Di Mana Ada Rumah Bersepah, Di Situ Ada Anak Bijak?

Farah Waheda Wahid
2
DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK

Di mana ada rumah bersepah, di situ ada anak bijak? Really? Alhamdulillah, syukran Ya Allah… Jika benarlah, jika sungguhlah seperti apa yang dikatakan… Laughing out loud ngee… Tak jadi rasa macam nak nangis Crying face  bila terpaksa mengemas permainan yang bersepah hampir satu kawasan ruang tamu ni…Nyah-Nyah… Ha ha ha… Melawak jer, tak adalah rasa nak menangis pun, adatlah tu, rutinlah tu, mak-mak dengan situasi ni. Ada masa kalau dia rajin nak kemas, dia kemas semula. Ada masa kalau angin dia nak tinggal macam tu jer, memang secara automatik faham-faham sendiri lah yang itu merupakan tanda Mommy kena kemas. Memang tiap-tiap malam pun, selepas semua orang hanyut di alam mimpi, Farah jadi macam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), buat rounding satu rumah dan perhati sekeliling kalau-kalau ada permainan yang perlu dikutip dan disimpan. Bukan apa, bimbang kalau-kalau nanti ada yang terjaga malam, tersepak, terlanggar, tergelicik dan seterusnya mengalami kecederaan yang tidak diingini berlaku. Terutamanya nenek dialah. Safety kena jaga juga. Betul tak?  Ini baru sikit jer ni yang Farah paparkan di dalam gambar di atas ni… Baru satu container permainan dia lambakkan semua ke atas lantai, belum lagi yang ada dalam kotak di dalam compartment di bawah TV Console, belum lagi yang ada di laci-laci di dalam rumah tu. Agaknya kalau Farah ambil gambar keadaan rumah dah ibarat shipwrecked punya kondisi mau ada yang pening melihatnya…

Open-mouthed smile Muahahaha, ibu-ibu yang dah biasa dengan kondisi sebegini rasanya tak adalah pening kan? Tapi kan, memang Allah SWT tu duga Farah betul ok? Farah kan jenis tak boleh tengok rumah bersepah walau se-coet pun? Memang tak gemar sangat-sangat dan memang sakittt jer mata kalau tengok rumah bersepah. Rasa semak weiii! Allah SWT betul-betul duga dan uji tahap kesabaran hati ini apabila Iman Firash suka sepahkan mainan dan menjadikan rumah seperti mengalami shipwrecked.

DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK 2

Bila dipanggil, macam nilah ekspresi muka dia… Open-mouthed smile…Ahaksss…. Ini Mommy panggil sebab nak rakamkan gambar dia satu hal, sebab nak beri pesanan khidmat masyarakat pada dia satu hal. Pesanan khidmat masyarakat yang berbunyi… “Firashhh, please do not scattered all your toys here and there too much and please put it back in the box once you finished playing”… Agaknya dalam hati dia alaaa…. Mommy ni, chill lah Mommy…. Pesanan jerlah mampu Mommy beri walaupun perlaksanaannya entahkan entahkan ya tak? Muahahaha…. Tak salah bagi pandangan Farah, itukan salah satu proses mendidik. Sekali lagi Farah ulang, di mana ada rumah bersepah, di situ ada anak bijak? Really? Gigih mencari sumber yang membincangkan mengenai isu ini…

Menurut seorang pakar motivasi yang bernama Nur Firdaus sepertimana yang dikongsikan melalui sumber Vanilla Kismis di dalam artikel di SINI:

DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK 3


Kenapa Anak Kecil Suka Sepah-Serapah?

Lazimnya anak kecil suka melambakkan permainan mereka, lagi nampak bersepah lagi mereka suka. Lagi mereka gembira. Kenapa ya? Mak ayah tak pandai anak ajar berkemas ke? Jom kita tengok sedikit di dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak.
Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak-anak kecil akan berfikir jika benda itu ada di depan mata, maka ia akan wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil permainan mereka, mereka akan cepat beri reaksi sama ada melalui tangisan atau sebagainya. Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata mereka ok. Tapi bila kita “hilang” sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka. Siapa yang jaga bayi, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas seorang diri. Winking smile.

Ajar Berkemas Bila Tiba Masanya

Mereka bukannya buat-buat atau mengada-ngada. Ia adalah reaksi semulajadi. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada! Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 sehingga ke 3 tahun). Buat macam mana pun, cakaplah macam mana pun, mereka tetap akan anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat. Ha, berbalik kepada rumah bersepah tadi, bagi kanak-kanak permainan mereka “ada” bila ia DAPAT DILIHAT. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).

Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa, fahamilah corak pemikiran mereka, jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar. Tapi kena tepat pada masanya. Jangan awal-awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka. Solusinya, terpulang…kalau saya, saya sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Terpulanglah dia nak sepah-serapah ke? nak kemas ke? nak campak ke? saya nak lihat mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.
Dan menurut satu lagi sumber dari satu laman blog terkenal iaitu SirapLimau melalui artikel yang dikongsikan di SINI

DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK 4

DI MANA ADA RUMAH BERSEPAH, DI SITU ADA ANAK BIJAK 5

Sepertimana yang diungkapkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Kathleen Voh persekitaran yang bersepah boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih kreatif, tidak kiralah berapa pun umur mereka. Apabila dibandingkan, mereka mendapati seseorang yang ditempatkan di dalam sebuah bilik yang bersepah boleh mengutarakan lebih banyak idea yang kreatif dan menarik berbanding mereka yang ditempatkan di dalam sebuah bilik yang kemas dan tersusun rapi.

5 SEBAB BUAT SEPAH ADALAH TANDA ANAK BIJAK!

Jadi, benarkah orang kata salah satu tanda anak bijak itu adalah mereka yang suka buat sepah? Terdapat beberapa kajian yang dijalankan iaitu di antaranya di Universiti Iowa pada tahun 2013 dan Universiti Minnesota pada tahun 2016. Yang 2016 ni baru lagi ni… Smile

Ini adalah 5 sebab yang menyokong kenyataan rumah bersepah tanda anak bijak:

Mereka Sedang Membina Maklumat

Anak kecil yang sedang membuat sepah ini biasanya akan mengaktifkan semua deria dan saraf motorik mereka. Memegang, merasa, menggenggam, membaling dan sebagainya – ini semua adalah perbuatan yang akan menambahkan maklumat serta kefahaman mereka tentang dunia sekeliling mereka. Anda mungkin nampak anak-anak seperti sedang bersuka ria tetapi sebenarnya mereka mendapat pelbagai manfaat daripada perilaku tersebut. Kebanyakan maklumat yang diperolehi ini akan disimpan dan diproses untuk kegunaan pada masa akan datang. Buktinya, anak-anak yang suka menyepahkan makanan didapati LEBIH CEPAT BELAJAR nama makanan termasuklah objek yang berkaitan makanan dengan lebih cepat dan tepat.

Mereka Berani Bertindak

Mereka  yang lebih suka bersepah adalah golongan yang suka mengambil risiko, berani bertindak  dan spontan di dalam setiap tindakan. Anak-anak ini mempunyai kelebihan dalam membuat keputusan kerana mereka tahu apa yang mereka inginkan. Ini adalah salah satu skil yang penting untuk mereka dan akan membantu mereka apabila dewasa kelak.

Mereka Lebih Kreatif

Tahukan anda bahawa kebanyakan genius yang kita kenal seperti J.K. Rowling, Roald Dahl dan Albert Einstein adalah mereka yang terkenal dengan tabiat suka bersepah? Segelintir pakar berpendapat bahawa keadaan yang tersusun rapi dan konvensional menyukarkan seseorang untuk berfikir di luar kotak dan menggalakkan seseorang untuk sentiasa kekal dalam ZON SELAMAT. Berbanding dengan mereka yang memecahkan tradisi  ini,  seseorang dianggap lebih berkeyakinan dan berkebolehan memberi idea baru.

Mereka Curious

Salah satu tanda anak bijak adalah mereka tahu apa yang mereka mahukan. Mereka mahu melihat apa yang akan terjadi apabila sesuatu  barang disentuh, diusik, dilontak, dipijak, dimusnahkan atau ditumpahkan. Anak-anak akan mempelajari dan mengingati sesuatu melalui sebab-akibat. Mereka tahu bahawa proses ini penting dan mereka nekad untuk mengetahui sesuatu.

Mereka Belajar Mengingat Lebih Banyak Perkara

Anak-anak biasanya suka mengulang sesuatu perkara yang mereka lakukan kerana memorinya sedang bekerja keras untuk mengingat setiap proses dan langkah yang terlibat. Apabila sesuatu diulang berkali-kali, mereka akan cuba melakukannya dengan lebih baik. Ada masanya, mereka akan cuba mengubah permainan dan menjadikannya lebih menarik melalui idea yang timbul secara spontan. Proses seperti inilah yang dapat membantu mereka belajar lebih banyak perkara dari hari ke hari.

Jika difikir-fikirkan semula, memang ada logiknya mengapa mereka mengaitkan tabiat suka buat sepah ini dengan tanda anak bijak. Segala eksplorasi ini akan memberi kesan yang bermanfaat dalam jangka masa panjang sekiranya anda menggalakkan mereka bermain, merekacipta dan mencetuskan pelbagai idea menarik yang tidak pernah terlintas di fikiran. Tetapi, praktikkan juga keseimbangan dengan mengajarkan anak cara-cara menjaga kebersihan dan mengemas permainan agar tidak menyebabkan kecederaan serius! Satu lagi… bersepah bukanlah bermaksud pengotor ya? Cuma semak jer semak… Ha ha ha… Open-mouthed smile….

Ya Farah akui Farah memang tak boleh tengok sepah sana sepah sini, akan tetapi tak apalah nak… demi kebaikan perkembangan sepahlah sebanyak mana nak sepah… Enjoy this moment… Alah bisa tegal biasa… Memang sakit mata tengok sepah sana sepah sini… Bezanya, bila dah lama-lama… you can’t help it… Sesiapa dah ada anak memang akan macam ni lah keadaan rumahnya… That’s why they are kids kannn? Biarlah sepah, lepas tu kalau kita ni jenis tak boleh nak tolerate dengan sepah macam kes Farah, bila dah selesai main, kita ajaklah dia sama-sama kemas permainan dia… Buat sama-sama baru dia nak ikut. Kalau kita jadi diktator arah jer kemas memang tak jalan… Anak-anak yang sedang membesar mudah mengikut… Mereka akan mengikut kalau kita lakukan sama-sama…Tapi kalau mulut kita jer yang jalan, kaki tangan kita tak jalan sama…Memang taklah mereka nak buat kan? Ihiksss…

Fikir positif jer… dari seorang yang semak sangat mata dan tak boleh tolerate dengan shipwrecked di dalam rumah…bila dah ada anak ni… macam ibarat… dah lali dah… Benda-benda sebegini adalah proses perkembangan… Just keep on thinking, that these are part of the things that I gonna miss someday in the future… Masa ni jer sepahnya…Makin membesar akan semakin berubah, jadi pesanan kepada diri sendiri, nikmatilah saat –saat ini dengan sebaiknya… Kannnn?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hihihi ada hikmah sebenarnya buat sepah ni xD comel je muka Iman!

    ReplyDelete
  2. Anak saya ikut mood bila nak ajak mengemas. kadang-kadang tak payah suruh.. kadang-kadang memang kena kemas sendirilah jawabnya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !