Jimatnyaaa!!! Suka Suka Suka : PEK FLEKSI SAFI Shayla

Farah Waheda Wahid
1

Calling all Hijabista in Malaysia! Calling all Hijabista in Malaysia! ... Non-Hijabista pun boleh juga!!! Tak ada siapa kata salah yer tak?

Ribut-ribut...Kalut-kalut panggil semua orang ni dah kenapa yer? Hik hik hik... Ada baca tak tajuk entri ni? Nampak kan? Apa yang Farah cuba ceritakan dan kongsikan di dalam entri kali ini? Kata kuncinya adalah PEK FLEKSI SAFI Shayla. Yup! PEK FLEKSI SAFI Shayla... Yang paling terkini, yang paling latest di pasaran oleh Safi Malaysia. Ada yang dah tahu? Ada yang dah terjumpa dengan PEK FLEKSI SAFI Shayla di mana-mana pasar raya? Kalau dah tau...Bagus! Berita baik untuk kita yang bergelar hijabista ni kannn? Ataupun lebih tepatnya pengguna-pengguna produk SAFI Shayla yang tak setia. Yang belum lagi setia tu sebab belum pernah mencuba... Sila buka-bukakan hati tu yer untuk mencuba... Serius anda tidak akan menyesal. 

Kenapa Farah keluarkan kenyataan macam tu? Farah taulah... ... Farah kan pengguna setia dan tegar SAFI Shayla seawal ianya berada di pasaran dulu. Kalau tak percaya, boleh gali entri lama yang bertajuk SAFI Shayla: Syampu Wanita Bertudung...

Berdasarkan perjalanan Farah sebagai seorang hijabista (ecewahhh... hijabistalah sangattt kannn???)... dan berdasarkan pengalaman Farah sebagai pengguna produk SAFI Shayla sendiri... Secara ringkasnya apa yang dapat Farah rumuskan di dalam entri ini adalah:

 Rambut rasa lebih terurus ataupun manageable. 
 Kepala rasa ringan. 
 Rasa segar sepanjang hari. 
 Haruman dari syampu kekal sepanjang hari. 
 Tak ada masalah bagi Farah untuk kerap syampu rambut. Tak rosak tapi semakin elok. 

Itu pengalaman Farah sendiri. Iyalah rambut itu adalah mahkota setiap wanita. Ini kan metafora yang seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan memberikan rasa keyakinan kepada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi, tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu yang berhijab seperti Farah ni, mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya. 

Owhhh, sebelum tu, bagi yang mungkin tidak ketahuan ataupun tak pernah nak ambil tahu... ... He he he...Gurau-gurau jer...Ni nak kongsi sedikit ni sebelum Farah teruskan mengenai PEK FLEKSI SAFI Shayla... 

Shayla perkataan yang dipetik dari perkataan Arab yang bermaksud selendang yang dipakai bersama abaya. Seindah namanya dan sesedap itulah pemakaiannya (erkss tapi tak boleh makan yer..sedap ini adalah in terms experience setelah memakai syampu SAFI Shayla). Bahan-bahan utama adalah Habbatus Sauda. Dan kita semua sedia maklum kannn? akan kebaikan serta khasiat Habbatus Sauda yang sememangnya terbukti berkesan. 
Dari mula-mula SAFI Shayla dipasarkan, ianya didatangkan di dalam bentuk botol seperti gambar di bawah ini:


Harga syampu SAFI Shayla kini di pasaran bermula dari RM 10.50 ke atas. Masih lagi di bawah kategori HARGA MAMPU MILIK untuk semua. Akan tetapi! Faham-faham jerlah kannn? Makin hari makin kecil pula rasanya nilai Ringgit Malaysia. RM 100.00 tu dalam sekelip mata jer zasss boleh jadi tak tau apa yang diri sendiri dah belanjakan...Rasa macam ... Hah??? Dah habis ke? Rasanya baru jer tadi cucuk duit RM 100.00... Kui kui kui... ... Tak perlulah Farah nak terangkan terlalu panjang lebar...Rasanya anda dah dapat menangkap apa yang Farah maksudkan kannn? 

Kalau boleh jimat nak jimat lagi! Scrutinized sampai paling rendah harga pasaran yang boleh diperolehi di dalam membeli sesuatu jenis produk termasuklah SAFI Shayla ni haaa... Al-maklumlah poket memang mencabar di zaman kos sara hidup yang makin hari makin meningkat dan juga segalanya serba naik. Terpaksa cut sana, cut sini bagi memastikan boleh survive untuk harian. Rata-rata keadaan ekonomi yang mencabar menyebabkan kita-kita ni semua mula mencari produk yang LEBIH MURAH DAN MENJIMATKAN tetapi di dalam masa yang sama MEMBERIKAN NILAI DAN KUALITI TINGGI. Terpaksalah kurangkan kadar perbelanjaan tetapi hakikatnya dalam hati sebenarnya tak nak mengorbankan kualiti barangan serta keperluan isi rumah. 

Bukan nak kata apalah kan? Farah sebenarnya jadi sayanggg sangat dengan SAFI Shayla... Muahahaha... ... Sebab? Sebab, walaupun harga pasaran SAFI Shayla sebelum ini adalah HARGA MAMPU MILIK akan tetapi pihak SAFI Malaysia tetap berusaha untuk memahami keperluan wanita berhijab zaman kini... Bagi membantu kita-kita ni supaya tidak mengorbankan kualiti dan masih terus mampu untuk menggunakan produk SAFI Shayla serta mengurangkan kadar perbelanjaan...Senang cerita, kurangkan kadar perbelanjaan supaya boleh berjimat-cermat... Jeng jeng jeng... 





Apa yang anda lihat dari paparan gambar yang Farah sertakan di atas adalah apa yang Farah sibuk canangkan sebagai PEK FLEKSI SAFI Shayla. Haaaa.... Inilah dia...Inilah dia yang Farah sibuk sangat nak cerita dengan anda tu... nak kongsi dengan anda tu... What's it all about??? Nilah nak cerita ni... dengan PEK FLEKSI SAFI Shayla, semua pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula ataupun sebagai pek kembara. Kualiti syampu? Tetap sama, tak ada apa yang berubah...cuma inovasi PEK FLEKSI SAFI Shayla ini saja...yang paling terbaik...paling ohsem? HARGA DAH TENTU LEBIH JIMAT!!! 

Inovasi PEK FLEKSI SAFI Shayla merupakan inovasi pertama di dalam industri syampu. FLEKSI diambil dari perkataan "fleksibel" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. Baguslah... satu syampu pada satu harga dan boleh digunakan pada 3 keadaan yang berbeza. Terbaik nih! 

Warna dan corak kekal sama seperti packaging pada botol SAFI Shayla. Tentu ada yang tertanya-tanya sama ada PEK FLEKSI SAFI Shayla ni besar ke? kecil ke? Banyak mana? Meh nak tolong jawab ni... pek inovasi ini adalah bersaiz 480g dan ianya adalah pek mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang sebanyak 65% sahaja. Cintailah alam sekitar yer? .

Pergilah tinjau-tinjau pasaraya dan pasaraya hiper utama dan dapatkan PEK FLEKSI SAFI Shayla pada harga RM 14.65. 

UNTUK MAKLUMAT DAN INFORMASI LANJUT:

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !