Home » , , , , , , » Boom! Boom! Pow! Version No. 3!

Boom! Boom! Pow! Version No. 3!

BOOM BOOM POW VERSION NO.3

Lost my words! The only thing that I could think of… redhakan hati dengan seikhlas mungkin… Smile… Cobaan… Memang nampaknya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga dah ni… Memang dah jadi cerita bersiri di dalam Bubblynotes.Com dah ni bulan Oktober 2016 ni… Memang soheh sesoheh sohehnya… TRAGEDI OKTOBER yang paling win di dalam hidup Farah… Wohooo! Bulan Oktober 2016 yang paling mencabar… Mencabar tahap kesabaran dan mencabar poket juga ni… Bha ha ha… Open-mouthed smile…Iyalah kita bukan orang ber-ada, mahupun ada-ada… Memanglah terasa peritnya tu tak banyak sedikit… Ahakss… Baru jer bercerita di dalam entri Boom! Boom! Pow! Version No.2baru sangat-sangat lagilah… 2 hari berturut-turut ni oiiii…. One after another… Nak dikisahkan bila bangun dari tidur pagi Ahad, nenek Firash beritahu yang tayar kereta di bahagian penumpang belakang pancit…. Surprised smile…Hahhh… Pancit lagi? Semalam dah berlaku insiden…hari ni sambung lagi? Bertimpa-timpa dah ni… Kenapa tiba-tiba rasa nak pitam ni? Muahahaha….

Pitam-pitam pun, masih berpijak di bumi yang nyata… Kadang-kadang tu sesuatu berlaku bukannya disebabkan kita dah bersedia ianya akan berlaku, terkadang benda yang berlaku kita tak jangka dan kita tak sangka pun akan berlaku pada waktu dan saat-saat yang kita langsung tak terfikir boleh berlaku yer tak? Macam contohnya, peramal kaji cuaca, ramalkan esok hujan tetapi tiba-tiba bukan setakat hujan… siap dengan ribut taufan bencana alam yang maha dahsyat lagi berlaku. Takkan nak salahkan peramal kaji cuaca tu pula… Dia cuma menjalankan tugas dia mengikut ilmu pengetahuan dan susur galur tugasan dia sahaja. Berlaku atau tidak semuanya kan kehendak Allah SWT. Kalau boleh pilih bila nak hujan, bila nak panas, bila nak mendung, bila nak gempa bumi… Itu bukan kuasa manusia yer tak? 

Apa nak buat? Apa lagi nak buat… Memang sah-sah tak boleh jalan dah kereta ni… Tergendala nampaknya rancangan nak membeli barang-barang basah dapur untuk keperluan memasak dan juga stok seminggu. Telefon-lah mekanik dari bengkel yang berhampiran dengan kawasan perumahan Farah. Tunggu sehingga mekanik datang ke rumah. Lebih kurang di dalam 15 minit selepas membuat panggilan dan menghantar mesej melalui What’s App kepada pemilik bengkel, makanya datanglah mekanik untuk membantu Farah.

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 2

Mekanik pamkan tayar kereta yang pancit itu sehingga tayar itu kembali bulat seperti biasa… He he he… Winking smile  dan kemudiannya setelah selesai dipam, mekanik minta Farah bawakan ke bengkel mereka untuk pemeriksaan lanjut dan kalau perlu tampal, kita tampal lah kan? Jangkaan Farah, tayar itu pancit sahaja disebabkan paku… Dan memang tak terfikir benda-benda lain atau kemungkinan-kemungkinan lain pun…

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 3

Sampai bengkel terus kena masuk wad dah baby kedua ni…. Sebab? Sebab Farah minta dia check semua tayar sekaligus… Memandangkan semalam dah ganti satu tayar iaitu tayar 2nd hand di bahagian penumpang hadapan, lepas tu pula, hari ni pula tayar belakang sebelah kiri pula pancit… Dah alang-alang tu, suami pun suruh check keempat-empat tayar sekaligus. Iyalah kalau boleh kita tak naklah masalah yang sama berulang-ulang jer berlaku. Lalu ke? Lalu ke nak menghadap masalah tayar ni jer? Biarlah, alang-alang dah masuk wad ni, check jer betul-betul semua… Ahakss… Tapi sebenarnya dalam masa yang sama itu kepala sudah ada pusing sedikit! Bha ha ha… Biasalah… Pusing bukan sebab apa… Pusing bajet nak rolling oiii…. Entah kenapa dalam hati tergerak it could be worst… it could be more than that… Ok, tak apa, pelan-pelan cerita… Nanti anda akan dapat melihat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan it could be worst than that…

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 4

Memang Farah perhatikan satu persatu, pekerja bengkel membuat kerja… Memang macam tu sikap Farah bila menghantar kereta ke bengkel… Dari dulu sampailah sekarang…Sibuk nak tengok orang buat kerja dan nak perhati macam mana orang buat kerja. Memang kalau kereta di bengkel, Farah takkan tinggal dan Farah akan perhati satu-persatu…Iyalah, sambil-sambil tu boleh belajar dan ambil ilmu pengetahuan mengenai kereta dan cara penyengaraan kereta juga. Orang perempuan yang memandu, tidak kira sesiapa, kena belajar semua benda ni jika memandu… Sebabnya, sekurang-kurangnya kalau berlaku apa-apa kita tak panik dah… Belajar boleh melalui pembacaan dan juga melalui pengalaman sendiri… Ni memang betul-betul Allah nak bagi pengalaman ni… Mungkin untuk ilmu pengetahuan Farah dan untuk Farah tahu bagaimana  nak mengendalikan situasi sekiranya berlaku apa-apa terhadap kereta….

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 5

Setiap satu persatu tayar diperiksa bagi memastikan ianya berada di dalam keadaan baik dan pemanduan sentiasa selamat. Keselamatan tu yang paling utama, nak nak lagi bawa anak kecil di dalam kereta kan? Diri sendiri pun sayang juga oiii… Tambahan pula, Farah agak kerap bergerak ke sana ke mari kan? And guess what?

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 6

Ini adalah tayar 2nd hand yang kami gantikan semalam di Kg. Baru yang berharga RM 60.00. Setelah dua tiga kali dipastikan, tayar ini juga mempunyai masalah di mana, tayarnya menanti waktu nak meletop pada bila-bila masa kerana tayar itu juga telah terkoyak. Di logo jenama Continental yang ditandakan di atas… Panjang juga koyaknya… Syukur Alhamdulilah oiii… Semalam sewaktu pulang dari acara di Renaisaance Hotel, Kuala Lumpur… Farah tak terjelunggang di mana-mana… Syukur…Alhamdulillah lah kan? Apa options yang Farah ada? Ganti tayar ler? Takkan nak pakai juga tayar yang menanti masa nak meletopsss tu? Farah ni bergerak ke sana ke mari dan kereta adalah sesuatu yang sangat penting bagi Farah….  Yang pancit tu? Yang pancit tu pun sama masalahnya…. Terkoyak dah oiii…. Panjanggg…. Memang tak boleh nak tampal-tampal lagi dah… Makanya 2 biji tayar yang perlu diganti…. Up lagi satu biji tayar… Menjadikan jumlah tayar yang perlu diganti adalah 3 biji tayar… Hu hu hu….

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 7

Iklan kejap… He he he… Open-mouthed smile… Iman Firash sangat takut dengan bunyi mesin ini… Setiap kali mesin ini berfungsi, dia akan peluk Mommy dengan kuat… Ha ha ha… Lawak pun ada budak ni… Takut dia bunyi mesin ni… Owhhh tunggu, ada lagi satu bahagian…Sebab dah buka tayar segala bagai, satu lagi isu ditemui oleh pihak bengkel…

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 8

Brake pad dan brake disc pula buat hal…. Disc yang sudah semakin nipis…. Brake pad yang sudah semakin nipis… What I could summarize adalah less than 20% jer lagi tahannya… Mahu atau tidak, demi memikirkan keselamatan kami sekeluarga yang sentiasa bergerak ke sana ke mari dengan kenderaan yang satu ini… Farah tiada pilihan lain, Farah terpaksa gantikan juga…

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 10

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 9

BOOM BOOM POW VERSION NO.3 11

Alhamdulillah… akhirnya selesai segalanya… Betul-betul periksa dan baiki apa yang patut segalanya… Demi keselamatan kami bersama anak beranak yang memerlukan kenderaan untuk kehidupan seharian kami… Jika tak bagaimana kami nak bergerak dan melakukan apa yang patut… Semoga lepas ni tak adalah sambungan siri kisah ni nanti… Sudah cukup cukup sudah… Sebab…Sungguh ku tak mampu…. Hu hu hu…. Syukurlah segalanya dah selesai…

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Boom! Boom! Pow! Version No. 3!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, October 17, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY