Home » , , , , , , , » Apakah RISIKO Anak Tidur Buai???

Apakah RISIKO Anak Tidur Buai???

APAKAH RISIKO BAYI TIDUR BUAIAN

Jika diikut-ikutkan dahulu, sememangnya memang tak nak ajar Iman Firash tidur berbuai. Itu perancangan asal… Konon nak jadikan Iman Firash sebagai seorang anak kecil yang bebas dari tidur berbuai tetapi… Kita sebagai manusia hanya merancang dan hanya Allah SWT yang menentukan sama ada, akhirnya akan bebas tidur tanpa berbuai ataupun tidak. Sememangnya, bagi seorang ibu yang mengetahui beberapa fakta mengenai anak tidur berbuai rasa keberatan yang amat untuk membiasakan anak tidur berbuai. Cuba tahankan hati dan cuba seboleh-bolehnya elakkan dari memulakan buaian sebagai salah satu equipment untuk menidurkan Iman Firash.

Permulaan sememangnya tidak berbuai, akan tetapi lama kelamaan keadaan semakin menuntut buaian itu diadakan. Hu hu hu… Semuanya demi kerana ingin memastikan dia mendapat tidur mengikut jumlah jam yang sepatutnya serta mencukupi. Permasalahan yang timbul adalah dia tidak mahu tidur dan asyik menangis sahaja. Akan tetapi apabila diendoi di dalam dakapan, dia tidur dengan amat lena. Ini juga sebenarnya, menyukarkan nenek dia yang menjaga dari melakukan kerja-kerja lain kerana perlu sentiasa mengendoi dia di saat Mommy keluar bekerja. Akhirnya… mahu atau tidak demi kebaikan semua pihak termasuk diri dia sendiri sebagai bayi kecil… Buaian dibeli dan bermula dari saat itu, tidur berbuailah dia… Keadaan menjadi lebih baik di mana, tidurnya lebih lena dan juga nenek dia dapat membuat kerja. Cumanya, Iman Firash cuma tidur buaian di waktu siang sahaja… Malam dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk tidur tanpa buaian. Pergi ke mana-mana juga tidak perlu angkut buaian ke sana ke mari.

Ada orang kata, kalau anak dah biasa berbuai ni, kalau hendak ke mana-mana perlu angkut segala bagai peralatan buaian. Syukur Alhamdulillah, Iman Firash tidak sehingga ke peringkat itu. Cuma untuk tidur siang sahaja…. Anak menangis sememangnya membuatkan hati ibu gundah gulana yer tak? JIka dahulu Farah lihat para ibu bersusah payah menidurkan anak mereka dengan cara menepuk bayi atau meletakkan mereka di dalam buaian. Hampir tiga tahun yang lepas, giliran Farah pula… ekekeke…. Open-mouthed smile. Banyak tenaga yang digunakan bagi memastikan buaian sentiasa bergerak dan si comel kekal tidur lena. Bezanya, sekarang ni lebih mudah, para ibu boleh tersenyum kerana teknologi membantu meringankan beban mereka dengan ciptaan buaian elektrik. Owhhh…Iman Firash tak tidur buaian elektrik, Farah sekadar belikan buaian manual sahaja. 

Yes! Tidak dinafikan buaian dapat membantu dan memudahkan kerja si ibu mahupun si penjaga. Tetapi, yang Farah katakan Farah keberatan nak membiasakan Iman Firash dengan buaian pada awalnya dulu tu adalah disebabkan Farah mengetahui hakikat bahawasanya buaian jenis ini tidak sesuai digunakan oleh anak-anak kecil. Ramai pakar kesihatan dan pakar penjagaan bayi menyarankan supaya tidak menggunakan buaian bagi menidurkan anak-anak kecil. Ini kerana ia mengundang pelbagai risiko seperti kecederaan kepala pada kanak-kanak akibat terjatuh dari buaian semasa mereka tidur, bermain atau menyusu. Ini antara risiko lain yang mungkin dihadapi oleh bayi yang menggunakan buaian elektrik…

Bayi Terjatuh Atau Dihempap Spring / Mesin

Kain yang digunakan untuk meletak bayi hanya disangkut pada sebatang besi penyangkut yang dihubungkan pada spring atau mesin automatik buaian. Bayangkan jika salah satu daripadanya rosak? Bayi mungkin akan terjatuh atau dihempap oleh peralatan tersebut. Situasi mungkin bertambah buruk jika bayi terkena renjatan elektrik.

Memang satu perkara yang sangat ngeri untuk dibayangkan dan Farah tidak mahu menipu dengan mengatakan Farah tidak pernah membayangkan perkara sebegini. Bagaimanakah sekiranya? Apakah sekiranya? Ohoiii…. Minta simpanglah dari berlaku pada Iman Firash… memang setiap hari berdoa… Bab renjatan elektrik tu, mujurlah Farah tak belikan dia buaian elektrik, cuma buaian normal sahaja… Risau weiii, kalau hujan lebat ke apa ke? Petir, kilat sabung menyabung segala bagai…. takut kena sambar petir atau kilat pula… Iyaaa… mungkin agak ortodoks pemikiran begini, tetapi biarlah ortodoks dulu dari menangis kemudian yer tak?

Tidak Menyokong Struktur Tulang Belakang Bayi

Buaian secara saintifiknya tidak memberi sokongan penuh pada tulang belakang bayi. Jika anda perhatikan dengan teliti, bahu bayi selalunya kelihatan membongkok ketika di dalam buai.

Iya memang betul, untuk elakkan ini dari berlaku, dan disebabkan terpaksa dibuaikan juga, Farah alaskan dengan tilam yang khas yang boleh dimuatkan ke dalam buai. Sekurang-kurangnya tak adalah nampak terkepit sangat bahu anak I… hu hu hu…

Bayi Lemas

Bagi bayi yang mula belajar memusingkan badan, mungkin memusingkan mukanya ke bawah sewaktu sedar ataupun dalam keadaan tidur. Ini boleh menyebabkan bayi lemas kerana kebanyakan bayi tidak pandai memusingkan kembali badan mereka.

Setakat ini, Farah belum pernah dengar kes seumpama ini dilaporkan di siaran berita-berita utama, akan tetapi tidak tahulah jika Farah terlepas pandang kannn? Moga-moga dijauhkan untuk anak-anak kecil yang terpaksa tidur berbuai. In Shaa Allah, Amin… Bukanlah bermaksud bila anak dah tidur berbuai terus biarkan sahaja anak tidur lena di dalam buaian tanpa memerhatikan mereka atau memantau mereka. Walaupun telah tidur berbuai dan lena, lebih mudah nak lakukan sebarang kerja. Kita tetap masih perlu memantau anak-anak kecil yang tidur kannn?

Sindrom Gegaran Otak Bayi

Iyaaa…enjutan buaian dikatakan boleh mengakibatkan bayi mengalami sindrom gegaran otak kerana ubun-ubun bayi yang berusia kurang dari 18 bulan masih lembut.

Tak perlulah ko enjut sampai nak tercabut spring buaian tu atau dengan kaedah menarik serta melepaskan spring buaian dengan kasar… Lemah lembut please??? Perlahan-lahan… Very mild… Asalkan berayun dan dapat melekakan bayi sudah… Kalau enjut sampai menghentak-hentak spring buaian tu memanglah mana tak bergegar otak bayi oiiii…. Perlahan-lahan… As I said perlahan-lahan… Ini tidak… Sampai berbunyi-bunyi spring ko menghenjut buaian budak tu…Mana tak bergegar otak?

Menggoyang Bayi Dengan Kuat

Enjutan perlahan mungkin tidak berbahaya kepada bayi. Namun, dengan lantunan spring buaian (pergerakan atas bawah) seolah-olah sama perihalnya dengan melambung bayi anda ke udara. Ini juga mampu mengundang sindrom gegaran otak pada bayi. Masih ingat perkongsian Farah mengenai, Shaken Baby Syndrome?

Perlahan-lahan seperti yang Farah katakan perlahan-lahan, jangan sehingga kepala bayi boleh kelihatan seperti terangkat… Nak handle bayi ni kena gentle sebab mereka sangat fragile.

Itu ulasan Farah bukan untuk membela diri, bukan untuk menegakkan benang yang basah… tetapi berdasarkan pengalaman yang telah melaluinya…. Kini dah masuk hampir ke 3 tahun dah usia Iman Firash… Alhamdulillah… Secara perlahan-lahan Farah sendiri yang pisahkan dia dengan buaian. Terkadang tu ada juga dia tidur di buaian di waktu siang hari, terkadang tu ok jer tidur bawah. Ikut pada angin dia… Tapi tulah… despite there are so many things that being said about cradle… Farah mengambil pendekatan supaya berhati-hati mengendalikan Iman Firash ketika tidur di buaian… Tidur buaian tu sebab terpaksa, kalau ikut hati tak nak juga bagi dia tidur buaian… Tapi nak buat macam mana, takkan nak seksa dia menangis sepanjang masa dan tidur tidak mengikut jumlah jam yang sepatutnya pula kan? Makanya, sama ada nenek dia atau Mommy kenalah mengendalikan tidur buaian dia dengan sebaiknya supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini seperti yang dinyatakan atau dihujahkan oleh sumber di SINI yang telah dihuraikan di dalam perkongsian entri ini di atas.

*Kinda packed and tight schedule and there are so many things that are lingering on my mind at the moment… In Shaa Allah, jika tak ada aral dan berkesempatan menaip, Farah akan teruskan dengan entri yang seterusnya ya? Smile…Walaupun hakikatnya.. siapalah yang kisah kannn? Kalau ada entri ke tidak di Bubblynotes.Com…Muahahaha…. Rolling on the floor laughing

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Apakah RISIKO Anak Tidur Buai???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, October 4, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Singgah ptg selasa
    bz sangat2 x dan nak blogwalking :)

    ReplyDelete
  2. Baby Nisa tak pakai buai Tp tak tahu la lepas ni pakaikan ke... Adik2 Nisa dlu guna buai okay je.. Tq for good info

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..Qaisara & Ammar brjaya di-trainning tidur tanpa buai..Bg anak2 yg tido brbuai..Kita as parent kena sentiasa berhati2..Lain anak, lain keselesaannya..huhu

    ReplyDelete
  4. salam... anak ayu semuanya berbuai... huhu. tapi bukan la sampai takde buai tak boleh tido. sama juga mcm farah, pada awal takmau kenalkan buai tapi bila tido asyik terganggu, jadi terpaksa mintak tolong buaian.. heheh... apa pun, bila sampai masa, akan berhenti jugak, jadi ibu bapa yang terpaksa guna buai tu jgan la rasa bersalah atau ambil mudah..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY