"Sakit gigi!!!"... Tu dia...Lepas sebutan dan tak ada pelat-pelat langsung... 😱 Hah? Firash dah kenapa nak??? Sebenarnya lebih kepada terkesima bila dia melepaskan sebutan dua patah perkataan itu... Wahhh... Ini satu perkembangan yang baik ni... Sudah ada progress di dalam perkembangan pertuturan Iman Firash. Semakin hari semakin baik...Alhamdulillah... Tu pun usaha juga tu, hari-hari luangkan masa bersama dia, untuk berborak dengan dia tentang apa-apa sahaja dan cuba menarik minat dia untuk berkomunikasi dengan lebih kerap. 😊. Bukanlah nak memaksa supaya mesti-mesti pandai bercakap dengan lancar cepat, tetapi tidak salah kan kalau berusaha? Ermm...Ada kesalahan ke kalau sekadar berusaha...
Akan tetapi, sememangnya yer punnn... Dari malam hari Isnin dia sibuk menunjukkan mulut dia dan menyebut, sakit, sakit... Cubalah letakkan oral gel untuk bagi sedikit kelegaan untuk dia... Aikkk? 😲 Ini ada gigi yang tak tumbuh lagi ke? Atau macam mana ni? Ke ada ulser di dalam mulut? Ataupun sakit tekak ke apa? Al-maklumlah dia baru sahaja pulih dari demam sekejap yang Alhamdulillah dapat dicegah sebelum melarat melalui Misi Mandian Lemon tempoh hari...
Semalam, seharian suntuk dia merengek dan meragam dan asyik mengatakan sakit gigi sambil menunjukkan ke mulutnya... Bila nenek nak tengok dia tak bagi pula, bila nenek nak sapukan oral gel dia tak bagi juga... Sebutnya... "Mommy?"... Nak suruh Mommy dia tengok juga lettew... 😂... Tapi memang betullah pun, memang sepatutnya Mommy-lah yang kena periksa terlebih dahulu kalau-kalau ada yang tidak kena dengan dia...
Bila dah meragam, merengek macam tu... Gigih tak gigih... Lebih kurang pukul 3.00 pagi tadi, bawa juga dia ke klinik 24 jam... Dah tu? Semalaman tak tidur... Melayan ragam dan kerenah dia... Sebab memang confuse ni sebenarnya...Apa yang sakitnya? Tak dapat nak kenal pasti... Adakah benar-benar ada gigi yang nak tumbuh lagi? Manalah tau kan? Kot ganjil pula... Ha ha ha... Tapi rasanya semua dah selamat tumbuh dah .... Ke masih ada lagi yang Farah terlepas pandang... Kesian pula tengok dia...
Kanak-kanak mana pernah nak menipu atau membohong kan? Apa yang mereka rasa itulah yang mereka akan cakapkan, apa yang mereka lihat itulah yang akan mereka laporkan semula... Sebiji sebiji... Exactly of what they hear, they see and they feel... It is being interpreted 100% the same... Hopefully, Iman Firash will get well soon dan bukannya apa-apa masalah yang serius...
aduh..
ReplyDeletekesian pulak dia takleh tido..
kalau sakit gigi biasanya memang camtu ler.
harap-harap harini ash ok.
moga cepat smbuh ash..:)
ReplyDelete