Home » , , , , , » Nak Membeli-Belah Dari TAOBAO? Mudah Jerrr... ezBuy.my Kan Ada?

Nak Membeli-Belah Dari TAOBAO? Mudah Jerrr... ezBuy.my Kan Ada?


TAOBAO? Ada yang tidak tahu apa itu TAOBAO ke? Meh sini cerita sikit mengenai TAOBAO... Kotlah kot kalau ada yang tak faham mengenai TAOBAO ni... TAOBAO adalah sebuah laman jual-beli atas talian China yang popular di kalangan semua pembeli luar negara kerana harganya yang murah! Ada macam-macam oiii variasi produk di TAOBAO... Segala range produk yang ingin anda miliki ada di TAOBAO! Pendek kata... Apa sahaja yang terlintas di kepala, memang akan adalah di TAOBAO... Pilih jer pilih nak yang mana... He he he... 

Tapiii.... Kenapa harga TAOBAO ni murah-murah??? Ini adalah disebabkan oleh perbezaan nilai matawang... Laman TAOBAO menggunakan matawang China iaitu Yuan yang jauh lebih rendah berbanding Ringgit Malaysia. Jika produk bernilai 1 Yuan maka di Malaysia hanya RM 0.62 (sehingga entri ini didraf oleh Farah). 


Murah tak? Murah kannn??? Makanya, ni nak kongsi sikit... untuk dapatkan barang-barang TAOBAO ni ada satu laman web jual beli atas talian yang dipanggil ezBuy,my yang based di Malaysia dan beralamat di No.3, Jalan Kencana 20, Taman Kencana, Cheras, 56100 Kuala Lumpur yang menawarkan produk-produk TAOBAO. Macam-macam ada oiiii! Sampai naik juling mata nak memilih mana satu yang nak dibeli. 


Dari pakaian wanita, pakaian lelaki, barangan permainan, keperluan ibu-ibu, kanak-kanak, kasut, beg dan aksesori, barangan kelengkapan rumah dan taman, barangan sukan, alat tulis dan kelengkapan pejabat, aksesori automotif, telefon bimbit serta tablet.... Semuanya ada di ezBuy.my. Tinggal nak pilih yang mana satu jer jadi idaman hati.... Lagipun tak susah pun nak melakukan pembelian atas talian di ezBuy.my... Rajin juga Farah nak kongsi cara-cara melakukan pembelian di ezBuy.my ni bagi memperjelaskan lagi kepada anda proses yang Farah katakan mudah ni...Ihiksss... Jom kita lihat bagaimana yer? 

Pertamanya, kita kenalah pilih apakah kategori yang kita inginkan... Macam Farah, kategori yang Farah selalu lihat adalah barangan kelengkapan rumah ataupun home appliances... Banyak lagi barangan yang nak dilengkapkan di rumah Farah tu... Sebab tu, sukalah kiranya Farah nak mencuci-cuci mata apa yang menarik dan boleh didapatkan dari TAOBAO melalui ezBuy.my... 


Cuci mata cuci...Jangan tak cuci mata... Browse sampai lebam...Ha ha ha... ohhh wowww! Yesss! Dah jumpa dah... Dah jumpa... Dah jumpa apa yang Farah nak sangat cari selama ini...



Mesin pembuat aiskrim dan juga pengisar daging... Mudah ada dua jenis kelengkapan sebegini... Sebabnya bolehlah lebih rajin membuat aiskrim di rumah untuk Iman Firash dan juga mudahlah nak kisar daging untuk tujuan masakan... Tak perlu nak beli daging kisar yang telah siap diproses di kedai lagi dah...tak perlu lagi sekejap-sekejap nak ke Mc Donalds nak beli soft ice-cream lagi dah... Dah ada kelengkapan yang dua ni... Perghhh! Perfecto! Dapatlah menjimatkan perbelanjaan juga kannn?

Apa lagi... marilah kita checkout! 






Salah satu dari barangan yang Farah tempah adalah di bawah pakej istimewa yang diberi nama PRIME - Ship Everything @ Only RM 8.80 Nett International Shipping Fee. Barangan yang Farah maksudkan itu adalah pengisar daging. 


Apa yang menarik mengenai pakej PRIME ini? Untuk pengetahuan anda, pakej PRIME di bawah ezBuy.my adalah dimana, segala barangan yang anda beli di ezBuy.my, tidak kira berapakah beratnya parcel anda... ataupun sebesar manakah saiz parcel anda...Anda mempunyai satu kelebihan dengan HANYA CUMA MEMBAYAR SEBANYAK RM 8.80 untuk KOS PENGHANTARAN dan TIDAK LEBIH DARI ITU. Senang cerita, ala-ala macam flat-pricing for shipping lah... Sangat berbaloi ni... Sebab kebiasaannya kalau kita beli barangan dari luar negara...Kita perlu bayar kos tambahan yang agak tinggi di dalam urusan penghantaran yang mana akhirnya ianya menjadikan pembelian kita tidak berbaloi sebab harganya akan menjadi lebih berganda-ganda dari harga barangan... Contohnya.... 

Lihatlah sendiri kiraan matematik yang telah diringkaskan untuk anda.... Banyak perbezaannya dan banyak kos yang boleh dijimatkan kan? Berbaloi-baloi tak??? 


Pada Farah ianya sangat menguntungkan! Rugilah kalau anda tidak ambil peluang ini untuk membeli-belah di ezBuy.my... Tempat lain tak dapat tawaran sebaik ini... 


Jika anda ingin merasai terlebih dahulu pengalaman selama sebulan percubaan pakej PRIME oleh ezBuy.my... Anda boleh menyertai pakej PRIME ini hanya dengan RM 18.80 sahaja ataupun jika anda selalu atau kerap membeli-belah sepanjangan tahun, mungkin anda boleh sahaja terus mendapatkan langganan pakej PRIME selama setahun yang bernilai RM 188.00. Bagi Farah lah kannn? Bila mendaftar atau melanggan pakej PRIME ni memang semakin galaklah nampaknya Farah membeli-belah di ezBuy.my. He he he... Sebab rugilah pula kalau tak guna kan? Dahlah harga barangan murah...Selepas tu  pula kos penghantaran statik jer RM8.80 untuk setiap pembelian. Terbaik! 

Ini bahagian yang paling penting untuk semua pembaca Bubblynotes.Com! Rugi kalau tidak ambil tahu dan rugi kalau tak rebut peluang atau tawaran ini...Khas untuk anda jer tau! Hanya kepada para pembaca Bubblynotes.Com...

Hadiah dari Farah untuk anda semua sebagai pembaca Bubblynotes.Com... 

DENGAN SETIAP PEMBELIAN ANDA LAYAK UNTUKMENDAPATKAN DISKAUN SEBANYAK 15% DENGAN MENGGUNAKAN CODE:

ezfriend15

UNTUK SETIAP PENDAFTARAN BARU, BAUCAR BERNILAI RM15.00 AKAN DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN ezBuy.my ANDA.

DANNN....

TERHAD KEPADA 100 PENDAFTARAN PERTAMA SETIAP HARI UNTUK ANDA MENDAPATKAN ATAU MELANGGAN PAKEJ PERCUBAAN PRIME DENGAN MEMASUKKAN MAKLUMAT ANDA KE DALAM BORANG GOOGLE DI JARINGAN INI https://goo.gl/7eXgQs

Tawaran menarik dah terbentang di hadapan mata... Tunggu apa lagi kannn? Jomlah kita semua sama-sama mencuci mata dan membeli-belah secara bijak serta berhemah di ezBuy.my hari ini juga! Jommm! Inipun terasa nak sambung shopping lagi ni...Ekekeke...Rebutlah peluang keemasan yang ada sementara masih ada ni kannn? ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Nak Membeli-Belah Dari TAOBAO? Mudah Jerrr... ezBuy.my Kan Ada?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, September 20, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY