BUSY!

Farah Waheda Wahid
3
BUSY!

Fuhhh!!! Eye rolling smile… Selamba jer dia jawab… Busy!… Amboiiiiii sangat sangat sangat tau Iman Firash ni! Tiba-tiba Mommy dia rasa macam nak makan budak jer!!! Sarcastic smile… Ha ha ha…. Dok terbayang lagi bagaimana cara dia menjawab dan bagaimana selambanya dia macam tak ada apa-apa perasaan langsung! Aduyaiii… Memang inilah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa bila anak sudah mula mahu keletah bertutur bicara ya tak? Gelagat yang sebenarnya mencuit hati dan menceriakan hari-hari… Yang mewarnai hari-hari kita… Tak adalah rasa nak makan budak, tetapi rasa macam nak geletek jer dia sampai dia sendiri surrenderOpen-mouthed smile…. Masa tu, baru dia tau… baru dia rasa…Oooo… pandai ya… buat selamba dengan Mommy???

Al-kisahnya diceritakan, malam semalam… Sewaktu habisnya drama Patahnya Sebelah Sayap (tak sabar nak tengok apakah yang seterusnya berlaku….ihikss… sebenarnya tak sabar nak tengok Amzar tu terima pembalasan… itu dah hampir-hampir dah tu…), kononnya nak beralih saluran… Nak tukar pula Suri Hatiku Mr. Pilot, nak layan feeling pula tengok Fattah AminNyah-Nyah…Ha ha ha…Matilah nakkk… Mak-mak minat Fattah Amin pula… Walaupun mungkin ramai yang akan kata… Surprised smile Hah what? Mommy Ash suka Fattah Amin? Kakak kisah apa? Adalah sebab kenapa suka tengok Fattah Amin tu berlakon sekarang… Dulu masa mula-mula Fattah Amin berlakon, memang tak minat punnn… Sebab masa tu mutu lakonan dia masih lagi nampak kaku…but now, nampak transformasi dia… semakin better and better… Minat jer…Minat tengok lakonan dan gaya penampilan diri dia… Tak ada yang lebih-lebih punnn… Sekadar habis di kaca televisyen sahaja… Faham? Hua hua hua…

Mommy ni konon, malas nak bangun nak ambil alat kawalan jauh televisyen tu… Makanya, hajat hati nak minta tolong si anak bujang untuk tolong Mommy, memandangkan dia sekarang dah boleh diharap kannn? Memang ada masa-masa rajin sangat tolong Mommy anak bujang nih. Akan tetapi, satu jer perangai dia yang dapat Mommy dia perhatikan… kalau sedang fokus dengan sesuatu, panggillah sampai berbuih-buih mulut tu memang dia buat tak tau jer… Dia tetap fokus dengan apa yang dia sedang lakukan… Memang susah nak dengar dia menyahut kalau dia sedang fokus… Penat panggil tau tak? Grrrr…  Selalu memang dia buat tak tau… Tapi malam semalam… Ya ampunnn… Boleh? Dia dengan selamba menjawab… Begini perbualan di antara anak dan mak malam semalam…

Mommy: Firashhh…

Iman Firash: Yeahhh…

Mommy: Could you please take the black remote control for Mommy?

Agak-agak anda bagaimana maklum balas Iman Firash? Adakah dia fokus kepada apa yang sedang dia lakukan? Ataupun ada jawapan? Jeng jeng jeng…Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula yer tak? Wakakaka…Tentulah jawapannya adalah tajuk kepada entri ini…

Iman Firash: Busyyy…

Sambil-sambil sibuk dengan aktiviti mewarna ikut citarasa dia tu… Yang tak menahan tu, dia boleh tukar pose dia sambil menjawab dengan perkataan Busyyy! tu yang rasa nak geletek-geletek dia sampai surrender tu… Nak tau gaya macam mana? Seperti gambar di bawah ini:

BUSY! 2

Kannn? Manalah Mommy ni tak rasa nak geletek dia… Tu baru structure two three words tu… Kalau dah laju dan lancar bercakap entah macam mana lagi keletah… Tapiii… Ini yang Mommy sayang Firash sangat ni… Selepas dia buat pose macam tu… Dia menoleh sambil tersenyum… Acah-acah menyakat Mommy lettew! Ya! Dia menyakat Mommy… Sabar jerlah mak nak oiiii… Red heart… Dia bangun juga sudahnya, pergi ambil alat kawalan jauh tu dan serahkan pada Mommy dia… He he he… Tapi memang! Memang sangat sangat! Dia sangat suka menyakat sesiapa sahaja… Nenek dengan Atuk pun jenuh kena sakat dengan dia ni… Ada jer cara dia nak menyakat… Bakat tu dah tau dah dari siapa turunnya…Genetik! Tapi tak apalah, jadi penceria hari-hari Mommy kannn? Winking smile

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !