Cara Atasi PERANG TIDUR!!!

Farah Waheda Wahid
1

Perang tidur ni bukan satu perkara yang baru kalau dengan Iman Firash ni... 😂 memang dari sewaktu dia baru lahir dulu sampailah ke sekarang ni... Waktu tidur tu...Ikut waktu antarabangsa sangattt... Saat anak-anak pasangan lain lena dihanyut buaian alam mimpi yang indah... Anak kami ni, dengan bertenaga dan cerianya berjaga dan bermain... 

Throwback sedikit 3 tahun yang lepas... 




Iyaaa...Memanglah Mommy-nya pernah berkerja supporting bosses di United States sana dulu... Kerja odd hours dan perbezaan waktu Malaysia dan United States adalah lebih kurang 12 jam macam tu. Malaysia siang, United States malam... United States siang, Malaysia malam... Waktu kehidupan seharian pun adjust ikut United States... Tapi tak adalah pula sangka tersangkut ke Iman Firash... 😂 ha ha ha... Tak adalah...Saja-saja jer melawak... Memang dah Iman Firash macam tu... 

Dari lepas lahir sampai usia 5 bulan jugalah jenuh nak latihkan waktu tidur dia... Memang hari-hari mata panda jer... 🐼 ... Kadang-kadang tu nenek dia tak sampai hati, bila Iman Firash tak nak tidur di waktu malam... Disuruhnya Mommy Firash ni tidur dan dia berjaga... Sebab nenek dia risau Mommy dia nak memandu keesokkan hari ke pejabat serta jauh perjalanan... Tapiii, tak juga... Sebab takkan nak biarkan nenek dia yang sudah berusia itu pula yang berjaga? Nak tak nak, tetap Mommy kena berjaga kan? 

Usaha untuk latih tidur, latih punya latih, akhirnya berjaya bertukar ke waktu Malaysia. No more waktu antarabangsa. Cumanya, ada hari-hari ada masa akan terjadi situasi di mana dia akan tidur lewat! Lewat yang dimaksudkan adalah selewat pukul 2.00 - 3.00 pagi kalau diikutkan rentak dia serta kehendak dia. Terkadang tu sengaja tak diberikan tidur di siang hari, tetapi masih juga lagi 🙄... Nak tidur lewat juga! Suka lawan mata 👀 kata nenek dia. Yang jadi tersenguk-senguknya? Mommyyy juga... 🙋

Ada ibu bapa termasuklah Farah yang menghadapi masalah terpaksa berjaga malam gara-gara anak kecil yang tidak mahu melelapkan mata di waktu malam. Tak merungut ek? Jangan salah anggap pula. Ini sekadar menceritakan situasi. Ada masa tu ok lah kan? Ada masa tu pula, ada yang boleh jadi tak tahan bila siangnya penat bekerja di pejabat, malam hari masuk waktu tidur, anak pula enggan tidur. Sebaliknya makin larut malam makin naik syeh dia bermain! 😂. Untuk Farah, Farah agak dah lali sebab, Farah dah biasa dengan berjaga malam untuk siapkan tugasan. Tapi risaukan ianya akan memberikan impak kepada kesihatan dia jer. Lagipun dah nak sekolah dah tahun depan, kena biasakan dia untuk tidur awal. 

Menurut satu artikel di SINI, tentu kebanyakan ibu bapa biasa dengan situasi anak kecil berusia dua hingga empat tahun sukar tidur malam. Biasanya mereka sukar mematuhi arahan untuk tidur sehingga kadang kala terpaksa berlaku PERANG TIDUR! Sibuklah kannn asyik nak main atau menonton televisyen sehingga akhirnya akan "tantrum" jika disuruh berhenti melakukan aktiviti tersebut. Sebenarnya dia tidak mahu meninggalkan aktiviti tersebut sebelum tidur. 

Itulah yang artikel tu pesan 😂, sebagai ibu bapa kita ni perlu bijak memainkan peranan. Tidak boleh terlalu keras dan tidak boleh juga terlalu menurut kehendak anak. Yup, itulah yang Farah percaya. Not to strict and not really following all his demands. Tengah-tengah. Di antara. Bukannya memanjakan yer tak? Anak-anak usia sebegini setiap kali tiba waktu tidur. Jadi? Apa penyelesaian terbaik? 

TETAPKAN PERATURAN WAKTU TIDUR
Dengan menetapkan peraturan dan rutin sebelum tidur sejak usia bayi lagi, anda telah mengajar mereka tabiat tidur yang baik dan sudah tentu memudahkan mereka tidur awal. Apa yang boleh anda lakukan ialah mewujudkan kebiasaan atau rutin setiap kali tiba waktu tidur. Secara tidak langsung, ia menggalakkan tabiat tidur yang baik kepadanya. 

PENANDA ARAS
Antara petunjuk bahawa sudah tiba masa tidur adalah membacakannya koleks buku cerita sebelum tidur, membacakannya doa tidur dan zikir dan mengajaknya menggosok gigi apabila tiba waktu tidur. 

Dengan yang demikian, dia akan faham bahawa waktu tidur sudah tiba. Jadi, dia perlu menyiapkan dirinya untuk tidur. Jika rutin ini sudah diajar sejak kecil, percayalah, anak anda akan mudah tidur. 

TUNJUKKAN CONTOH
Kanak-kanak belajar melalui tauladan. Sejak kecil biasakan dengan situasi di mana semua orang mesti masuk bilik untuk tidur. Jika melihat ibu dan bapa hendak masuk tidur maka sudah tentu mereka juga akan mengikutnya. Tapi amalan ini perlulah dibiasakan sejak bayi lagi, barulah anak senang hendak mencontohi! 

1,2 dan 3 tips dah buat dah punnn... Tapiii... 😂... Tak berkesan... Tak jalan kesemuanya... Dia tetap dengan cara dia juga. Akhirnya, yang berjaya bagi Farah adalah.... 

TUTUP SUIS LAMPU
Biasakan menutup suis lampu rumah apabila tiba masa untuk tidur. Apabila suasana sudah gelap maka mereka tahu, sudah masanya untuk tidur. Janganlag kita suruh si kecil masuk tidur tetapi kita pula masih sibuk di dapur (kalau nak sibuk juga, tunggu dia betul-betul lena) atau menonton TV. Tentu sahaja anak enggan masuk tidur. 

PURA-PURA TIDUR DI SEBELAH ANAK
Kalau semua cara yang dah dicadangkan tidak dapat membantu anak untuk tidur malam. Guna trik paling mudah yang mana kadang-kadang boleh jadi kita yang hanyut dulu ataupun sama. Ahaksss 😂. Hajat nak selesaikan kerja boleh jadi tak selesai sudahnya... wakakaka... ajak anak berbual dan bermain sambil berbaring atas katil. Kemudian kita berpura-pura rasa mengantuk dan tidur. Lama kelamaan nanti, tidurlah dia sendiri. 

Setiap kanak-kanak memerlukan waktu tidur yang berbeza. Namun, secara umumnya, anak berusia dua tahun memerlukan 13 jam waktu tidur dalam sehari. Biasanya mereka akan tidur antara 11 hingga 12 jam di  waktu malam dan tidur petang sekali selama satu atau dua jam sehari. 

*Nak sekolah dah, nak tak nak memang kena paksa tidur awal. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !