Boom! Boom! Pow! Version No. 2!

Farah Waheda Wahid
0
BOOM BOOM POW VERSION NO.2


Ini dah macam jadi cerita bersiri-siri jer dah ni! Memang tahun 2016 ni kan… Bulan Oktober bukanlah satu bulan yang baik untuk Farah! Dalam bulan ini sahaja sudah dua kali insiden berlaku yang melibatkan baby kedua Farah tu! Dugaan… Bertabahlah wahai hati ya? Ini semua dugaan dan juga ujian untuk menguji diri dan juga mungkin juga satu bentuk kifarah ke atas kesilapan yang lepas… Anggaplah ini semua adalah pengalaman hidup dan juga fikir secara positif bahawasanya hidup tanpa dugaan, hidup tanpa ujian adalah kurang rencahnya dan jika hidup ini adalah monotonous setiap masa, kita tidak akan dapat belajar apa-apa dan mungkin akan terus hanyut dan leka… Farah redha… Smile dengan kesinambungan Boom! Boom! Pow! ini… Sungguhhh…

Ni sajalah kan, nak bercerita dengan anda-anda-anda semua… Tentang insiden yang telah berlaku semalam petang lebih kurang pada jam 4.35 petang di tengah-tengah jalan raya di tepi Mid Valley Mega Mall, Bangsar…. Semalam yang benarnya, Farah di dalam perjalanan ke Renaissance Hotel, Kuala Lumpur untuk menghadiri satu acara. Acara apa? Nanti Farah kongsi di dalam entri yang seterusnya… In Shaa Allah… Kita cerita dulu tentang insiden Boom! Boom! Pow! versi yang kedua ini. Yang mana kali ini, ianya melibatkan tayar kereta… Kusss semangat… Syukur Alhamdulillah yang tiada kemalangan jiwa yang berlaku ataupun kemalangan yang serius berlaku serta melibatkan kenderaan lain.

Sewaktu di tengah-tengah jalan raya petang semalam nak menuju ke Renaissance Hotel, Kuala Lumpur… tiba-tiba suami kata… “Apa yang tak kena ni? Lain macam jer kereta ni?”… Terus dia beri signal untuk memberhentikan kereta di bahu jalan dan kami sama-sama turun untuk melihat apa yang tidak kena dengan kenderaan kami. Bila turun-turun jer… Terus check satu persatu kondisi kereta dan kami mendapati, tayar di sebelah bahagian penumpang hadapan telahpun kehilangan angin dengan jayanya sehingga kempis sekempis-kempisnya dan kelihatan kesan rekahan atau tayar koyak! Crying face… Huwaaa…automatik di dalam kepala terus impuls dihantar ke otak memberitahu Farah yang Money duit bakal berterbangan lagi! Hu hu hu… Bulan sebelumnya kompresor penghawa dingin kereta… Itu Farah ada ceritakan di dalam entri AIRCOND COMPRESSOR Mula Buat Hal Dah…


BOOM BOOM POW VERSION NO.2 1


Bila dah jadi macam tu… terus buka bonet kereta, cari tayar simpanan yang sememangnya ada tersimpan di dalam bonet, cari segala tools… Dan mulalah suami sinsing lengan baju kemeja untuk bekerja… Kesian dia… Dah pakai smart-smart tiba-tiba kena buat kerja pula… Mujur terjadi sewaktu dia ada bersama Farah… Kalau dia tak ada? Ha ha ha… Open-mouthed smile jawabnya mungkin buat pose yang paling menarik yang boleh Farah buat sambil melambai-lambai kepada kereta yang lalu-lalang untuk beri bantuan… taklah… dah tentu-tentu Farah akan telefon suami sampai dia jawab telefon untuk datang menyelamatkan keadaan… Sambil tu, tersepokkk lah kat situ sampai bantuan tiba. Tak pun, alternatif lain… Telefon sesiapa sahaja yang terlintas di kotak pemikiran pada waktu dan ketika itu, kemudiannya mohon bantuan mereka. Wohooo… bab bab nak letak jack… nak pulas nat di tayar kereta tu…Memang boleh terbuka jahitan bersalin Farah oiii… Muahahaha…Memang taklah nak risikokan diri yang berpotong perut ni… Tak berani! Seriau!

Bukannya tak boleh buat sendiri…Boleh jer kalau keadaan diri mengizinkan… Tapi disebabkan sedar diri yang diri ni berpotong perut…Makanya, mahu atau tidak kenalah minta bantuan sesiapa…Nat pada rim tu kan ketat? Tenaga tu In Shaa Allah boleh diusahakan…Ko pijak jer atas spanar khas tu… Lepas tu enjut-enjut empat lima enam kali sampai nat tu bergerak… Berat badan pun dah cukup berat dah nak pusingkan nat tu jika seluruh tenaga dijatuhkan pada spanar khas yang dipijak tu… Yang jadi terhenti dan tak berani nak buat apa-apa adalah perut yang berpotong tu jer…Wakakaka… Nyah-Nyah fobia sangat dengan perut yang berpotong tu…

Nak tengok bagaimana keadaan tayar kereta yang terbabit? Nahhh…

BOOM BOOM POW VERSION NO.2 2


Dahsyat tak? Habis! Hancus! Langsung tak boleh pakai dah ni… Dah confirm-confirm dah ni… Sekali tengok pun dah boleh tau dah… Phewww… Confused smile… Mujurlah rim tak rosak tak apa… Kalau tidak…. Tu pun satu hal juga tu nak mengganti rim… Aduyaiiii…. Secara up, close and personal nya… Inilah keadaan tayar yang telah pun pecah atau koyak tersebut…


BOOM BOOM POW VERSION NO.2 3

BOOM BOOM POW VERSION NO.2 3


Terus laju-laju maklumkan pada pihak PR, yang Farah akan lewat sedikit tiba di acara yang telah dijadualkan. Mujurlah juga, pihak PR, memahami dan mereka juga mementingkan keselamatan Farah terlebih dahulu. Bukan apa, itu tugasan dan amanah yang diletakkan di bahu kita, apa-apa pun yang berlaku, haruslah kena maklumlah kepada pihak PR agar mereka tidak tersalah anggap… Betul tak? Kerja kena jaga oiii… Itu kan salah satu sumber pendapatan dan rezeki…

Tukar tayar gantian dan kemudiannya kami pun meneruskan perjalanan ke Renaissance Hotel, Kuala Lumpur…Kesian orang itu…Hu hu hu… Sebab bermandi peluh dia jadinya menukar tayar kereta kami. Sesampainya di Renaissance Hotel, Kuala Lumpur, terus menjalankan tugas yang telah diamanahkan dan kemudiannya sewaktu majlis koktail, sementara menunggunya bermulanya acara makan malam…Di antara pukul 6.30 petang sehingga 7.15 petang macam tu, Farah keluar seketika dengan meminta kebenaran dari pihak PR, untuk urusan menukar tayar yang telah terkoyak dan hampir pecah di jalan raya itu. Mereka faham dan tidak ada halangan mengenai perkara itu. Lagipun pada waktu itu adalah waktu santai dan acara makan-malam hanya akan bermula pada jam 8.00 malam.

Keluarlah kami sekejap untuk mencari kedai tayar yang berhampiran dengan Renaissance Hotel, Kuala Lumpur. Pakai Waze ajer… Tapi bukannya sampai ke tempat yang dinyatakan oleh Waze…Di dalam perjalanan tiba-tiba kami terlihat ada satu kedai tayar di Kg. Baru…Betul-betul di tepi jalan… Berurusan seketika…dan kemudiannya tayar gantian yang digunakan digantikan dengan tayar baru. Errr…baru tak barulah… Memandangkan ini kecemasan dan bajet pun nak kena jaga… He he he… Nyah-Nyah…Cara paling afdal adalah dengan menggantikan tayar gantian yang digunakan tersebut dengan tayar 2nd hand sahaja. Tetapi tayar 2nd hand itu haruslah sama bunganya dengan tayar sedia ada yer? Itu nanti kita cerita kemudian tentang tayar 2nd hand… He he he…Dalam entri dapat ilham untuk entri lain… Rezeki namanya ni! Ilham muncul secara tiba-tiba… The total damage of the day adalah… RM 60.00 tunaiii…. Selamat terbang RM 60.00… Beli lampin pakai buang anak lepas tu… Ahaksss… Open-mouthed smile

Berkenaan dengan tayar pecah, tayar terkoyak Farah pernah kongsikan di Bubblynotes.Com pada 20 Mac 2013 di dalam entri yang bertajuk What Should You Do When: Tayar Kereta Pecah?Dan di dalam entri ini ada sedikit penambahan yang ingin Farah tokok tambah hasil dari pembacaan artikel yang diterbitkan di SINI sebagai ilmu untuk diri Farah juga dan juga sebagai pengetahuan umum anda yang membaca entri ini… 

Seperti biasa, mencegah lebih baik daripada mengubati. Tayar tidak mudah pecah tanpa sebarang sebab konkrit. Jadi, penyenggaraan yang betul dan pemeriksaan berkala terhadap tekanan angin dapat mengurangkan risiko insiden tayar pecah dan meletup. Kusssss semangat nasib baik tak meletopssss! Tapi kannn…Farah mengaku… Farah rasa Farah tau ni semua punca dari mana ni! Ini semua berpunca daripada kesan terlanggar sebatang kayu broti di jalan raya sewaktu Farah rushing nak berjumpa dengan suami di Petaling Jaya semalam. Nak kejar masa kaedahnya…Tapi jujur tak sedar yang kayu broti tu mengempang di tengah jalan… Serius tak perasan…Tengah-tengah jalan utama kot? Lepas terlanggar tu, sebenarnya hati dah terdetik… Janganlah jadi apa-apa kat tayar kereta… Pappp! Betul rupanya…terjadi juga sesuatu…Adoiiii….

Jangan sesekali lupa memeriksa tayar simpanan di belakang bonet kereta. Jika tayar rosak walaupun cuma terlanggar tebing jalan (kaki lima), pemeriksaan pakar tetap perlu dilakukan bagi mengetahui sama ada tayar berkenaan masih boleh digunakan ataupun perlu digantikan dengan yang baru segera.

Kenyataan di atas juga menjadi alasan terbaik supaya pemandu tidak mudah membeli tayar terpakai, kononnya lebih jimat. Kenapa? Ini kerana anda sendiri tidak tahu apakah kejanggalan atau kerosakan sebenar yang berlaku ke atas tayar berkenaan. Reaksi melampau mungkin menyebabkan kereta anda berpusing tanpa kawalan – sebab tu kena tenang yer tak? , berubah haluan memasuki laluan yang sesak dengan pengguna jalan raya dari arah bertentangan, menghentam pembahagi jalan atau kereta bergolek. Harus diingat, peluang terselamat lebih tinggi jika anda memakai tali pinggang keledar. Jadiii…jika tayar pecah ketika memandu, inilah yang perlu anda lakukan:

Cuba Kawal Diri, Jangan Tekan “Pedal” Minyak

Memang sukar dilakukan, tetapi itulah langkah pertama. Bawa bertenang dan kawal diri. Tayar kereta anda akan mula membelok, tetapi kereta anda sebenarnya masih kekal seimbang. Kekalkan kaki pada posisi pedal sedia ada dan jangan sesekali menekan pendikit. Apabila tayar mula terkunci (tidak dapat dibelok), anda sudah mula hilang kawalan stereng dan kereta akan berubah haluan atau terhuyung-hayang mengikut hukum fizik berbanding arah yang anda mahukan. Tayar yang terkunci juga meningkatkan kereta berguling (roll over).

Boleh Membrek, Tetapi Jangan Mengejut

Dengan tayar masih membelok atau terseret, anda boleh membrek. Tayar depan dan belakang mempunyai nisbah kuncian brek berbeza. Anda mungkin tidak tahu tayar yang mana satu sudah pecah. Keputuan membrek mengejut hanya akan membuatkan kereta anda membelok dan berpusing lebih teruk, termasuk merosakkan sistem brek seperti menyebabkan brek terkunci. Pada situasi beginilah ciri-ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sangat penting. Tetapi bagi pemandu kereta yang tiada ciri-ciri tersebut, anda mesti menahan diri daripada menekan brek mengejut. Ia seperti bola yang disepak kuat. Memang laju tetapi pada satu tahap ia pasti berhenti apabila daya ke atasnya berkurangan. Jadi, tindakan menghalang bola yang sedang memecut hanya akan menyebabkan impak teruk sama ada kepada bola atau objek penghalang atau rintangan itu sendiri. Ingat fizik! Cuba membrek secara mengepam, iaitu tekan dan lepas berkali-kali sehingga kereta mencapai kelajuan yang mampu dikawal.

Betulkan Stereng Dengan Lembut

Roda stereng ialah komponen sama yang mengawal roda tayar. Secara normal, tayar kereta akan patuh ke mana arah tuju yang dibawa stereng. Dalam situasi tayar pecah ketika memandu, situasi berubah. Anda mungkin mahu membelok ke kanan, tetapi kereta membelok ke kiri. Atau anda mahu membelok secara 30 darjah, sebaliknya kereta membelok 45 darjah. Apabila tayar pecah, kereta anda sebenarnya masih dalam kawalan walaupun keseimbangan kereta sudah tidak sekata lagi. Ini membuatkan stereng bergegar dan membelok ke arah tayar pecah. Misalnya, jika taya hadapan kanan pecah, stereng akan cenderung membelok ke kanan kerana berat tertumpu ke bahagian pecah tersebut. Cuba putar stereng arah melawan dan luruskan stereng secara lembut tetapi pantas. Jangan pusing habis!

Rendahkan “Gear”, Gunakan Brek Enjin

Jika memantu kereta bertransmisi automatik, terus turun gear dari D4 kepada posisi D3 dan D2. Jika manual, anda perlu menukar gear dengan pantas tanpa menekan klac. Ini dinamakan pembrekan enjin, antara kaedah menghentikan kelajuan dengan efektif dan selamat. Seperti bermain Need for Speed di hadapan anda ialah satu selekoh tajam dan sudah tentu anda perlu menurunkan gear 6 kepada 3 denagn pantas. Anda pun tahu, menggunakan brek semata-mata ketika mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi hanya menyebabkan kereta berpusing-pusing sehingga terkeluar amaran Wrong Way. Begitu jugalah ketika berdepan situasi tayar pecah ketika memandu.

Cuba Kekal Dalam Laluan

Cuba sedaya upaya mengawal kereta dalam laluan memandu, bukan menghala ke tepi jalan. Jangan pula sesekali cuba melanggar apa-apa objek sama ada pembahagi jalan, penghadang jalan, bonggol atau pokok. Tindakan anda itu cuma menempah maut. Apabila berjaya melakukan 3 langkah yang dinyatakan di atas, kereta anda biasanya sudah berada dalam kawalan. Anda pasti perlu menukar tayar. Jangan berhenti di tepi jalan begitu sahaja. Carilah kawasan kurang sesak dan bukan di selekoh.

Nyalakan Lampu Amaran (“Hazard Lights”)

Lakukan perkara ini selepas kereta anda berhenti sepenuhnya. Memandu kereta dengan tayar pecah memang menyukarkan. Anda tidak perlu menjadikannya lebih sukar dengan menarik perhatin pemandu lain di tengah jalan raya walaupun sekadar menyalakan lampu amaran…Owhh ya, lampu amaran ni tekan jer butang warna merah gambar segitiga dalam kereta tu.

Jaga-Jaga Di Lorong Kecemasan

Jika tiada pilihan dan perlu berhenti di lorong kecemasan. Gunakan lampu kelip kecemasan dan pakai baju reflektif untuk meningkatkan visibiliti anda. Jika ada segi tiga reflektif, letakkan di belakang kereta di luar di tepi jalan pada jarak 45 meter dan bukan 3 atau 5 langkah . Itu sangat bahaya! Jika anda sendiri yang menukar tayar, pastikan anda dapat dilihat oleh pengguna jalan raya. Lebih selamat jika dapat hubungi terus pembantu jalan raya seperti Peronda PLUS terutama jika anda tidak pasti prosedur menukar tayar.

Bila fikir-fikir balik… Mujurlah dan syukurlah Iman Firash pun tak ada di dalam kereta… Ihikss…Kena tinggal sebab tak sesuai majlis nak bawa dia… Ini acara untuk orang dewasa dan lebih formal… Makanya tinggallah kamu di rumah yer nak…He he he… Nyah-Nyah There’s a blessing in disguise pun dia kena tinggal hari ni… Hu hu hu…Begitulah kisahnya…Moga-moga… Selepas dari ini, tiadalah pula sambungan siri kisah bom kebabom ni lagi… Letih mak nakkk… Ha ha ha… In Shaa Allah…Mudah-mudahan tak ada apa-apa lagi selepas ini… Amin…

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !