Home » , , , , , , , , , » Eksplorasi PULAU SODOR Bersama THOMAS AND FRIENDS

Eksplorasi PULAU SODOR Bersama THOMAS AND FRIENDS


Sebelum terlewat... dan sebelum Thomas and Friends menutup tirainya di Sunway Pyramid pada Isnin, 12 September 2016, iaitu esok... sempat lagi ni kalau Farah nak kongsi dengan anda semua mengenai cerita Iman Firash dan Eksplorasi Pulau Sodor Bersama Thomas and Friends dia semalam. . Farah gigih dan gagahkan diri pagi-pagi Sabtu menuju ke Sunway Pyramid, jujurnya memang semata-mata kerana Iman Firash ok? Disebabkan dia terlalu meminati siri animasi Thomas and Friends, Farah bersetuju menerima undangan acara dari pihak Sunway Pyramid untuk menghadiri acara Thomas and Friends yang sekarang ini sedang berlangsung di pusat membeli-belah Sunway Pyramid bermula dari 7 September 2016 sehingga 12 September 2016.

Iman Firash tak tau menau pun mana hala tuju atau destinasi yang Mommy dia arak dia pagi-pagi semalam yang sebenarnya dan ianya agak menimbulkan sedikit "ragam" juga di pagi hari semalam. Ahaksss. Al-maklumlah, orang tengah sedap-sedap tidur tetapi Mommy basahkan tangan dengan air paip dan usap di muka dia. Tidur kena ganggu dan kena kejut... Anak-anak kecil kannn? Kalau tidur tak cukup atau tak puas, mulalah macam-macam cerita yang akan terjadi. Akan tetapi tidaklah seteruk mana pun ragam dia pagi semalam... Still bearable dan masih boleh makan pujuk. Waktu kecil-kecil ni, memang tak akan banyak tanya, ikut jerlah mana ibu bapa nak bawa pun kannn? 

Surprise Mommy untuk Firash di dalam mewarnai hari Sabtu dia dan juga memenuhkan aktiviti hari Sabtu dia pada minggu ini... Sewaktu sampai di Sunway Pyramid... Dia masih tidak sedar lagi tentang acara Thomas and Friends ini. Akan tetapi, apabila kami sampai di LG1 dan boleh kelihatan suasana seperti gambar yang di bawah ini: 



Dia dah mula perasan dan dah mula sedar yang sebenarnya, dia kena kejut dan mandikan pagi-pagi itu adalah disebabkan mak dia ni nak bawa dia ke satu tempat yang akan membuatkan dia tersenyum dan gembira. Memang tajam betul mata dia! . Walaupun setingkat atas dari kawasan kejadian tetapi dia dah boleh cam dah yang ianya adalah sesuatu yang berkaitan dengan Thomas and Friends. Apa lagi terus terkinja-kinja melompat-lompat dan becok mulut dia... "Chommm Myy... chommm..."... Itu maksudnya ... Jom Mommy jom... Memang tak sabar betul dia! Iyalah sesuatu yang amat dia sukai dan menjadi obsesi dia kannn?


Jejak jer kawasan acara Thomas and Friends yang berkenaan di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid, jika anda perasan, si kecil molek tu di dalam gambar yang dipaparkan di atas, terus menyelinap ke kawasan sesi bercerita tentang Thomas and Friends yang sedang berlangsung. Tak ada Assalamualaikum, tak ada Hello, tak ada Excuse Me... Chooottt... Laju jer dia menyelinap ke tempat yang paling hadapan sekali untuk menyampuk kepada sesi bercerita tersebut... Oh my anak! Happy go lucky dia jer... Tak kira sekeliling, buat apa yang dia rasa nak jer... Ha ha ha... Itulah yang sering membuatkan sesiapa sahaja di sekeliling dia tersenyum memerhatikan gelagat dia... Peramah pun yer ni Iman Firash ni... suka nak berkawan dan suka memulakan perbualan... Like mother, like son nih! Ha ha ha...

Itu destinasi pertama... Destinasi seterusnya adalah...


Dia terus sahaja menuju ke meja aktiviti yang disediakan di bebarapa hot spot  di kawasan acara Thomas and Friends tersebut. Kalau muka dia tu, memang bersinar-sinar jer teruja melihatkan sekeliling dia dipenuhi oleh Thomas and Friends. Ibarat seperti pucuk dicita ulam mendatang... Like a dream comes true macam tu.... Hu hu hu... Jujur nak bagi tau ni lah kannn... Dalam hati Mommy dia ni... Kembang yang amattt... Sebab rasa gembira dan lega yang dia suka sangattt dengan surprise yang Mommy berikan kepada dia pada kali ini.


Dari satu stesen ke satu stesen dia bertawaf... Buat audit... Tengah nak ambil tau apa yang ada yang dapat dia eksplorasi... Tidak dinafikan di dalam masa yang sama sebenarnya dia tengah memikirkan akal... Apalah yang dia nak buat ni! Ha ha ha... Mana satu dulu dia nak buat... Sampai di stesen televisyen yang memaparkan siri animasi Thomas and Friends memang lagut seketika dia menonton siri animasi tersebut. Bagaimana gaya di rumah, macam tu jugalah gaya dia menonton Thomas and Friends di tengah-tengah Sunway Pyramid tu.... Berhenti parking dia di situ seketika...


Dah puas menonton siri animasi Thomas and Friends di sudut yang disediakan oleh pihak penganjur.... Terus dia secara automatik menuju ke meja aktiviti di mana beberapa orang kanak-kanak sedang sibuk bermain dengan set permainan Thomas and Friends yang telah disediakan untuk kanak-kanak bermain menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka secara bebas tanpa sebarang sekatan... . Nak bermain ikut gaya mana pun tak kisahlah.... Ha ha ha... Asalkan bahagia, asalkan gembira...




Iman Firash kan suka berkawan? Peramah? Macam Mommy dia... #ehhh...Ha ha ha... Jadinya memang mudahlah dapat kawan... Leka dia bermain dengan kawan yang baru dikenali semalam tu... Tidak kekok dan seolah dah biasa sahaja dia berkawan dengan rakan-rakan sebaya... Sementara awak leka bermain di meja aktiviti sambil dipantau oleh Ba Bah... Mommy pun sajalah nak cuci-cuci mata nak merayap sekeliling kawasan acara Thomas and Friends tersebut...Nak tengok apa yang ada! Iyalah... Mommy kannn suka window shopping...Sajalah pusing-pusing tengok apa yang menarik yang ada... He he he... Sambil-sambil tu, sebenarnya nak anticipate, apa lagi yang bakal Firash request dari Mommy akan datang tentang Thomas and Friends. Diakui dia memang dah ada beberapa koleksi permainan Thomas and Friends. Macam kira-kira di dalam masa yang sama, Mommy go and check it out... Apa lagi yang Iman Firash belum ada lagilah ni kiranya...

Tak adalah niat nak membelikan dan memanjakan terlebih dia dengan alat permainan... Cuma sekadar nak menyelami dunia si anak... Apa yang digemarinya dan mengenali setiap inci obsesi anak itu... Konon-konon ambil tahu secara terperincilah ni...Ha ha ha..Hakikatnya Farah memang macam ni sikapnya...Suka sangat nak kenal dan ambil tahu secara terperinci apa yang anak minat... Entahhh... Tak tau... Memang dah macam tu perangai Farah...Suka sibuk nak tahu dunia anak secara mendalam...


Wowww... Ini memang set besar punya kotak! Memang orang kata senang mempengaruhi anak kecil lahh.... Mujurlah si anak bujang kita ni tak terpengaruh dan tak kisah... Dia tak minta punnn... Ngeee... Alhamdulillah... Dia tak hairan langsung pun yang benarnya...walaupun sebenarnya melambak-lambak dan macam-macam variasi set permainan Thomas and Friends yang turut dipromosikan di acara ini. Dari set permainan yang asas sehinggalah selengkap-lengkapnya set permainan Thomas and Friends. It is indeed a Thomas and Friend galore .... syurga Thomas and Friends buat kanak-kanak.... Segala jenis koleksi set permainan Thomas and Friends ada ditawarkan untuk dibeli pada bila-bila masa oleh ibu bapa untuk anak-anak masing-masing.


Ada set alat tulis Thomas and Friends, ada kotak pensel Thomas and Friends... Bag sekolah Thomas and Friends seperti yang Iman Firash miliki tu, tak pula Farah perasan... Macam tak ada tapi mungkin ada kot? Lagipun yang Iman Firash punya tu kannn...ada seseorang hadiahkan pada dia? . Mungkin bukan dari Toy'R Us tu... Mungkin dari sumber yang lain tu... Ada stokin dan juga sandal Thomas and Friends... Hu hu hu... Dapat Farah bayangkan betapa anak-anak akan rambang mata melihat kesemua koleksi yang ditawarkan ini... Ermmm... Ahaksss... Mommy Firash ni punnn.... Nampak pun rasa macam nak beli semua jer!!! Tapi bawa-bawa sedar diri... Ha ha ha... Poket kalau terkoyak jangan nak berangan sangat Mommy oiiii!!!! Wakakakaka... Iyalah, eloklah sedarkan diri kannn? Sebelum lupa diri??? Nanti jenuh pula.... Uhukss... 


Di satu sudut lain...Lagi santai anak-anak kecil ni bermain dengan Thomas and Friends... Baik punya lepak nih... Duduk atas lantai yang dihamparkan dengan alas Thomas and Friends... Cuba juga ajak Iman Firash duduk bermain di sini... Tak maunya dia, di tempat meja aktiviti tu juga yang dia nak main. Suka sangat dengan kawan-kawan di situ... 


Memahami dan mengenali minat serta obsesi anak untuk mengambil keputusan sama ada terus menyokong ataupun menghentikan minat serta obsesi itu pun yer jugak. Iyalah...Sememangnya sebagai ibu bapa kita kena menyokong dan menggalakkan minat anak-anak akan tetapi sebelum menyokong dan menggalakkan minat anak, kita tidak boleh menyokong dan menggalakkan minat anak itu secara semberono sahaja... Kena fahami dan dalami apakah kebaikan yang boleh didapati atau diberikan oleh minat tersebut. 

Apa yang dapat Farah simpulkan adalah, sebagai sahabat baik kepada anak-anak kecil yang meminati siri animasi Thomas and Friends ini, sebenarnya watak animasi Thomas dan rakan-rakannya membantu kanak-kanak untuk membesar dan belajar mengenai PERSAHABATAN, KEBERANIAN, PENYELESAIAN MASALAH, TANGGUNGJAWAB SERTA KERJA BERPASUKAN. Memang betul... Bila kita sebagai ibu bapa sama-sama mengikuti siri animasi Thomas and Friends ini, jika kita dapat melihat nilai di sebalik siri ini, ianya sememangnya mempunyai semua apa yang telah Farah nyatakan di dalam perenggan ini... 


Owhhh, sebelum Farah terlupa di dalam promosi Thomas and Friends dan juga acara ini, SEMUA IBU BAPA YANG MEMBELANJAKAN SEBANYAK RM 90.00 SET TREK DI WORLD OF SODOR LAYAK UNTUK MEMBAWA PULANG SET EDISI TERHAD THOMAS AND FRIENDS WORLD OF SODOR GIANT PLAYBOARD. DENGAN RESIT PEMBELIAN YANG SAMA, IBU BAPA JUGA BERPELUANG UNTUK MEMENANGI SET TREK KERETAPI YANG LENGKAP WORLD OF SODOR YANG DIPAMERKAN DI SUNWAY PYRAMID. 

Ini kalau Iman Firash yang berpeluang memiliki segalanya yang ditawarkan ini, mau senyum sampai ke telinga sampai dua tiga minggu pun tak habis lagi...Entah-entah sebulan pun belum tentu habis lagi... 

Kalau agak-agak tak sempat nak ke Sunway Pyramid sebab sibuk dengan Aidiladha... Tambahan berita baik lagi.... PROMOSI SET EDISI TERHAD THOMAS AND FRIENDS WORLD OF SODOR GIANT PLAY BOARD INI ADALAH BERLANGSUNG DARI 1 SEPTEMBER 2016 SEHINGGA 31 OKTOBER 2016 DI SELURUH MALAYSIA. 

YANG TAMBAH MENARIK LAGI DARI 7 HINGGA 12 SEPTEMBER 2016, SECARA EKSKLUSIF KANAK-KANAK DAN IBU BAPA YANG BERBELANJA SEHINGGA RM 150.00 DAN KE ATAS PRODUK THOMAS AND FRIENDS LAYAK  UNTUK MEMBAWA PULANG THOMAS AND FRIENDS MEGA BLOCKS SET. 


Itu cerita tentang pembelian... Sambung balik cerita Farah di acara tersebut... Pusing punya pusing... 


WORLD OF SODOR Bersama Thomas and Friends ini memang tidak sunyi dari pelbagai aktiviti... Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.... Dalam beraktiviti sebenarnya anak-anak berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang merupakan barangan Thomas and Friends. 


Haaaa...nampak gambar STOP di atas? Bagi Iman Firash..cukup-cukuplah peruntukan masa untuk dia menghabiskan pagi Sabtu di PULAU SODOR Bersama Thomas and Friends bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.... Dua jam cukuplah kannn? Tak perlu terlalu lama sangat...Ahaksss...Kena kawal-kawal juga... Tapi itu pun kannn? Dengan paksa rela ajak balik...Tak mau balik dia... Ha ha ha.... Bergelut jugalah Mommy dan Ba Bah dia nak meleraikan dia dari Thomas and Friends. Kanak-kanak dapat main macam tulah....Leka.... Sampai tak ingat apa dah.... 

🤗 Like A Dream Come True! 👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 Happy that you are enjoying your #saturday #saturdayfun #saturdaymorning with #thomasandfriends! Yang menjadi obsesi #ash selama ini! Macam dunia ini Firash yang punya yer? Nanti cerita lagi! Tapiiii.... Bulan #september #september2016 ni... Anak-anak berpeluang untuk UP, CLOSE & PERSONAL dengan Thomas dan kawan-kawannya dari Kepulauan Sodor di World of Sodor di Blue Concourse @sunway_pyramid bermula dari 7 SEHINGGA 12 SEPTEMBER 2016! Cuti sekolah kannn? Jomlah jalan sini! #MommyAsh pun excited sama! #parentingevents #parentingmoments #parenting #parenthood #motherhood #parentingjournal #mommyhood #bubblynotesdotcom #parentingblogger #parentingbloggermalaysia #lifestyleblogger #lifestylebloggermalaysia #MYParentingAndLifestyleBlogger #BloggerMalaysia #MalaysianBlogger #MYBlogger #MATTEL
A video posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on

Sampai gittew haaa.... dia punya seronok kannnn??? Cenderahati buat Iman Firash??? Memang menggembirakan hati dia lah kannn? 


Stokin Thomas and Friends yang sampaikan tidur malam pun dia nak pakai, buku aktiviti Thomas and Friends yang disertakan bersama pelekat, selipar Jepun Thomas and Friends - ahakss selipar Jepun jer punnn... Tapi up sikit sebab Thomas and Friends jer punnn.... Ekekekeke...Dan juga lunch box... Ohhh wowww... Tak perlu Mommy beli untuk Firash lagi bila nak masuk school nanti... Bolehlah guna nanti... 

Ehemmm... Tak ada ke mana sempena cuti Aidiladha dan rasa-rasa nak drop by ke Sunway Pyramid tu memang boleh sangat dah tu.... Esok hari terakhir tau? 

Untuk Maklumat & Informasi Lanjut: 


Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Eksplorasi PULAU SODOR Bersama THOMAS AND FRIENDS, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, September 11, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Amboi, seronoknya dia main.. Tak hingat dunia.. haha.

    ReplyDelete
  2. Huaaaarrgghhh! Best betul! Ena yang dah besar ni excited tengok... nak jadi budak kecik balik!!!

    ReplyDelete
  3. Terbalik dgn anak sedara kita. Takut benar dgn thomas

    ReplyDelete
  4. Wah.. seronoknya dia beraktiviti...

    ReplyDelete
  5. huwaaaaaaaa bestnya.
    selalu tengok tv je thomas tuu


    Singgah sini.


    Jom la lepak kat umah NIl hee



    http://nilamhimawari.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Bukan main happy lagi anak akak kan.. Hihihii. Nanti pika dah ada anak boleh la bawak dorang ke sini.. InshaaAllah. Nanti tu tak tahu la berapa tahun lagi.. Hahahhaaaa..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY