Perihal Perkhidmatan Penghantaran Secara Kurier Lagi!!!

Farah Waheda Wahid
1
BloggerImage
Ingatkan penyedia perkhidmatan penghantaran secara kurier yang satu tu jer yang bermasalah… Rupa-rupanya ada satu lagi penyedia perkhidmatan penghantaran secara kurier yang bermasalah besar dalam Malaysia ni! Adoilah haiii… Disebabkan "efisien"nya mereka itu menjalankan tugas masing-masing, segalanya jadi tergendala kesudahannya… Terpaksalah pihak PR menangguhkan dateline untuk tugasan review dilengkapkan kepada satu tarikh yang lain, terpaksalah pihak PR menghadap klien mereka dan menjawab, dan disebabkan kelewatan itu sasaran promosi yang telah ditetapkan oleh pihak klien kepada pihak PR dan juga blogger tidak mencapai sasaran sebenar yang telahpun ditetapkan terlebih awal.

Begitulah kisahnya… Mungkin ada yang mengatakan, apa kena mengena dengan blogger? Barang sampai, review jer lah, barang tak sampai, duduk diam-diam sampai barang sampai… Ermmm… Mungkin pendapat sesetengah orang tetapi mungkin bukan pada pandangan Farah kot? Smile with tongue out… Tak baik lepas tangan macam tu… Sebab PR dan klien kepada PR dah bagi kita rezeki walaupun mungkin bukan di dalam bentuk token tunai dan sekadar hanya token di dalam bentuk barangan… Kita telah bersetuju untuk melakukan tugasan review tersebut. Secara tak langsung kita bekerja sebagai satu pasukan… Teamwork bagi mencapai matlamat atau sasaran sebenar objektif pemasaran yang telah distrukturkan. Secara tak langsung, kita pun jadi orang yang terlibat sama di dalam program pemasaran klien kepada PR tersebut, yang mana kita bekerjasama sebagai satu pasukan. Bila perkara sebegini terjadi, dah macam ibarat, cubit peha kiri, peha kanan pun terasa juga… Macam tu kannn? Pandangan Farahlah…Lain orang lain pandangannya… Tak sama kan? Sedangkan warna rambut zaman sekarang ni pun tak sama oiii… Ada biru, ada merah, ada coklat, ada tembaga, ada ungu… Kannn? Apatah lagi hati dan juga perspektif manusia yer tak?

Diringkaskan cerita, barangan yang sepatutnya direview oleh Farah tu sepatutnya dijangkakan sampai selewat-lewatnya Jumat minggu lepas iaitu 2 September 2016. Kisah disebaliknya pula adalah… Senang cerita jomlah ikut kronologi kes ini… Ahaksss… Open-mouthed smile

Hari & Tarikh
Cerita Yang Berlaku
29.08.2016, Isnin
"Barang" telah sampai di warehouse penyedia perkhidmatan kurier yang berkenaan. Tracking Number telah diberikan oleh pihak PR kepada Farah untuk kemudahan pihak Farah menyemak serta menjangkakan tarikh barangan sepatutnya diterima.

Melalui semakan di laman web menggunakan tracking tools yang disediakan oleh pihak penyedia perkhidmatan kurier terbabit, memang benar ianya telah sampai ke warehouse mereka pada hari Isnin.
30.08.2016, Selasa
Status yang didapati semalam melalui laman web dengan menggunakan tracking tools masih tidak dikemaskini. Memandangan keesokkan harinya adalah hari cuti umum sempena Hari Kebangsaan yang ke-59, Farah menjangkakan mungkin tidak sempat bagi mereka untuk melakukan penghantaran.

Walaubagaimanapun, Farah sekadar mencuba nasib sekiranya possible-lah kannn? Ternyata, jawapan yang diberikan.. Barang telah sampai semalam di warehouse kami, akan tetapi mungkin akan mengambil masa sedikit untuk melakukan penghantaran disebabkan pihak kami terpaksa menyelesaikan backlogged barangan lama yang masih lagi di dalam proses penghantaran. Ramai yang telah menunggu barangan mereka untuk dihantar, jadi kena queue untuk giliran penghantaran lah.

Soalan Farah, bila agaknya penghantaran dapat dilakukan?
Jawapan dari pihak pusat khidmat pelanggan mereka, Itu saya tak pastilah Puan… Susah nak cakap…

31.08.2016, Rabu
Cuti, memang tak adalah penghantaran kan? Itu Farah sedia maklumlah… Fahammm…
01.09.2016, Khamis
Cuba melakukan semakan melalui laman web dengan menggunakan tracking tools yang disediakan oleh pihak penyedia perkhidmatan kurier. Cuba teka? Apa yang Farah dapat maklumbalasnya?

No Record(s) Found!

Cuba sebanyak 3-4-5 kali masih dapat jawapan yang sama. Maklumkan pada pihak PR. Pihak PR pun dapat jawapan yang sama. Ahhh sudah…Kami masing-masing cuba mendapatkan jawapan dari pihak penyedia perkhidmatan kurier yang terbabit.

Jawapan? Tracking tools di laman web mereka sedang dinaiktarafkan dan barangan yang sepatutnya dihantar masih lagi berada di warehouse mereka.

02.09.2016, Jumaat
Tracking tools di laman web mereka masih mengalami masalah… Tak ada sebarang tanda-tanda perubahan yang ianya telahpun selesai "dinaiktaraf". Hantar e-mel pada mereka, langsung tak ada sebarang maklumbalas.

Gagahkan diri kami, iaitu Farah dan PR… untuk telefon dan follow-up closesly dengan mereka. I doubt they would send it on last Friday… dan menjangkakan alasan yang bakal diberi adalah… Hari ni Jumaat, tak sempat masa Puan… Ha ha ha… Rolling on the floor laughing… Macam dah agak jer jawapan tu?

Jadi sila maklum barangan tidak akan dihantar kepada anda walaupun telah 5 hari terperap di warehouse mereka.

05.09.2016, Isnin
Iaitu hari ini lah… Sleepy smile…. Huwaaarggghhhh… Rasa nak makan orang jer… Kedua-dua Farah dan juga pihak PR… Geram sungguh kami dengan penyedia perkhidmatan kurier yang satu ini…. Sungguh-sungguh mencabar keimanan dan kesabaran memang teruji. Astaghfirullahalazim… Astaghfirullahalazim… Istighfar banyak-banyak Farah oiiii… Istighfar banyak-banyak… Sabar….

Selepas waktu makan tengah hari Farah telefon mereka sekali lagi untuk follow-up, katanya ada di warehouse lagi…Barang tu memang tak bergerak-gerak lagi pun… Bila nak hantar? Tak tau lagi…Tak janji bila… Ko rasa?

Sampaikan hakak ni dah merayu bagai dah suruh hantar secepat mungkin. Ko nak marah-marah pusat khidmat pelanggan pun, kalau dia tak nak hantar tak dihantarnya juga… Sampaikan keluar statement… Kalau nak hantar tengah malam pun tak apalah… Saya sanggup jer tunggu sampai barang sampai…. Ahaksss… Winking smilebunyi macam desperado sangat…. Tapi haruslah kannn? Sampai bila ko nak perap barang tu punnn… Katanya… barang ada di warehouse di Shah Alam… Terkedek-kedeklah akak ko ni ha pergi menelefon warehouse mereka di Shah Alam… Kata warehouse di Shah Alam pula, tak ada barang tersebut… Ko rasa?

Telefon balik dan tanya balik…pembetulan statement sebelum ni… Katanya, barangan di warehouse baru di Shah Alam, mereka sedang dalam proses pemindahan warehouse baru di Shah Alam, disebabkan itu… benda semua dah kelam kelibut dah sekarang… Bercampur aduk, itu sebabnya barang yang sepatutnya dihantar tu retain at warehouse… Ramai pelanggan yang dah telefon marah-marah…

Habis tu? Kalau dah rasa ramai pelanggan dah marah-marah… Nak buat macam mana lagi? Perjanjian awak dengan para penerima 5-8 hari waktu bekerja jaminan penghantaran. Dengan maklumbalas yang penerima barangan dapat sebegini? Belum tentu 5-8 hari bekerja tu dapat dipenuhi. Katanya, pihak pusat khidmat pelanggan dah maklumkan kepada pihak Operasi, tetapi jika pihak Operasi tak buat kerja mereka, kami tak dapat nak buat apa.  Which is by logic, betul juga… Tapi still? Takkan nak biarkan isu barangan backlogged ni duduk kat situ jer? Escalate…Do something… Kenalah buat sesuatu supaya permasalahan dapat diselesaikan dan tak bertambah bertimpa-timpa lagi…. Yang mana…Jujurnya boss-boss bahagian pusat khidmat pelanggan dan juga bahagian operasi kenalah proaktif di dalam menyelesaikan isu yang timbul. Tak kisahlah anda pindah warehouse ke apa ke? Tapi kalau betul susun atur mungkin tak timbul permasalahan sebegini. I am sure, sebelum pindah warehouse pasti ada perancangan bagaimana nak memastikan segalanya berjalan lancar yer tak? Agar tidak mengganggu operasi harian.  Ecehhh wahhh awak pula yang nak mengajar boss-boss mereka yer tak? Tak adalah ini dari perspective of view seorang orang luar yang merupakan penerima.

Kesudahan kes penghantaran barang Farah ni? Masih belum ada kesudahan… Tak taulah berapa lama lagi nak peram barang tu di warehouse mereka. Dah tau begini…Kalau Farah lah kannn? Kalau Farah… Kalau Farah jadi boss bahagian Operasi mereka, kenalah buat perancangan atau pelan kecemasan untuk pastikan segalanya berjalan lancar dan tidak memberikan kesan kepada penghantar, penerima dan pihak-pihak lain termasuk reputasi syarikat sendiri. Ownership it’s ownership! Sense of ownership! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Ni tak taulah nak marah ke atau nak frust ke? Dah semacam tak ada rasa pun ada… Tapi terpulanglah…Nak hantar hantarlah, tak nak hantar…Silalah jawab dengan penghantar… Kakak dah letih dah gini….

Dulu pun dia buat kes yang sama juga… Ingatkan sekali tu jerlah…Barang review juga… Rupanya kualiti perkhidmatan dan penghantaran masih tidak berubah juga…. Tolonglah penyedia perkhidmatan kurier yang ada di Malaysia dan dimiliki oleh orang Malaysia juga…. Tingkatkan produktiviti dan juga efficiency anda dengan seadanya. Diakui bukan mudah berada di dalam service line dan inilah salah satu cabarannya… ETA, ETD memainkan peranan yang penting dalam perniagaan anda… Hidup matinya perniagaan bergantung kepada tahap kecekapan anda di dalam pengurusan perkhidmatan anda… Tapi mungkinlah, mungkin mereka ni tak takut perniagaan mereka mati sebab akan sentiasa ada jer orang yang akan menggunakan perkhidmatan mereka…. Sebab tu mereka tak kisah pun apa pun yang berlaku yer tak? Hu hu hu…

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak seronok nak berbisnes online bila pihak courier selalu buat hal. penat nak follow up pun satu. walhal dengan booming nya bisness online, pihak courier patut masyuk dan boleh bagi insentif / imbuhan kepada pekerja..barulah mereka motivated untuk terus bekerja.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !