Ini Adalah Sebab Kenapa Ramai Orang Bercerita Mengenai WePrint!

Farah Waheda Wahid
0

Alaaa… Setakat servis atau perkhidmatan mencetak foto jer punnn… Bukannya sesuatu yang pelik pun atau extraordinary… Simpan dalam USB Drive lepas tu bagi jer kat kedai gambar, selesailah cerita yer tak? Mana-mana kedai gambar pun boleh buat… Apa nak susah? Tu dah tak ada ceritalah tu nak diceritakan di blog tu… Thinking smile. Mungkin boleh menjadi pendapat sesetengah pihak di luar sana ataupun boleh jadi terfikir sendiri… Tapi nantilah dulu… Sebelum buat kesimpulan rasanya eloklah kalau habiskan pembacaan entri ini dulu…Kemudian barulah anda akan faham kenapa ramai blogger berkongsi mengenai WePrint, kenapa anda boleh terlihat di wall Facebook anda mengenai WePrint ini yang dimuatnaik oleh pelbagai pihak melalui gambar, status dan sebagainya… Jangan terus buat kesimpulan sendiri… Kena fahamkan dulu baru boleh hadam yer tak?

Winking smilenampak tak? nampak tak gambar yang Farah kongsikan di permulaan entri di atas?


Ianya adalah serupa seperti gambar kedua yang Farah paparkan di atas. Kedua-dua gambar yang Farah paparkan ini, adalah hasil cetakan dari WePrint yang berada di bawah pengurusan Liberty Printing Sdn. Bhd. Yaaa…Farah tau, anda mungkin menganggap… Still… It is just a photo printing, the usual photo printing just that ada label, ada sedikit tulisan dan grafik ala-ala hasil dari photobooth. Tulaaa… Baca dulu sampai habis baru tau cerita sebenar di sebaliknya sebab this is not an ordinary photo printing or photobooth printing ya… Ada cerita di sebaliknya yang perlu anda tahujika sebelum ini anda belum pernah mengetahui mengenai WePrint…

Gambar yang anda lihat adalah gambar yang merupakan high quality instant photo printing ataupun cetakan foto segera dengan menggunakan mesin cetakan foto yang boleh dihubungkan melalui aplikasi WeChat, yang mana mesin cetakan foto ini telah mendapat  perhatian serta menjadi pilihan utama di pameran-pameran dan juga roadshows semenjak ianya dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2015. Lama dahhh…

Rupa mesin pencetak foto segera tersebut adalah seperti gambar yang dipaparkan di bawah:


Farah pasti anda ada terserempak di mana-mana jika anda rajin ke pameran-pameran ataupun roadshows.

Langkah Yang Mudah Dan Ringkas Untuk Menghasilkan Cetakan

Tak susah pun, apa yang perlu anda lakukan adalah hanya dengan membuka aplikasi WeChat pada telefon pintar anda, scan kod QR yang ditunjukkan pada mesin, muat naik gambar yang telah anda pilih dari telefon pintar anda, masukkan kod ID yang ditunjukkan di skrin. Kemudian? Tadaaaa…. terhasillah gambar yang berkualiti tinggi.

Kenapa Farah mengakui yang gambar yang dihasilkan oleh WePrint adalah berkualiti tinggi? Sila lihat gambar yang Farah paparkan di bawah ini pula:


Gambar ini telah Farah tukarkan kepada resolusi tinggi supaya anda boleh nampak secara terperinci bagaimanakah kualiti kertas foto yang digunakan oleh pihak WePrint dengan jelas tanpa perlu melihat dari jarak dekat atau hadapan mata sendiri. Farah harap imej yang Farah paparkan cukup jelas dan terang untuk anda lihat ya? Lihat pada anak panah merah tersebut dan pastinya anda dapat melihat yang foto yang terhasil adalah dari jenis kertas foto yang berkualiti tinggi. Ianya bukannya kertas foto yang glossy atau bersinar seperti yang terhasil dari photobooth biasa. Ianya seperti kita mencuci gambar dengan di kedai gambar yang membekalkan kertas foto yang berkualiti tinggi.

Mesin Cetakan Foto Segera WeChat Yang Pertama Di Malaysia

Untuk pengetahuan anda, WePrint adalah mesin cetakan foto segera aplikasi WeChat di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang telah melihat WePrint di beberapa pusat membeli-belah yang utama dan juga pameran.


Semenjak menembusi pasaran di Malaysia pada tahun 2015, WePrint telah banyak kali menyediakan perkhidmatan di beratus-ratus roadshows dan juga pameran-pameran. Dengan ribuan pengikut di aplikasi WeChat, ia memberikan impak ribuan foto yang telah dicetak di dalam satu-satu pameran mahupun roadshows. Ini bermaksud, WePrint telah mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan rakyat Malaysia dan melalui acara-acara sebegini melalui data yang telah dikumpulkan. Ini juga menunjukkan bahawasanya WePrint adalah merupakan salah satu cabang perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan!

Jika anda melihat serta berfikir dengan lebih teliti, sebenarnya kannnn…. We Print ni…Di sebalik berfungsi sebagai mesin pencetak foto segera, ianya adalah merupakan marketing tool yang sangat powerful untuk semua jenis perniagaan. Rekabentuknya telah dicipta bagi membantu para pengiklan untuk mendapatkan pengikut WeChat melalui acara-acara serta aktiviti di alam realiti. Iyalah, sesuatu perniagaan tu kan bukannya hanya diiklankan di atas skrin semata tetapi perlu disertai dengan jenama serta produk yang direkabentuk melalui photo template. Masyarakat umum akan didedahkan dengan pengiklanan sementara menunggu gambar mereka siap dicetak dan dalam masa yang sama, membawa pulang gambar yang telah dicetak bersama-sama dengan mesej jenama ataupun informasi produk yang turut dicetak di atas gambar.
Atas sebab-sebab ini, disebabkan WePrint adalah merupakan powerful marketing tools dan merupakan satu alat yang dapat memenuhi keperluan perniagaan, pihak Liberty Printing Sdn. Bhd juga menjual mesin cetakan foto ini kepada cawangan-cawangan perniagaan di dalam Malaysia bagi membolehkan pihak peniaga menghiburkan tetamu, menyediakan perkhidmatan sewa-beli kepada syarikat-syarikat pengurusan acara, ataupun caj pengiklanan kepada pengiklan lain. Yang paling penting! ianya adalah sesuatu yang boleh menjadi alat pengiklanan bagi kebanyakan syarikat pengiklan, media, barangan kemas, telekomunikasi, automotif, hartanah, elektronik, gym, pendidikan, kebajikan dan sebagainya.

WePrint Adalah Ideal Bagi Sebarang Acara Korporat dan Juga Peribadi

Inilah yang dinamakan sebagai crowd pleaser. Menarik perhatian masyarakat di mana-mana sahaja untuk mencetak foto kegemaran masing-masing di atas material yang berbeza termasuk kertas foto, kertas magnetik, button badge dan casing telefon. Owhhh…Tak lupa juga… Jeng jeng jeng…


Nak jadikan key chain macam Farah punya di atas ni pun bolehhh… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Haruslah…Di mana-mana boleh nampak muka budak kecik ni… Sebab tulah WePrint menjadi pilihan beberapa jenama utama di dalam industri yang berbeza seperti pusat membeli-belah One Utama, pusat karaoke Neway, syarikat telekomunikasi Celcom, panggung wayang GSC, jenama penghawa dingin Acson, jenama kosmetik Revlon di dalam satu ikatan kontrak untuk satu tempoh masa yang panjang.

Yang nampak WePrint ni sebagai salah satu cabang atau punca pendapatan anda… Untuk pertanyaan mengenai perniagaan atau sekiranya anda berminat dengan perniagaan WePrint sememangnya mereka sedang mencari pengedar…Kalau berminat anda boleh lanjutkan pertanyaan dengan menghubungi:

Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3
Kristal Klang Commercial Centre
42100 Klang, Selangor Darul Ehsan

No. Telefon:
+6019 – 985 8151
(Cik Elaine)

E-Mel:

Waktu Perniagaan:
Isnin sehingga Sabtu
9.00 pagi sehingga 6.00 petang

Laman Web:


Ikuti atau Follow WePrint untuk menikmati cetakan foto percuma semasa di sebarang pameran!


What Can We Print For You? FREE Instant High Quality Photos!

(digunakan di dalam QR Code)

Dan khas buat anda pembaca Bubblynotes.Com, hadiah ni hadiah…Gunakan KOD DISKAUN di bawah untuk mendapatkan DISKAUN yang menarik semasa membeli WePrint!


Dekat sini jer tau dapat KOD DISKAUN KHAS ni… Tempat lain tak dapat KOD DISKAUN yang serupa macam ni… Open-mouthed smile… Tak ada di pusat membeli-belah ok?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !