Home » , , , , , , » Ya... ANAK SAYA Memang Seorang!

Ya... ANAK SAYA Memang Seorang!

BloggerImage

Fakta Mengenai Parenting Blogger! 

Sebelum berani-berani nak menobatkan diri sendiri sebagai Parenting Blogger sila cermin diri sendiri di hadapan cermin dan fikirkan sama ada anda layak untuk menobatkan diri sebagai Parenting Blogger! Salah satu kriteria utama... ANAK YANG DILAHIRKAN WAJIB LEBIH DARI SEORANG! Kalau  seketul tu jer JANGAN CUBA-CUBA, JANGAN BERANGAN, JANGAN ADA HATI, JANGAN PERASAN, JANGAN SYOK SENDIRI, JANGAN RASA DIRI LAYAK SANGAT nak letakkan diri sebagai Parenting Blogger! 

Belum cukup layak lagi tau! 

Begitulah lebih kurang maksud si penyampai pesanan khidmat masyarakat kepada Farah pada hari ini melalui kiriman emel yang di bawah ini: 

BloggerImage

:-)... Senyummm... Tetapi tidak mahu menipu mengatakan dada tak berombak bila membaca mesej yang disampaikan oleh pengirim emel misteri dengan identiti emel yang dipercayai sengaja diwujudkan demi menghantar pesanan yang ingin disampaikan. Pertama kali di dalam sejarah Bubblynotes.Com menerima emel berbentuk begini. Melatah tu tidaklah tetapi sebelum meneruskan open letter kepada si pengirim, terlebih dahulu Farah ingin menyusun 10 jari memohon ribuan ampun dan maaf kepada si pengirim di atas segala salah dan silap Farah kepada si pengirim emel misteri tersebut dari lubuk hati yang paling dalam sekiranya adalah kan?  Jika ada perbuatan, kelakuan serta kata-kata yang menguris serta menyakitkan hati awak yang Farah lakukan sama ada secara sedar ataupun tidak, Farah mohon ampun dan maaf yer? Mungkin ada waktu dan ketikanya Farah tak perasan apa yang Farah dah sakitkan hati awak atau lakukan kepada awak. Farah pun manusia biasa seperti awak dan ada masanya tidak sedar tindakan yang dilakukan oleh Farah mungkin menyakitkan hati sesetengah pihak. 

BloggerImage

Ya, ANAK SAYA memang seorang jer awak... dan mungkin rezeki saya memang seorang jer anak yang saya ada. Maafkan saya jika anak saya seorang dan itu menjadikan ia adalah sesuatu yang menjelekkan pada awak. Iyalah, bila anak seorang ni asyik cerita dan perkongsian yang berkaitan dengan dia sahaja. Mungkin awak bosan kerana tidak ada kepelbagaian di dalam perkongsian saya di Bubblynotes.Com. Asyik bercerita tentang anak saya yang seorang sahaja... Tak ada cerita anak yang lain... Maaf andai itu adalah satu dosa yang besar sangat bagi pandangan mata awak... Maaf jika awak merasakan saya tidak layak untuk menggelarkan diri sebagai seorang parenting blogger pada pandangan mata awak dan sudut pemikiran awak... Mungkin saya tidak selayak awak yang punya ramai anak barangkali... Yang lebih layak dari saya barangkali? 

Maaf juga kerana selama ini mungkin saya kurang peka dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak yang saya pun kurang peka siapa... :-)... Bahawasanya untuk menjadi seorang parenting blogger di Malaysia, syaratnya seseorang itu perlu mempunyai atau melahirkan lebih dari seorang zuriat. Ya ampunnn... Saya minta maaf banyak-banyak seandainya saya terlepas pandang semua ini yer awak? Saya tau, ilmu saya sebagai seorang ibu adalah sangat cetek dan tidak sebesar ilmu pengetahuan awak yang mungkin lebih luas pengetahuannya. Akan tetapi perkongsian saya adalah berkisar perjalanan saya, pengalaman saya serta apa yang saya pelajari setelah bergelar seorang ibu. Apa yang saya lakukan untuk anak saya, bagaimana saya mendidik anak saya dan kehidupan saya. Serasa saya tidak ada kena mengena dengan kehidupan orang lain pun? Ada ke awak? Saya tersentuh kehidupan awak sehingga ia menyakitkan hati dan juga membuatkan awak menderita? 

Mungkin mesej yang ingin awak sampaikan adalah: 

1. Jika seseorang itu tidak pernah hamil dan itu adalah pertama kali dirinya disahkan hamil oleh doktor, seseorang itu tidak layak untuk berkongsi cerita, pengalaman serta tips, panduan, petua dan kaedah penjagaan kehamilan sepanjang kehamilan. Mereka hanya layak dan boleh berkongsi setelah hamil buat kali kedua? Adakah begitu maksud yang ingin awak sampaikan? 

2. Jika seseorang itu tidak pernah mempunyai pengalaman travel ke luar negara, pengalaman memohon pasport dan juga Visa untuk ke luar negara, bila dia melakukan segala proses dan travel untuk ke luar negara buat pertama kalinya yang kemudiannya dia kongsikan pengalaman tersebut di-blog-nya... Dia adalah seorang yang tidak layak untuk bercerita tentang travel dan dia tidak boleh untuk cuba meletakkan diri dia sebagai Travel Blogger sedangkan bermula dari saat dan detik pertama ianya bermula, akan ada kali kedua ketiga dan seterusnya? Sedangkan dari awal blog direka oleh dia, sememangnya di berhajat untuk menjadi seorang Travel Blogger?

Maaflah yer, kalau Farah tak dapat nak menghadamkan serta mencernakan kata-kata awak itu. Ya, ANAK SAYA memang seorang, pengalaman saya mungkin cetek, mungkin awak tak dapat nak belajar atau ilmu apa-apa dari celoteh maya saya. Akan tetapi orang lain mungkin dapat belajar sesuatu dan juga ilmu yang baru. Jika benar awak memahami, apa yang dikatakan perkembangan seseorang anak itu adalah berbeza-beza, begitu juga pengalaman setiap ibu bapa adalah berbeza-beza mungkin awak tak mengeluarkan kata-kata sebegitu. 

Setiap dari kita mempunyai perbezaan di dalam cara kita mendidik anak-anak masing-masing. Contoh paling ideal, jika Iman Firash pernah dimasukkan ke hospitaldisebabkan Febrile Fits atau sawan tarik, tidak semestinya anak awak juga begitu. Perkongsian insiden, pengalaman, bagaimana ketika menghadapi dan bagaimana pula selepas itu, mungkin ada yang berminat untuk tahu dan jadikan sebagai peringatan serta panduan. 

Contoh lain pula, jika Iman Firash mempunyai masalah sebagai picky eater, tidak semestinya anak awak juga mempunyai masalah sebagai picky eater. Or else, mungkin bukan pada anak yang ada pada masa sekarang ini, mungkin anak yang akan datang, we will never know. Jadi apakah kriteria yang awak letakkan untuk kelayakkan seseorang itu untuk menggelarkan dirinya sebagai Parenting Blogger? Jangan macam tu awak... Farah akui yang Farah ini adalah pertama kali bergelar seorang ibu dan tidak mempunyai pengalaman yang maha hebat serta dahsyat sebagai seorang ibu yang sangat arif dan cekap. Farah bukannya Mrs. Knows It All. Perkongsian Farah adalah setiap detik, setiap moments, setiap saat sebagai seorang ibu dan kenangan-kenangan tentang membesarkan, mendidik serta menghidupkan cahaya hati Farah serta perkara-perkara yang Farah terfikir untuk berkongsi yang Farah rasakan mungkin bermanfaat untuk diri Farah sendiri dan juga mungkin kepada pembaca-pembaca lain. 

Apa pula statement yang mungkin awak keluarkan sekiranya Farah katakan, seseorang menggelarkan dirinya sebagai Parenting Blogger? Akan tetapi bentuk perkongsiannya tidak menjurus kepada Parenting? Adakah dia layak untuk menggelarkan dirinya sebagai Parenting Blogger? Memang tidak kena dan memang nampak canggung bila kebanyakan entri-entri seseorang itu tidak menyentuh tentang Parenting kemudian dia menggelarkan diri sendiri sebagai Parenting Blogger. Berkongsi tentang fesyen dan solekan hampir 90% pengisian di blog... Atau berkongsi tentang percutian hampir 90% pengisian blog...Itu mungkin ya. Jika itu berlaku, jika Farah tidak pernah langsung mempunyai pengalaman hamil, pengalaman mengalami komplikasi kehamilan, pengalaman melahirkan seorang anak dan kemudiannya menjaga, memerhatikan perkembangan serta mendidik dan membesarkan Iman Firash... Farah akan bersetuju dengan pendapat awak yang Farah ini tidak layak untuk sewenang-wenangnya menggelarkan diri sebagai Parenting Blogger. 

Allahuakbar, Farah akui diri ini tidak m empunyai pengalaman meluas dan juga tidaklah terlalu pandai atau hebat sebagai seorang ibu. Farah baru belajar-belajar menjadi seorang ibu. Masih banyak kekurangan yang perlu Farah pelajari dan perbaiki. Farah juga belajar dari pengalaman blogger-blogger lain yang telah berpengalaman sebagai ibu ataupun bapa selama bertahun-tahun... Farah juga membaca dan mencari ilmu keibubapaan serta cara untuk mengendalikan Gen Y atau Gen Z yang berbeza dari sewaktu ibu bapa kita semua membesarkan kita. Farah pohon ampun dan seribu kemaafan seandainya Farah tidak layak untuk menggelarkan diri Farah sebagai Parenting Blogger di pandangan fikiran serta pendapat anda. Farah juga mohon ampun dan seribu kemaafan seandainya pemandangan awak terhadap Farah sebagai seorang Parenting Blogger adalah jelik di mata awak disebabkan atas alasan peribadi awak yang tersendiri mungkin? 

Jika ada kekurangan serta kelemahan dan kesilapan diri Farah sepanjang menyampaikan perkongsian sebagai seseorang blogger yang ber-niche-kan Parenting yang awak rasa segalanya adalah kosong, tidak bermanfaat dan ibarat sampah, sekali lagi Farah pohon kemaafan dari diri Farah kepada awak. Nawaitu Farah untuk Bubblynotes.Com dan perkongsian Farah adalah ikhlas dan berdasarkan apa yang Farah rasakan tidak salah untuk Farah berkongsi. Maafkan Farah sekali lagi, jika Farah terlepas pandang bahawasanya kriteria utama untuk bergelar Parenting Blogger adalah Farah  WAJIB mempunyai lebih dari seorang anak dan telah berpengalaman selama bertahun-tahun. 

Farah tidak pernah mengatakan Farah sangat arif dan berpengalaman sebagai ibu dan sebagai seorang Parenting Blogger. Farah juga masih belajar untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari. Jika ianya salah di mata awak, Farah menyakiti hati awak dan membuatkan awak benci dengan perkongsian-perkongsian Farah, maaf buat kesekian kalinya Farah pohon pada awak, jika awak rasa Farah berdosa besar sangat pada awak bila Farah menggelarkan diri Farah sebagai Parenting Blogger. Itu sahaja yang mampu Farah ulaskan. Dan maafkan Farah seandainya selepas ini Farah masih menggelarkan diri Farah sebagai Parenting Blogger dan masih meneruskan perkongsian Farah yang membuatkan awak tidak berkenan di hati dan di mata. 

Mungkin cara yang paling afdal dan terbaik untuk menyelesaikan permasalahan ini, awak berhenti dari melawat Bubblynotes.Com dan membaca entri yang dikemaskinikan oleh Farah. Mungkin dengan cara itu awak akan lebih tenang dan tidak berasa sakit atau jelik dan merasakan Farah sepatutnya cermin diri Farah sebelum menggelarkan diri sebagai Parenting Blogger. Lagipun tidak ada apa yang menarik di Bubblynotes.Com untuk awak jika setiap kali awak mengikuti perkembangan Bubblynotes.Com ianya hanya akan membuatkan awak mencari kesilapan serta kelemahan Farah. Jalan terbaik dan penyelesaian terbaik yang dapat Farah cadangkan kerana minat Farah di dalam bidang penulisan blog tidak akan terhenti hanya semata-mata kerana statement yang telahpun awak keluarkan. Bubblynotes.Com akan tetap terus dihidupkan dan dikemaskini dengan entri yang ingin Farah paparkan dan statement anda itu tidak mematahkan semangat Farah untuk terus menghasilkan karya picisan di Bubblynotes.Com. Jawapan ikhlas dari hati, saya nak awak tahu yang sedikit pun saya tidak terkesan dengan apa yang awak sampaikan, malah saya akan terus mencuba menghidupkan Bubblynotes.Com walaupun awak mengharapkan saya tutup kedai barangkali?  

Mungkin Farah tidak sehebat dan selayak awak, tetapi Farah lakukan ini semua adalah berdasarkan passion dan juga berdasarkan apa yang Farah lalui di dalam perjalanan kehidupan ini sebagai seseorang yang bergelar ibu. 

Ironinya, Allah SWT tidak pernah meletakkan bahawasanya sebagai seorang hamba hanya insan yang terpilih sahaja yang layak bertaubat di atas segala dosa silam yang telah dilakukan. Setiap insan layak untuk bertaubat dengan sepenuh hati dan tawadduk kepada Allah SWT. Jadi siapakah kita sebagai manusia untuk menentukan layaknya atau tidak layaknya seseorang untuk sesuatu perkara? Betul tak? 

Macam nilah awak, terima kasih banyak-banyak kerana menghantar emel teguran awak itu, saya amat hargai dan setidak-tidaknya ia membakar semangat saya untuk terus mencuba menghasilkan sesuatu yang pengisiannya di dalam setiap perkongsian saya. 

Saya doakan awak agar sentiasa dilindungi serta dirahmati oleh Allah SWT dan saya doakan agar awak sentiasa diberikan kegembiraan, kebahagiaan, kesihatan serta kejayaan di dunia dan juga akhirat. In Shaa Allah... Amin... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ya... ANAK SAYA Memang Seorang! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, September 4, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

15 comments:

  1. Bagi saya kalau anak seorang sekalipun, BLOGGER TU TETAP PARENTING BLOGGER. Apa dia ingat anak sorang ni bukan parent ke. Sabar kak Farah. In Shaa Allah nanti Allah bagi rezeki lebih besar kat akak...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah. ada jugak orang mcm ni.. sabar ye akak. tak salah pun akak nk berkongsi bahagia dgn pembaca akak. dia mungkin jeles dengan apa yang akak ada. tambah2 Firash pulak cute ja. hehe.. tak apa la akak. akak doakan yg baik2 ja untuk dia. kesian betul org mcm ni. huhu

    ReplyDelete
  3. berdesup kencang jantung nih baca emel kiriman tu.. mujur akak x cepat melatah.. sabar ye..

    ReplyDelete
  4. ish ish ish ..orang camni pun ada ye Farah. Ignore kan saja lah Farah. Ni golongan manusia yang penuh denga hasad dengki, tak senang tengo orang senang sikit. huhu

    ReplyDelete
  5. Parenting Blogger tidak semestinya more cerita pasal itu. Farah pun bukan meletakkan diri sebagai parenting blogger saja kan, malah lifestyle blogger kan.. Ermm sabarlah dear mungkin dia faham tapi ada amarah dihati itu yang membuatkan dia berkata begitu...
    Kamu is the best mommy for your son. Teruskan berkongsi tentang ank kamu. kalau bukan ank kamu tentang siapa lagi kamu ingin kongsikan.. ye dak??

    ReplyDelete
  6. sabar ye farah...ermmm...ada jugak org yang macam ni kan...

    tak semestinya ank sorang cetek ilmu, malah lebih daripada berilmu banding dgn akak yang anak 4 ni pun rs terkial2 lagi dlm menguruskan anak2, sentiasa cri panduan utk diri...erm..sabar2 banyk2 ya...Allah Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  7. Adehh....Perasaan mcm ni pun ade jgk ke? Ade anak 10 pun belum tentu layak jadi parenting blogger kalo x belajar...kiki

    ReplyDelete
  8. klau sy pon berombak dada ni gak bila baca cmni. Sabar ya...diorg igt kita ni mmg xmau ank lbh kot. Adala sebab2nya kan? Ank sorang pon dh kira sbgai parent...apa mslhnya?

    ReplyDelete
  9. Kakak terkesan sebenarnya Farah
    Suatu yg diluar jangkaan sebab ramai yg bukan berada dibidangnya tapi mampu memberi khidmat terbaik. Ramai sebenarnya yg mampu memberi didikan yg terbaik walaupun dia tidak menikah apa lagi yg dah punya anak dan pengalaman. Apa lagi jika banyak membaca banyak pendedahan boleh diperolehi.

    ReplyDelete
  10. First time dengar ada syarat begitu nak jadi parenting blogger! Kih! Kih!
    Sebaik2 manusia, Nabi Muhammad SAW pun ramai yang tak suka... Maka, Teruskan perkongsian yang baik dan bermanfaat...

    ReplyDelete
  11. hahha agaknya dia jeles tu dgn farah..:)

    ReplyDelete
  12. Sakit pulak hati kita ni bila baca email begitu.
    Semoga beliau aman dan tenteram dengan kehidupan mengecam semua hal yang dia tidak perlu pun nak kecam.

    Sabar yer sis.
    Sayangilah anak itu sebaiknya kerana dia anugerah terindah dari-Nya.

    ReplyDelete
  13. Rilek sudah.. ramai yang suka mengkondem ni..
    kita teruskan dengan apa yang kita rasakan terbaik untuk kita

    ReplyDelete
  14. Sabar yer Farah ... Ambik yang positif ... Buang yang negatif ... Buat jer yang Farah selesa asal tak langgar syariat ... Wallahua'lam ...

    ReplyDelete
  15. Terkedu sekejap saya baca. Sentap pun iya sebab saya pun baru anak sorang. Saja nak menggelarkan diri sebagai parenting blogger apa salahnya. Bukan kita kacau periuk nasi dia pun. Sedihnya ada orang mentaliti gini. Saya plak yang moral down hari ni. :(

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY