PRE-SCHOOLER | Penting! Perkara Pihak Tadika Dan Ibu Bapa Perlu Tahu Tentang Anak Anda...

Farah Waheda Wahid
2

Sebagaimana yang telah dirancangkan dan dijanjikan, petang semalam Farah menghantar salinan sijil kelahiran Iman Firash dan juga salinan MyKid Iman Firash ke tadika yang bakal Iman Firash habiskan separuh hari pada tahun 2017 yang akan datang nanti. Sambil-sambil tu, Farah bawa sekali Iman Firash ke tadika tersebut dan Farah sememangnya ingin tengok bagaimanakah reaksi si anak apabila dia berada di sana? Adakah dia gembira? Adakah dia suka? Adakah dia selesa? Ataupun sebaliknya... Jika gembira, suka dan selesa... Alhamdulillah, lega sedikit hati Mommy dia ni. Jika sebaliknya, Farah kena segera memikirkan cara untuk mengatasi sesuatu isu atau masalah itu, sebelum menjadi kronik! Ha ha ha... 

Pertama kali kannn? Menghadapi anak nak masuk ke alam pra sekolah. Memang lerrr... Degup jantung tu laju jer oiii... Berdebar-debar jer rasa di hati. Sebab tu, selepas dah buat survey dengan panggilan telefon tempoh hari, sana sini sinun... Dah buat perbandingan dan analisis ringkas pro dan juga kontra di antara tadika ini dan itu dan itu, akhirnya Farah ambil keputusan untuk turun padang dan melihat sendiri keadaan serta suasana di dalam tadika yang telahpun diputuskan oleh kami suami isteri untuk menghantar Iman Firash pada tahun 2017 akan datang. Turun padang bukan saja-saja kosong tetapi dengan diskusi pengaturan Iman Firash di sana dan juga sedikit perbincangan lanjutan atas beberapa perkara lain. 

Sewaktu melangkah masuk jer ke dalam tadika tersebut petang semalam, Farah lepaskan Iman Firash untuk bebas menjelajah dan bereksplorasi di dalam tadika tersebut. Masih ada kanak-kanak yang menunggu ibu bapa masing-masing untuk mengambil mereka dari sesi day care di tadika tersebut. Seperti yang Farah agak, dia sangat-sangat teruja! Ceria sungguh dia bila melihat ramai rakan-rakan yang hampir sebaya di tadika itu. Iyalah orang tak berkawannn... Selalu duduk seorang diri jer, bila ramai-ramai macam tu terasa seronok di hati dia. Terus Farah rasa yang keputusan Farah nak hantar dia ke tadika juga pada tahun 2017 akan datang nanti adalah satu keputusan yang betul dan tepat. Memang dia inginkan kawan-kawan untuk menceriakan hari-hari dia. Dah tiba masa... Hu hu hu... 

Guru-guru di tadika itu pula rajin melayan - dah nama guru tadika, haruslah suka kanak-kanak dan rajin melayan. Sukalah dia kan? Nak-nak lagi dipasang pula kartun Bo Bo Boi... Memang becoklah mulut dia menyebut Bo Bo Boi. Biarkan dia seketika dan Mommy berjumpa dengan pengetua tadika itu untuk dapatkan resit bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM100.00 yang telah Farah lakukan pada hari sebelumnya dan juga berbincang beberapa perkara yang penting untuk dibincangkan serta memberikan pengetua tadika Iman Firash dokumen yang telah diminta untuk urusan pendaftaran di Pejabat Pendidikan Daerah yang dikenali sebagai PPD. 

Antara beberapa perkara yang menjadi intipati perbincangan pihak pengetua dan Farah semalam adalah: 

YURAN PENDAFTARAN
Ada beberapa perubahan ke atas yuran pendaftaran kemasukan Iman Firash ke tadika untuk tahun 2017. Ada kenaikan sedikit yang mana ini bermakna ada tambahan sedikit ke atas yuran pendaftaran kemasukan Iman Firash ke tadika. Terkejut? Takkk... Sebab memang Farah dah jangkakan pasti akan ada kenaikan tidak banyak sedikit. Sebab tu sewaktu survey tadika di peringkat awal hari tu, Farah ada nyatakan di dalam entri-entri sebelum ini, bahawasanya, jika dikatakan yuran pendaftran adalah RM1,900.00 sebagai contohnya. Dalam poket memang nak kena siap sedia RM 2,100.00 untuk tujuan pendaftaran kemasukan Iman Firash ke tadika. Orang kata sebagai back up gittew! 

Memang yer pun, ada kenaikan. Lagipun, kakak Farah yang sudah berpengalaman beberapa tahun dan kali menghantar anak-anaknya ke tadika ada mentioned yang yuran tadika sememangnya akan naik setiap tahun. True enough memang ada kenaikan. The good thing about this kindergarten is that naik pun tak adalah naik mendadak macam tu sangat! Naik pun macam contohnya pakaian seragam ada kenaikan RM20.00, buku-buku ada kenaikan sebanyak RM20.00, pakaian sukan ada kenaikan sebanyak RM10.00. Haaa... Lebih kurang macam tu lahhh dan ada tambahan sedikit iaitu RM15.00 untuk lencana nama yang mana Mommy dia ni bertanggungjawab untuk menjahit lencana nama Iman Firash di pakaian seragam dia nanti. 

Untuk baki bayaran yuran pendaftaran Iman Firash, ianya perlu dilangsaikan selewat-lewatnya sehingga akhir November 2016 ini. Cara pembayaran terpulang kepada Farah, sama ada nak bayar one lump-sum ataupun secara berperingkat atau ansuran. Terpulang pada keselesaan Farah. Kenapa bukan pada awal tahun sewaktu hari pertama persekolahan? Sebab by December 2016, pakaian seragam untuk Iman Firash dan pelajar-pelajar lain akan diagih-agihkan. Logiklah juga kan? Yuran perlu diselesaikan selewat-lewatnya akhir November. 

SAIZ PAKAIAN SERAGAM TADIKA UNTUK IMAN FIRASH
Tak perlu ukur dengan hanya tengok jer susuk tubuh Iman Firash memang pengetua tadika dan Mommy dah maklum sangat dah, yang saiz pakaian seragam Iman Firash adalah saiz yang paling kecil iaitu saiz S. Saiz S jerlah pun saiz yang paling kecil. Tak ada yang kecil lagi. Memang tak ada. Harapnya sedang-sedang eloklah saiz tu dengan dia. Seluar jika terlalu labuh, boleh dilipat. Kalau potong rasa  macam sayang pula kan? Manalah tau, esok-esok bila dah semakin meninggi, lipatan tu boleh dibuka semula jahitannya kan? Sayang jika dipotong kaki seluar tu. 

URUSAN ATURAN PENGANGKUTAN
Waktu persekolahan Iman Firash bermula jam 8.30 pagi, manakala waktu bekerja Farah bermula pada jam 8.00 pagi. Sekurang-kurangnya pukul 7.45 pagi Farah dah kena ada di pejabat disebabkan cap jari biometrik tu. Takkan nak kerat jari bagi orang pula kan? Ha ha ha... Tak pernah pun suruh sesiapa touch kad kerja sepanjang bekerja kalau pun pakai kad akses. Memang tadika Firash itu akan dibuka seawal 7.00 pagi. Akan tetapi takkan nak hantar Iman Firash seawal itu? Kesian pula dia. Memang kalau nak hantar dia pukul 7.30 pagi boleh. Yang tak sempatnya nanti adalah Mommy. 

Nampak-nampak gayanya memang tidak sempat. Bisa aja diatur! Di tadika tersebut ada disediakan perkhidmatan pengangkutan mengambil dan menghantar. Kosnya? Sebenarnya jika Farah boleh menghantar Firash dan balik dihantar oleh perkhidmatan pengangkutan yang disediakan, kos bulanan adalah sebanyak RM30.00 sahaja. Akan tetapi jika Farah memerlukan perkhidmatan penghantaran pergi dan balik, kos bulanannya adalah sebanyak RM50.00. Nak selamat Farah memilih perkhidmatan pergi dan balik. Perkhidmatan pergangkutan yang disediakan adalah dilakukan oleh guru yang mengajar kelas Iman Firash sendiri. Alhamdulillah... Lega sikit sebab bakal guru dia sendiri yang akan ambil dan hantar. Tugas Nek Ma pula hanya perlu tunggu depan pintu pagar rumah. 

TEMUDUGA LATAR BELAKANG
Di tadika tersebut adalah penting untuk mereka mengetahui latar belakang keluarga setiap murid. Guru-guru perlu tahu latar belakang keluarga setiap murid yang mana ini akan dapat membantu guru-guru di dalam pengendalian harian murid. Nak-nak lagi, kanak-kanak yang berusia 4 tahun dan baru sahaja pertama kali memasuki alam persekolahan. 

Penting bagi guru untuk tahu, panggilan anak-anak kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja ahli keluarga terdekat yang ada di rumah. Contohnya panggil ibu dengan gelaran apa? panggil bapa dengan gelaran apa? Penting bagi guru untuk tahu nature sikap dan juga tabiat seseorang anak murid. Walaupun sebelum ditemuduga, Farah bersikap terbuka dengan mencerita serba sedikit mengenai Iman Firash, tabiat dan juga kegemaran dia. 

Termasuklah tentang kesihatan dan juga sejarah kesihatan seseorang anak murid. Untuk Farah, sangat penting Farah maklumkan kepada pihak tadika Iman Firash yang Iman Firash pernah dimasukkan ke wad disebabkan oleh fits dan tekankan pada pihak tadika, sekiranya suhu badan Iman Firash meningkat panas dengan mendadak, mereka perlu maklumkan dengan segera. Di tadika tersebut, guru-guru akan mengambil tindakan untuk mencegah dan membantu sehingga keadaan stabil. Selagi boleh diselesaikan oleh guru-guru, mereka akan selesaikan sendiri tanpa mengganggu ibu bapa. Itu tanggungjawab yang mereka ambil. Akan tetapi, disebabkan sejarah itu yang pernah berlaku pada Iman Firash adalah penting untuk Farah maklumkan dan minta pihak tadika untuk maklumkan segera kepada Farah sekiranya suhu badan Iman Firash meningkat panas dengan mendadak. Berkali-kali Farah tegaskan kepada pihak pengetua tadika itu semalam yang suhu badan Iman Firash adalah sangat penting untuk dipantau sekiranya dia demam. Perkara paling penting! 

Penting untuk ibu bapa menerangkan bagaimanakah komunikasi dan bahasa yang digunakan di dalam komunikasi kepada anak-anak di rumah. Untuk Iman Firash, secara terus terang Farah nyatakan kepada pengetua, dia agak kurang memahami arahan yang dikeluarkan di dalam Bahasa Melayu. Dia lebih memahami arahan yang dikeluarkan di dalam Bahasa Inggeris. Bukannya menunjuk, bukannya berlagak akan tetapi itulah hakikatnya kerana sememangnya Farah banyak berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dengan Iman Firash sedari dia lahir. Ada orang labelkan kita sebagai poyo! Sebab ajar anak berbahasa Inggeris dan seolah-olah mengenepikan bahasa ibunda. Akan tetapi, setiap ibu bapa ada cara didikannya yang tersendiri. Pasti ada sebab Farah lakukan sedemikian. 

PENGISIAN PEMBELAJARAN SELAIN AKADEMIK
Farah dimaklumkan bahawasanya selain pengisian pembelajaran dengan syllabus akademik melalui buku, Iman Firash juga akan diajar mengenai solat, jenis-jenis solat, kelas Tahfiz dan diberikan pengisian keagamaan yang lain. Alhamdulillah... Sememangnya itu yang Farah ingin tekankan kepada Iman Firash. Pendidikan agama itu penting. Kelas Tahfiz itu boleh diikuti oleh Iman Firash sehingga walaupun dia sudah bersekolah rendah nanti. Kata Babah dia, elok tu. 

KELAS READING BULAN DISEMBER
Iman Firash dijemput oleh pengetua untuk menghadiri kelas membaca pada 2 minggu pertama cuti persekolahan di bulan Disember 2016 ini nanti secara percuma. Untuk anak-anak murid di tadika tersebut, kelas membaca itu adalah secara percuma. Manakala untuk outsiders ada yuran yang perlu dibayar. Tujuannya adalah untuk Iman Firash membiasakan diri  dan berkenalan dengan rakan-rakan sebaya sebelum sesi persekolahan bermula pada bulan Januari 2017 nanti. Sekurang-kurangnya tidaklah dia terkejut ataupun sekurang-kurangnya akan mudah sikit untuk mengendalikan dia sewaktu bermulanya sesi persekolahan nanti. 

IBU BAPA TIDAK DIBENARKAN MASUK KE KELAS BERSAMA ATAU MENEMANI ANAK DI LUAR KELAS SEHINGGA TAMAT WAKTU KELAS / PERSEKOLAHAN
Adatnya, hari pertama persekolahan akan ada situasi ramai ibu bapa yang bercuti, menghantar serta menemani anak sehingga tamat waktu persekolahan. Ada anak-anak yang akan menangis kerana tidak biasa dan rasa insecure dan ingin ibu atau bapa ada bersama-sama mereka. Yang Farah risaukan Iman Firash menangis. Ha ha ha... Sebab dia tak biasa. 

Lain caranya rupanya guru-guru di tadika tersebut mengendalikan hari atau minggu pertama persekolahan anak-anak kecil yang masih belum biasa. Dari hari pertama lagi, ibu bapa tidak akan dibenarkan untuk menemani anak-anak atau melihat dari luar kelas. Ko duduk jerlah luar kelas tu kematu tunggu anak habis waktu persekolahan kalau nak tunggu tanpa dapat melihat dia bagaimana di dalam kelas. Sebabnya guru-guru akan tutup pintu dan juga semua blinds or curtains dan ibu bapa tidak akan melihat anak-anak, anak-anak tidak akan dapat melihat kelibat ibu bapa. Manja macam mana pun. Itulah yang akan berlaku. 

Kejam? Bagi Farah tidak. Ada bagusnya begitu. Sooner or later anak-anak akan membiasakan diri. It's now or never kannn? Oklah tu. Kalau dah macam tu, Mommy tak perlu bercuti lama-lama sangat. Kalau tidak hari ini, esok pasti akan berlaku juga. Hu hu hu. Bab ni Farah seakan tiada masalah dan kental sedikit. Kata pengetua tadika terbabit, kanak-kanak lelaki lebih mudah dikendalikan berbanding kanak-kanak perempuan. Sebab kanak-kanak lelaki jika dah dapat kawan, nampak permainan dan dapat bermain bersama kawan-kawan they tend to forget dan leka. Kanak-kanak perempuan kebiasaannya yang akan menangis berpanjangan sepanjang hari. Dan guru-guru perlu ada extra effort untuk itu. Untuk menstabilkan keadaan. 

KERJA SEKOLAH/HOMEWORK 
Januari 2017 jika diikut bulan Iman Firash baru sahaja 3 tahun 2 bulan. Terlalu kecil untuk dibebani dengan kerja sekolah atau homework. Farah tidak mengharapkan Iman Firash ditekankan dengan akademik yang cemerlang gemilang dan juga terbilang, he he he... Di usia 3 tahun 2 bulan atau mengikut tahunnya 4 tahun pada Januari 2017. Usia ini, adalah tahun pertama dia ke tadika. 

Apa yang Farah mahu adalah, Iman Firash untuk mengenal suasana persekolahan, bersosial dengan rakan-rakan sebaya dan juga mengeksplorasi seronoknya alam pra sekolah itu sendiri. Masih di dalam usia bermain sambil belajar dan masih di dalam usia yang tidak seharusnya terlalu dibebani dengan akademik. Sepertimana kanak-kanak yang telah memasuki alam persekolahan. Ini adalah play time dia dan pengetua tadika juga bersetuju bahawasanya usia 4,5 dan 6 adalah moments playtime bagi kanak-kanak. Biarlah dia enjoy moments itu terlebih dahulu. Secara santai dan perlahan-lahan di dalam masa yang sama, sebagai ibu dan juga bapa dan guru-guru perlu bekerjasama supaya terdapatnya perkembangan yang positif. Untuk tahun pertama ini, Farah ingin memerhati dan menganalisis dahulu bagaimanakah rentak si anak sebelum menyusun atur strategi yang bersesuaian dengan keperluan perkembangan pendidikan si anak. Mana ada ibu bapa yang tidak mahu melihat anak-anak berjaya yer tak? 

Di tadika yang berkenaan, Farah dimaklumkan bahawa semua buku akan disimpan di tadika dan tiada sebarang kerja sekolah di rumah ataupun homework kecuali bila tiba musim peperiksaan, murid-murid akan dibekalkan dengan hands out untuk ulangkaji di rumah. 

KOMUNIKASI BERSAMA IBU BAPA
Melalui diskusi bersama pengetua tadika semalam, Farah memohon agar pihak guru atau pengetua sentiasa keep in touch dan berkomunikasi dengan Farah mengenai perkembangan Iman Firash sewaktu dia sudah mula menjalani alam persekolahan nanti. Farah memohon agar guru dan pengetua sentiasa memaklumkan apa juga perkembangan Iman Firash, kelakuan Iman Firash dan juga jika dia melakukan apa-apa kesalahan ataupun ada sebarang isu yang ditimbulkan atau melibatkan Iman Firash. 

BERI KEBENARAN KEPADA GURU UNTUK DIDIK DENGAN CARA MEREKA
Setiap guru ada lenggok dan cara mereka yang tersendiri di dalam menyampaikan pelajaran. Untuk ilmu itu sampai kepada anak-anak murid terutamanya yang masih kecil, pasti ada cabarannya yang tersendiri. Pelbagai ragam, pelbagai sikap, pelbagai reaksi dan juga pelbagai penerimaan. Hendak anak menjadi manusia, hendak anak mendapat perkembangan yang positif, Farah telah bersedia untuk menerima dengan keterbukaan sekiranya guru Iman Firash menegur, memarahi atau mendenda Iman Firash untuk kebaikan perkembangan semasa Iman Firash. Farah memberi kebenaran Farah untuk itu dan juga di dalam masa yang sama Farah akan terus memantau. Bila kita sudah menghantar anak ke sekolah, bermakna kita perlu bersedia dengan keadaan dan situasi ini. 

Tidak boleh di dalam hati kita, walaupun anak kita itu manja dengan kita, jentik pun kita tidak pernah sekali, jika dengan niat mendidik perkara tersebut berlaku kepada anak kita pada satu hari di sekolah, kita sentap. Kita kena terima keadaan itu dengan positif dan hati yang terbuka. Risau penderaan berlaku pada anak kita? Sebab itu kita perlu memantau. Jangan dibiarkan begitu sahaja. Perhatikan. Perhatikan di sini bermaksud melihat bagaimanakah reaksi semasa anak kita dari hari ke hari apabila ke sekolah. 

SIAPA YANG AUTHORIZED UNTUK MENGAMBIL ANAK KITA DARI TADIKA 
Terkadang mungkin suami kita bercuti, mungkin ahli keluarga kita bercuti dan mereka menawarkan untuk mengambil anak kita dari sekolah mereka. Di dalam kes ini, kita kena maklumkan kepada pihak sekolah siapakah yang kita benarkan dan siapakah yang selamat untuk anak kita dilepaskan keluar dari kompaun sekolah atau tadika. Perkara ini sangat penting! Kerana ia melibatkan isu keselamatan anak-anak. Maklumat seperti nama penuh mereka yang kita authorized, no. pemdaftaran kenderaan mereka yang kita authorized dan juga warna serta pertalian darah atau hubungan mereka yang kita authorized dengan kita mahupun anak kita. 

CAJ BAGI DAYCARE DAN KEMUDAHAN DAYCARE SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN ATAU KEADAAN MEMERLUKAN
Ada masa-masa kita tak akan pernah tau sekiranya kita memerlukan bantuan dari pihak tadika untuk menjaga anak kita sehingga tempoh waktu tertentu akibat dari insiden atau situasi yang tidak dapat kita elakkan. Contohnya, di dalam kes Iman Firash, sekiranya Nek Ma demam atau tidak sihat, mungkin Farah akan mengambil inisiatif untuk membiarkan Nek Ma dia berehat sehari atau dua hari ataupun seminggu sendirian di rumah tanpa gangguan sehingga Nek Ma dia benar-benar sembuh atau pulih. 

Jadi penting untuk Farah mengetahui sama ada, pihak tadika ada menyediakan kemudahan ini ataupun tidak dan berapakah caj semasa yang dikenakan. Alhamdulillah, ada sedikit kelegaan di situ apabila pihak tadika Iman Firash ada menyediakan kemudahan tersebut dan cajnya adalah mengikut caj lebih masa iaitu pro rata RM7.00 sejam. Sekurang-kurangnya ada satu tempat yang selamat serta boleh dipercayai oleh Farah untuk tempatkan Iman Firash sementara Farah bekerja selain dari Nek Ma sewaktu Nek Ma dia tidak sihat. 

Banyak juga perkara-perkara yang telah diperbincangkan di antara pihak pengetua tadika dan juga Farah petang semalam. Setakat ini semuanya masih di dalam kawalan lagi. Iman Firash? Sementara, Mommy sibuk berbincang dengan pengetua mengenai urusan pendaftaran kemasukan dia ke tadika dan mengisi borang-borang yang berkenaan, dia sibuk berlegar-legar di dalam kawasan kelas yang bakal dia duduki sambil berinteraksi dengan rakan-rakan yang setahun lebih berusia dari dia. Nampak keseronokkan dia di situ. Cumanya...Ha ha ha... Ini mungkin perkara biasa dan ianya telahpun dijangka dengan lebih awal oleh Farah, apabila dia tidak melihat kelibat Farah kerana Farah berada di dalam bilik pengetua tadika, dia mencari! Mencari sambil sudah mula cembeng dan bila dia lihat Farah di dalam bilik pengetua, dia membuat aksi mengelap air mata di mata kiri dan juga kanan. Ha ha ha... Risau dan takut kena tinggal rupanya anak bujang tu. Ini nak sekolah ni, tapi nak Mommy ada sama...Acaner??? Ha ha ha...

Kemudiannya, bila dah selesai segala perbincangan, Farah ajak dia balik ke rumah, dia pula yang tidak mahu. Adoiii.... Takkan nak tidur di situ Iman Firash??? Pujuk punya pujuk punya pujuk nak minta dia ikut Mommy balik, sampai kena umpan pergi ke TESCO disebabkan nak pujuk dia balik. ;-). Nanti kita pergi lagi yer? Nanti pergilah hari-hari yer? Ahaksss... Buat ibu bapa yang mungkin akan melalui pengalaman pertama pada tahun 2017 nanti, Farah tak kata yang Farah expert dan berpengalaman dan pandai sangat di dalam hal-hal sebegini...Tetapi inilah serba sedikit perkongsian melalui perjalanan serta pengalaman Farah yang dapat dikongsikan bersama para pembaca Bubblynotes.Com. Jika ada terkurang atau terlebih di mana-mana harap dimaafkanlah yer... Semoga perkongsian melalui pengalaman yang Farah lalui ini sedikit sebanyak dapat memberikan tips, panduan serta idea kepada ibu bapa yang in the same boat as me for the year of 2017. ;-) 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. waaaa..
    superboy dah ke sekolah ler...
    be a good student ash.

    ReplyDelete
  2. Wahh...Good Luck & be a good boy Firash... =)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !