Penat Firash & Mommy Tunggu Tau!

Farah Waheda Wahid
2
BloggerImage

Ehemmm... Banggg oh banggg... Beri laluan sedikit pada kakak boleh??? Kakak nak parking kereta di porch rumah kami ni... Tuan kecik dalam kereta ni dah lemau lesu sangat ni nak tidur sebab dah keletihan sangat dah bergelumak dengan Thomas and Friends di Sunway Pyramid tadi... Kalaulah faham kannn??? Ekekeke... Kalau abang dan kakak dua ekor ni faham, mudahlah urusan kan? Akan tetapi... Manalah dia nak faham dan dia nak tau yang tempat mereka "berurusan" itu adalah di khalayak ramai dan tak sepatutnya "berurusan" sebegitu di kawasan umum. Mereka kan haiwan... Berbeza dengan kita yang manusia ni. 

Ceritera petang Sabtu kami sewaktu baru sahaja tiba di rumah dari Sunway Pyramid setelah memenuhi undangan acara Thomas and Friends bersempena dengan cuti persekolahan pada kali ini. Yang itu, bab itu, kita cerita di dalam entri yang seterusnya nanti yer? Sekarang kita fokus kepada abang dan kakak yang dua ekor seperti yang dipaparkan di dalam gambar untuk entri ini. 

Yang Iman Firash dah ter-asyukkk asyukk Mommy... Asyuk tu maksudnya masuk ke porch. Yang dua ekor tu sedang sibuk menyelesaikan "urusan". Cubalah bunyikan hon juga kan? Sekadar mencuba... But to no avail... Huwaaa... Sedih! Tak dipedulikan oleh kucing-kucing itu yang sedang sibuk! Hurmmm... Tak boleh jadi nih... Yang ada dalam kereta ni dah mula meragam semua serba tak kena! Sudahnya... Biar jer lah kereta dalam keadaan yang sebegitu, dan keluarkan si kecil molek tu dari dalam kereta, bawa dia masuk ke rumah. Selesaikan Iman Firash dan redha jer lah biarkan kucing dua ekor tu menyelesaikan "urusan" mereka sehingga selesai. 

Yang penting anak kakak kena selesai dulu "urusan" dia nak tidur sangattt dah tu! Uruskan anak dulu baru uruskan kereta. Hik hik hik... Asalkan tidak menganggu mana-mana laluan sudahlah kan? Asalkan tak mengempang jalan dah lah kan? Betul tak? Tak apalah mengalahlah... Berilah laluan kepada dua ekor kucing tu nak memadu asmara seketika... Fahamilah situasi mereka... Ahaksss... 

Farah bagi peluang pada kucing dua ekor tu selama hampir 15 minit macam tu... Kemudian baru Farah keluar semula untuk alihkan kereta... Keluar-keluar jer dah "selesai" dah rupanya... Kalau ada rezeki, kita tengok jerlah nanti berapa ekor? Warna apa? Itupun kalau melahirkan di kawasan yang berhampiran kan? Ekekeke.... 

*Sesekali sembang kosong. 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Amboiii.. kemain kusyuk mereka memadu asmara kt Situ. Hehe

    ReplyDelete
  2. kucenggg wat apa tu.. haha..

    hahahha adoiyaii


    Singgah sini.


    Jom la lepak kat umah NIl hee



    http://nilamhimawari.blogspot.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !