Sama Jadi Budak…

Sama Jadi Budak...

Seronok ke jadi mak budak? Ada orang pernah bertanya kepada Farah soalan ini… Tungguuu…Nanti dulu… Soalan dia tu tak habis lagi… Tak rasa terbatas ke pergerakan bila ada anak ni? Tak rindu ke waktu dulu-dulu sewaktu sebelum ada anak? Boleh bergerak bebas ke sana ke mari? Boleh buat itu buat ini? Bila ada anak kan banyak perkara nak kena jaga? Kan banyak benda tak boleh nak buat? Tak sama macam orang yang tak ada anak? Tak penat ke? Tidur pun terganggu? Hanya mampu senyum jer lah depan dia… Smile… Mungkin dia tak suka kanak-kanak kot? Ataupun mungkin dia berani keluarkan soalan sebegitu sebab dia sememangnya tidak ada sebarang planning nak ber-anak kot? Jujurnya rasa nak jawab macam ni jer ha… Apa punya soalan daaaa?

Hakikatnya dalam hati meronta-ronta nak jawab… Rolling on the floor laughingSERONOK!!! Ketahuilah bahawasanya saya sememangnya menyukai bayi serta kanak-kanak walaupun bayi atau kanak-kanak tersebut bukanlah darah daging saya! Saya suka dengan kanak-kanak! Dan saya suka melayan kanak-kanak! Ok ada faham? Dunia bayi dan kanak-kanak ni indah dan loadness of fun and cuteness! Open-mouthed smile…Sampaikan anak dah besar pun tak boleh get over it lagi sewaktu dia bayi dulu…Nanti-nanti…Bila anak dah masuk sekolah rendah… Tak boleh pula nak move on sewaktu zaman toddler and pre-schooler. Tak rasa lagi jadi seorang ibu…Memanglah ko tak dapat bayangkan bagaimana seronoknya kannn? Tunggulah sok-sok nanti bila ada rezeki bergelar ibu.

Sewaktu anak-anak masih bayi… Sibuk dok meng-agah… Melayan dan mengulit anak… Bila anak dah tiba fasa toddler kemudiannya pre-schooler, makanya semakin banyak aktiviti ibu dan bapa. Nerd smile. Bukan setakat mengasuh, membelai seperti waktu bayi lagi dah…seperti waktu mula-mula lahir lagi dah… Memang Farah langgar full momentum untuk menikmati waktu-waktu atau fasa-fasa toddler and pre-schooler dia… Ngee… Smile with tongue outdan nak tau tak? Farah pun turut SAMA JADI BUDAK! Farah percaya bukan Farah sorang jer macam ni keadaannya… Ibu-ibu lain di luar sana pun mungkin ada yang sama seperti Farah. Ada masa kita jadi budak sama macam anak-anak dan masuk ke dunia anak-anak. Ada masa sememangnya kita perlu menjadi orang dewasa yang membimbing, mendidik serta mengasuh anak-anak… Tengok pada keadaan, kesesuaian dan masa dan apakah ia lah kannn?

Most of the time…Kebanyakan pada masa… Untuk waktu belajar dan juga waktu bermain Iman Firash…Farah turut menjadi kanak-kanak semula… Rolling on the floor laughing…Uweee…. Ha ha ha… Nak nak lagi anak tunggal macam Iman Firash kannn? Dia seorang sahaja…Ada masa kita ni terpaksalah jadi teman dia untuk turut menceriakan hari-hari dia supaya tidak terasa sangat kesunyian… Dan nak dia tanamkan dalam hati… Ihikss…. Sporting-nya Mommy saya nih! Ha ha ha… Open-mouthed smileNo no no no no…. Tak boleh biar anak anggap kita terlalu sporting juga…Itu boleh mendatangkan bahaya… Biar orang kata sporting tapi berbatas…Tu boleh… Takkanlah nak serius sepanjang masa yer tak?

Apa yang Farah lalui, melalui pengalaman Farah sendiri adalah…

Bila Dia Mewarna

Bila si anak sedang di dalam sesi mewarna, si ibu juga turut sama terbabit dan terlibat mewarna sama walaupun dah lama meninggalkan zaman mewarna-warni ni… Ha ha ha… Dulu waktu kecil-kecil memang banyak buku mewarna… Suka kumpul buku mewarna… Sekarang anak mewarna, mak pun mewarna sama… Layan dia mewarna… Waktu mula-mula biasakan dengan buku mewarna dan warna dulu kita dok ajar dia, macam mana nak warna, warna apa untuk apa…Sekarang ni… Dia pula yang mengajar kita… Thomas tu warna biru…Percy tu warna hijau… Kalau kita tersalah warna dia akan kata… No Myyy…No… Sambil tergeleng-geleng kepala… Sebab tu penting ibu bapa kena ambil tahu watak kartun kegemaran anak tu macam mana rupa gayanya…Ha ha ha… Open-mouthed smile

Bila Dia Menyanyi

Bila si anak menyanyikan satu-satu lagu walaupun masih mumbling ataupun menggunakan bahasa German… Si ibu kena faham apakah lagu yang dinyanyikan oleh anak… Dan turut sama menyanyi untuk menghidupkan lagi keadaan dan menceriakan lagi suasana…Tak kisahlah ko kaki SMULE ke? Bukan kaki SMULE ke? Ko kena tahu juga, dan sesekali kena tunjukkan yang kita ni support aktiviti kegemaran dia… Kita tahu bait-bait lagu yang dia nyanyikan dan boleh turut serta menyanyi bersama dia … He he he… Nerd smile… Tak kiralah suara kita boleh mendatangkan ribut taufan petir kilat sabung menyabung segala bagai atau tidak…Tu semua tak penting… Janji kita support anak kita tu… Biasakan dari kecil untuk menyampaikan pada anak yang kita ni support minat mereka supaya mereka ada good motivation to move forward.




Bila Dia Bermain

Ambillah peluang ni untuk imbau zaman kanak-kanak kita dulu kan? Main sama-sama dengan anak… Biar mereka tahu yang ibu bapa bukan sekadar mendidik dan memberi arahan sahaja tetapi mampu untuk menjadi teman mereka bermain. Tapi bukanlah tiket untuk mereka pijak kepala kita kannn? Ada batasannya…Kalau kot-kot zaman kecik-kecik dulu tak merasa permainan yang mereka main tu, sekarang nilah peluang nak merasa bermain permainan yang mereka main tu…He he he… Jadi taklah outdated sangat kita ni dan taklah ketinggalan zaman sangat kita ni… #ehhh…Siapa cakap…Kita semua ibu bapa yang tak pernah outdated dan ketinggalan zaman kannn? Semua moving with pace kannn? Betul tak? Betul betul betul (dalam nada Upin Ipin)…


A video posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on



Tu contoh…Contoh jer contoh…Banyak lagi sebenarnya perkara-perkara yang boleh buatkan kita menjadi budak sama pada certain keadaan dan waktu…. Parenting is one of the best moment and beautiful moments that you will carry for a lifetime… Cherish and enjoy it while it still last…. Hurmmm… Sarcastic smile… Macam yang ada anak sorang ni kannn? Sekali jer moment tu… Jadi kena ada loadness of moments… Buat masa sekaranglah sorang… Alhamdulillah rezeki… Syukran Ya Allah…Bagi rezeki yang tidak ternilai ni… Alhamdulillah… Syukur sangat-sangat…

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sama Jadi Budak…, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, September 20, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Bila jd mak...semua mak automatik bersedia jd apa2 je..huhuhu

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdulilah...... kerana Allah memberi peluang menjadi emak dan isterikan Farah....Lupa dah macamana nak melayan budak kecik....hihi...

    ReplyDelete
  3. haha..betul sgt tuh Farah..Bile dh jadi mak2 ni..mmg sometimes kite pun join jadi budak2 jgk...Seronok sebenarnya..Boleh jgk hilangkn stress..kiki

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY