KAMU Membuatkan Air Mata Ini Bergenang!

Farah Waheda Wahid
5
KAMU MEMBUATKAN AIR MATA INI BERGENANG

Ini kisah dan ceita kami berdua! Disclaimer Notice pada peringkat permulaan entri ini buat semua yang mungkin membaca supaya semua jelas, terang dan nyata: Ini bukanlah entri yang didraf dan dimuatnaikkan ke Bubblynotes.Com dengan tujuan untuk menceritakan mengenai luar dalam kain kehidupan kami sekeluarga mahupun mencanangkan kesusahan hidup kami yang bertujuan untuk meraih simpati serta belas ihsan dari pihak umum. Ini hanyalah sekadar sembang santai seorang blogger yang merupakan pemilik Bubblynotes.Com. Kisah perjalanan dan juga kehidupan seseorang yang bergelar seorang ibu dan pengalamannya sepanjang perjalanan bergelar seorang ibu. Smile. Salam pagi Jumaat semua!

Ceritanya bermula pagi semalam, bila mana si anak terjaga dari tidur lenanya, lebih awal dari kebiasaan dan si emak sedang sibuk bersiap-siap untuk ke pejabat mencari rezeki sesuap nasi untuk kelangsungan hidup keluarga kecil kami. Alamak! Surprised smile… Dia terjaga! Baguslah… SmilePractice makes perfect kannn? Belajar-belajarlah untuk bangun tidur lebih awal dari biasa anakku…Lagipun tahun depan dah nak ke school kan? Kena bangun awal juga… Tak boleh suka-suka nak bangun awal, bangun awal… Suka-suka nak bangun lewat, bangun lewat… Kena belajar bangun awal secara konsisten dan jadikan kebiasaan harian… Cumanya…Bila dia dah terjaga semalam tu, satu perkara yang Farah pasti, Farah kena bersiap-sedia dengan drama king yang bakal beraksi!

True enough! Dia nak mengikut Mommy! Terpaksa nenek dukung dan pujuk. Tapi melihatkan dia cembeng yang tak menahan tu! Olo…Olo…Olo… Why are you so sad my baby boo??? Sedih betul perasaan hati dia walaupun nak ditinggalkan seketika…. Haaaa… Bayangkannn…. Eye rolling smile nanti nak kena tinggal di school tahun depan ni macam mana ni? Sedangkan nak kena tinggal nak pergi office pun dah macam ni? Rolling on the floor laughing Uweee…. Ni semua buat Mommy semakin berdebar dan semakin banyak berfikir nih!

Dalam cembeng-cembeng dia tu, bila pintu pagar utama sedang ditutup setelah kereta dikeluarkan dari halaman rumah, akhirnya….Akhirnya meletuslah tangisan kesedihan dan kepiluan yang teramat sangat sambil meronta-ronta dalam dukungan nenek dan memanggil Mommy. Kesian nenek…. Bukannya daya sangat nak bergelut dengan dia yang tenaga lebih kuat dari nenek. Hurmmm… Terpaksa memikirkan cara yang paling pantas untuk menredakan keadaan yang tegang tersebut.

Solusi paling cepat yang boleh difikirkan adalah …. “Mommy is going to work … Ash janganlah macam ni… Ash good boy kan? Ash sayang Mommy tak? Nanti boss Mommy marah…. Kalau Atuk D marah nanti, kesiannn Mommy… Ash nak pergi KFC tak? If you want to go to KFC please behave and be a good boy ok? Nanti Mommy balik cepat dan kita pergi KFC ok?”… Open-mouthed smile Haaaa perjanjian yang terpaksa dibuat untuk menyelamatkan keadaan tu, walaupun sebenarnya mak dia ni dalam keadaan pasti tak pasti dia faham ke tidak sebenarnya apa yang mak dia ni cakapkan ni…. Tapi macam fahammm…. Dalam riak wajah sedih akhirnya makan pujuk juga dia! Terangguk-angguk kepala dia… Ohhh KFC kamulah penyelamat Mommy di waktu pagi! Winking smile

Dapattt Mommy ke pejabat dengan suasana tenang di hati…. Rupa-rupanya…Memang dia menunggu-nunggu sangat… Farah sampai agak lewat sedikit kerana ada kemalangan yang berlaku di jalan raya sepanjang perjalanan balik. Buka-buka jer daun pintu rumah, dia dah menerpa ke pintu, tak sempat Mommy dia nak lepaskan lelah ke apa ke? Letak beg pun tak sempat oiii…. Nak tak nak disebabkan dah berjanji terpaksalah turutkan juga… Amboi amboi amboiiii… Dah pandai tuntut janji dah nih…. Dah semakin berakal macam tulah… Bahaya ni! Tak boleh nak berjanji sembarangan lagi dah nih… Ha ha ha… Kalau tak mau makan diri sendiri…

Sebelum bergerak ke KFC, sempat juga godek beg tangan dan tengok berapa yang ada dalam beg tangan tu… Ada RM 20.00 sajorrr…. Sebenarnya RM 20.00 tu, Mommy dia nak gunakan untuk isi petrol kereta RM 10.00 dan tambah nilai Touch N Go RM 10.00 untuk perjalanan ke pejabat keesokkan harinya. Walaupun dekat tetapi Guthrie Highway telah mengamalkan sistem bayaran melalui kad Touch N Go sepenuhnya… Tak pakai duit lagi dah… Tu yang kena tambah nilai tu…. Memandangkan anak berkeinginan KFC juga…Fikir-fikir, tak apalah… Cukuplah tu… bajet RM 10.00 untuk beli set nasi KFC untuk dia… Dia nak makan kannn? Mommy pakai jalan kampung jer lah… Nak buat macam mana kan? Untukmu anak…Note Berkorban apa saja…. Harta ataupun nyawa…. Itulah kasih mesra…Sejati dan mulia… #oopsss sorry ternyanyi pula… Open-mouthed smile… Ha ha ha…

Sewaktu proses membeli tu, dia perhati jer mak dia ni membeli KFC untuk dia… Dia pandang dengan satu pandangan yang lain dari kebiasaan. Tapi mak dia buat macam tak ada apa-apa dan masih cuba bergurau dengan dia macam biasa…Senyum dan bercakap dengan dia tentang itu ini…Macam tak ada apa-apa…Memang tak ada apa-apa pun… Ok jer sebenarnya sebab dah biasa… Kemudian dah selesai membeli, bawa dia ke kaunter utensils dan suruh dia ambil straw sambil Farah dukung dia… Dia ambil 2 jer straw…Biasa dia suka ambil banyak-banyak… Oklah, takperlah ikut mood dia kannn?

Masuk ke kereta, bukakan bungkusan tadi dan keluarkan french fries sebab nak bagi dia makan… Kesian, satu hari tunggu Mommy penuhi janji…. Tapi dia minta air… Straw ada di tangan dia… Dia cucuk dua-dua straw sekali…. Dia tarik tangan Mommy… Mommy dekatkan diri dengan dia…Dan dia cuba capai pipi Mommy…. Mommy rink – meaning Mommy please drink… Mommy kata tak nak…Dia paksa juga… Dan dia minta supaya Farah buka kamera di telefon dan minta Farah ambilkan gambar by saying….Fieee Myyy… Fiee…” – meaning Selfie Mommy…Selfie… Ajak selfie… Dah kenapa anak aku ni? Suruh selfie gambar aku tengah minum ni? Rupa-rupanya, bila timer kamera dah bermula… Dia pun minum sama… Owhhhh dia nak gambar selfie minum bersama Mommy…. Awww so sweet of you! Open-mouthed smile

Dah pandai dah oiii… tetapkan pengayaan di hadapan kamera… Anak-anak zaman sekarang kan? Hasil dan impak bila mak-mak rajin sangat selfie dan ada amalan suka merakamkan gambar anak…Anak-anak pun jadi dah terbiasa dengan kamera sehingga mampu untuk bergaya di hadapan kamera dengan pelbagai aksi di usia muda… Hambek!!! Agagagaga….

Kemudian, sewaktu suapkan dia french fries dia turut ambil french fries dan suapkan ke mulut Mommy… Dia suruh Mommy makan sama-sama dia… Dia ajak makan bersama dan enggan makan sendiri…. Confused smile…. Kenapa rasa touching jer tiba-tiba kat hati? Sesuatu telah menyentuh hati…. Yang mana akhirnya dia telah berjaya membuatkan air mata Mommy dia bergenang…. Ishhh Firash ni suka sangattt tau…. Janganlah cuba-cuba buat Mommy mengalirkan air mata terharu dan sebak…. Crying face

Dia faham…. dan dia boleh rasa bagaimana hati dan juga keadaan Mommy dia…. Walaupun masih lagi di usia yang sekecil itu… Chemistry kami berdua sememangnya sangat kuat… Jika ada yang tak kena dengan Mommy… Dia pun boleh rasa dan agak… Iyalah, anak kan boleh merasa apa yang ibu rasa… Mereka attached dengan perasaan ibu…. Itu yang sering kita dengar… Dan dalam hal kami berdua beranak…Sememangnya dia cepat tangkap dan hidu…. Tak boleh nak sorok oiii…Walaupun dia masih kecil…

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Baca cerita awak ni, mcm anak lelaki saya juga..umur anak awak berapa? mmg terharu bila anak suap tu, rasa nak balik kampung nk suapkan mak juga ;-(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !