Take Every RISK, Drop Every FEAR!

Farah Waheda Wahid
1
BloggerImage

Take every RISK, Drop Every FEAR! ya? Ini aksi lagak ngeri belajar atau tengok contoh dari mana ni? Berlari macam tak cukup tanah Mommy dia mengejarkan dia sewaktu pertama kali dia melakukan aksi lagak ngeri yang dipaparkan di dalam gambar yang Farah sertakan bersama entri ini. Lokasi kejadian? Dobi layan diri di kawasan taman perumahan yang berdekatan. Masa? Hari Jumaat malam Sabtu sewaktu Farah sedang mencuci toto.

Aktif. Tidak duduk diam. Panjang akal. Senantiasa ada tugasan khas dan misi. Semuanya ada pada diri anak kecil ini. Bimbang dirinya tergelincir atau terjatuh serta mengakibatkan kecederaan... Pertama kali, Farah berkejar untuk mendapatkan dia dan berikan teguran yang lembut tetapi tegas. Selepas tu? Dia buat lagi kali kedua, nenek yang menjaga serta memerhatikan agar tak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini. Akhirnya...kuang kuang kuang... Mommy menamatkan kesabaran di hati dengan melepaskan satu das kutilan 'halus' ke pehanya...Haaa kannn... Itulah hasilnya! Sedikit saguhati yang Mommy hadiahkan buat Firash ramuan dari kebimbangan dan kegeraman yang Firash cipta sendiri... Aduiyaiii... Semput nafas Mommy tau tak Firash? 

Berstatus Adam. Berusia 2 tahun 9 bulan tapi gaya dan kelincahan dia cukup membuatkan nafas dan jantung laju pada waktu-waktu tertentu. Ini baru sorang ni! Kalau berdua? Haiii macam manalah lagi agaknya? Muhasabah diri supaya senantiasa diberikan kesabaran tahap maksima di dalam proses perkembangan semasa dia. 

Hmmm... Tapi tak apa. Cabaran disahut. Saja yer menduga Mommy? You deal with the wrong person dude! Taulah Mommy macam mana nak kendalikan. Selepas aksi babak ngeri kali kedua, Mommy terus tangkap, dukung dan bawa masuk ke dalam kereta, dudukkan di car seat. Nenek tinggal di dobi layan diri seketika, bawa dia meronda seketika. Gotcha! 

Persoalan timbul: Budak-budak lelaki memang suka buat aksi lagak ngeri yang menyemputkan para ibu ke? Motif? Nak tunjukkan kelakian sebenar? Sebab? Sel-sel otak sedang berhubung? Giat bereksplorasi? 

Episod seterusnya ke udara. Bab seorang Mommy mula tarbiyah si anak kecil sambil memandu walaupun hakikatnya Farah tahu, dia mungkin tidak memahami 100% apa yang Farah katakan... "Imannn... Firashhh... Bila Firash school nanti Mommy tak ada nak tengok Firash macam tadi. Teacher mungkin tak nampak Firash buat macam tadi... Kalau Firash jatuh? Luka? Sakit? Macam mana? Siapa yang susah? Ash jangan bagi Mommy susah hati please? Jangan buat macam tu lagi? Mommy tak suka!"... Berhenti di bahu jalan seketika dan bagi pandangan tajam pada dia. Tercebik-cebik bibir dia dan mimik muka sedang tunggu masa nak teriak. Nasiblah kannn? Dah buat salah memang mengundanglah... Ecehhh Mommy dengan ketegasannya. 

Buka buckle car seat belt dia dan ambil dia, dudukkan di atas riba Farah walaupun agak sempit sikit ruang. Muka menghadap Farah. Muka masih mencebik-cebik, hidung dah mula kembang-kempis. Tiba-tiba aksi spontan dia... Peluk Farah ketat-ketat sambil menangis dan cium pipi Farah kedua-dua belah kuat-kuat. Lagak gaya, macam faham sangat dan seperti berjanji yang dia takkan ulang lagi. Faham yang dia dah susahkan hati Mommy. Terkedu. Diam Farah sekejap. Sambil air mata berlinang (ahaksss touching lettew Mommy)... Farah peluk dia juga. Cium dia.

Bukan sesuka hati nak jadi garang. Nak marah anak. Cuma... Siapa kita hari ini adalah hasil didikan daripada ibu bapa kita pada satu ketika dulu, dan siapa anak kita akan datang adalah hasil didikan kita pada masa sekarang. Farah kena tegur, kena marah, kena didik dan buat pilihan yang terbaik yang Farah rasakan baik untuk dia. Hati mak mana yang tak risau kalau anak buat lagak ngeri macam tu? Badan tu dahlah kecik halus... Risau kot kalau-kalau berlaku kecederaan yang tidak diingini. 

Berkembang-berkembang juga... Tapi kalau dah sampai membahayakan diri macam tu... Pffft... Tangan Mommy yang kembang! Cepat jer nak mencubit! Ha ha ha... Yerlah it's better to be safe rather than to be sorry! Bukan Farah menyekat atau berniat nak membantutkan perkembangan semasa dia, tapi bagi pandangan Farah bila dah berlaku aksi babak ngeri sebegini... Memang perlu ditegur dan dia pun kena faham setiap perkara ada batasannya yang tersendiri... Jangan nak over sangat yer Firash? 

Fuhhh... Lap peluh dingin! 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hehe.. Ini macam barulah anak jantan.. Perhatikan aje kot aksi yang dibuat merbahayakan diri...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !