Home » , , , , , , , , , » TIPS: 10 Cara Untuk Membantu Anak Di Dalam Menyiapkan Tugasan Sekolah

TIPS: 10 Cara Untuk Membantu Anak Di Dalam Menyiapkan Tugasan Sekolah

Jauh beberapa tahun ke hadapan lagi untuk Farah berhadapan dengan situasi ataupun keadaan sebegini… Jauh tak jauh jugalah kannn? Tahun depan iaitu tahun 2017 dan dua tahun akan datang mungkin tidak lah kot? Sebabnya, tadika yang bakal Iman Firash ditempatkan tersebut tidak mengamalkan konsep memberikan tugasan sekolah di rumah. Semua buku simpan di tadika, tak bawa balik pun. Kira-kira macam ala-ala tak ada homework untuk dialah nanti. Kalau nak asah skill dan juga membantu di dalam perkembangan pembelajaran dia, mungkin mak dia nilah yang ciptakan homework yang berbentuk aktiviti homeschooling nanti. Macam biasa yang kami lakukan pada waktu kini, akan tetapi mungkin upgrade sedikit mengikut tahap usia serta tahap pembelajaran dia nanti. Itu nanti mak dia ni fikirkan macam mana dan apakah pendekatan yang terbaik tailor-made mengikut diri dia. Laughing out loud.
Sekarang ni nak cerita tentang tips, panduan atau cara bagaimana ibu bapa dapat membantu anak di dalam menyiapkan tugasan sekolah. Apa yang bakal Farah kongsikan di dalam entri ini adalah merupakan cebisan pemikiran logik, pembacaan serta pengalaman diri Farah sendiri yang pernah melalui zaman-zaman persekolahan serta pembelajaran. Apa orang kata? Ciptaan rumusan sana sini situ dan juga pengalaman diri sendiri kerana pernah melalui situasi yang sama sepertimana anak-anak zaman sekarang sedang tempuhi dan juga sepertimana yang anak sendiri bakal tempuh di dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Bagi Farah, ianya adalah lebih kepada bought the t-shirt, wore it and burn it. Apa yang pernah dilalui, situasi yang sebagaimana mungkin dapat diperbaiki untuk anak sendiri kerana kita telah melalui dan kita memahami kehendak dan apa yang mungkin difikirkan oleh anak-anak disebabkan kita pernah duduk di dalam situasi itu pada satu masa dahulu.
Mungkin saja, sewaktu zaman kanak-kanak, ada di antara kita yang dibiarkan bersendirian ketika menyiapkan tugasan sekolah oleh ibu bapa kita. Mereka tentu sahaja menekankan kepentingan pelajaran kepada anak-anak mereka akan tetapi urusan tugasan sekolah di rumah, mungkin mereka tidak melibatkan diri. Kerja sekolah sendiri kan? Tanggungjawab dan kewajipan sebagai pelajar, pandai-pandai sendirilah nak corakkan bagaimana, janji siap tugasan itu sudah. Faktor-faktor persekitaran, faktor-faktor suasana atau environment, ataupun sokongan moral dari sudut yang lain selain dari sering mengingatkan mengenai sekolah dan tugasa sekolah di rumah, mungkin tidak begitu dipandang sebagai penting bagi mereka pada satu ketika dahulu. Yang selalu didengari… "Ulangkaji… Baca buku… Belajar…Siapkan kerja sekolah… Jangan asyik nak main sahaja…"… Mungkin itu adalah antara ayat-ayat yang biasa didengari oleh sesetengah dari kita. Bukanlah nak memperlekehkan cara ibu bapa kita dahulu mendidik kita, yang Farah terangkan adalah mungkin itu adalah cara mereka. Cara yang mereka rasakan sudah habis baik.
Bagi kita sebagai anak, mungkin kita mempunyai pandangan serta rasa kita yang tersendiri. Tentang apa yang kita harapkan, apa yang kita inginkan dan suasana yang bagaimana yang sebenarnya kita perlukan untuk belajar dan menyiapkan tugasan sekolah di rumah dengan selesa. Mungkin zaman kita dulu, suasana tidak begitu kondusif ataupun selesa… Tapi ingat yer? Jangan sesekali mengeluh ataupun mempertikaikan keadaan kita dahulu itu… Itu sememangnya mungkin bahagian kita dan juga apa yang tersurat untuk kita… Syukur Alhamdulillah, kita masih mampu menjadi apa yang kita ada sekarang ini… Bersyukurlah dan sentiasalah berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita yang telah melakukan sehabis baik mereka untuk menjadikan kita seorang insan. Maksud dan tujuan penyampaian Farah di dalam entri ini, jangan disalahanggap atau disalahertikan sebagai ingin mempertikaikan bagaimana ibu bapa zaman kecil kita dahulu mengendalikan kita, akan tetapi, maksud dan tujuan penyampaian Farah di dalam entri ini, adalah sekadar perkongsian apa yang Farah rasakan sebagai penambahbaikan yang boleh kita lakukan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sewaktu kita melaluinya dahulu.
Itu adalah suatu kebiasaan, sekiranya kita kekurangan sesuatu sewaktu kita melaluinya dahulu, sebagai ibu bapa, ada di antara kita yang akan mempunyai pemikiran agar anak-anak kita dapat melaluinya dengan suasana dan keadaan yang lebih baik. Kita tidak mahu anak kita merasa apa yang kita rasa yer tak? Jadi setelah campur, tolak, bahagi, darab segalanya… Ini yang dapat Farah kongsikan untuk panduan kita bersama dan Farah percaya, apa yang Farah kongsikan ini bukanlah sesuatu yang terbaik dan pastinya ada kekurangan di sana sini situ. Ianya sekadar perkongsian dari pemikiran logik dan juga campuran informasi dari merata tempat…
Mungkin saja infografik yang Farah sediakan kurang jelas penjelasannya dipaparkan... Makanya, rajin juga sebenarnya Farah nak menaip semula infografik yang telah Farah sediakan di atas semula supaya jelas pembacaannya untuk anda.
1.  MASA
Struktur adalah asas yang paling penting. Tetapkan tempoh masa yang spesifik untuk anak-anak menyiapkan tugasan sekolah. Dengan cara ini, ianya dapat membantu di dalam meningkatkan produktiviti anak-anak. NO SCREEN TIME untuk anak-anak sebelum semua tugasan sekolah disiapkan. Sekiranya anak-anak memerlukan waktu rehat atau melepaskan lelah seketika, berikan kelonggaran di dalam tempoh waktu tertentu untuk mereka bermain atau berehat.
2. LIBATKAN DIRI
Adalah menjadi sangat penting untuk ibu bapa melibatkan diri secara proaktif di dalam perkembangan pelajaran anak-anak. Zaman sekarang ni, nak periksa keputusan peperiksaan anak pun secara atas talian. Ambil tahu perkembangan pelajaran anak-anak melalui keputusan peperiksaan dan juga sentiasa berkomunikasi dengan guru-guru anak-anak.
3. PROPER SETTING
Sediakan satu sudut atau ruang khas untuk anak-anak menyiapkan tugasan sekolah. Yang penting, ruang tersebut sunyi, pencahayaan yang cukup, ruang yang bersesuaian dan juga semua keperluan anak-anak untuk menyiapkan kerja sekolah disediakan atau mencukupi.
4. BATASAN GANGGUAN
Di sekeliling rumah kita sendiri terdapat banyak gangguan yang dapat mengganggu fokus anak-anak yang sedang menyiapkan tugasan sekolah. Televisyen, telefon bimbit, permainan video dan sebagainya. Tetapkan PERATURAN bahawasanya semua yang tersebut adalah DILARANG SAMA SEKALI ketika sedang menyiapkan tugasan sekolah.
5. PENGATURAN
Beberapa subjek dan kelas berisiko untuk menjadikan anak-anak keliru. Kalau boleh buatkan satu "planner" untuk anak-anak dan bantu mereka untuk meletakkan prioriti ke atas keutamaan tugasan sekolah tersebut.
6. AHLI PASUKAN SORAK
Senantiasa berikan galakan, dorongan dan juga berikan hadiah sekiranya sebagai hadiah kerja keras anak.
7. BIMBINGAN
Ada masa dan ketika mungkin anak-anak akan mula bertanya kepada kita apabila mereka "stucked" dan tidak tahu bagaimana untuk menjawab sesuatu soalan. Sentiasa bersedian untuk memberikan bimbingan kepada anak-anak.
8. TUGASAN SEKOLAH DAHULU
Solat memang menjadi keutamaan, setelah itu, tugasan sekolah dahulu sebelum perkara-perkara lain dapat dilakukan oleh anak-anak. Pastikan tanggungjawab anak sebagai pelajar diutamakan berbanding bermain, bersantai dan sebagainya.
9. NOTA
Pastikan anak-anak anda dilatih dengan sistem mencatat nota yang bersesuaianuntuk mereka ketika berada di dalam kelas. Nota dapat membantu anak-anak untuk menyelesaikan tugasan sekolah mereka.
10. TABIAT BELAJAR
Pupuk tabiat suka belajar di kalangan anak-anak. Sistem menjawab peperiksaan adalah anak-anak perlu bersedia untuk menghadapi peperiksaan. Tetapi, jika anak tidak mempunyai tabiat belajar yang konsisten, ini mungkin boleh membawa kepada masalah di dalam pembelajaran di mana jika anak tidak mempunyai tabiat belajar anak mungkin tidak dapat menjawab soalan peperiksaan.
Macam tulah perkongsian serba sedikit yang mungkin boleh diperbaiki lagi pendekatannya dari sudut pemikiran anda sebagai ibu ataupun bapa… Winking smile… Draf pertama seorang ibu yang belum melalui fasa itu lagi akan tetapi pasti akan melaluinya juga pada masa akan datang… Dan ianya tidak semestinya terhenti di sini… Mungkin akan ada juga penambahbaikan di masa akan datang dari semasa ke semasa… Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua sebagai ibu dan juga bapa di dalam mengendalikan sudut pendidikan atau akademik anak-anak kita pada masa kini dan juga pada masa akan datang.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel TIPS: 10 Cara Untuk Membantu Anak Di Dalam Menyiapkan Tugasan Sekolah, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, September 5, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY