Home » , , , , , , » Salam AidilAdha 1437H!

Salam AidilAdha 1437H!

BloggerImage

Labaikallah humma labaika. Labaikallah syarika laka labaika. Innalhamda wani'mata. La ka Wamulkalla, syarikala

Setiap tahun, sehari selepas wukuf pada 10 Zulhijjah, semua umat Islam atau Muslim akan menyambut AidilAdha... Salah satu perayaan yang terbesar di dalam agama Islam selain dari sambutan Aidilfitri. Perayaan yang sinonim dengan perkataan KORBAN. Ingat KORBAN, ingat pada lembu, kambing, unta... Ingat KORBAN, ingat pada kisah Nabi Ibrahim A.S, Ingat KORBAN, ingat pada musim masakan daging dan gali semua resipi berkaitan dengan daging... He he he... 

BloggerImage

AidilAdha kami sekeluarga biasa-biasa jer... Tak adalah sambut beriya mana pun. Most of the time every year, treating it like cuti umum biasa. Tidak ada sebarang cuti tahunan yang diambil, dan sebenarnya tahun ni tak pasti lagi ni, ha ha ha... Cuti ke tidak sempena AidilAdha. Hari ni memang cuti lahhh sebab cuti umum kannn? Esok bakal bekerja seperti biasa serta ada kerja juga yang telah dijadualkan terlebih awal sebelum ini untuk esok. :-). Boss pun masuk office esok sebelum beliau nak terbang di awan biru 15 September ni. Makanya, memang kena kerja sebab nak siapkan segala persiapan boss nak terbang tu. 

Di office sebenarnya ramai yang cuti direct... Makanya boleh jangkakan yang office bakal sunyi sepi pada minggu ini. Kalau diikut-ikutkan, cuti yang dipuratakan sehingga bulan September 2016 ini, masih berbaki 6 hari. Setahun ada 18 hari cuti tahunan... Baru ambilnya setengah hari sahaja cuti tahunan pada tahun ini. Purata? Iya sebab Farah mula bekerja di tempat baru ini pada pertengahan tahun 2016 ini. Sebab tu purata. Sejak-sejak ada anak kecil ni, memang kedekut sikit nak ambil cuti tahunan. Semuanya spare untuk anak jika ada apa-apa hal. Nak-nak lagi dia dah nak masuk school tahun hadapan. 

Cuti tu simpan untuk waktu-waktu kecemasan dan juga untuk urusan persekolahan dia nanti. Hujung bulan ni nanti nak cuti sehari nak uruskan segala yang berkaitan dengan pendaftaran school dia. Daftar dah tetapi ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Bulan Disember 2016 ni nanti mungkin kena ambil cuti tahunan beberapa hari juga sebab nak hantar dia ke school ... Ada reading class selama 2 minggu berturut-turut sewaktu cuti akhir tahun persekolahan di Malaysia. :-). Orang bercuti dia pula school yer tak? ;-). 

Makanya, sekadar biasa-biasa sahaja sambutan AidilAdha ini... Untuk anda, Salam AidilAdha 1437H dan semoga berbahagia di AidilAdha ini. Bubblynotes.Com pun tak cutiii... Walaupun ramai yang sedang sibuk beraya. :-). Masih beroperasi seperti biasa kaedahnya. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Salam AidilAdha 1437H! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, September 12, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY