Home » , , , , , » OFFICE Makeover? Biasalah Tu...

OFFICE Makeover? Biasalah Tu...


Bangun dah awal, sebelum Subuh lagi dah celik biji mata. Tapi tak jugaaaa... Tak jugaaa sempat nak bersiap sepenuhnya. Wakakaka... Mandi dah sejam...Solat Subuh... Siapkan bekalan makanan, bancuh susu anak, tengok lampin pakai buang anak dah perlu ganti ke tidak, terkedek-kedek pergi peti ais ambil jus oren (pagi-pagi dah minum air sejuk kannn? ), ambil supplement, ambil roti, ambil cheese... Ngap ngap mengunyag dan selesaikan segala apa yang perlu. Naik ke bilik atas, tempek bedak... Dengar jer bunyi motor besar jiran berbunyi, itu menandakan alarm kena bergerak cepat. Kalau tidak memang lewat nanti walaupun... walaupun office tu sejengkal cuma. Sejengkal tak sejengkal lah. 

Masa tu mulalah kelam kelibut ambil shawl sambil dah mula berpeluh-peluh. Panic attack! Ha ha ha... Sebab takut lewat... Walaupun dekat, walaupun cuma memakan masa 18 minit jer nak sampai sebenarnya, tetapi  jalanraya bukannya menentu. Nak keluar dari taman perumahan punnn dah makan masa berapa lama  dah. Berderet-deret panjangnya kereta beratur nak keluar dari simpang. Dulu bolehlah... Smooth ajer waktu pagi-pagi. Sekarang ni, kereta dah semakin banyak sebab kawasan pembangunan perumahan di sini developer dah berlumba-lumba bangunkan pembinaan rumah dan juga kedai-kedai. Ramai orang dah pindah sini dah sekarang. Berpadananlah dengan banyaknya kereta atas jalan raya tu kan? 

Bila dah panik, dah kelam kelibut membelit shawl mulalah berpeluh kan? Bha ha ha... Siapa suruh tembel sangat bersiap? Memang, itulah masalah Farah dari dulu sampai sekarang. Kalau nak bersiap sempurna tu memang makan masa yang agak lama. Sebab tu bila nak ke mana-mana, Farah kena tahu pukul berapa? Senang nak estimate timing nak bersiap! Sebab tu kalau nak ke mana-mana, kebiasaannya orang akan siapkan anak-anak dulu, tetapi Farah sebaliknya, mesti siapkan diri sendiri dulu sebelum siapkan anak. Sebab nak siapkan anak tu sekejap jer. Tak makan masa yang lama. Yang lamanya mak dia ni yang nak bersiap. Uhuksss! 

Sudahnya, yang asas jer... Asalkan dah tempek bedak di muka dan dah belit shawl dengan sempurna dan menjadi, keluar bergerak ke pejabat dengan muka separuh siap ataupun yang biasa kita sebut muka tak siap! Ha ha ha... Rushing lah ke pejabat. Kita masuk kerja pukul 8.00 pagi wak... Awalll... Jadi kurang-kurang 7.50 pagi dah nak kena sampai office. Bila sampai office tu mulalah... Beg laptop campak tepi dulu, hadap handbag dan mulalah terkorek-korek cari segala khazanah dalam beg tu untuk menconteng muka. Sedappp sikit kannn? Nak lengkapkan lukisan muka tu sebab ada penghawa dingin... Ahaksss... 

Pegang handphone asalnya nak buka aplikasi kamera, tapi tunda jap... Buka What's App, hantar mesej pada suami maklumkan yang dah sampai pejabat. Lepas tu tengok kalau-kalau ada mesej dari boss untuk tugasan hari itu. Orang lain sibuk sarapan pagi di office awak sibuk menconteng muka. 

 

 

Agak-agak dah nampak ok? Mulalah sibuk tengok shawl balik. Kotlah tersenget ke? Tak selesa ke? Tak betul ke? Masa nilah sibuk nak betulkan balik. 


Bila dah lengkap semua... Dah siap sepenuhnya... Terus ambil epal sebiji yang dibawa dari rumah dan ngap ngap kruk krak kruk krak sambil-sambil mula bekerja dengan membaca doa memulakan pekerjaan dahulu kemudiannya terus zasss semak e-mel, semak jadual boss, What's App boss untuk ingatkan semua temujanji dan maklumkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kerja yang perlu untuk dia tahu dan mulalah sibuk dengan pelbagai macam jenis tugas. Memang kebiasaan dah office makeover ni dan bukanlah satu perkara yang baru. Ha ha ha... 

Farah tidak se-simple mana pun... Memang kompleks sedikit... Selagi tak siap sepenuhnya rasa tak selesa nak bekerja. Bila dah siap barulah ada motivasi sikit nak bekerja. Ahaksss... Farah tak pasti kalau anda jenis yang begini juga... Sebab rata-rata yang Farah lihat semua lebih ringkas dan lebih cepat dari Farah. Farah ni jer memang lambat kalau nak bersiap. 

*Ingat, kalau nak meet up dengan Farah perkara utama yang paling penting adalah pukul berapa? Sebab Farah nak rancang masa bersiap Farah pula pukul berapa... Sekian borak-borak dan sembang kosong di pagi Selasa. ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel OFFICE Makeover? Biasalah Tu..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 9, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. heheh sama lah , apa apa pun kena tau pukul berapa and kat mana. so senang predict waktu. kalau dah lambat nanti kelam kabut

    ReplyDelete
  2. kerja saya,,kalau tak solek pon takpe,..sapu bedak lipstik je

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY