Chicken Soup for Iman Firash

Farah Waheda Wahid
4
BloggerImage

Sesedap rasa dan sesuka hati, bila-bila masa nak order makanan. Kalau ikut-ikutkan memang semalam tersangatlah exhausted rasanya diri ini. Tak mampu nak angkat kuali pun... Ahaksss... Rasa nak meluruskan pinggang dan terus hanyut di alam khayalan gittew. Al-maklumlah, dah nak masuk sebulan dah juggling dengan macam-macam benda. Banyak sungguh kerja serta perkara yang nak diselesaikan. Fikiran pun dah mula nak serabut dengan macam-macam hal dah ni. Aarghhh... #ehhh terlepaskan tekanan pula dalam-dalam jari jemari menyentuh papan kekunci sesentuh pada telefon ni... Agagaga... 

Cerita anak bujang kita lah... Cerita siapa lagi kalau bukan cerita dia. Bila tak nak makan, nenek dan mak susah hati... Bila nak makan... Hambik! Tak kira siang tak kira malam, bila-bila dia terasa dia teringin, dia order jer! Macam malam semalam. Ini bukan kali pertama dia buat macam ni. Hari tu sekali... Mommy... Ken cosh! Ken cosh! ... Yang mana ia membawa maksud, chicken sauce yang kita lebih kenal masakan itu sebagai ayam masak merah. Untuk dia semestinya tak pedas lah kan? 

Tengah-tengah malam semalam, tiba-tiba terkeluar permintaan Mommy, ken chup... Ken chup, myyy ken chup... Bermaksud dia nak sup ayam! Hah? Dah malam sangat dah ni Firash? Chicken soup apanya lagi ni? Nenek, Mommy, Atuk semua dah tunggu masa nak hanyut jer dah lagi ni... Hurmmm... Sampai hati ke nak biarkan dia kempunan dengan permintaan dia? Memang taklah... Walaupun rasa tak berdaya nak ke dapur dan tak mampu nak bekerja di dapur tengah-tengah malam, gagahkan juga demi anak. Esok dah besar jangan lupa tau macam mana Mommy sayangkan Firash! Wakakakaka... 

Lihat di dalam peti sejuk beku... Mujur ada lagi 4 ketul kepak ayam. Bolehlah ni, dia bukannya nak makan banyak pun. Kemudian, tengok pula daun sup, daun bawang dan juga lobak merah sama ada, masih ada stok lagi ataupun tidak. Ada... Sebab tu semua bahan masakan memang nak kena stand by jer dalam rumah... Ada masa-masa angin dia nak order dia order jer. Bila dah ada senanglah nak sediakan, nak masak. Kalau tak ada tu yang tak dapat nak tolong tu nak penuhi keinginan selera dia. Kenalah tunggu sampai ada yer tak? 

Sup ayam jer pun... Bukan dia minta yang bukan-bukan yer tak? Bukan susah sangat pun... Masak nasi dalam periuk nasi kecil dan siapkan sup ayam permintaan selera si anak. Dah siap, sediakan hidangan dan bermula sesi suap menyuap dengan penuh kasih sayang dari si ibu kepada si anak. Firash ni memang gemar makan tengah-tengah malam. Masa orang nak tidur masa tulah dia makan. Kalau tak makan pun, malamlah dia paling banyak menyusu. Siangnya leka main jer... 

Memang habis sungguh sup ayam dan nasi mengikut portion yang bersesuaian untuk dia. Memang nak sangatlah tu. Kalau dia tak ada rasa nak makan, paksalah kot mana sekali pun, memang takkan nak dia makan punya. Oklah kalau habis kan? Kalau minta jer lebih tapi makannya tidak, memang terkilan jugalah hati ni... Wakakaka... Entah apa-apa Mommy kan? Dengan anak pun nak sentap... 

Macam tulah bila anak dah mula pandai menyuarakan apa yang diingini... Dah mula pandai meminta apa yang dia mahu... Kalau mampu dipenuhi, In Shaa Allah akan cuba dipenuhi dengan sebaik mungkin, kalau tidak... Minta maaf minta ampun banyak-banyaklah nak oiii... 

*Cerita santai-santai jer untuk hari ini... Ekekekee... Mata ni seakan berat sangat pula lepas makan tadi... Dan yang naknya kalau boleh cepat sikit petang... Jumaat kannn? Biasalah tu... Semua orang nak balik cepat kalau boleh. Kelemauan cuti umum tengah minggu pun yer juga ni... Tu yang tak berapa nak gemar kalau cuti umum jatuh di antara hari bekerja tu... Macam nilah lemaunya, macam nilah... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Budak2 memang suka makan nasi yang banyak kuah ...

    ReplyDelete
  2. Malam baru nak makan ye iman.. ada potensi untuk bam bam tuh.. hehe

    ReplyDelete
  3. Memang tak sampai hati la.. last2 kenyangkan perut anak lu..haha.. terbaiklah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !