PANDUAN: Memperkenalkan MAKANAN PEJAL Kepada Bayi

Farah Waheda Wahid
2
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Sewaktu Iman Firash berusia 6 bulan dahulu, Farah adalah orang yang sangat teruja dengan pengalaman pertama kali di dalam penyediaan makanan pejal untuk dia. Ianya ibarat satu variasi di dalam penyediaan makanan. Iyalah, selalunya sediakan makanan untuk orang dewasa sahaja dengan acara bersilat di dapur. Ha ha ha... Akan tetapi kali itu, ada sedikit kelainan di dalam penyediaan makanan sebab bukanlah yang biasa-biasa...Penyediaan makanan untuk bayi! Dan bayi itu adalah anak sendiri! Nampak tak permainannya di situ nampak tak? Keterujaan seorang first time mom yang tidak dapat diselindungkan lagi. Ha ha ha... 

Habis semua resipi puree digali... Sana sini sinun semua Farah simpan ketat-ketat resipi dan cuba buat satu persatu. Siap dok cari lagi resipi ala makanan bayi segera Gerber lagi ko... Dan setiap minggu tidak pernah sama puree yang disediakan untuk Firash. Minggu ni menu puree lain, minggu depan menu puree lain. Memang dari sewaktu mengandungkan dia lagi dah tanamkan dalam hati, kalau boleh first solid food Iman Firash mesti dari air tangan Mommy dia sendiri. Tapi tak nak tipulah kannn? Ada beberapa ketika bila ketidaksempatan melanda dan masa mencemburui, Farah beli juga whipped potato tanpa kuah dari KFC. Yang itu memang salah satu kegemaran dia. 

Di antara puree yang pernah Farah sediakan untuk Iman Firash adalah Apple Puree, Avocado Puree, Banana Puree, Papaya Puree, Mango Puree, Carrot Puree, Pear &  Banana Puree, Peas Puree, Spinach Puree, Pumpkin and Sweet Corn Puree, Carrot & Sweet Potatoes Puree... Memang gigih sediakan satu demi satu resipi demi anak tersayang... Ha ha ha... Perkongsian Farah mengenai permulaan pengenalan makanan pejal kepada Iman Firash pernah Farah kongsikan di dalam entri-entri sebelum ini seperti: 




Tak rajin sangat nak muatnaik entri berbentuk resipi masa tu...Sibuk bercerita tentang dia jer... Akan tetapi adalah juga 2-3 yang berkaitan... Sebenarnya, siri resipi puri untuk bayi Farah masih belum tamtkan lagi sirinya...Hajat hati hari tu nak berkongsi satu persatu resipi penyediaan puree untuk Iman Firash dulu... Tapi memandangkan masa mencemburui...Farah pun jadi tertangguh-tangguh... Hu hu hu... 

Seawal usia 6 bulan, sistem penghadaman bayi telah bersedia untuk menerima makanan tambahan selain susu ibu atau susu formula. 

Menurut sumber di SINI:

"Makanan pertama anak-anak akak semuanya sama tiap kali. Dua jenis saja, Farley's Rusk yang dicampur susu dan bubur nasi dengan ikan bilis digorang atau disangai" ujar Puan Rozita, ibu kepada enam orang anak. 

"Ikan bilis tu campur terus dalam nasi ke? " tanya penulis kepada Puan Rozita spontan. 

"Ishh... tentulah tidak. Dikisar dulu sampai halus dan guna bila perlu. Tak pun kisar terus dengan bubur nasinya. Akak buat macam tu sampailah anak-anak boleh makan bubur nasi tanpa dikisar", jelasnya lagi. 

Penulis hanya tersenyum mengangguk-anggukan kepala tanda setuju dan faham. 

Sememangnya menjadi seorang ibu ini, kita harus dan terpaksa menjadi kreatif di dalam menangani hal anak-anak. Ada beberepa perkara tentang makanan pertama bayi dan cadangan menu untuk mereka yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh ibu-ibu di luar sana: 

PANDUAN MAKANAN PEJAL PERTAMA BAYI

Sebelum pergi lebih jauh kepada beberapa asas penyediaan menu makanan, mari kita lihat beberapa pesanan tentang makanan pertama bayi ini.
  • Berikan makanan pejal hanya selepas bayi berusia 6 bulan kerana, antara lain, sistem penghadaman telahpun bersedia ketika ini. 
  • Berikan makanan pejal 2-3 kali sehari. 
  • Biarkan bayi anda menentukan kuantiti yang dapat diterima pada satu-satu masa. 
  • Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu atau susu formula. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, bayam dan brokoli. 
  • Pastikan TIADA GULA atau GARAM ditambah pada makanan. 
  • Berikan satu-satu resepi selama 4-7 hari sebelum bertukar resipi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut. 
Tidak kurang pentingnya ialah menentukan sama ada si comel telah bersedia untuk mencuba makanan pejal pertamanya. Untuk itu, perhatikan perkara-perkara berikut pada bayi anda. Jika si comel mempunyai tanda-tanda ini, itu bermakna dia sudah bersedia untuk meneroka pilihan makanan selain susu:
  • Boleh mengawal lidah dan pergerakan tengkok dengan lebih baik. 
  • Mula membuat pergerakan mengunyak ke atas - ke bawah. 
  • Boleh duduk sendiri dengan sokongan yang minimum. 
  • Suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut. 
  • Menunjuk minat pada apa yang anda makan. 
Untuk puree, Farah dah pernah berkongsi satu dua resipi. Ihikss...Sebenarnya bubur nasi pun boleh! Cumanya:

BUBUR NASI

Bubur nasi kosong yang dikisar halus tanpa tambahan garam mahupun gula adalah pilihan utama kebanyakan ibu-ibu bagi memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bubur nasi boleh disediakan dengan memasak nasi biasa dan dikisar halus bersama susu atau memasak bubur nasi sehingga lembut. 

BUBUR NASI BERLAUK IKAN BILIS, IKAN DAN ISI AYAM

Bubur nasi boleh juga dikisar bersama ikan bilis, ikan dan ayam atau bersama-sama sayur-sayuran. Bagi ikan bilis, buangkan kepala dan tahinya terlebih dahulu, jangan pula ko main masuk jer sekaligus semua. Pastikan ianya lembut dengan merendamnya sebelum digoreng atau disangai (goreng tanpa minyak). Ia kemudiannya dikisar kering dan dicampurkan ke dalam bubur nasi. Ikan bilis boleh juga direbut terus bersama bubur nasi. Bagi ikan dan isi ayam, ia harus direbus atau kukus terlebih dahulu sebelum dilecek atau dikisar bersama bubur nasi. 

BUBUR NASI BERLAUK SAYURAN

Bagi sayur-sayuran, perkenalkan sayuran yang memberi rasa manis seperti lobak merah, brokoli dan bayam. Sayur-sayuran boleh dikukus atau direbus terlebih dahulu secara berasingan sebelum dilecek dan dicampur ke dalam bubur nasi atau dikisar bersama bubur nasi. 

Dan...dan.. dan... Nak masuk sedikit bab alergi... Menurut artikel di SINI dan juga sumber dari Persatuan Alergi & Imunologi Manusia (MSAI), beratus tahun telah berlalu sejak perkataan alergi dicipta pada tahun 1960, tetapi kita masih belum menemui penawarnya. Oleh yang demikian, pencegahan masih merupakan satu-satunya cara untuk mengatasi alergi. Sememangnya menjadi tanggungjawab setiap ibu untuk memberi anak-anak mereka kehidupan yang bebas dari alergi. 

MAKANAN YANG JARANG MENYEBABKAN REAKSI ALERGI

  1. Nasi. 
  2. Lobak merah. 
  3. Pear. 
  4. Epal.
  5. Prun.

MAKANAN YANG BIASANYA SESUAI TETAPI KADANG-KADANG MENYEBABKAN REAKSI ALERGI

  1. Barli.
  2. Oat.
  3. Daging lembu. 
  4. Daging kambing.
  5. Ayam. 
  6. Brokoli. 
  7. Kobis.
  8. Ubi kentang. 
  9. Bayam.
  10. Jagung (termasuk minyak jagung). 
  11. Pisang.
  12. Sengkuang.
  13. Kuning telur (mesti dimasak sepenuhnya)..
  14. Legum (kacang soya, kacang). 
  15. Ikan. 

MAKANAN YANG SANGAT ALERGIK

Makanan laut seperti udang, ktam kekapis segar / yang telah dikeringkan. 
  1. Putih telur.
  2. Kacang tanah. 
Seronok ok? Main masak-masak untuk anak ni...He he he... Dah berlalu dah pun kini zaman-zaman tu... Sekarang ni dah makan nasi biasa dah, dan segala mak nenek KFC memang dia dah cam sangat dah... Kegemaran dia sedari kecil... Oklah, semoga entri ini adalah sesuatu yang bermanfaat buat anda semua... Setakat ini dulu perkongsian Farah, nanti kita sembang-sembang parenting yang lain pula yer... ;-) 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bagus untuk bayi. tq atas perkongsian. :)

    ReplyDelete
  2. salam... sekarang anak ayu yang shawqi tu dah masuk fasa solid food ni.. mmg seronok sebab boleh experiment dengan mcm2 resepi... tapi kena korbankan masa laa... saat yang paling best bila dia makan abis makanan yang kita sediakan.. yeayyy...

    anyway, bagus info atas tu... sebab kena study balik tentang homemade baby food ni.. huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !