Cerita JENIS LUKA BERSALIN: EPISIOTOMI & CAESAREAN

Farah Waheda Wahid
2
KENALI JENIS LUKA BERSALIN EPISIOTOMI & CAESAREAN
 
Tiga (3) tahun telah berlalu, tetapi bagaimana rasa pedih, rasa perit pada LUKA BERSALIN itu masih boleh terasa-rasa dalam khayalan dan bayangan si ibu yang baru sahaja bercahaya mata seorang ini. Smile with tongue out. Iyalah, takkan nak make up stories pula kot? Memang betul, ianya satu pengalaman kehidupan yang manis walaupun pedih serta perit di kawasan luka itu yang tidak boleh dilupakan. Bila lihat jer si kecil di dalam gambar yang dipaparkan di atas, tiba-tiba terus jadi kuat nak lawan segala rasa yang menyakitkan itu. Alhamdulillah lah… Strong enough untuk tahan rasa tu dan tak adalah menangis, meleleh air mata atau rasa tak tertahan sakit tu. Apa yang boleh Farah katakan adalah… Jangan risau wahai adik-adik atau kawan-kawan yang bakal bergelar ibu.. Sakitnya boleh ditahan! Mampu ditahan! Jika Farah boleh takkan anda tak boleh kannn? Chill ok? Fikir yang positif sahaja dan fikir yang anda boleh melaluinya sepertimana ibu-ibu yang telah melaluinya sebelum ini.

Makanya hari ini let’s share tentang JENIS LUKA BERSALIN sebagai brain refreshment kepada yang pernah melalui dan juga sebagai informasi serta ilmu kepada yang bakal menempuhi. LUKA BERSALIN yang dimaksudkan oleh Farah adalah EPISIOTOMI dan CAESAREAN yang mana kedua-dua JENIS LUKA BERSALIN tersebut adalah sesuatu yang memerlukan penjagaan yang rapi selepas melahirkan bayi. Menurut sumber di SINI

FAKTA MENGENAI EPISIOTOMI

Episiotomi adalah luka yang dikaitkan dengan bersalin secara normal. Walaupun begitu, tidak semua kelahiran normal akan dilakukan episiotomi. Episiotomi berbeza dengan luka biasa. Haaa…Ni Farah baru tau ni, serius baru jer tau tentang episiotomi ni… Nampak tak? Nampak tak? Walaupun dah hampir 3 tahun memegang gelaran seorang ibu, baru kini nak tahu mengenai episiotomi… Ilmu tu tak statik, dia berjalan jer seiring dengan masa… Hari ni kita tak tau, esok mungkin kita tau… Episiotomi adalah luka akibat digunting oleh doktor. Tentang doktor gunting nak keluarkan bayi tu memang Farah pernah dengarlah. Tapi istilah episiotomi ni baru belajar ni. Open-mouthed smile. Manakala luka biasa adalah yang berlaku secara semulajadi semasa proses kelahiran.
Dulu, hampir kebanyakan wanita yang bersalin anak sulung secara normal akan dilakukan episiotomi. Kini tidak lagi kerana kesakitan yang akan dialami oleh mereka lebih daripada luka sendiri.

Banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa episiotomi menyebabkan risiko luka menjadi lebih besar. Hal ini berbeza dengan luka yang terjadi dengan sendirinya. Sakitnya hanya sedikit kerana tidak melibatkan otot yang banyak.

Luka episiotomi akan sembuh dalam tempoh 10 hingga 14 hari.

Bagi menjahit luka pula, ada beberapa jenis benang digunakan. Untuk episiotomi benang yang digunakan adalah daripada jenis yang akan menyerap sendiri. Tidak perlu dibuka. Antara jenis benangnya yang digunakan ialah cat gut dan vicryl. Setiap jenis benang ada tahap kelembutan dan kekuatannya tersendiri. Makin mahal benang tersebut bermakna benangnya lembut dan tahan. Kesakitan pada tempat jahitan pun kurang.

Luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka pembedahan kerana lukanya hanya sedikit. Untuk episiotomi biasanya 2 minggu sudah mencukupi untuk pulih seperti sediakala. Biasanya rasa sakit akibat episiotomi hanyalah selama dua hari. Tetapi sekiranya kesakitan itu berterusan, mungkin ada jangkitan.

FAKTA MENGENAI CAESAREAN

Luka caesarean pula adalah luka akibat pembedahan dan terdapat dua jenis iaitu jenis menegak dan melintang. Seboleh-bolehnya doktor akan memilih cara melintang kerana lebih cepat sembuh dan kurang sakit. Mujurlan gynae Farah lakukan cara melintang. Hu hu hu… I don't know smile.

Bagi luka pembedahan caesarean, tempoh 10 hingga 14 hari cukup untuk kulit bercantum kembali. Biasanya semua jenis luka boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 42 hari iaitu 6 minggu.

Luka pembedahan melibatkan banyak lapisan. Lapisan dalam rahim, lapisan pada selaput kemudian baru kulit. Hal ini menyebabkan tempoh penyembuhan sepenuhnya luka tersebut adalah 6 minggu.

CARA TERBAIK MENJAGA LUKA BERSALIN SUPAYA CEPAT SEMBUH

1. Memastikan kawasan luka sentiasa kering.

Bagi luka episiotomi, pastikan luka dilapkan kering-kering selepas ke tandas dan sapukan ubat luka yang diberi oleh doktor.

Begitu juga luka caesarean. Selepas mandi, pastikan luka tersebut dilapkan kering-kering. – I tell you… Waktu dan ketika itu, selepas genap seminggu dressing dibuka dan masa tu mandi memang tekap kawasan luka pembedahan di perut tu dengan kain batik dan mandi dalam keadaan membongkok. Seboleh-boleh nak elak air dari terkena kawasan luka pembedahan tu. Tak berani ataupun lebih tepat kepada istilah berani-berani takut. Rolling on the floor laughing. Selepas mandi, kena sapu dengan krim khas yang gynae berikan dengan cotton bud. Adoilahhh haiii… Masih boleh terbayang bagaimana keadaan pada waktu tu semasa Mama kita nak sapukan krim tu… Terkedip-kedip mata menahan seriau dan takut kesakitan sebab sapu atas garisan parut pembedahan tu kannn? Ha ha ha… Seriau jer rasa…Akan tetapi sebenarnya tak sakit cuma ngilu jer rasanya.

2. Jika ibu bersalin secara pembedahan caesarean ingin menggunakan bengkung, letakkan lapisan kapas atau tisu yang tidak melekat supaya boleh menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering. Hal ini sangat penting kerana jika lembap, jangkitan mudah berlaku. – Ini memang Farah mengaku, sampai ke sudah tak pernah nak berbengkung… Adalah cuba-cuba selepas 6 bulan, tapi Farah tak selesa, rasa sakit oiii… Macam pedih pula di dalam… Bengkung moden ke? Tak moden ke? Memang rasa sakit… Tak selesa rasanya… Tak apalah, korang nak cakap perut kakak muncit pun cakaplah….Korang nak cakap kakak pregnant lagi pun cakaplah… Ada kakak kisah? Yang rasa sakitnya kakak oiii…Bukannya korang… Tapi makan masa sikitlah nak hilangkan perut tu kannn? Bukan sikittt… Lamaaa…Ha ha ha…Dah nak hampir usia anak 3 tahun baru nak menipis sedikit demi sedikit perut tu… Bha ha ha…. Rolling on the floor laughing

3. Tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional seperti minyak atau herba untuk menyembuhkan luka kerana dikhuatiri minyak tersebut akan menganggu percantuman semula kulit. Doktor akan menasihatkan agar mereka tidak meletakkan sebarang ubat-ubatan tradisional dalam tempoh 10 hari pertama selepas luka dijahit. Setelah yakin luka sudah bercantum, barulah doktor memberikan kebebasan untuk membuat apa yang diingini pada luka tersebut. – Memang satu apa pun ubat tradisional Farah tak bubuh. Farah biarkan ianya terjadi secara alami… Sembuh dengan sendirinya… Consume apa-apa pun tidak…Melainkan amalkan satu sudu jeli gamat setiap hari selama lebih kurang 2-3 minggu selepas pembedahan. Itupun tak konsisten. Ikut kot suka tekak jer nak consume. Ada hari consume, ada hari skip. Semata-mata nak puaskan hati Mama kita… Tapi sebenarnya kita tak berapa nak pun… Doktor pun dah kata, tak perlu makan apa-apa…Cuma makan ubat dari hospital jer… Nampak nau percaya doktor lebih dari amalan turun-temurun tradisional yer tak? Open-mouthed smile.

4. Apabila bercerita tentang luka, kita tidak akan terlepas daripada bercerita tentang parut. Untuk mengurangkan parut atau juga dikenali sebagai “keloid” terutama pada luka caesarean, eloklah disapu dengan vitamin E. “Keloid” wujud akibat reaksi tubuh terhadap luka. Hal ini berbeza, antara seorang individu dengan individu yang lain. Walaubagaimanapun, sebelum vitamin E disapu, pastikan luka tersebut sudah kering. – Yang ini tak buat! Tapi Alhamdulillah, luka pembedahan Farah cantik halus garisannya sampaikan gynae yang periksa luka serta parut tu selepas beberapa minggu kata, nak pakai bikini pun tak ada hal-lah… Ahaksss… Melampau… Tapi yer, Alhamdulillah, parut luka yang terbentuk pada kawasan pembedahan Farah cantik! Halus jer garisannya dan tidak comot.

5. Risiko jahitan terbuka tetap ada dan ia perkara biasa. Jahitan terbuka disebabkan oleh beberapa perkara. Antara penyebabnya ialah benang yang digunakan kerana ada benang yang cepat menyerap iaitu sebelum kulit bercantum kembali. Selain itu, bergantung juga pada jenis tisu pada kawasan luka tersebut. Ada orang yang tisunya terlalu nipis dan mudah terkoyak. Mereka ini memang berisiko untuk luka terbuka kembali selepas dijahit. Satu lagi perkara yang turut menyebabkan jahitan terbuka ialah cara jahitan. Sekiranya jahitan terlalu ketat, masalah boleh timbul. – Alhamdulillah, masalah yang ini tidak timbul. Syukran Ya Allah.

Sekiranya seseorang wanita itu mendapati jahitannya terbuka, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Doktor akan memeriksa untuk memastikan adakah perlu dijahit semula ataupun tidak. Jahit semula tak pakai bius oooo…. Sungguh! Bukan nak menakut-nakutkan, kawan-kawan Farah yang pernah mengalami sendiri yang menceritakan pengalaman mereka. Gynae Farah sendiri pernah ceritakan perkara ini kepada Farah… Akan tetapi, sekiranya jahitan yang terbuka itu besar, doktor akan menjahit semula. Memang kalau dibiarkan akan sembuh tetapi tidak cantik dan otot tidak akan bercantum balik dan tidak kuat. Akan timbul masalah lain di kemudian hari.

7. Ibu hamil yang menghidap diabetes, akan mengambil masa untuk sembuh luka jahitan. Oleh yang demikian, mereka perlu pastikan tahap kencing manis dikawal. Kandungan gula dalam darah penting agar proses penyembuhan cepat. – Farah juga terlepas dari masalah diabetes sewaktu hamil. Alhamdulillah, dipermudahkan oleh Allah SWT. Oleh itu, jagalah yer kalau sedang hamil… Jangan sampai dapat diabetes… Tapi itulah tak boleh nak cakap juga kan? Bergantung… Kalau dah nak dapat diabetes tu, kita sendiri tak boleh nak cakap apa…

8. Sekiranya inginkan luka cepat sembuh, pengambilan makanan seimbang itu penting. Pastikan tubuh cukup vitamin terutama vitamin C kerana dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

9. Selepas bersalin, digalakkan mengambil multivitamin. Makan sayur dan buah-buahan banyak kerana kandungan seratnya boleh mengurangkan sembelit. Akan tetapi sekiranya sudah lebih 14 hari namun luka masih tidak sembuh, jumpalah doktor segera kerana takut ada jangkitan.

Macam tulah ceritanya mengenai LUKA BERSALIN. Semoga memberi manfaat kepada semua dan jangan nak rasa takut-takut ok? Farah berkongsi entri ni bukan nak bagi anda takut, tetapi nak beri pencerahan. Jangan bimbang, jangan risau…Fikir satu jer… Jika kami-kami yang pernah melalui fasa itu boleh tempuh, anda juga pasti boleh… Jangan fikirkan yang negatif, fikirkan yang positif dan masukkan aura positif dalam diri… In Shaa Allah… banyakkan amalan zikir dan doa kepada Allah SWT…. Semoga segalanya dipermudahkan dan dilancarkan…

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !