Pegang Gunting "Trim" Rambut Anak... Inilah Pertama Kali...

BloggerImage

2 tahun 9 bulan usia dia pada saat dan ketika ini... Rambut asalnya dicukur oleh Ba Bah dia, 2 minggu selepas kelahiran dia. Masa tu, sebenarnya nak confess yang Farah memang risau jer tengok rambut dia dicukur dengan menggunakan pencukur dan juga air. Risau sebab di dalam otak asyik fikir yang kulit dia masih halus senipis kulit bawang. Takut jer kalau berdarah ke disebabkan pencukur tu... Hu hu hu... Orang tak ada pengalaman, macam tulah... Tapi, Farah serahkan pada Ba Bah dia sepenuhnya walaupun dalam hati masih lagi ada perasaan cuak. Farah percaya yang Ba Bah dia sememangnya dah biasa. Yakin pada suami! Ahaksss... Yakinkan diri tak akan berlaku apa-apa... Alhamdulillah berjaya membotakkan dia! 

Bila rambut kedua mulai tumbuh secara perlahan-lahan... Lama gilaaa nak tunggu rambut baru tumbuh! Sampai naik risau kalau-kalau tak tumbuh... Wakakakaka.... Macam-macam petua nenek dia buat... Basahkan kepala dengan air kacang hijau lah... Lumur minyak zaitun lah.... Semata nak bagi rambut tu tumbuh... Alhamdulillah... Tumbuh juga rambut Firash! Heee... 

Usia 6 bulan, waktu tu lah pertama kali jejak kaki ke barber di kawasan taman perumahan. Jadi rutin setiap bulan semenjak itu, serahkan tugas untuk gunting rambut Firash. Sekali gunting RM6.00 untuk kanak-kanak. Oklah tu kan? Cuma barber yang gunting rambut Firash ada 2 orang. Yang pertama pemilik dan yang kedua adik kepada pemilik. Kalau dapat adik kepada pemilik, memang tip top dan kemas dia gunting rambut Firash. Tapi kalau dapat si pemilik, jadi tak berapa nak kemas. Nak salahkan pemilik pun tak boleh juga sebabnya, sendiri pun tau macam mana bergelutnya nak bagi Firash duduk diam dan mungkin dia panik dengar tangisan Firash. Hurmm... Firash ni mesin dia tak takut, tapi kalau dengar bunyi gunting, ya ampunnn dia punya ligat menangis kerana takutkan gunting. 

Awal bulan lepas, hantar Firash gunting rambut di barber yang sama. Adik pemilik tak ada, dah terbang bercuti untuk balik ke India. Makanya, si abang lah yang menggunting rambut Firash. Hasilnya pada kali ini, Farah tak berpuas hati... Sebabnya pencang pelong, crooked serta tidak rata gaya guntingan rambut itu. Iyalah, mood dia tak berapa nak baik pada waktu dan ketika itu. Tak nak gunting rambut tapi kena paksa oleh Mommy yang nak kemaskan diri si anak. Memang sendiri yang rasa rimas dan sakit mata bila lihat rambut Firash mula memanjang. Rasa tak selesa bila lihat rambut dia tidak dikemaskan. 

Sepatutnya, by the time sekarang ni, dah buat rutin bulanan iaitu lawatan ke barber. Tapi tiba-tiba tergerak hati nak trim rambut dia sendiri. Konon-konon nak gunting dengan lebih kemas. Macamlah pandai sangat menggunting rambut yer tak? Debar juga dalam hati kalau-kalau nanti lagi tak elok rambut Firash dikerjakan oleh Mommy. Ha ha ha... Menjadikan Farah sangat berhati-hati menggunting rambut dia sambil nenek stand by di tepi supaya senang nak kawal keadaan kalau tiba-tiba dia mengelak atau meragam. 

Makan masa yang agak lama juga nak selesaikan sesi trim rambut Firash. Sebab Farah sangat berhati-hati dan perlahan di dalam menyempurnakan misi terbabit. Kisahnya sewaktu hari cuti umum bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke 59 kelmarin. Hasilnya? 

BloggerImage

Ini adalah dari pandangan sisi. 

BloggerImage

Dan ini adalah merupakan pandangan dari belakang. Pandangan dari hadapan? 

BloggerImage

Macam tulah hasilnya... Fuhhh lega! Selesai juga akhirnya. Jimat duit tak ke barber bulan ni. Tak lah nak memuji diri sendiri, tapi memang rasa macam yeayyy! Misi berjaya... Bluekkk... Ekekekeke... 

Inilah kali pertama cuba pegang gunting dan trim rambut anak sendiri. Ada bakat ke tak ada bakat ni ek? Ke nak kena practice lebih lagi? ;-P. 


Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pegang Gunting "Trim" Rambut Anak... Inilah Pertama Kali..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 2, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~

    hebat wehhh! hahahaha...asalakn pendek, nampak kemas dah ok kak oii...xyah nak berfesyen sgt..iye idok?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY