Persiapan Menghadapi 1001 Persoalan Iman Firash...

Farah Waheda Wahid
0

Banyak soalan dia ni! Walaupun belum lagi fasih sepenuhnya dan masih lagi mumbling dan babbling - baby talk dia... But it's not that bad ok? He knows and he actually can speak...Saja jer dia nih... Bukan tak lepas dia bercakap... Dah banyak dah juga dia structured wordings dan sebenarnya... Hu hu hu... Mari ber-hu hu hu dulu sebelum meneruskan ayat... DIA PUNYA BANYAK SOALAN DAN JUGA PERASAAN INGIN TAHU SANGAT MENEBAL! Biasalah... anak-anak kecil kan? Bila baru pandai merangkak, kemaruklah merangkak sekeliling kawasan menjelajah, bila baru dapat kaki, kemaruklah berjalan sana sini audit kawasan... Sama juga halnya bila dah dapat mulut... Ha ha ha... Betul ke ayat Farah gunakan ni? Dapat mulut? Ekekeke.... Akan banyak soalan yang semakin hari semakin rajin ditanya.... Bertabahlah dan bersedialah wahai Mommy... Itu satu fasa biasa yang dilalui oleh ibu-ibu lain yang telah mempunyai pengalaman sebelum ini pun... Jadi ianya bukanlah satu perkara yang luar dari kebiasaan punnn...
Adalah satu malam tu:
BloggerImage
Kemudiannya, ada masa-masa sekarang ni... Mommy? Tu bermaksud dia bertanyalah tu kenapa...
Menurut Dr Rozanizam  ada kajian yang menunjukkan kanak-kanak pada usia 3-4 tahun bertanya sehingga 288 soalan dalam sehari! Selain buat tak tau atau menjawab ala kadar, ada banyak perkara yang ibu bapa perlu beri perhatian sebenarnya di dalam memahami psikologi di sebalik setiap pertanyaan mereka.

1. Setiap persoalan "Kenapa Babah, Kenapa Mommy?" bukan bertujuan menjengkelkan atau mengacau ibu bapa. Namun ia adalah petanda bahawa sel-sel otak mereka berhubung selri dengan perkembangan kognitif mereka pada usia 3 hingga 5 tahun. Proses ini dipanggil intuitive thoughts development pada fasa pre-operational (3-7 tahun).

2. Persoalan bertujuan connecting the dots - kanak-kanak hanya belajar tentang kehidupan melalui apa yang mereka lihat, dengar dan rasa. Setiap persoalan bertujuan menghubungkan apa yang deria mereka alami dengan konsep cara kehidupan berjalan. Ini merupkan asas kepada perkembangan kognitif seterusnya dalam hidup mereka - concrete operational stage

3. Jawab setiap persoalan anak berdasarkan usia mereka. Bukan berdasarkan keperluan soalan. Kalau mereka tanya "dari mana bayi datang?" - jawapan anak berusia 3 tahun tidak sama dengan anak 13 tahun. Gunakan setiap persoalan sebagai chapter baru dalam "buku perkembangan" mereka.

4. Jangan hanya menjawab, tetapi rangsang kreativiti mereka dengan sesekali bertanya mereka kembali untuk menggalakkan mereka berfikir.

"Mommy kenapa atas ambulans ada lampu lip-lap?"

"Ash rasa kenapa ya? Mommy pun nak tau la..."

He he he... Soalan berbalas soalan.

5. Sekiranya soalan mereka tidak wajar atau tidak kena caranya, jangan marah atau tempelak mereka. Tetapi berikan alternatif atau jadikan persoalan tersebut sebagai point untuk mereka berfikir. 

"Kenapa orang tu gemuk Mommy?"

Hu hu hu...

"Kalau orang kata macam tu pada Mommy, macam mana Ash nak jawab?”…”Mesti Ash kena kata, tak baik cakap pasal rupa orang, Allah tak suka…”

6. Jangan takut untuk katakan tidak tahu. Jujur lebih baik dari anak mengetahui hakikat sebenar dari orang lain dan menganggap kita ni tidak jujur.

“Mommy pun tak tahu, apa kata nanti kita cari jawapannya sama-sama”.

7. Terus-terang dengan perkara yang perlukan terus-terang. Hmmppph…Ha ha ha… Tarik nafas panjang ko…. Ada kalanya anak-anak akan ambil masa untuk memahami. Tetapi kejujuran anda menjadi titik tolak untuk mereka mula belajar. Terutama dalam keadaan yang berkait dengan kematian, penceraian dan ahli keluarga yang ditimpa penyakit.

8. Galakkan anak untuk bertanya pada orang yang lebih tahu. Ia akan merangsang mereka menjadi berani, pandai berkomunikasi dan lebih mengujakan.

Contohnya anak bertanya ketika kita di pasar, “Mommy, kenapa ayam kat sini semua dah tak ada bulu?” – You see? All sorts of unexpected questions.

Cuba jawab balik, “Apa kata Ash tanya pakcik kedai ayam ni, dia mesti tahu rahsia kenapa ayam ni tak ada bulu.” Ekekekeke….

9. Kalau semasa dan ketika persoalan mereka tidak kena, terus-terang pada mereka. Sentuh mereka, pandang mata mereka dan nyatakan kenapa.

“Mommy tahu Ash ada banyak nak tanya, tapi sekarang Mommy tengah cakap dengan Aunty, apa kata Ash main dulu, bila Mommy dah habis, MOmmy cakap semula dengan Ash, boleh?”. Pastikan kita tepati janji.

10. Kalau anak kita ni bukan jenis yang suka bertanya, cipta situasi yang merangsang naluri ingin tahu mereka. Contohnya, bila kita bercerita atau bacakan buku cerita, berhenti pada pertengahan cerita dan minta mereka teka apa sambungan atau kesudahan cerita. Sekiranya mereka bermain, minta mereka cerita kembali apa mereka main dan tanyakan persoalan untuk mereka expand imaginasi mereka.

Contohnya bila nampak mereka bermain jual-jual, tanyakan apa nama kedai mereka? pukul berapa buka? apa warna kedai ini? siapa yang selalu datang dan sebagainya. Ia juga mampu merangsang sisi kreativiti mereka.

Baguslah anak-anak nak bertanya dan suka bertanya… Pada pandangan peribadi Farah, banyak bertanya tu petanda bagus, cumanya kalau tak bertanya langsung tu Farah jadi risau nanti…. He he he… Gamaknya… Cumanya… Kena rajin nak menjawab walaupun ada masa-masa rasa malas nak jawab… Ahaksss…

*Tunggu jerlah 1001 persoalan dari Iman Firash nanti bila dah semakin fasih dan lancar berbicara… Tengok-tengok gaya memang jenis yang banyak cakap nih! Uhuksss…Genetik siapalah tu yer? Ha ha ha….

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !