KEHAMILAN: TIPS Minum AIR GULA

Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Farah ni memang tak tau apa pun tentang kehamilan sebelum mengandungkan Iman Firash… Tak pernah tau dan tak pernah nak ambil tau pun tentang minum air gula segala bagai… Akan tetapi, setiap kali Farah baca di sana, Farah baca di sini, Farah baca di situ, semuanya akan memberikan maklumbalas yang kurang mesra mengenai air gula. Ramai yang tak suka bila tiba masa untuk minum air gula… Disappointed smile…Masa tu macam pelik jugalah kannn? Kenapa ramai yang tak suka bila tiba bab minum air gula sewaktu kehamilan… Adakah teruk sangat kena minum air gula tu? Sampaikan macam tu sekali reaksi majoriti ibu-ibu mengandung…

Kebanyakan ibu hamil akan rasa tak selesa dan bimbang apabila perlu melalui ujian minum air gula. Mereka membayangkan rasa air gula pekat yang terlalu manis yang perlu melalui kerongkong tekak mereka…. Pekat likat segala bagai… Sibuklah dok bayang-bayang macam mana nak lalu ikut tekak kannn?  Benda-benda macam ni, bermula dari satu confession kemudian, satu lagi confession oleh ibu hamil yang lain, kemudian disokong…lama-lama… ramai yang membenarkan yang minum air gula itu adalah sesuatu yang sangat tak best! Sampaikan Farah dulu, ada juga rasa-rasa seriau nak minum air gula… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Punyalah berdebar-debar masa tu dan terfikir-fikir, macam manalah rasanya air gula tu kannn? Sama sibuk membayangkan? Betul ke meloyakan dan boleh muntah?

Tetapi kenapa semua ibu hamil mesti minum air gula? Menurut perkongsian artikel di SINI, air gula atau Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan bagi memastikan ibu hamil tidak mempunyai masalah kencing manis ketika hamil atau Gestational Diabetis Mellitus (GDM). MGTT lebih dikenali ramai sebagai ujian minum air gula.

Jaga Pemakanan

Sehari sebelum ke klinik, hadkan pengambilan makanan. Minum air kosong sebanyak yang boleh. Kurangkan nasi dan lebihkan sayur-sayuran di dalam hidangan makanan.

Berpuasa

Seawal jam 10 malam, sehari sebelum ujian air gula, anda perlu berpuasa. Walaupun diminta berpuasa, anda hanya tidak boleh makan tetapi masih dibenarkan untuk minum. Walaubagaimanapun, hanya air kosong dalam kuantiti yang sedikit dibenarkan. Air manis dan bergula dilarang sama sekali.

Minum Dengan Cepat

Anda perlu minum dalam masa yang pantas. Minum 200ml air gula itu sekaligus dan bukannya sedikit demi sedikit. Jika perlu tutup hidung, asalkan anda dapat menghabiskan air gula yang diberi secepat mungkin.

Kumur Mulut Selepas Minum

Rasa gula yang manis mudah membuatkan anda berasa loya dan mahu muntah. Bagi mengelakkan hal itu, segera kumur mulut dengan air paip yang bersih. Secara tidak langsung dapat membantu anda menghilangkan kemanisan air gula yang ada di dalam mulut.  

Berehat Di Tempat Yang Selesa

Jika mahu pitam, berehat dan berbaring di tempat yang bersesuaian. Seelok-eloknya anda habiskan masa dua jam sebelum ujian darah kedua di tempat yang tidak mempunyai bau supaya dapat menghindarkan anda daripada termuntah.

Jangan Terus Makan Berat

Selepas ujian darah kali kedua dilalui, jangan terus makan makanan berat. Seelok-eloknya, mulakan dengan minum air kosong, makan biskut ataupun roti terlebih dahulu. Apabila keadaan kembali stabil, barulah anda boleh menjamah makanan seperti biasa.

Macam tulah perkongsian artikel yang berkenaan, yang mana ada kebenaran dan Farah akui… Mujurlah Farah dulu air gulanya berperisa… He he he… Open-mouthed smile… Ngeee… Perisa blackcurrantso it is not so bad after all… Cumanya, memang nak mencari air kosong jer lah selepas tu sebab Farah ni sememangnya tak berapa kuat manis…. Hu hu hu… Memories…

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel KEHAMILAN: TIPS Minum AIR GULA, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, September 26, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Cikla pun masa prgnt kedua kena minum air gula. Rasanya takdelah teruk sgt... But this is first and the last lah... Hihi

    ReplyDelete
  2. Paling tak suka bila kena minum air gula nie.. hehehe..
    Sekarang nie dengarnya kena minum sampai 3 ke 4 kali kan..

    ReplyDelete
  3. Kalau saya mmng xleh telan, loya semua ada.. tapi pasrah je la minum. Hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY