Turun RM165.00! Syukurlah

Farah Waheda Wahid
2
 

Jika ada yang masih ingat lagi, jika ada yang pernah terbaca... Farah pernah memuatnaik satu entri yang bertajuk  Dari RM530.00 Kepada RM991.00!!! Entri tersebut menceritakan luahan keluhan perasaan seseorang yang bernama Farah Waheda ke atas kenaikan harga bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan yang kami duduki sekarang ini. Maunya tak mengeluh bila kenaikan yang dimaklumkan melalui surat dari pihak bank menyatakan bahawasanya harga bayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan mendadak naik kepada RM991.00 daripada bayaran ansuran bulanan asal iaitu RM530.00. 

Padahnya bila pinjaman perumahan adalah pinjaman perumahan konvensional yang berdasarkan peratusan Base Lending Rate dan bukannya pinjaman perumahan Islamik. Masa nilah sekali lagi dan telah berkali-kali pun sebenarnya terasa rugi kerana tidak memohon pinjaman perumahan Islamik dahulu. Tapi tulah, nak dikesalkan berpuluh kali pun, sendiri sedia maklum yang masa tu, kemampuan kewangan memang tak mampu nak membayar bayaran ansuran bulanan yang agak tinggi di bawah pinjaman perumahan Islamik. 

Bagi yang baru dengan terma Base Lending Rate, sedikit penerangan atau penjelasan mengenai Base Lending Rate untuk makluman anda adalah seperti yang dinyatakan di bawah berikut: 

Base Lending Rate ataupun di dalam Bahasa Malaysia-nya adalah Kadar Faedah Tetap. Kadar BLR adalah ditetapkan oleh bank-bank dalam Malaysia dengan berpandukan Overnight Policy Rate (OPR). Maksudnya di sini jika Bank Negara menetapkan kadar OPR yang tinggi, maka bank-bank juga akan menaikkan kadar BLR mereka dan begitulah juga sebaliknya. 

OPR ditentukan oleh Bank Negara berdasarkan kepada pertumbuhan dan situasi semasa ekonomi negara. Jika ekonomi merosot mungkin kadar OPR oleh Bank Negara akan meningkat dan berpandukan OPR dari Bank Negara ini, bank-bank dalam Malaysia juga akan menaikkan kadar BLR-nya. Ini mengakibatkan bayaran bulanan peminjam akan meningkat. 

Jujur diakui sememangnya terasa perit dan sakit-lah kannn? Bila selama kini membayar sebanyak RM530.00 sebulan lepas tu, tup tup tup... Jadi RM991.00. Lagi RM9.00 genap jadi RM 1,000.00. Pffft... Berpeluh dingin dan terasa sesak nafas dan senak perut sekejap mak noksss! 1/3 gaji bulanan bulat-bulat kat situ jer! Tapi nak buat macam mana kan? Rumah tu perlu untuk berteduh serta berlindung dari panas dan hujan, kilat petir segala bagai. Bising-bising lebih dan mengeluh pun tak akan merubah apa-apa. Dah awak punya pinjaman perumahan jenis konvensional disebabkan tahap kemampuan awak dulu sewaktu nak membeli rumah, bayar ajerlah. 

Minggu lepas??? Dapat lagi sepucuk surat dari bank! Terketar-ketar kakak nak buka surat tu ok? Ha ha ha... Manalah tau kot-kot nak bagi tau yang BLR naik lagi kadar peratusannya? Al-maklumlah duit RM100.00 dah macam RM50.00 dah sekarang ni. RM50.00 dah macam RM10.00. Sekelip mata jer boleh licin lincau... Harga barangan semua dah mahal... Kos sara hidup pun makin tinggi... Melangkah jer kaki keluar rumah, bergerak jer kenderaan kos pun mula mengalir yer tak? Sebab tu kakak ni gemar terperap dalam rumah jer kalau tak ada apa-apa yang memerlukan kakak ke mana-mana... Ahaksss maunya tak terketar-ketar dan berdegup kencang jantung nak buka surat bank tu? 

Boleh? Buka surat tapi pejam mata dulu? Punyalah kannnn risau... Silalh bayangkan reaksi Farah tu yer? Heee... Perlahan-lahan buka mata dan buntang jap biji mata membaca! Allahuakbar, syukur... Hu hu hu... BLR turun dan harga bayaran ansuran bulanan juga telah MENURUN sebanyak RM165.00. Tu pun dah syukur dah oiii... Walaupun hakikatnya Farah sangat mengharapkan agar dapat membayar sebanyak RM530.00 sebulan seperti tahun-tahun permulaan dahulu. Tak apalah sekurang-kurangnya ada penurunan sedikit kannn? 

Buat kawan-kawan dan adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dan bercadang-cadang untuk memiliki rumah sendiri, nasihat jujur ikhlas dari hati Farah ni... Jika ada kemampuan untuk menanggung bayaran ansuran bulanan yang tinggi sedikit dari bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah dari pinjaman perumahan konvensional, pilihlah pinjaman perumahan Islamik. Lagipun memang lebih bagus pinjaman perumahan Islamik dan memang sepatutnya kita-kita ni semua ambil pinjaman perumahan Islamik. Sekurang-kurangnya tak terkesan dengan OPR dan BLR yang naik turun tak menentu tu. Chill jer bayar secara constant amaun yang sama. Jika naik pun, ada kawan Farah berkata dari pengalaman peribadi beliau sendiri yang pinjaman perumahannya adalah jenis Islamik, kenaikan adalah sangat minima dan perbezaannya tidaklah ketara terlalu jauh sangat seperti pinjaman perumahan jenis konvensional. 

*Harap-harapnya kalau boleh janganlah naik lagi dalam waktu-waktu akan datang. Kalau boleh, adalah sangat diharapkan agar ia semakin menurun... Hu hu hu... - memanglahhh... Kalau boleh semua orang yang berada di dalam situasi yang sama seperti Farah mengharapkan perkara yang sebegini kannn? 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Teringat dulu masa aida masih prektis law. Byk kes kes org banktap krn loan umah. Sebab nyer mostly sama mcm ni. Year 1997-1999 ekonomi down. BLR naik! Loan umah naik. Tak mampu byr. End up umah kena lelong. Bankrap.Kesian dgr diorang citer tau farrah.

    ReplyDelete
  2. oooo aah ada juga dgr ri tu blr turun.. ooo kalau pinjaman bukan islamik ada efek eh.. okay baru taw.. okay akan disimpan didalam minda.. terima kasih atas info tu yer..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !