Misi MANDIAN LEMON Bermula...

Farah Waheda Wahid
1

Nampak tak pipi tu? Nampak tak pipi tu dah mula kemerah-merahan? Bila suara sudah mula lain sedikit tonanya, bila mudah sensitif serta mencari punca untuk meragam ataupun tantrum dan bila pipi sudah mula kemerah-merahan...Itu tandanya...Iman Firash sudah mula tidak sihat dan demam bakal datang melanda. Mujurlah sewaktu hujung minggu dan Mommy tidak bekerja pada hari ini, mudah sedikit nak uruskan dia. Kalau tidak, memang tidak keruan jadinya. Tak percayakan nenek dia? Bukan tidak percaya... Hati mak-mak biasalah kan? Bila anak tak sihat, mak-mak punya hati pun boleh jadi tak sihat sama... Tak tenang jer jadinya... Tu sebab bila dia tidak sihat, kalau boleh biarlah sewaktu hari Mommy dia ni tidak bekerja. 
Rasa dulu dengan belakang tapak tangan suhu di dahi dan leher... Dedar namanya dipanggil...  ðŸš‘  ne nong ne nong ne nong... Doctor and nurse mode activated...  😊 Mommy dengan tenangnya mengambil termometer untuk mengetahui suhu badan Iman Firash... Bacaan? 38.3°C...Masa untuk MANDIAN LEMON! Cerita mengenai MANDIAN LEMON ni pernah Farah kongsikan di dalam entri Demam Suhu Tinggi??? Mandian Lemon Adalah Berkesan.... Memang inilah yang sering Farah lakukan sejak mengetahui mengenai MANDIAN LEMON ni dan ini jugalah yang Farah sering sarankan kepada mereka yang berada di sekeliling Farah untuk lakukan sekiranya anak-anak kecil masing-masing demam. Bukan apa, bagi Farah MANDIAN LEMON adalah sesuatu yang sangat mujarab kesannya di dalam membantu untuk menurunkan suhu badan si anak. 



Bila Iman Firash dah mula nak demam, belajar melalui pengalaman sendiri selama hampir 3 tahun ni, sekarang sememangnya Farah tidak tunggu lama-lama dah kalau dia mula menunjukkan tanda-tanda nak demam. Terus jer bergegas dapatkan buah lemon, yang mana kemudiannya...


Farah hiriskan buah lemon tersebut menjadi seperti gambar yang di atas...


Sediakan air mandian dia, air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam bukit. Ramaskan hirisan lemon yang telah disediakan terlebih awal tadi. Kemudiannya... mudah jer nak ajak dia masuk ke dalam bilik air... "Firashhh..."... Jawab dia... "Yeahhh..."... Sambung Farah lagi... "Come here... You want to swim or not?"... ðŸ˜† Sebut jer perkataan swim... lajulah dia datang ke bilik air... Tak perlu susah-susah...Lagipun main air kannn? Kegemaran dia tu... 



Mandikan dia dengan air hirisan lemon yang telah diramas tadi, kemudiannya biarkan dia berendam dalam besen mandian tu dan buat apa yang dia suka seketika... Iya, biarkan jer sekejap...Tapi janganlah lama sangat, nanti karang meleleh pula air hingus di hidung tu... Beri masa yang sekadarnya sahaja... Pandai-pandai agak... 

Bila dah selesai, Farah lapkan badan dia tetapi tidak lap kepala dia terlalu kering, biarkan lembab, lembab macam tu sebab nak sejukkan kepala dia. 




Pakaikan lampin pakai buang... Dan biarkan dia tidak berbaju seketika sebelum memakaikan baju tanpa lengan untuk bantu kurangkan suhu badan dia... Bila anak-anak demam ni, kita perlu pastikan peredaran udara yang baik. Pasangkan kipas atau penyaman udara mengikut keselesaan anak. Fabrik kapas dan linen sangat sesuai. Farah biarkan dia berlenggeng selama lebih kurang 30 minit macam tu, kemudian baru sarungkan baju tanpa lengan dan seluar pendek. Ambil bacaannya sekali lagi... 


Drop like magic! Alhamdulillah... Syukur Ya Allah... Bacaan dah turun kepada 36.8°C. Sekarang ni tengah tidur dia... nampaknya suhu dah normal semula tetapi masih di dalam pemantauan... Macam biasa, Farah akan ulangi lagi MANDIAN LEMON ini sehingga suhu badan Iman Firash benar-benar stabil. Semoga kembali sihat sepenuhnya dengan kadar segera my baby boo! 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah.. Berkesan ye.. Nanti boleh Sha cuba.. save entry Farah ni..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !