Home » , , , , , , , , » Pandangan Peribadi: HUGGIES Ultra Pants For Boys

Pandangan Peribadi: HUGGIES Ultra Pants For Boys


Jika anda bertanya kepada Farah, jenama lampin pakai buang apakah yang setia dipakaikan untuk Iman Firash  sedari bayi sehingga kini? Jawapan JUJUR dari Farah adalah, HUGGIES Ultra. Yang didatangkan di dalam paket atau bungkusan yang berwarna hijau. Pernah Farah kongsikan di dalam beberapa entri sebelum ini tentang HUGGIES Ultra. Antaranya adalah: 


Biarpun terdapat pelbagai jenama lampin pakai buang yang lebih murah dan berbaloi di pasaran, biarpun sebenarnya boleh berjimat-cermat di dalam perbelanjaan bulanan untuk Iman Firash, biarpun diakui yang harga satu bungkusan HUGGIES Ultra boleh mencecah sehingga RM68.00++ kini, biarpun susah hendak diperoleh ada masa-masanya... Farah tetap setia bersama HUGGIES Ultra dan tetap gigih mencari harga yang paling rendah atau harga promosi di pasaran. Kebiasaannya walaupun ada tempat yang menjual dengan harga RM54.00++ atau RM68.00++ atau RM42.00++ sepaket, sedari dulu sehingga kini, Alhamdulillah, Farah boleh dikatakan agak bernasib baik juga apabila selalunya sama ada melalui laman web jualan atas talian ataupun di pasar raya - pasar raya yang tertentu yang sedang menjalankan promosi, Farah berjaya mendapatkan sebungkus HUGGIES Ultra dengan harga yang menjimatkan dari harga pasaran sebenarnya iaitu di antara RM36.90 sehingga RM39.90. Untuk tempoh masa sebulan, paling kurang koman-koman pun, Iman Firash memerlukan 5 bungkus HUGGIES Ultra. Bergantung kepada kekerapan dia membuang air besar. 

Bukannya sebab nak berlagak, bukannya sebab nak yang mahal sahaja, dan bukannya sebab tidak ukur baju di badan sendiri atau tidak cermin diri sebelum mengeluarkan perbelanjaan untuk anak. Farah dah cuba hampir kesemua jenama yang lebih murah serta berbaloi di pasaran. Kesiannya kesan kepada kulit Iman Firash. Dia alah dan tidak serasi dengan kesemua jenama lain biarpun ada masanya selang beberapa ketika, Farah akan cuba semula membeli jenama lain untuk Iman Firash pakai. Walaupun jenama HUGGIES itu sendiri. Bukan semua range products yang dikeluarkan oleh HUGGIES bersesuaian dan serasi dengan dia. Contohnya HUGGIES Dry yang didatangkan dengan paket berwarna biru dan HUGGIES yang didatangkan dengan paket berwarna merah. Apa akan jadi jika Iman Firash memakai lampin pakai buang selain dari HUGGIES Ultra

Kesannya sama ada akan timbul bintik-bintik kecil kemerahan pada sekitar kawasan itu sehingga mengakibatkan kulit Iman Firash di kawasan itu jadi kasar, tebal serta menggerutu. Kesian oiii kalau korang tengok dia menahan gatal. Sampai terpaksa pergi ke klinik untuk dapatkan ubat sapu dan ubat makan tahan gatal atas alahan dia tu. Hu hu hu... Ataupun akan terjadi keadaan di sekitar kawasan itu depan dan belakang kesan kemerah-merahan serta seolah kulit dia di kawasan itu macam terbakar atau melecet. Acaner??? Adakah ada pilihan lain buat Farah? Tidak kannn? Kalau anda sendiri Farah yakin yang anda tidak akan berkira-kira untuk membekalkan anak anda dengan jenama lampin pakai buang yang serasi dengan anak anda asalkan anak anda tidak menerima segala kesan atau akibat daripada ketidakserasian pemakaian jenama lampin pakai buang yang lain. Tak sanggup lihat anak terseksa dan menanggung alahan. ~ Berkorban apa saja... Harta ataupun nyawa... Itulah kasih mesra, sejati dan mulia... #ehhh ha ha ha ternyanyi pula. 

Walaupun sekarang ini, Iman Firash masih lagi di dalam proses potty training secara berperingkat, jarang dipakaikan lampin pakai buang untuk latih tandas, akan tetapi bekalan lampin pakai buang masih lagi disediakan di rumah. Jika berjalan atau keluar ke mana-mana, Iman Firash masih lagi memakai lampin pakai buang. Disebabkan proses potty training dan disebabkan dah punnn nak mula bersekolah tahun 2017 nanti, pengetua tadika dah pesan supaya bekalkan lampin pakai buang yang jenisnya seperti seluar supaya mudah untuk guru. Farah, baru-baru ini telah mencuba satu lagi produk lampin pakai buang jenama HUGGIES yang agak baru beberapa bulan dipromosikan di pasaran iaitu HUGGIES Ultra Pants For Boys. Unik sikit produk lampin pakai buang yang ini sebabnya ada seggregation di antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kanak-kanak lelaki produk lampin pakai buangnya mempunyai spesifikasi yang tertentu mengikut gender dan kanak-kanak perempuan juga sama. Ia seolah-olah direka khusus mengikut nature kanak-kanak lelaki dan juga perempuan. Untuk lelaki, lampin pakai buangnya didatangkan di dalam warna biru. Bagi perempuan, lampin pakai buangnya didatangkan di dalam warna merah jambu. Alahaiii sweet-nya... Ha ha ha... 


Macam gini haaa rupanya pada yang belum melihat lagi produk lampin pakai buang berbentuk seluar yang terkini berjenama HUGGIES di bawah label HUGGIES Ultra. Comel! Ha ha ha... Sukalah pula kannn? Farah ni menengok design pada lampin pakai buang tu. Gambar-gambar tu. Ini semua pengaruh psikologi ni. Ahaksss... Suka dengan kartun comel-comel! Bukan comel tu yang penting yang sebenarnya, akan tetapi keserasian anak tu. Kannn? Itu selingan jer tu... Jadi boleh abaikan sekiranya nak abaikan... Ha ha ha... 



Masih didatangkan dengan ciri HUGGIES Ultra pada lampin pakai buang jenis biasa iaitu mempunyai ciri WET INDICATOR yang memberikan tanda bahawasanya sudah tiba masa untuk bersalin lampin pakai buang kerana telahpun basah yang memudahkan ibu ataupun bapa. :-). Farah suka dengan ciri lampin pakai buang HUGGIES Ultra yang ini, sebabnya sangat memudahkan Farah. Tak perlu nak rasa-rasa semua bagai, cuma selak dan lihat pada indicator sahaja. 



Tiada kesan kedut-kedut getah pada tubuh Iman Firash setelah lampin pakai buang dibuka untuk disalinkan kepada yang baru. Material yang digunakan adalah sangat lembut dan memberikan keselesaan yang sepenuhnya kepada si pemakai. Daripada pemerhatian Farah, sejak dipakaikan HUGGIES Ultra Pants for Boys ini, tidur malam Iman Firash lebih selesa nampaknya. Lebih lena dan lebih tenang Mommy dia ni nak buat apa jenis kerja sekalipun. Sebab memang benar-benar lena. Ternganga jer mulutnya. Benar selesalah tu dengan lampin pakai buang yang baru ni agaknya. 


Untuk lampin pakai buang HUGGIES Ultra berbentuk strap. Yang biasa dipakai oleh Iman Firash selama ini, sesekali ada juga berlaku kebocoran apabila Mommy dia terhanyut tidur tidak sedarkan diri seketika bila terlalu letih. Kebocoran tu mengakibatkan seluar basah dan alas tilam basah jugalah kan? Akan tetapi dengan HUGGIES Ultra Pants for Boys ni, belum pernah lagi berlaku kebocoran! Sukanya! Ha ha ha... Bila dah lalui pengalaman tu sekali, mencuba untuk kali kedua ketiga dan seterusnya. Yerlah, memang betullah... Tidurlah sepanjang malam pun tak apa! Tak bocor punnn... Walaupun lampin pakai buang tu dah berat dan wet indicator memang keseluruhannya dah berwarna biru. 

Yang menarik lagi? Bila bangun pagi, nak salinkan kepada lampin pakai buang yang baru? Surface atau permukaan lampin pakai buang yang dah berat dengan air kecil Iman Firash tu masih terasa kering. Patutlah lena semacam jer dia tidur. Sebab tak rasa basah dan selesa sangat pada dia. Thumbs up! Ini yang lagi Mommy suka ni! Wakakakaka... 

Awwww cekcinyaaa... Gambar pakai lampin pakai buang ajer! Iya dengan lampin pakai buang berbentuk seluar dari HUGGIES Ultra Pants for Boys ni, kadang-kadang bila cuaca panas melahar di rumah, Farah atau Nek Ma dia lebih memilih untuk sekadar pakaikan lampin pakai buang dan juga baju tanpa lengan. Bagi badan dia tu sejuk dan masuk angin sedikit. Dia pun memang lebih sukalah kan. Nak pakaikan dia lampin pakai buang pun tak adalah bergelut sangat bila mana dia memang suka menyakat dan acah-acah kami bila nak pakaikan lampin pakai buang. Kalau pakai jenis strap tu berperang jugalah kami kebanyakan pada masa. Masa nak pakai lampin pakai buang tulah, masa tulah dia saja sibuk nak buat benda lain. Tetapi dengan adanya lampin pakai buang jenis seluar macam ni. Sarung jer macam sarung seluar. Senang. Sarung dan betul-betulkan sikit dah siap. 


Sangat-sangat memudahkan kerja dan juga hygienic sebab pita pelekat ni dapat memperkemaskan lampin terpakai sebelum dibuang. Sekiranya anak-anak membuang air besar tidak perlu risau sekiranya sewaktu kita membawa lampin pakai buang tu, sambil berlenggang kangkung ke tong sampah nak buang kot-kot terlepas ke atau terbuka ke bungkusan lampin pakai buang terpakai tu yang mengakibatkan kerja kita bertambah nak mengutip dan nak membersihkan. Bila dah dilekat tentulah takkan terbarai entiti-entiti berbau itu kan? Ihiksss... 


Secara keseluruhannya, Farah sangat berpuas hati dengan performance dan apa yang diberikan oleh HUGGIES Ultra Pants for Boys. Bagi Farah walaupun harga pasarannya adalah RM42.00++ sebungkus tetapi sangat berbaloi dan memuaskan hati dan rasa menang memakai. Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah entri berbentuk advertorial mahupun pengiklanan berbayar, ini adalah coretan pengalaman sebenar yang Farah lalui sebagai seorang ibu. Yang mana Farah rasakan adalah penting untuk Farah berkongsi sesuatu yang mungkin dapat membantu ataupun memberi manfaat kepada pembaca Bubblynotes.Com. 

Sekadar pandangan peribadi, lain orang lain pendapat. Lain anak, lain keserasiannya. Bergantung kepada keserasian anak-anak kita juga. Mungkin serasi dan sesuai untuk Iman Firash, mungkin tidak pada anak anda yer tak? Tetapi Farah yakin dengan HUGGIES Ultra dan Farah percaya ianya dapat memberikan keselesaan kepada bayi serta anak-anak kecil yang lain juga. Dalam rating 1 sehingga 10, berdasarkan pengalaman Farah sendiri, tanpa segan silu, tanpa membodek, tanpa berfikir dua tiga puluh kali, Farah beri lampin pakai buang di bawah kategori HUGGIES Ultra tidak kira bentuk strap atau seluar 10/10. Farah juga syorkan semua ibu bapa di luar sana untuk mencuba produk lampin pakai buang di bawah kategori HUGGIES Ultra ini tanpa rasa was-was atau sebarang perasaan berbelah bagi. Tu diaaa... Tapi sungguhlah haiii... Betui ni... Kalau tak buat apalah Farah bersusah payah nak menaip panjang lebar dan bercerita kepada anda kannn? 

*Teacher Iman Firash di tadika untuk tahun 2017 nanti dah maklumkan, sekiranya Iman Firash masih memakai lampin pakai buang ketika sesi persekolahan bermula akan datang, Mommy tak perlu risau sangat. In Shaa Allah, sepertimana potty training ke atas anak -anak murid berusia 4 tahun sewaktu masih memakai lampin pakai buang sewaktu memulakan persekolahan mereka dahulu, masa yang diambil cumalah selama 3 bulan maksimum untuk anak-anak murid berusia 4 tahun benar-benar bercerai lampin pakai buang atau bebas lampin pakai buang sepenuhnya. In Shaa Allah, moga-moga dipermudahkan untuk Iman Firash juga nanti. Ada cara guru-guru yang tersendiri yang memungkinkan itu berlaku di dalam tempoh masa yang telah dimaklumkan kepada Farah. In Shaa Allah, Amin. Itu bermakna kannn? In Shaa Allah, tidak berapa lama jer lagi, beberapa bulan jer lagi Mommy perlu berbelanja membeli lampin pakai buang Iman Firash setiap bulan. Sekurang-kurangnya bila dah bebas lampin pakai buang sepenuhnya duit perbelanjaan lampin pakai buang tu dah boleh salur kot arah lain pula. Kannn? :-).  

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pandangan Peribadi: HUGGIES Ultra Pants For Boys , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, August 8, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY