Bila Anak Sudah Mula Pandai Mengira Dan Ketahui Perbezaan...


Nampak dia punya kerut? Nampak tak? Kebiasaannya kalau berkerut dahi sampai sebegini sekali, itu semua punca-punca yang bakal membawa kepada hujan lebat petir sabung menyabung dan ribut taufan selepas itu. Jika ada sesuatu yang tidak kena...Jika ada sesuatu yang tidak berkenan di hati atau kehendak atau hajat hati tidak tercapai... Inilah dia lagak gaya dia di peringkat permulaan... Ihiksss... Selepas itu... 

Bersiap-sedia ajerlah Mommy! Layan jerlah emosi si anak itu bila dia sudah mula berubah cuaca... Ini kira-kira kalau ikut ramalan kaji cuaca kita boleh panggil sebagai cuaca didapati mendung... Terkadang tu... Mendung tak bererti hujan... Akan tetapi terkadang tu... Mendung memang bererti hujan... Bha ha ha... 

Teringat kepada kisah telur yang Tinggal Tak Menetas Jer Lagi!!!... Mahal oiii telur ni... sekarang ni sebiji dah RM 5.20. Kalau dua? Kalau tiga? Haaa, kiralah sendiri yer? Dah berapa dah duit melayang-layang terbazir macam tu ajer? Serius...mahal telur ni yang Farah rasa sebenarnya tak berpadanan harganya... Kira-kira macam duit terbang melayang sia-sia jer pada pandangan Farah... But no matter what...Telur ni tetap popular di pasaran dan mendapat sambutan hangat Farah rasa...Sebab walaupun ianya tak mendatangkan hasil apa-apa akan tetapi berlambak-lambak di pasaran... 

Mana-mana pergi jer ada dijual telur ni...Ada nampak kelibat telur ni... Farah nak elakkan Iman Firash dari nampak telur ni... Sebab Farah tak nak membazir duit buta-buta macam tu jer beli telur ni... Entah...Biar apa pun orang kata...Farah tetap rasa sangat membazir telur ni... 


Haaa...tu diaaa...Mahal kannn? Ada Farah jumpa harganya RM 3 plus plus...Kalau tak silap Farah di MYDIN berhampiran kawasan perumahan kami... Tapi...Walau RM 3 plus plus pun tetap duit juga kannn? RM 3 didarabkan dengan 2-3 dah boleh beli sayur dah oiii... 

Cerita kali ini adalah mengenai bila si anak sudah mula pandai mengira dan mengetahui perbezaan... Dia akan mencari bila terkurang satu! Phewww... Iya... Hari tulah, baru jer berlalu hari Isnin ni tadi... Keluar sebentar membeli barang...Owhhh lupa...Isnin tu Farah sambung cuti...He he he...Saja berehat... Bila membeli barang tu...Tergedik-gediklah telur ni menonjolkan diri di hadapan Iman Firash di atas tray di Petronas... Bila dia nampak, dia nak...Dia minta dan dia nak... Puas kata tak perlu...Nak juga...Puas pujuk, bertegas nak juga... Firm sangat dengan decision nih! Susah nak tembuh dan pujuk rayu...Ha ha ha... 

Kadang-kadang tu memang ko pujuk rayulah Mommy ni macam mana... No means no... Tapi kalau Mommy rasa Mommy baik hati sikit, Mommy belikanlah juga satu.... Cuma sejak kebelakangan ni dah pandai tak nak beli satu jer ok? Nak sekurang-kurangnya dua biji telur ni... Aduyaiii... Ada sekali tu, sampai 4 biji telur sekali dia nak beli... 

Kalau dah MAK KATA, SAYA ANAK BIJAK, yang maknya pun kenalah bijak juga atur strategi bagaimana nak elakkan pembaziran... Ermmm... Memanglah kalau ikutkan tak baik buat begitu... Anak ingatkan yer-yer lah kita ni dah bersetuju untuk membelikan, tetapi bila didapati tak ada sepertimana yang diharapkan itu adalah sesuatu yang menghampakan. Kita pun tahu bagaimana rasanya perasaan hampa ni kan? But...tell me what are the choices that I have? Tak boleh dimuakan sangat...Tak boleh diikutkan sangat...Tak boleh dimanjakan terlebih sangat sampaikan semua kehendak tidak pernah dibantah, tidak boleh dibantah dan dituruti serta dipenuhi...Bak kata nenek dia...esok-esok nanti diri sendiri yang teruk... 

Bukan niat nak menghampakan anak, mengecewakan hati anak... mahupun menipu anak, akan tetapi TERPAKSA ok TERPAKSA. Anda faham maksud terpaksa? Kalau diikutkan sangat kalau kerap dituruti ianya akan menajdi kebiasaan. Puas juga dok fikir cara terbaik bagaimana nak selesaikan isu ni...Hu hu hu... Akhirnya satu hari tu, Farah dapat idea bagaimana untuk elakkan dia bising dan dalam masa yang sama tak membazir. 

Farah akan letakkan di dalam bakul atau troli pasar raya, kemudian sampai di kaunter, Farah akan berikan pada juruwang sambil memberitahu yang ini tak mahu. Boleh simpan untuk saya? Boleh simpan untuk akak? Sampai tersenyum-senyum juruwang tau tak? Akak kisah ke? Tak kisahhh... Kalau akak yang kering, bukan juruwang tu nak bantu bagi duit pun kannn? kannn? kannn? Hu hu hu... Rasanya, macam banyak lagi manfaat yang boleh dibelanjakan... Bukannya disalurkan kepada telur yang tak menetas tu. 

Sewaktu dia masih belum sibuk mengira dan tahu mengira...He he he...Tak jadi masalah... Tapi hari Isnin tu kannnn... Huwaaa... Yang dah mula boleh mengira one, two, three sampai nombor belas-belas ni... Dah mula pandai mengira dah dan dia ingat koooo.... Dush dush... Sewaktu di kedai dia ambil 2 biji telur tak menetas tu... Bila sampai rumah, dia buka plastik dia lihat hanya satu... Dia kira kuat-kuat... One! Masuk plastik keluar plastik balik... One! Kedengaran jelas lagi suara dia... Hu hu hu...Kental Mommy kental... Please kental Mommy? Hua hua hua... 

Tiba-tiba terkedek-kedek dia datang... Mommy? Two? ...Ahh sudahh... Dia tanya mana lagi satu? Tulahh... Anak dah pandai mengira dan tahu perbezaan banyak dan kurang... Jawab Mommy jawab! Jangan tak jawab...Kuang kuang kuang... Sambil mulut dah mula tercebik-cebik dah menahan kesedihan serta kepiluan yang amat... Haaa...mulalah Mommy bagi alasan macam-macam kannn? You took only one not two... Dia tanya lagi... Mommy? Two? 

Terlerai juga tangisan sudahnya... Rasa macam nak tepuk dahi, tapi tak tepuk dahi... melihatkan reaksi dia bila sudah mula pandai mengira dan mengenal perbezaan ni... Jenuh juga nak pujuk oiii... Tapi tulah , nak ajar dia supaya dia hanya boleh beli satu jer telur tu bukannya banyak-banyak sekali... Perlahan-lahan memang nak hentikan tabiat suka membeli telur tu dan nak pupuskan terus kecenderungan dia kepada telur tu... In Shaa Allah akan berhasil juga nanti ni dengan izin Allah SWT... Amin... 

Bukan apa, kalau boleh tak perlulah kan? He he he... Jimat cermat kan amalan mulia? Jadi haruslah ajar dia berjimat cermat juga... Kalau dengan Babah nan hadolahhh Babah nak bagi permission beli telur tu... Mujurlah Mommy ni tak menyampai juga hati...Dalam tak nak belikan, belikan juga sesekali... Hati mak-mak kan? Tak menyampai hati terkadang tu bila lihat riak wajah anak...Wakakaka.... 

*Don't play-play you know... Bila anak sudah tahu mengira dan kenal perbezaan banyak dan sedikit...Memori mereka dahlah sememangnya kuat... Kena tangani dengan lebih bijak dan cari cara lain nih... Rasanya tak boleh pakai strategi dah...Kena terangkan dan fahamkan dia secara perlahan-lahan sampai dia faham... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Anak Sudah Mula Pandai Mengira Dan Ketahui Perbezaan..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, September 22, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. waaah.. dah pandai mengira??? bijaknya Ash.. hensem lak tu.. kenyit mata sikitt.. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY