SENAMAN Selepas Bersalin "CAESAREAN"...

Farah Waheda Wahid
1
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Kenapa? Kenapa? Kenapa? ðŸ˜£ Kenapa tak tau dari dulu? Kenapa tak tau yang sebenarnya boleh jer bersenam selepas bersalin melalui kaedah pembedahan? Kenapa tak terfikir dulu? ðŸ˜­ ruginya rasa dalam hati nih! Macam terkilan pun ada! Kenapalah boleh tak terfikir masa tu? Aikk... Sedih sangat ke? Terkilan sangat ke? ðŸ˜‚ ...Ok ok, saja nak melawak walaupun tak jadi lawak punnn... Tak apalah, mungkin sebab itu adalah kali pertama, jadi, tidak banyak sedikit pastinya ada terlepas pandang sana sini dan tidak banyak sedikit, pastinya ada kekurangan kan? Tak mengapa, yang berlalu kita biarkan berlalu... Yang kita hadap adalah masa akan datang... Jika Farah terlepas pandang dan terlepas tahu... Sekurang-kurangnya, ini adalah untuk anda yang mungkin memerlukan informasi ini. 

Baiklah... tanpa melengahkan lebih banyak masa, mukadimah sepanjang-panjang laman web... Mari kita ambil pengetahuan ini. Jika bukan bermanfaat kepada kita, akan menjadi sesuatu yang bermanfaat bagi orang-orang di sekeliling kita yer tak? ðŸ™†.

Tapi sebelum tu nak bagi tau, ini adalah perkongsian yang dipinjampakai dari SINI... 

Senaman Yang Boleh Dilakukan Selepas Pembedahan Bersalin

1. Mulakan senaman di hari pertama selepas pembedahan. Di bawah ini adalah senaman yang telahpun disyorkan oleh  oleh pakar perubatan. 

👉 senaman menarik nafas.

👉 batuk untuk memulihkan paru-paru. 

👉 senaman betis dan kaki. 

2. Pada hari kedua pembedahan, senaman dilakukan secara perlahan dan berhati-hati di keadaan yang selesa di atas katil.

Senaman Perut Setempat 

Kuncupkan perut anda dan relaks 5 kali setiap sesi, 3 kali sehari. 

Sumber dari SINI

Kontraksi Otot-Otot Pelvis (Kegel's Exercise)

Kuncupkan otot-otot pelvis seperti anda menahan kencing, rasakan kuncupan otot-otot pelvis dan cuba bertahan selama 5 saat dan relaks. 10 kali setiap sesi, 3 kali sehari. 

Senaman Pernafasan

Tarik nafas dengan dalam dan rehat secara perlahan-lahan sebanyak 5 kali. Ulangi setiap jam selepas bangun bagi untuk 2 hari pertama. Ini bertujuan untuk membantu paru-paru bersih dan menghalang sebarang komplikasi. 

Batuk

Bengkokkan kedua-dua lutut, duduk ke hadapan dan sokong tempat luka dengan bantal secara kemas, (Rujuk gambar). Tarik nafas, tahan dan batuk dengan dalam. Ulang 3 kali. Ini bertujuan untuk membawa kahak bergerak keluar dari laluan pernafasan. 

Sumber dari SINI

Senaman Kaki

Gerakkan sendi pergelangan kaki kanan ke atas dan ke bawah. Ulang 10 kali. (Rujuk gambar di bawah)

Sumber dari SINI

Sumber dari SINI
Gerakan kedua-dua tapak kaki secara bulatan. Ulang 10 kali. (Rujuk gambar di bawah)

Sumber dari SINI
Bengkok dan luruskan lutut secara selang-seli. Ulangkan 10 kali. Senaman ini bertujuan melancarkan peredaran darah. 

Jenis Senaman Yang Perlu DIELAKKAN Sebaik Selepas Pembedahan!

❗️ Mengangkat kedua-dua kaki. 

❗️ Duduk tegak dari kedudukan baring. 

❗️ Melompat. (Tak taulah siapa yang dok daring sangat nak melompat lepas pembedahan bersalin kan? kui kui kui...Mau terbuka jahitan oiiii....) 

Jadi... andai katalah anda akan melalui proses bersalin melalui pembedahan iaitu caesarean... bukannya tak boleh bersenam boleh jer...  Cuma antara anda tahu atau tidak jer... Ngee,,, Semoga bermanfaat yer... 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Banyak cara bersenam ye.. Untuk yang bersalin secara caeser pun ada.. nak dengan tak nak je kan farah..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !