Home » , , , , , , , , , , , , » Terdetik Tentang MAJLIS HARI JADI… INGAT Pada Fish & Co!

Terdetik Tentang MAJLIS HARI JADI… INGAT Pada Fish & Co!

TERDETIK PADA MAJLIS HARI JADI... INGAT PADA FISH & CO

Ahoy Matey! Kata Iman Firash… Hoiiii Atey! Pelat dialah kannn? Dan perkataan ni sebenarnya dia belajar dari siri kartun Jake and the Never Land Pirates yang sering ditonton di saluran Disney Junior yang mana sedikit sebanyak ada juga mempengaruhi dia untuk pretend play menjadi Jake dan mengikut gaya Jake di dalam siri kartun tersebut. Pastinya di dalam imaginasi dia terbayang laut, kapal, anak kapal, pedang dan juga tidak ketinggalan lanun! Bila dengar atau membaca perkataan Ahoy Matey ni Farah sememangnya secara automatik terbayangkan majlis hari jadi yang bertemakan lanun yang pernah dilakukan oleh selebriti Ashraf Sinclair dan isterinya pada sekitar tahun 2011 dahulu.

TERDETIK MAJLIS HARI JADI...INGAT PADA FISH & CO 2

Nak mencari tema hari jadi ni memang melambak-lambak dan memang banyak! Akan tetapi nak mencari tema yang kena dan bersesuaian dengan jiwa anak tu ada kalanya agak mengelirukan… Sebab anak-anak ni, sekejap cenderung kepada itu, sekejap cenderung kepada ini. Nama pun majlis hari jadi anak kan? Orang kata, kalau nak anjurkan majlis hari jadi anak ni, biarlah sesuatu yang dia suka dan dia minat! Barulah datang keseronokan yang sebenar pada si anak hendak menyambut hari ulang tahun kelahirannya. Nak senaraikan tema, semua orang boleh senaraikan tema majlis hari jadi sepanjang mana yang disukai… Yang selalu menjadi pilihan adalah tema seperti watak kartun kegemaran anak, warna kegemaran, haiwan atau apa sahaja tema yang relevan dengan jiwa si anak. Nak petik tema, memang boleh petik jer macam tu…Akan tetapi! Proses persiapannya perlu diambil kira! Tema yang dipilih seboleh-bolehnya akan memudahkan urusan kita sebagai ibu bapa untuk menyediakan aktiviti, makanan, goodies, kek mengikut tema… Kalau tema yang payah-payah sangat… Nanti sudahnya menyusahkan diri sendiri. Lepas tu sendiri yang pening! Open-mouthed smile Ha ha ha…

Pengakuan jujur ikhlas dari Farah… Walaupun Iman Firash bakal menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-3 pada 26 November 2016 ini nanti… Sekalipun, Farah belum pernah lagi berpeluang untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi  Party smile untuk dia. Sedih kannn? Sad smile… Teringin tu memang teringin… Dahlah tulah satu-satunya intan payung berlian emas pengarang jantung Mommy dia ni haaa…. Tak kanlah tak teringin nak adakan majlis hari jadi dia kannn? Haruslah ada perasaan serta keinginan itu… Macam indahhh jer mak dia berangan tentang majlis sambutan hari jadi dia kalau diadakan… Berangan dah sampai ke bulan, ke bintang semua dah… Nak ada tema… Nak ada itu, nak ada ini, nak hias gittew nak hias gini… Ini bukan angan-angan Mat Jenin, akan tetapi angan-angan mak-mak yang normal… Farah pasti, ramai di kalangan ibu-ibu yang sebenarnya terdetik di hati nak mengadakan majlis sambutan hari jadi anak sepertimana yang Farah fikirkan. Bukan sebab nak menunjuk-nunjuk… Akan tetapi atas dasar untuk menggembirakan hati anak dan memberikan anak peluang untuk merasai pengalaman itu juga… Lambat-laun, bila dah bijak pandai berbicara, bila dah bersekolah, bila lihat kawan-kawan adakan majlis hari jadi…. Dia akan bertanya juga yer tak? Budak-budak kan? Tengok orang lain ada, dia pun teringin juga yer tak? Hurmmm… Tapi tulah… Belum sampai lagi rezeki tu… In Shaa Allah, jika sampai rezeki nanti, Farah nak juga adakan majlis sambutan hari lahir Iman Firash. Buat masa sekarang… hold dulu… Sambil-sambil tu terfikir juga, yang mana kalau hold dulu pun tak apa….

Sebab? Sebabnya… kalau adakan majlis sambutan hari jadi dia setelah dia mula ke tadika pun ok… Lagi seronok kot? Boleh jemput kawan-kawan tadika dia sekali untuk meraikan majlis hari jadi dia dan tentunya Iman Firash akan lebih seronok nanti. Pssst…Sambil-sambil tu, bolehlah mak dia menabung sedikit demi sedikit bagi merealisasikan impian dan cita-cita untuk mengadakan satu majlis hari jadi yang sempurna seadanya mengikut bajet Farah yang tersendiri yang mampu menggembirakan hati Firash.

Hurmmm…cumanya…bila bercerita tentang bab majlis hari jadi ni kannn? Bukan setakat majlis hari jadi, malah majlis-majlis lain yang berkaitan juga… sebenarnya Farah adalah seorang ibu yang lebih prefer untuk adakan majlis di lokasi yang berlainan selain dari rumah dan juga kalau boleh, lokasi tu cukup luas untuk memuatkan semua tetamu yang bakal diundang. Lagi satu? Untuk majlis hari jadi Firash, Farah kalau boleh nak adakan kepelbagaian yang boleh menghiburkan hati setiap kanak-kanak yang datang ke majlis hari jadi Firash. Nak bertema! Nak semuanya ikut tema…Dari A sampai ke Z… Tapiii, kalau nak buat sendiri semua seorang diri tu, memanglah boleh …Ate…Katanya pernah ada syarikat pengurusan majlis yang sendiri dan pernah menjadi konsultan acara dan pengurus acara… Masalah yang timbul adalah keterbatasan waktu… Kriteria Farah bagi majlis hari jadi untuk Firash kalau Farah nak adakan adalah LOKASI SELAIN DARI RUMAH, LOKASI MESTI CUKUP LUAS, HIASAN YANG KENA DENGAN TEMA, MAJLIS YANG MENARIK SERTA MENGGEMBIRAKAN KANAK-KANAK DAN TERDAPAT BANYAKNYA AKTIVITI YANG BOLEH ANAK-ANAK KECIL EKPLORASI! Amboiii… Kemain angan-angan kannn? Memang tulah yang Farah dok berangan sejak kebelakangan ni…

Nak dijadikan cerita… Dalam angan-angan dan berimpian nak adakan majlis hari jadi Firash mengikut kriteria yang Farah dah tetapkan tu…. Kami sekeluarga berpeluang untuk menghadiri satu jemputan majlis hari jadi yang bertemakan lanun dan diberikan nama majlisnya sebagai Fish & Co Ahoy Matey! Birthday Party! Kalau nak tau, INI ADALAH MERUPAKAN PELANCARAN ATAUPUN PERASMIAN PAKEJ SAMBUTAN MAJLIS HARI JADI yang berkonsepkan nautical-themed adventurous oleh pihak Fish & Co sendiri untuk para ibu bapa di Malaysia! Open-mouthed smile… Bertemakan LANUN dan pengisiannya  adalah merupakan  misi majlis hari jadi bertema untuk mencari harta karun yang  tersimpan di MOMENTOUS ISLAND!

TERDETIK MAJLIS HARI...INGAT PADA FISH & CO 3

Bukan setakat anak-anak kecil jer yang teruja, malah ibu bapa yang turut serta hadir sewaktu majlis yang berkenaan turut teruja sama… Menarik pula pakej sambutan hari lahir oleh Fish & Co yang baru sahaja dilancarkan ini. Sememangya, ia adalah satu berita baik buat ibu bapa kerana terdapatnya pilihan lokasi sambutan majlis hari jadi selain dari rumah serta restoran makanan segera yang sudah bertahun-tahun menawarkan perkhimatan untuk sambutan majlis hari jadi. Iyalah sekurang-kurangnya ada banyak sedikit pilihan yer tak?

TERDETIK MAJLIS HARI JADI...INGAT PADA FISH & CO 5

Ibu bapa sekarang tak perlu nak susah-susah dah atau nak ribut-ribut kelam kelibut terkejar-kejar sana sini untuk melakukan persiapan dan mengeluh ruang kawasan di rumah tidak cukup besar atau selesa untuk menampung bilangan tetamu yang mungkin agak besar untuk majlis hari jadi anak-anak. Ibu bapa juga tak perlu pening atau rasa lesu tidak bermaya untuk mengemas segala kecah di rumah selepas mengadakan majlis hari jadi anak-anak… Fish & Co kan adaaa? Kenapa perlu nak bersusah payah yer tak? Open-mouthed smile…Bha ha ha…Kalau boleh dipermudahkan kita permudahkan lagi… Ibu bapa tak perlu berpeluh-peluh dah nak siapkan itu, nak siapkan ini untuk majlis hari jadi anak-anak…. Serahkan segalanya kepada pihak Fish & Co dan mereka akan menguruskan bagi pihak kita. Tau-tau jer…Kita sampai di lokasi majlis sambutan hari jadi anak… Kerja kita cuma menyambut tetamu dan beramah-mesra dengan pihak tetamu. Bolehlah maintain glam dan ala-ala King or Queen pada hari kejadian kannn ?

Oh ya! Salah satu kriteria untuk mengadakan majlis hari jadi anak-anak adalah bajet! Ini penting ni oiiii! Bajet adalah mengikut kemampuan diri sendiri dan bukannya ikut-ikutan dari orang lain. Menariknya tentang Pakej Sambutan Majlis Hari Jadi Fish &aCo yang dilancarkan baru-baru ini… pihak Fish & Co mengaturkan majlis hari jadi untuk SETIAP JENIS BAJET DAN KEMAMPUAN SERTA UNTUK KANAK-KANAK DI SEMUA PERINGKAT USIA. Tidak semestinya anak-anak di bawah 7 atau 8 tahun sahaja yer? Serahkan segalanya kepada pihak Fish & Co kerana pihak Fish & Co mempunyai pasukan khas yang ditubuhkan untuk MENCIPTA DAN MEREALISASIKAN majlis hari jadi yang ingin diadakan oleh pihak ibu bapa.

Sedikit perkongsian mengenai struktur kos bagi Pakej Sambutan Majlis Hari Jadi dari Fish  & Co adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Birthday Party Package Rate

PAKEJ A BERNILAI: RM 50 nett bagi seorang (termasuk GST)

PAKEJ B: RM 60 nett bagi seorang (termasuk GST)

PAKEJ MOMENTOUS ISLAND: Penambahan kos sebanyak RM 1,200.00 daripada sama ada PAKEJ A atau pun PAKEJ B.

Tak lupa juga, selain dari itu, perkhidmatan yang lain seperti kek, jurugambar, juruvideo, photo booth dan lain-lain turut disediakan oleh pihak Fish & Co… Kan dah kataaa…Serah jer segala-galanya kepada mereka. Taulah Fish & Co buat kerja mereka.

Sewaktu menghadiri sambutan pelancaran ataupun perasmian Pakej Sambutan Majis Hari Jadi oleh Fish & Co… Melalui pandangan peribadi Farah… ianya adalah sesuatu yang sangat teratur serta apa yang Farah rasakan ianya adalah salah satu contoh penganjuran majlis hari jadi yang bom kebabom dan terbaik yang pernah Farah hadiri… Bagus juga berpeluang merasai pengalaman sendiri tentang bagaimana pihak Fish & Co menguruskan majlis hari jadi anak-anak ni…. apa yang boleh Farah jelaskan adalah they take pride in taking a wholly unique and personalized approach to present truly momentous celebration for our precious one! It was a one-of-a-kind joyful birthday party in this special launch event.

Ada photo-booth…

TERDETIK PADA MAJLIS HARI JADI...INGAT PADA FISH & CO 6

He he he…Sempat tau, kami berdua beranak bergambar di photo booth yang disedikan di majlis hari jadi Ahoy Matey! tempoh hari…. Tapi abaikan lah mimik muka Iman Firash dan juga keterujaan Mommy dia bergambar dengan anak bujang tu… Biasalah Mommy kannn? Pantang nampak photo booth…

Kawasan yang cukup luas untuk kanak-kanak yang menghadiri majlis hari jadi Ahoy Matey! beraktiviti…Kebiasaanya kalau di rumah kawasan agak terhad untuk aktiviti-aktiviti seperti yang disediakan oleh pihak Fish & Co untuk dilakukan… Luas yang Farah maksudkan adalah sememangnya cukup luas! Cuba lihat!

TERDETIK MAJLIS HARI JADI...INGAT PADA FISH & CO 7

Kawasan yang sememangnya dikhaskan untuk kanak-kanak beraktiviti tanpa mengganggu kawasan untuk menjamu selera. Memang nampak kemas dan lebih teratur serta tidaklah terlalu sesak dengan kanak-kanak berlari sana sini di majlis hari jadi beserta dengan riuh rendah suara kegembiraan mereka kan? Sekurang-kurang satu daripada kebaikan yang dapat diperolehi sekiranya majlis hari jadi diadakan di Fish & Co ini…. Ibu bapa dan para tetamu lain dapatlah menjamu selera dengan lebih aman serta tenang di samping mengeratkan silaturahim sesama sendiri. Haaaa…nampak tak kebaikannya di situ? Apa yang pihak Fish & Co dapat tawarkan selain dari pengaturcaraan majlis hari jadi untuk anak anda dan juga lokasi?  Sesuatu yang merupakan added value kepada Pakej Sambutan Majlis Hari Jadi Fish & Co yang tidak dinyatakan di mana-mana sebut harga tetapi merupakan elemen penting yang diperlukan.

TERDETIK MAJLIS HARI JADI...INGAT PADA FISH & CO 8 

Ada kakitangan Fish & Co yang bertugas yang setia melayan kanak-kanak dan juga kanak-kanak dapat bergerak dari satu booth ke satu booth yang lain untuk melengkapkan misi yang telah ditetapkan untuk mereka sepertimana yang telah diarahkan oleh kakitangan Fish & Co yang bertugas. Kira-kira macam ala-ala ada pengasuh lah untuk menjaga kanak-kanak ni semua dari bergerak bebas berkeliaran ke sana ke mari dan tidak tersusun. Open-mouthed smile.

TERDETIK MAJLIS HARI JADI...INGAT PADA FISH & CO 10


TERDETIK MAJLIS HARI JADI...INGAT PADA FISH & CO 11

Anak kita pun sama sibuk wak! Nak juga beraktiviti walaupun dia boleh dikatakan salah seorang yang kecil saiznya berbanding abang-abang dan kakak-kakak yang lain yang datang memeriahkan majlis hari jadi Ahoy Matey! Fish & Co tempoh hari….

TERDETIK MAJLIS HARI JADI...INGAT PADA FISH & CO 12

Meriah tak? Meriah kannn? Teringin tak nak adakan majlis sambutan hari jadi anak-anak anda sebegini? Kalau tanya Farah… Farah teringin! Sesekali untuk meraikan hari kelahiran anak kannn? Apa salahnya sekiranya melabur begini? Bukan selalu! Sekurang-kurangnya kita akan ingati moment ini sebagai salah satu moment yang terindah di dalam fasa kehidupan anak kita dan juga diri kita sendiri. Sesuatu yang bakal menjadi sangat manis dan mampu membuatkan kita tersenyum apabila kita ingati kembali moment ini di masa akan datang…

Untuk pengetahuan anda, Pakej Sambutan Majlis Hari Jadi untuk Kanak-Kanak ini adalah terdapat di cawangan Fish & Co yang terletak di PAVILION KL, MAIN PLACE @ USJ 21, PARADIGM MALL, IOI CITY MALL DAN THE MINES SHOPPING MALL. Yang pastinya…. restoran Fish & Co sememangnya adalah sebuah restoran yang LUAS DAN MESRA KELUARGA yang sempurna untuk semua jenis majlis. Bagi Farah, ini adalah lokasi terbaik yang boleh Farah dan anda masukkan di dalam senarai lokasi pilihan untuk mengadakan sambutan majlis hari jadi anak-anak dan Farah percaya, pihak Fish & Co dapat membantu merealisasikan sambutan majlis hari jadi anak-anak kepada sesuatu yang majlis hari jadi yang berbeza serta extraordinary impressive dari kebiasaan.

Untuk Maklumat Lanjut:




Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Terdetik Tentang MAJLIS HARI JADI… INGAT Pada Fish & Co!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, September 8, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY