Home » , , , , , , , , , » Batuk & Selesema? BAHAYA Ubat Kepada Anak Di Bawah 2 Tahun...

Batuk & Selesema? BAHAYA Ubat Kepada Anak Di Bawah 2 Tahun...


Anak... Kalau dah batuk atau selesema memang boleh buatkan mak-mak tak senang duduk... Sama juga halnya dengan abah-abah... Nak nak lagi kalau jerih kedengaran nafas anak tu... Alahaiii, kesiannya... Berdasarkan pengalaman sendiri, Iman Firash setakat ini Alhamdulillah, jarang-jarang dihinggapi batuk. Serasa Farah baru 2 kali kot? Dia dihinggapi batuk... Doa dalam hati moga-moga taklah kena batuk... Sebab nak elakkan kalau boleh, kalau bolehlah... Kena neb ke apa ke kan? Selesema tu ada juga beberapa kali... Paling kesian, bila hidung tu tersumbat... Susah nak bernafas, especially kalau sewaktu tidur malam...Memang tak tidur dibuatnya... Risau... Selalunya gunakan kunyit hidup - yang ini Farah pernah kongsikan di dalam entri lama Farah dulu sewaktu Iman Firash masih bayi di dalam entri Kunyit Hidup & Selesema Bayi... 


Ni haaa, gambar budak botak tu sewaktu dia kena selesema dari entri yang Farah maksudkan tu... Waktu ni usia Iman Firash baru nak cecah 2 bulan...Masih dalam pantang lagi ni pada waktu tu...Kesian dia...Kecil-kecil dah kena selesema... Hu hu hu... Dan berkenaan dengan selesema ni, ada juga beberapa entri di Bubblynotes.Com yang berkaitan yang pernah Farah kongsikan iaitu di antaranya:


Kali ini, ada cerita lagi mengenai selesema dan juga ada sedikit penambahan iaitu batuk... Farah dapat cerita dan informasi ini dari sumber di SINI...

Nak tau tak? Menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia 2 tahun ke bawah. Ini kerana ubat-ubatan itu hanya merawat simptom sakit dan bukannya punca sakit. 

Selain itu, ubat selesema dan batuk ada sejenis bahan yang menyebabkan mengantuk dan sangat merbahaya untuk bayi kerana kesukaran untuk mereka bernafas ketika tidur boleh menyebabkan maut! 

Sebagai gantian atau alternatif ada beberapa petua yang boleh digunakan oleh ibu-ibu untuk memberikan kelegaan kepada bayi yang diserang selesema dan batuk. 

1. Berikan sesudu madu dan air suam kepada bayi berusia dua tahun dan ke atas. Madu boleh melonggarkan lendir hingus yang tersekat di tekak.

2. Campurkan sedikit minyak angin khas untuk bayi ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selesema dan batuk dengan tuala agar wap minyak angin boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa. Ketika anak sedang menghidu wap tepuklah belakangnya secara perlahan-lahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. 

3. Buang kahak dalam paru-paru dengan lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi yang selesema itu menyusu, atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja. Caranya, tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya. Bentukan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui najis.

Apa Ibu Perlu Buat? 

1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin. 

2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.

3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selesema. 

4. Sapukan minyak telon selepas mandi di bahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selepas mandi.

5. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selesema.

6. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selesema.

Macam tulah lebih kurang ceritanya... Farah tidak pernah melakukan petua-petua selain dari menggunakan kunyit hidup. Kunyit hidup sangat membantu sekiranya Iman Firash selesema. Semoga anak-anak kita semua sentiasa dikurniakan tahap kesihatan yang memuaskan dan semoga informasi yang dikongsikan ini bakal menjadi sesuatu ilmu yang bermanfaat buat semua. ;-)  

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Batuk & Selesema? BAHAYA Ubat Kepada Anak Di Bawah 2 Tahun... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, September 17, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY