu & keinginan – Ini adalah proses untuk ‘RESET’ Hipothalamus.
 
Bagi menambahkan keyakinan anda, meh sini meh, meh rapat-rapat meh… Farah kongsi dengan anda semua contoh testimoni dari mereka yang telah berjaya menjalani program ini.
 

DR. MALINDA! SAYA NAK KURUS!  NAK CANTIK! NAK SIHAT!  6
 
DR. MALINDA! SAYA NAK KURUS!  NAK CANTIK! NAK SIHAT!  7
 
DR. MALINDA! SAYA NAK KURUS!  NAK CANTIK! NAK SIHAT!  8
Kuringkaskan kisahnya,,Allah telah pertemukan aku dengan Dr.Malinda & program Latih Diri Langsingnya....ianya sungguh di luar jangkaan,,begitu banyak ilmu-ilmu kesihatan yang selama ini jauh dari kotak fikiranku yang berjaya dipraktiskan. Dengan amal serta istiqamah yang ikhlas dan konsisten, pasti Dia janjikan hasil yang setimpal dengan usaha..syukran..Alhamdulillah..Bukan meminta perhatian,,tidak juga pujian, apatah lagi penghargaan, tidak kulayak untuk menasihati..hanya sepintas perkongsian..untuk membakar lagi semangat diri meneruskan Jihad Untuk Sihat..Semoga jasad indah yang Allah pinjamkan sementara kepada kita di dunia ini dapat dipulangkan semula dengan cukup sifat dan baik *terperi* keadaannya kepada Dia..diri empunya diri..Insya Allah.
Terima kasih kepada Dr.Malinda.
Syukran Allah..
*Let the photo speaks by itself* – Puan Suriya
#hcgdrmalinda
#ldl
#jihadsihat





Untuk TESTIMONI mereka-mereka yang telah berjaya, anda boleh membaca dengan lebih lanjut di pautan:

 

BERAPA HARGA PAKEJ HCG NI?

PROMOSI DISKAUN ISTIMEWA untuk bulan ini dan juga HADIAH PERCUMA sekiranya anda berminat untuk menjalani program ini.
Jika ingin maklumat lanjut tentang PROMOSI dan HADIAH PERCUMA,
Hubungi kami di WhatApps 017 508 4430 atau e-mel :drmalinda@gmail.com
Hanya suntik dibahagian lemak perut yang anda mahu buang itu. Terdapat panduan yang disediakan untuk membantu anda membuat teknik suntikan yang betul.
 

BAGAIMANA NAK BERMULA?

Mudah Sahaja! Hubungi kami di WhatApps 017 508 4430 atau email di drmalinda@gmail.com 
PENDAFTARAN HARI INI!
Kami berbesar hati untuk membantu anda!
Tahniah & Selamat Ucapkan Selamat Tinggal kepada kehidupan lama yang tidak sihat!
 
Selamat MAJU JAYA Semua Di Dalam Misi Menghapuskan Segala Lemak-Lemak Degil! Winking smile

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"6BD76114-7EFA-49D7-9705-FA2C12B191C8_1477634155740","width":687,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":2,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","origin":"gallery","height":770,"subsource":"done_button","total_editor_time":56,"brushes_used":0}

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !