Home » , , , , , , , , , , » #bersatuTENAGA | Tak Lengkap Lagu Ni Tanpa Kita #bersatuTENAGA… Jom???

#bersatuTENAGA | Tak Lengkap Lagu Ni Tanpa Kita #bersatuTENAGA… Jom???

#bersatuTENAGA

Senyumanmu… Buat Aku…
Merasa Bahagia…
Senyumanmu…Buat Aku…
Ceria Sentiasa…

Kemaruk humming dan menyanyikan bait-bait lirik lagu terbaru yang telah dihasilkan oleh Faizal Tahir,  di mana, Farah baru sahaja mendengar lagu tersebut 2-3 hari yang lalu! Walaupun ianya adalah lagu baru, akan tetapi sekali dengar jer dah tersampuk dengan lagu tersebut. Mana tak tersampuk? Susunan melodi oleh Faizal Tahir sememangnya indah dan catchy oiii!!! Bukan nak ampu, bukan nak bodek… Kalau sungguh pun Farah ni mengampu dan membodek Faizal Tahir, Farah takkan dapat apa pun! Ini adalah pandangan peribadi secara ikhlas dan jujur dari hati ok? Memang Farah suka sangat dengan lagu tersebut.

Cumanya, ada sesuatu yang Farah nak kongsikan dengan anda mengenai lagu tersebut…Pssstttt… Ini rahsia kita-kita ajer tau??? Shhhh…. Jangan bagi tau orang lain tau??? Open-mouthed smile… Ha ha ha… Yang benarnya kannn? Lagu yang Farah minat sangat tuuu… Lagu Faizal Tahir yang baru tuuu… Belum siap sepenuhnya lagi! Iyaaa, belum siap lagi lagu tu, belum sempurna lagi, masih tergantung-gantung lagi… Dan cerita disebalik lagu tersebut adalah…Ianya adalah merupakan lagu yang diciptakan khas oleh Faizal Tahir bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia pada bulan Ogos 2016 yang baru sahaja berlalu dan juga bersempena dengan Hari Malaysia yang bakal menjelang pada 16 September 2016 ini! Disappointed smile 16 September??? Alamak!!! Macam tak lama jer lagi dah tu??? Tapi lagu tu masih belum lengkap! Macam mana ni? Macam mana kalau lagu tersebut tidak dapat disiapkan?

Pernah dengar tak perkataan APA YANG PENTING…KERJASAMA??? Bila kita #bersatuTENAGA sebenarnya, banyak perkara-perkara hebat yang kita tak pernah terjangkakan boleh berlaku. Kita semua sama-sama dilahirkan di Malaysia, dibesarkan di Malaysia, meraikan serta berkongsi kegembiraan… Jadi apa salahnya kalau kita sama-sama #bersatuTENAGA berganding bahu untuk membantu Faizal Tahir kannn??? Jadikan lagu tersebut betul-betul bertenaga dan sesuatu yang paling diingati oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia setiap kali tibanya bulan Ogos dan juga September!

Nak bantu??? Apakah medium dan caranya yang membolehkan kita menghulurkan tangan #bersatuTENAGA dan berganding bahu untuk merancakkan, mengindahkan ataupun melengkapkan lagu tersebut? Jawapan kepada persoalan yang Farah utarakan tadi adalahhh…. melalui kempen #bersatuTENAGA yang sedang dijalankan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

#bersatuTENAGA 2

Tak kiralah sama ada anda ni seorang artis ataupun tidak… semua rakyat Malaysia adalah dialu-alukan serta dijemput untuk menyertai kempen #bersatuTENAGA oleh TNB ini! Wohooo!!! Barulah seronok macam ni kannn??? Semua orang layak untuk berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan untuk membantu melengkapkan lagu Faizal Tahir ini! Lagipun, sememangnya pihak Faizal Tahir sendiri menjemput semua rakyat Malaysia untuk membantu beliau. Bukannya sekadar golongan tertentu sahaja. Begitulah keindahan serta keharmonian perpaduan di kalangan rakyat Malaysia kan?

Farah dah pun menyumbang apa yang Farah rasakan yang terbaik Farah mampu sumbangkan untuk membantu Faizal Tahir… Rolling on the floor laughing… Walaupun Farah ni tidaklah mempunyai suara lemak merdu, tetapi Farah tetap tidak mahu ketinggalan di dalam menjadi sebahagian yang terlibat di dalam kempen #bersatuTENAGA oleh pihak TNB yang pertama kali dijalankan pada tahun 2016 ini. Berikut adalah paparan video penyertaan Farah di Instagram untuk tatapan anda dan siapa tahu? Mungkin boleh menjadi sumber inspirasi yang tidak seberapa untuk anda… Winking smile… Tak sedap pun suara mak ni noksss! Acah-acah guna pengalaman jadi kaki SMULE jer… Open-mouthed smile… Jika suara terkepit ke? Tercekik jer? Halalkan ajerlah yer?


A song that won't sound right without your voice! #bersatuTENAGA kita bersama-sama membantu @faizal_tahir menyempurnakan dan merancakkan lagi lagu ini seiring dengan kempen #bersatuTENAGA @tenaga_nasional... @jaclyn_victor dan @elizabethtsm pun sudah turut serta merancakkan serta mengindahkan lagu ini! Anda bila lagi? Senang jerrrr! Rakam aksi anda MENYANYI, BERDANSA, BERMAIN ALAT MUZIK atau APA2 SAHAJA AKSI yang boleh merancakkan lagu ini! Wohooo! Rakaman yang terpilih akan dimuatkan menjadi satu video klip! Nak muncul sebaris dengan Faizal Tahir? Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan? Tunggu apa lagi? Tunjukkan kreativiti anda yang ohsem itu! Nak tau informasi selanjutnya? Ikuti entri #bersatuTENAGA di www.bubblynotes.com! #tnb #tenaganasionalberhad #harimalaysia #malaysia #bubblynotesdotcom #parentingblogger #parentingbloggermalaysia #lifestyleblogger #lifestylebloggermalaysia #malaysiaparentingandlifestyleblogger #bloggermalaysia #malaysianblogger
A video posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on

Embarrassed smile Malunyaaa kita wak!!! Hu hu hu… Suara tu dah tentu-tentu tak sedap kannn? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tapi nak juga mencelah menyanyi kannn? Itu yang terbaik yang boleh Farah fikirkan kot buat masa sekarang? #ehhh… nak tau tak?  #bersatuTENAGA semakin meriah dengan penyertaan serta sokongan rakan artis yang lain tau. Siapa tu? Jaclyn Victor dan Elizabeth Tan pun turut menyumbangkan buah fikiran mereka! Untuk inspirasi yang lebih mendorong anda berbanding suara Farah yang tak lemak merdu tu… Saksikan sedutan video apa yang Jaclyn dan Lizzie dah berikan untuk #bersatuTENAGA:

Malu??? Alaaa…. jomlah jomlah jomlah… Farah pun malu juga tapi Farah redah jer! Anda turut serta… Tak sesusah mana punnn… Senang jerrr!!! Caranya???

#bersatuTENAGA3
#bersatuTENAGA 4

RAKAMAN YANG TERPILIH AKAN DIMUATKAN MENJADIKAN SATU VIDEO KLIP! Dapat masuk video klip dengan Faizal Tahir, Jacylin Victor dan Elizabeth Tan lagi tuuuu! Bukan senang kannn?

Lai lai lai lai lai…. The more the merrier! Lagi ramai yang turut serta menjayakan #bersatuTENAGA lebih meriah dan lebih happening #bersatuTENAGA kita ni! Farah yakin! Bila kita #bersatuTENAGA hasilnya pasti bom kebabom! Meletopsss!!!

#bersatuTENAGA 5
UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT:

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel #bersatuTENAGA | Tak Lengkap Lagu Ni Tanpa Kita #bersatuTENAGA… Jom???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, September 7, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY