Weekend Getaway | The NEXUS BUSINESS SUITE Experience...

Farah Waheda Wahid
2

Psssttt... Ada satu tempat yang MENARIK, PRIVASI, BERBALOI, BERSIH DAN LUAS BILIKNYA. Ha ha ha... Siap anak-anak boleh main kejar-kejar lagi dalam bilik tu ok? Sesuai untuk short weekend treat or short weekend getaway mahupun untuk persinggahan business trip. Untuk meraikan ulangtahun perkahwinan atau anniversary pun sesuai. Mana tu??? Tempatnya adalah... NEXUS BUSINESS SUITE, Shah Alam. Peta lokasinya: 



Jujurnya, Farah sendiri tak pernah tau yang mana adanya tempat pengginapan yang satu ini. Tak tau pun kewujudannya. Ha ha ha, nampak sangat tak pernah ambil tahu dan tak pernah nak kisah sangat pasal hotel dan juga mana-mana resort. Nampak sangatlah diri ini tak pernah nak observe mana-mana tempat untuk percutian peribadi ataupun keluarga. Memang tak pernah pergi bercuti punnn... Uhuksss... Jangan salah sangka bukan nak mohon belas ihsan atau simpati sesiapa yer... Sekadar pengakuan ikhlas dari lubuk hati paling dalam yang bukan bertujuan nak meraih. Wakakakaka... Itu yang bila, ada pihak yang approach Farah untuk review tempat pengginapan ini beberapa bulan yang lepas, Farah sibuk dok Google dan cari maklumat tentang tempat ni. Bila dah baca, dapat maklumat dan rasa tertarik, Farah pun bersetujulah nak review tempat pengginapan tersebut dan berkongsi dengan anda semua informasi yang mungkin berguna kepada anda mengenai NEXUS BUSINESS SUITE.  Iyalah, terkadang tu kita tak tahu kan? Bila masa tu secara tiba-tiba jer kita perlukan tempat pengginapan sebegini? Manalah tahu dari perkongsian Farah ini serba-sedikit boleh membantu. :-). 

Yang Farah nak kongsikan dengan anda tentang NEXUS BUSINESS SUITE ini adalah serba sedikit mengenai DELUXE KING ROOM mereka. Pengalaman bermalam selama semalam di DELUXE KING ROOM, NEXUS BUSINESS SUITE beberapa minggu yang lalu, membuatkan Farah lebih teruja untuk berkongsi dengan pembaca Bubblynotes.Com. 



Buka-buka jer pintu bilik pengginapan yang diberikan kepada Farah tempoh hari... Melopong dan jakun sekejap ha ha ha... Terus rasa kagum dengan apa yang ada di dalam bilik pengginapan tersebut. Perkara pertama yang Farah dapat rumuskan, harga bilik pengginapan NEXUS BUSINESS SUITE yang ditawarkan kepada para pelanggan dan juga jika dibandingkan dengan bilik pengginapan yang disediakan... Mak aiii... Memang berbaloi-baloi oiii... Kebiasaanya jika bilik pengginapan sebegini lengkap dan luas kawasannya, harga pengginapan semalam pasti tinggi dan koman-koman pun pasti tidak kurang dari RM400.00 plus-plus semalam ataupun boleh cecah ribuan ringgit pun ada. Terutama di kawasan  golden triangle kannn? Tetapi di NEXUS BUSINESS SUITE ni, memang harga yang ditawarkan untuk semalam adalah jauh lebih rendah. Iyaaa... Kalau anda yang ada sendiri di situ dan melihat serta membuat perbandingan anda juga akan turut terkejut. Harga dan keadaan bilik. Kenapa selama ni tak pernah tau? Ha ha ha... Kalau tau sebelum ni... Mungkin jika ada rezeki, Farah dah bawa keluarga bercuti singkat di sini, sekadar menghabiskan hujung minggu kami sekeluarga dan sebagai family short weekend getaway. 

Bilik pengginapan  DELUXE KING ROOM, NEXUS BUSINESS SUITE, bermula dengan kawasan ruang makan. Sebelah pada meja makan itu, terdapat sofa single dan juga lampu hiasan bilik. 



Depan sikit? Depan sikit ada mini bar dan juga kitchen cabinet yang ringkas untuk kegunaan semasa penghuni bilik di NEXUS BUSINESS SUITE. Ianya dilengkapi dengan cerek untuk memasak air, dua botol air mineral, sedikit bekalan kopi segera, teh segera, gula dan creamer. Di dalam mini bar terdapat pelbagai jenis minuman dan juga makanan ringan yang lain. Jika anda seorang Muslim, anda boleh memohon pihak NEXUS BUSINESS SUITE untuk mengeluarkan minuman arak dari mini bar tersebut. 



Sebelah pada kawasan mini bar dan kitchen cabinet terdapat satu lagi pintu yang akan membawa anda ke ruang bekerja dan juga kamar tidur. Bila tolak jer pintu tu, macam... Owhhh wowww! Ha ha ha... Jakun sekejap mak noksss... 



Ada ruang untuk bekerja yang sangat selesa dan luas! Dalam hati, seronok kalau dapat berblog di ruang kerja yang disediakan ni. Memang terbaiklahhh! Ekekeke, cuma ilham entri tu tak pastilah ada ke tak ada kannn? 



Berhadapan dengan ruang kerja yang disediakan terdapat kawasan built-in wardrobe yang sangat besar. Macam-macam boleh sumbat ok? Di dalam built-in wardrobe tersebut terdapat jubah mandi, selipar, peti simpanan besi dan kelengkapan untuk menggosok pakaian. Pendek kata semua lengkaplah! Tak perlu susah payah nak keluar ke mana-mana pun kalau nak menggosok pakaian ke apa ke? 


Ruang bilik mandi pula, sangat bersih dan dilengkapi dengan pelbagai keperluan seperti water heater, toileteries, hairdryer yang mana ianya adalah standard mana-mana tempat pengginapan yang lain di Malaysia. Bersih! Memang sangat bersih! 


Duduk sorang-sorang syok owhhh layan movie! Televisyen bersaiz 40" disediakan di setiap bilik dengan saluran-saluran menarik yang tidak akan membosankan anda. Tiba-tiba terkenan dengan tv console rotan ini. Unik dan jarang-jarang kelihatan. Kalau dapat satu kat rumah pun menarik ni! Heee... Akses internet pun stabil! Seronok melayari laman media sosial ok? Layan YouTube pun tak ada buffer. Laju jer. Cuma bila sesetengah waktu tu agak perlahan atau tidak boleh diakses mungkin disebabkan ramai pengghuni di NEXUS BUSINESS SUITE yang menggunakan akses internet yang disediakan. Iyalah bila ramai yang dah guna, tentulah internet traffic congested kan? 



Ini paling best oiii! Susunan dan set-up katil yang sangat cosy dan dapat membayangkan bagaimana keempukkannya bila berbaring. Ha ha ha... Dah lah dilengkapi dengan blackout curtain ... Memang tidur mati betul kalau tidur ni dan memang dapat berehat sepuas-puasnya ni! Dah suasana sangat senyap dan juga sangat sunyi. Memang kalau sesiapa yang nak merehatkan diri, merehatkan minda dan mempunyai masa bersendirian, ini adalah satu pilihan yang terbaik dan mantap! Yang inginkan privasi seperti untuk sambutan ulangtahun perkahwinan atau anniversary juga pasti akan sukakan NEXUS BUSINESS SUITE. 

Cumanya, secara jujur, fasiliti yang ada di situ, hanyalah kafe di bahagian lobi untuk para penghuni menikmati hidangan dan jika malas nak keluar boleh jer melakukan pesanan room service. Gimnasium dan spa masih di dalam peringkat renovasi ataupun pembinaan. Tak lama lagi bukalah tu. Owhhh... Cumanya untuk kanak-kanak, nan hado swimming pool di NEXUS BUSINESS SUITE. 

Berapakah keluasan bilik yang Farah huni selama semalam itu? Untuk pengetahuan anda, bilik tersebut adalah berkeluasan sebanyak 62 meter persegi. Dan harga sewaan pengginapan semalam adalah dari RM 178.00 semalam sehingga RM 198.00 semalam bergantung kepada promosi yang ditawarkan pada satu-satu masa dan ketika. Haaaa... Amacam? Harga pengginapan semalam dibandingkan dengan bilik yang diberi? Berbaloi tak? Good bargain tak? Cumanya seperti mana yang diberitahu oleh pihak NEXUS BUSINESS SUITE, deposit sebanyak RM 150.00 adalah diperlukan dari bakal penghuni sewaktu mendaftar masuk - on top of your room rate payment. Jadi jika anda bercadang nak mengginap di sana, siap-siapkan deposit sebanyak RM 150.00 selain dari bayaran sewa pengginapan anda ok? 

Selain DELUXE KING ROOM, terdapat beberapa jenis bilik yang lain juga untuk menampung kesesuaian bakal penghuni seperti DELUXE TWIN ROOM, JUNIOR SUITE dan FAMILY SUITE. Harga sewaan semalamnya pula adalah tidak melebihi RM 400.00 semalam. 

Untuk Maklumat Lanjut & Sebarang Informasi, Sila Rujuk: 


NEXUS BUSINESS SUITE 
2, Jalan Perimbun 27/11
Seksyen 27, 40400, Subang Jaya 
Shah Alam
Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan 

No. Telefon: +60351032388

No. Faks: +60351032001

E-Mel: reservation@bwnexus.com.my / shaniceyap@nexusbase.com.my

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nan hado swimming pool ???
    hu hu tu la utama skali kalu aida carik hotel, farah :)

    ReplyDelete
  2. :) Bapak besttt ahh.Memang syok tidur kak farah!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !