Home » , , , , , , , , , » SET KATIL THOMAS & FRIENDS... Manalah Mommy Nak Cari Ni Firash???

SET KATIL THOMAS & FRIENDS... Manalah Mommy Nak Cari Ni Firash???



Pagi, tengah hari, petang, malam, tengah malam pun kalau boleh... Gegendang telinga ni dah sampai terdengar di mana-mana sahaja perkataan... Chooo Choooo... Chooo Choooo... Obsesi seorang anak kecil ke atas siri animasi Thomas & Friends yang tidak pernah berkesudahan setakat ini. Selama mana obsesi kepada Thomas and Friends tu tak pastilah Farah kannn? Buat masa sekarang tidak nampak langsung tanda-tanda dia jemu... Ha ha ha...

 

Nampak katil tu? Nampak tak katil tu? Sebenarnya... Mommy dia pun berkenan juga dengan set katil Thomas & Friends ni. Unik! Kebiasaannya nampak set katil yang diinspirasikan dari filem animasi Cars. Tetapi kali ini? Set katil yang diinspirasikan melalui watak animasi Thomas and Friends. Set katil berinspirasikan siri animasi kartun atau watak animasi kartun ni bukanlah satu perkara yang baru sebenarnya. Sememangnya sudah lama ada di pasaran. Tapinya pasaran antarabangsa-lah kannn? Di sana, melambak-lambak variasi pilihan untuk ibu bapa. Cumanya, mungkin di sini di Malaysia ianya adalah sesuatu yang rare untuk ditemui di mana-mana bilik tidur anak-anak kecil di rumah mahupun di kedai-kedai perabot. Haihhhlahhh anak.... Semuanya...

Semuanya bermula apabila secara tidak sengaja atau secara kebetulan dia terlihat katil Thomas and Friends ini di dalam salah satu video yang dia tonton di YouTube tempoh hari. Sejak dari itu, mulut tu mulut, tak berhenti-henti rewind permintaan yang sama setiap masa! "Mommy... I want thish! Mommy I want Yen... (which refers to Thomas and Friends)"... Hu hu hu.... Macam tebal pula telinga mak dia ni secara tiba-tiba.... Bila anak dah mula pandai meminta apa yang diingini dan bila anak dah mula ada impian serta keinginan. Ibu bapa bersedialah sama ada untuk memenuhi permintaan si anak ataupun menolak permintaan si anak dengan cara yang terbaik. Parenting challenge! Wahai Mommy bersedialah untuk menghadapi yer? Ahaksss... #selfreminder #notetoself

Dalam satu sesi ceramah teknik mendorong gaya Nabi Muhammad SAW, seorang ibu bertanya kepada penceramah:

"Puan, bagaimana cara ibu bapa untuk MENOLAK PERMINTAAN ANAK-ANAK yang minta sesuatu yang mustahil atau tidak mampu untuk diberikan atau diadakan oleh ibu bapa? Ada juga anak yang meminta sesuatu yang pada tanggapan ibu bapa tidak bermanfaat seperti permainan PSP, video game, handphone, tablet, itu dan ini."

Penceramah menceritakan satu teknik Nabi Muhammad SAW menolak permintaan anaknya Fatimah:

1. TOLAK PERMINTAAN ANAK itu dengan memberikan alternatif lain. 
2. MENGGUNAKAN AYAT TAWARAN "Mahu ibu atau bapa belikan sesuatu yang lain berbanding...."
3. PEMBERIAN ALTERNATIF ITU ADALAH LEBIH BERMANFAAT, BERMUTU DAN MENGUNTUNGKAN dari sesuatu yang diminta.
4. TIDAK MEMBERITAHU SEBAB PERMINTAAN ANAK ITU DITOLAK.
Ibu bapa kena betul-betul keras hati, tetap pendirian, cekal dan tabahlah kannn? Nak menghadapi reaksi balas si anak. Hu hu hu... Benarnya teori sememangnya amat mudah untuk digariskan berbanding realiti. Realiti, ibu bapa kena benar-benar mempunyai tahap kesabaran serta ketahanan yang maha tinggi di dalam mengendalikan anak di dalam situasi sebegini. Kena pandai-pandai sendiri dan kena kreatif mengawal keadaan, menolak permintaan dan menawan hati anak. Nak nak lagi, anak-anak gen Y dan gen X kannn? Zaman yang berbeza dengan cabaran yang berbeza juga. Anak-anak kecil sekarang ni semakin bijak pandai. Ha ha ha...
 
Pssstttt... Tapi kannn...Sebenarnya kannn... Sebenarnya kannn.... Dalam diam-diam tanpa pengetahuan Iman Firash ... Mommy dia dok tenung juga dan belek dengan mata untuk tempoh yang agak lama juga gambar katil Thomas and Friends tu...
Dalam-dalam pada tu, terfikir juga, berapalah harganya ni kalau convert dalam Ringgit Malaysia ni ek? Mesti atas RM 500.00 punyalah kannn? Yang pastinya dalam Malaysia ni, Farah tak pernah terlihat atau tau mana-aman kedai perabot ada menjual katil inspirasi siri animasi Thomas and Friends yang sebegini. Katil Thomas and Friends yang anda lihat sepertimana gambar di atas ini adalah keluaran Little Tikes yang sememangnya terkenal dengan keluaran produk-produk permainan indoor dan outdoor yang banyak digunakan di merata-rata lokasi di dalam dunia ni. Selain daripada produk permainan, Little Tikes juga mengeluarkan perabot khas untuk kanak-kanak yang semestinya unik dan juga signature. 
Tau dahhh... Kalau Mommy dia pun sama teringinnnn sangattt nak memiliki atau membeli atau memenuhi permintaan si anak, tak lain tak bukan silalah Google untuk mendapatkan maklumat mengenai sumber yang mana ianya boleh dihantar ke Malaysia... Sedia jerlah kos shipping yang bakal dicaj nanti. Hu hu hu... Sebelum tu memang dah agak dah yang di eBay memang ada jual katil ni. Ternyata telahan Farah itu benar serta tepat! :-) .
 
Lagi satu yang sempat Farah temui adalah di Toy"R" Us ....
 
Tengok range harga yang ditawarkan di luar negara... Boleh dikategorikan sebagai agak rendah dan mampu milik. Akan tetapi, cuba convert sikit? Muahahaha, kalaulah di Malaysia boleh dapat figura harga yang sebegitu? Alangkah indahnya dan bahagianya... Wakakaka... Memang gagah juga lagi nak usahakan untuk cukupkan poket dan penuhi permintaan si anak... Realiti, perghhhh... berganda-ganda harganya dari figura harga asal....

Anak ohhh anak serba serbi segalanya kalau boleh Thomas and Friends. Obses sungguh dengan keretapi... Ermmm... Yang Mommy tengok-tengok ni? Tengah berkira-kira atau merancang nak membeli ke? Tak adaaaa.... Saja jer tengok-tengok dan ambil tahu... Tak mampu nak membeli lagi buat masa dan ketika ini... Sebelum membeli baik fikir nak selesaikan yuran pendaftaran tadika Iman Firash tu dulu haaa.... Banyak nak guna perbelanjaan buat masa sekarang ni... Sejak-sejak anak dah mula nak sekolah tahun depan ni kannn? Ihiksss... Kini kurasa getarnya... :-P... Kalau ada sumber terpijak tu tak taulah kannn? In Shaa Allah... Akan dipertimbangkan kalau ada rezeki terpijak... Tapi jujurnya sekarang, sekadar tengok jer... Dan tahankan telinga mendengar permintaan yang satu ini...  

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel SET KATIL THOMAS & FRIENDS... Manalah Mommy Nak Cari Ni Firash??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, August 10, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. InsyaAllah ada rezeki tu nanti.. :)

    ReplyDelete
  2. budak cepat besar..rugi beli..tapi Ash kan nak ada adik jugak nanti kan..ok kot kalau belikan satu..:) Beli la Mommy..beli la..hahahah

    ReplyDelete
  3. ni kalau dayyan nmpk ni die pn nngis nk ni.. :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY