Sikit Pun Tak Nak Berenggang!

Farah Waheda Wahid
2
Sikit Pun Tak Nak Berenggang
 
Sedari hari Jumaat malam Sabtu sehinggalah ke hari ini... Sikit pun tak nak berenggang dengan beg sekolah yang dihadiahkan kepada dia oleh datuk angkat dia. Macam mana nak berenggang? Yang dihadiahkan adalah beg berjenama watak kartun kegemaran dia iaitu tak lain tak bukan Thomas and Friends. Memanglah takkan nak dia berenggang. Dia punya teruja tu hurmmm nak dibayangkan dengan cara yang terbaik adalah melalui gambar yang sempat Farah rakamkan sedari malam Sabtu, Sabtu pagi dan juga malam Ahad. Adoilahhh haiii... Tak lekang dari dia...
 

Sikit Pun Tak Nak Berenggang 2 

 
Malam Sabtu tu sehinggakan ke pukul 11 lebih masih tak tidur-tidur lagi. Yang maknya pula dah tersenguk-senguk menahan kemengantukan yang amat sangat. Hujung-hujung minggulah nak berehat sedikit. Tapi dek kerana anak, tahankan jugalah mata ni haaa... Tak henti-henti dia membelek beg Thomas and Friends tu. Sewaktu Farah buka pintu rumah dan serahkan dia bungkusan hadiah beg Thomas and Friends tu, melompat-lompat suka dan tarik nafas panjang dia. Habis seisi rumah dia canang dengan suara yang nyaring... "Maaa... yen!", "Akok... yen!", "Mommy...yen!"... Berulang-ulang kali dengan senyum lebar di bibir... Suka sangatlah hati tu gamaknya tu.
 
Sekejap masukkan die-cast trains dari koleksi permainan Thomas and Friends dia, sekejap keluarkan. Sibuklah dengan beg Thomas and Friends tu. Memang minat sungguh-sungguh dengan Thomas and Friends nampak gayanya. Ermmm... Nenek dia kata mana nak tumpahnya kuah? Masa Mommy dia kecil-kecil dulu pun sibuk serba serbi dengan Garfield. Semua nak Garfield. Dari beg sekolah, ke kotak pensil, ke sapu tangan, ke botol air, ke bekas bekal ke sekolah sampailah ke alat tulis dan juga jam tangan. Semua nak Garfield! Jadi tidak mustahil turun kepada anak sikap dan juga perangai itu. Nenek dia tambah lagi, sekarang giliran maknya pula merasa dan menanggung.
 
Belek punya belek punya belek sampai akhirnya terlelap sambil memeluk beg Thomas and Friends tu. Terpaksalah Mommy dia perlahan-lahan alihkan demi tak nak dia terjaga dan tersentak dari tidur. Tak cukup dengan tu...
 
Sikit Pun Tak Nak Berenggang 3 
 
Bangun tidur pagi, belum sempat cuci muka, gosok gigi dan juga mandi, sewaktu Farah buka pintu nak serahkan dokumen pada boss yang datang ke rumah pagi tu... Dia dah sibuk minta pakaikan beg Thomas and Friends tu dan keluar nak jumpa Atuk Pie dia. Konon-konon, acah-acah nak tunjuk beg sekolah baru dia. Atuk Pie pun melayan... Tanya dia sama ada nak pergi sekolah ke? Entah apa dia borak dengan Atuk Pie pun hanya dia yang faham.
 
Petangnya nak ke Pavillion sebab ada acara makan-makan jemputan sebagai blogger... Pun sibuk juga nak bawa beg Thomas and Friends bersama-sama.
 
 
Sikit Pun Tak Nak Berenggang 4 
Sikit Pun Tak Nak Berenggang 5
 
 
Sikit Pun Tak Nak Berenggang 6
 
 
Tiba-tiba jadi rajin sanggat menyandang beg ke hulu ke hilir. Layankan ajerlah kehendak dia. Tak sempat jadi beg sekolah ko... Apa ada dalam beg Thomas and Friends dia? Tak ada apa pun, ada lampin pakai buang 2 keping, sapu tangan dan juga botol susu jer lah pun. Takkanlah Mommy nak bagi dia bawa benda berat-berat pula yer tak? Dahlah badan tu comel lote. Ha ha ha... Layan Mommy jangan tak layan...
 
 
Sikit Pun Tak Nak Berenggang 7 
 
 
*Anak manja Mommy nampak besar sangat dah dalam gambar ni... Ahoy Mattey Birthday Party? Cerita yang selanjutnya yang bakal dikongsi kemudian nanti di dalam salah satu entri yang akan datang. Baguslah... Nampak Firash menghargai pemberian orang pada dia... ;-)... Gunakan secara maksima... Pergi beli ikan dan sayur pun nak bawa beg Thomas and Friends juga tau... Ha ha ha...
 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bebudak katakan..kena lagi benda yang memang dia minat, melekat sampai bila-bila. Elok juga tu, latih awal bawa beg sendri untuk ke sekolah next year..

    ReplyDelete
  2. Wahhhh..bagus la Ash..kanak2 kalo dpt brng kegemaran mmg akan pakai smp lusuh..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !