Permulaan Yang HEBAT Pengakhiran Yang MANIS - TERKINI DARI DOMINO'S!

Farah Waheda Wahid
0

Selama hampir 4 bulan, berlegar-legar di kawasan Subang Perdana, Subang Permai, Bandar Pinggiran Subang, Monterez Golf Club dan yang seangkatan dengannya... Memang tak pernah tau yang dalam kawasan Subang Perdana tu ada terselit cawangan DOMINO'S! Kalau tau lah... Memang dah lama dah ianya akan jadi salah satu favourite hotspots ketika rehat untuk makan tengah hari. Hu hu hu... Penemuan terbaru semalam telah menambahkan lagi senarai tempat untuk makan tengah hari sewaktu hari bekerja sekiranya tiba-tiba terasa teringin nak makan DOMINO'S kannn?

Tapi bukanlah nak bercerita mengenai cawangan DOMINO'S yang baru Farah jumpa tu... Yang Farah nak kongsi ni adalah mengenai MAKAN... MAKANAN... Seleksi HIDANGAN TERKINI dari DOMINO'S yang dinamakan sebagai set FABULOUS FOUR yang terdiri daripada hidangan sampingan DOMINO'S yang digemari ramai selama ini dan hidangan utama DOMINO'S iaitu pizza. Kombinasi unik di dalam satu kotak hidangan DOMINO'S yang menjanjikan kepuasan di kalangan pelanggan kerana apa yang terkandung di dalam set FABULOUS FOUR adalah merupakan 4 hidangan popular dan paling digemari oleh para pelanggan DOMINO'S selama ini.


Kini close-up sedikit apakah yang ada di dalam hidangan FABULOUS FOUR: 


Yummeh! Roasted Chicken Drummets, DOMINO'S Cheesy Mozzarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan yang terakhir adalah hidangan pemanis mulut yang semakin mendapat tempat di hati pelanggan iaitu DOMINO'S Mini Cinnadots.


Mini Cinnadots ni kannn... Sekali gigit, kunyah-kunyah-kunyah dan lalu ikut tekak telah bertanggungjawab mengakibatkan Farah berkali-kali gigi dan kunyah serta telan! Sedappp! Farah suka! Rasanya kalau makan tu jer pun tak apa! Satu bahagian hidangan FABULOUS FOUR yang merupakan Mini Cinnadots ni.... Shhhh sebenarnya Farah yang kasi perabih! Ha ha ha... Itu maknanya kena sangatlah tu pada tekak Farah tu! Anda kena cepat-cepat pergi mencuba FABULOUS FOUR ni! Sebabnya UNTUK TEMPOH WAKTU YANG SANGAT TERHAD BERMULA DARI 15 OGOS 2016, HARGA PENGENALAN PASARAN FABULOUS FOUR ADALAH RM19.90 SAHAJA! 







Drooling bila tengok balik gambar-gambar pizza yang di atas ni sendiri... Hu hu hu... Semuanya buat Farah telan air liur dan terbayang-bayang rasa pizza dalam mulut ni ha! Dush dush... Macam nak ajak Firash pergi DOMINO'S jer petang nanti bila dia bangun tidur nanti... Lagipun sekarang ni di DOMINO'S sedang ada promosi yang dinamakan 2 Pizza Deals yang seiring dengan promosi FABULOUS FOUR... Tawarannya... 2 pizza bersaiz sederhana bermula dari RM 30.00, 2 pizza bersaiz besar bermula dari RM 50.00 dan 2 pizza bersaiz ekstra besar bermula dari RM 70.00. *Tertakluk kepada terma. Ada 28 jenis hidangan pizza... Jadi tak tau nak pilih yang mana satu ni oiii... Rasa macam semua pun nak makan! Ha ha ha... Macam manalah tak tembun badan ni ha... Semua pun selera, semua pun nak ngappp! 

Bagi Farah DOMINOS'S berjayalah memikat selera para pelanggan dan memenuhi selera yang bersesuaian dengan Malaysia. Iyalah, kalau tak, takkanlah bilangan cawangan DOMINO'S boleh cecah sehingga 165 buah cawangan di seluruh Malaysia termasuk cawangan terbaru di Taman Putra Sulaiman, Ampang. Merata-rata ada DOMINO'S... Memang mudah jer nak cari kalau rasa teringin kan? 

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai DOMINO'S Pizza Malaysia dan promosi terkini set FABULOUS FOUR serta promosi-promosi lain yang sedang hangat di DOMINO'S, jangan lupa untuk melayari laman web rasmi DOMINO'S cepat-cepat ok? Nanti ketinggalan pula promosi yang menguntungkan lagi mengenyangkan perut! ;-)

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !