Home » , , , , , , , , , , » ASUS ZenFone 3 Max | Bateri Maksimum & “Powerbank” Era Baru

ASUS ZenFone 3 Max | Bateri Maksimum & “Powerbank” Era Baru

ASUS ZENFONE 3 MAX

Ada yang sedang mencari-cari telefon pintar baru bagi menggantikan telefon pintar sedia ada? Ataupun ada yang sedang mencari-cari telefon pintar kedua atau ketiga untuk kegunaan harian? Banyak menggunakan telefon pintar dan gajet pintar lain dalam masa sehari tetapi selalu kehabisan bateri gajet sebelum tiba waktunya? Terpaksa bawa banyak alatan lain bersama sehingga beg menjadi berat, penuh serta sarat dengan alat-alat mengecaj sahaja? Open-mouthed smile…Amboi banyaknya soalan Farah yer? Kalau nak cara yang praktikal dan terkini di zaman teknologi serba canggih ini dengan harga pasaran yang sangat berbaloi… rasanya anda perlu membaca entri Farah pada kali ini sehingga habis dan hadamkan mengenai cerita unboxing Farah pada kali ini di Bubblynotes.Com supaya anda tidak terlepas pandang ASUS ZenFone 3 Max sebagai pilihan anda. Kenapa Farah nyatakan sebegitu, itu anda kenalah baca….Bila dah baca barulah tahu kannn? Tak baca mana nak tau… Betul tak?

Lama juga yer, Farah tak bercerita mengenai sebarang gajet di Bubblynotes.Com? Sesekali kita bercerita mengenai gajet lah pula yer? Kita ubah angin sikit… Dan ini adalah berdasarkan pengalaman Farah yang sebenarnya serta pandangan peribadi Farah setelah berpeluang untuk mencuba menggunakan ASUS ZenFone 3 Max baru-baru ini.


ASUS ZENFONE 3 MAX 2

Sekali pandang, kelihatan seperti telefon-telefon pintar yang lain yang terdapat di pasaran… Dua kali pandang… Tiada apa pun yang nampak berbeza atau lebih istimewa… Macam seolah-olah tiada beza pun dengan telefon pintar lain kannn? Ada perkara sebenarnya yang anda mungkin tidak tahu mengenai ASUS ZenFone 3 Max ataupun yang mungkin belum anda sedari… Iya, sememangnya paparan skrin serta aplikasi yang terdapat di dalamnya adalah tidak jauh berbeza dengan ciri-ciri telefon pintar yang lain di pasaran.

ASUS ZENFONE 3 MAX 3

ASUS ZenFone 3 Max didatangkan dengan sebuah telefon ASUS ZenFone 3 Max, kepala pengecaj, kabel USB dan satu kabel OTG (On The Go)… Sama dengan packaging telefon-telefon pintar yang terdapat di pasaran yang lain. Yang BERBEZA adalah… ciri yang didatangkan di dalam ASUS ZenFone 3 Max yang anda perlu pertimbangkan sekiranya anda adalah seorang yang banyak menggunakan telefon pintar di dalam tempoh sehari, ataupun seorang yang memerlukan lebih dari satu bank kuasa (powerbank) setiap hari…

Untuk pengetahuan anda, kuasa bateri pada ASUS ZenFone 3 Max ini dapat bertahan sepanjang hari TANPA PERLU DICAJ SEMULA. ASUS ZenFone 3 Max adalah telefon pintar dengan paparan skrin yang bersaiz 5.2 inci yang melenyapkan kerisauan anda mengenai jangka hayat bateri pada telefon pintar anda. Dengan kuasa bateri maksimum ianya mampu bertahan sepanjang hari dan lebih dari itu! Kapasiti bateri ASUS ZenFone 3 Max adalah sebanyak 4100mAH dan jangka waktu standby adalah selama 30 hari. Secara ringkasnya:

  • Kapasiti bateri 4100 mAH
  • Waktu standby sehingga 30 hari
  • Waktu berbual 3G sehingga 20 jam
  • Waktu melayari web sehingga 18 jam
  • Waktu mendengar muzik sehingga 87 jam

Wowww sangatttt! Kannn? Sebab kuasa bateri ASUS ZenFone 3 Max memang maksimum. Untuk para blogger…He he he… Memang sedang-sedang elok sangat dah ni Farah rasa ni… Sebabnya kita blogger-blogger ni kalau menghadiri mana-mana acara kan masing-masing sibuk dengan bank kuasa (powerbank) masing-masing disebabkan semata-mata nak menampung keperluan kuasa bateri gajet-gajet kita semua. Kadang-kadang tu belum sempat sampai ke separuh perjalanan acara yang dihadiri pun bateri dah tinggal separuh yer tak? Open-mouthed smile… Mungkin ini penyelesaian paling afdal orang kata untuk para blogger… Silap-silap boleh buat entri blog sekali kau dengan menggunakan ASUS ZenFone 3 Max sebab bateri dia tahan lama sangat…Macam-macam boleh buat oiii! Tapi taklah kata dikhaskan buat blogger sahaja… Sebenarnya pada sesiapa yang memerlukan telefon pintar dengan bateri yang boleh bertahan sepanjang hari tanpa perlu mengecajnya. Jika anda jatuh pada kategoir ini… Anda memang sangat sesuai dipadankan dengan ASUS ZenFone 3 Max… Ngeh ngeh ngeh… Winking smile

Disebabkan kuasa bateri maksimum yang tahan sepanjang hari itu, yang bom kebabom mengenai ASUS ZenFone 3 Max ni kannn…. Jika anda selama ini sememangnya bawa 2-3 jenis gajet di dalam beg untuk digunakan… Dan termasuklah bank kuasa (powerbank) untuk menampung segala keperluan anda itu… ASUS ZenFone 3 Max  berkonsepkan OTG yang bercirikan Reverse Charging. Inilah kegunaan kabel OTG yang didatangkan bersama ASUS ZenFone 3 Max.

ASUS ZENFONE 3 MAX 4

Contohnya, anda berada di kawasan yang tidak mempunyai sebarang plug point ataupun anda terlupa untuk membawa bank kuasa (powerbank) anda bersama… Kemudiannya, gajet anda yang satu lagi telahpun nyawa-nyawa ikan akan tetapi sangat penting dan perlu untuk anda menggunakannya…. Bagaimana nak survive tanpa bank kuasa (powerbank) sedangkan anda amat memerlukan gajet tersebut untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Haaa…ni nak bagi tau tentang Reverse Charging ni… Dengan ASUS ZenFone 3 Max  sila anggapkan masalah anda selesai yer? Kenapa? Dengan ciri Reverse Charging … ia mampu menjadi penyelamat anda dengan berfungsi sebagai bank kuasa (powerbank) yang membekalkan kuasa bateri kepada gajet anda yang lain. Farah dah pun berterima kasih pada ASUS ZenFone 3 Max tempoh hari sebab telah membantu membekalkan kuasa bateri yang sudahpun kehabisan pada tablet Iman Firash…Memang sangat efisien dan efektif serta Farah rasakan inilah bank kuasa (powerbank) paling bergaya pernah Farah gunakan…. He he he…Faham-faham jerlah, Iman Firash kalau tablet kehabisan bateri boleh menimbulkan kesedihan yang amat sangat pada dia…. Bila keluar bersama dia sesekali dan berikan tablet…Bila lupa nak caj tablet dia… Memang akan menjadi satu masalah yang besar untuk tenangkan tantrum dia itu…

ASUS ZENFONE 3 MAX 5

Tidak perlu nak ribut-ribut, tidak perlu nak kalut-kalut… ASUS ZenFone 3 Max kan ada sebagai penyelamat. Caranya pun bukanlah sesusah mana pun… Cuma sambungkan kabel OTG dengan kabel pengecaj seperti dibawah…

ASUS ZENFONE 3 MAX 6

Kemudian pilih mode Reverse Charging pada ASUS ZenFone 3 Max dan setelah pilihan dibuat melalui paparan di skrin… ASUS ZenFone 3 Max akan mula menjalankan tugas untuk membantu mengecaj gajet anda yang sudahpun kehabisan bateri tersebut.

ASUS ZENFONE 3 MAX 7

Biarkan ASUS ZenFone 3 Max menjalankan tugasnya sehingga selesai dan akhirnya…

ASUS ZENFONE 3 MAX 8

Gajet anda yang lagi satu telahpun berfungsi seperti biasa dengan kuasa bateri yang penuh! Pada Farah ianya memang sangat handy dan tak rugi atau sia-sia membawa ASUS ZenFone 3 Max ke mana-mana sahaja. Praktikal kan? Oleh yang demikian, sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan telefon pintar yang praktikal ketahanan baterinya dan mampu menjadi lebih dari sebuah telefon pintar biasa… Sekiranya anda berminat…Farah syorkan ASUS ZenFone 3 Max untuk anda… Harganya adalah harga mampu milik dan tidaklah terlalu mahal… Bermula di sekitar RM 7xx.00. Anda boleh merujuk maklumat serta informasi lanjut mengenai ASUS ZenFone 3 Max melalui LAMAN WEB ASUS ZENFONE 3 MAX.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel ASUS ZenFone 3 Max | Bateri Maksimum & “Powerbank” Era Baru, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 18, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Mcm mnarik je, rekaanya pun cntik..kita da lma x tukar hf baru hihi

    ReplyDelete
  2. woww bestnyerr hargadi pasaran berapa ya..hihihi

    ReplyDelete
  3. blh thn jugak reganya...blhla riki2 kt suami...kikiiki

    ReplyDelete
  4. Tak ler mahal sangat mcm telefon pintar yg lain semua ribu riban....hihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY