"My Little BIG SPENDER" & KIT BIJAK MENABUNG Dari myCEO


Kata-Kata Saidina Umar Al-Khattab:

"DIDIKLAH anak-anakmu supaya mereka boleh hidup di zaman yang amat berlainan sekali dari ZAMANMU"

A video posted by Farah Waheda Wahid (@farahwaheda) on

Itu teaser pada hari Ahad yang lalu... Ini cerita penuhnya yang ingin Farah kongsikan dan rasakan bermanfaat untuk semua ibu bapa di luar sana... 

Sewaktu kecil dulu, kalau nak dapatkan sesuatu tu, nak dapatkan apa yang diidam-idamkan atau diimpi-impikan sangat, TIDAK MUDAH! Bila mulut terbuka untuk menyuarakan kehendak hati, silalah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan jawapan sama ada akan dipenuhi ataupun sebaliknya. Walaupun, Farah ni adalah ANAK TUNGGAL, itu bukanlah bermaksud bahawasanya semua kehendak Farah akan diikut, dituruti dan dipenuhi. Tak ada maknanya ok? Ada yang dapat ada yang tidak. Bergantung kepada keadaan. Secara ringkasnya, SANGAT SUSAH untuk dapatkan satu-satu barang tu. Jikalah, jika diberi kelonggaran untuk mendapatkan sesuatu barangan tu, itupun kebiasaan amalan yang dipraktikkan adalah Farah perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kalau tak boleh nak penuhi syarat itu, tidak berjaya memenuhi syarat itu. Sila menangis di tepi bucu katil! 

33 tahun sudah berlalu, alamakkk! Cepatnya masa berlalu! Ha ha ha...Kadang-kadang rindu juga pada moment zaman kanak-kanak dulu kannn? Tapi apakan daya, masa tidak akan pernah berulang yer tak? Kini, dah pun bergelar seorang ibu selama 2 tahun 8 bulan... Sepertimana yang dikatakan oleh Saidina Umar Al-Khattab, sememangnya zaman Iman Firash dan kanak-kanak lain berbanding zaman Farah dan anda sewaktu kecil adalah ibarat langit dengan bumi perbezaannya. Ketara sangat kot? Anak-anak zaman sekarang secara jujurnya melalui pandangan Farah adalah JAUH LEBIH MEWAH berbanding dengan zaman Farah dan mungkin juga anda kannn? 

Gaya hidup masyarakat setempat pada masa kini yang sebenarnya banyak mempengaruhi kehidupan anak-anak pada masa kini. Jujurnya dulu sewaktu kecil, Farah tidak merasa memakai pakaian berjenama mahal ataupun di bawah label pereka fesyen dunia terkenal seperti Armani, Ralph Lauren, Burberry dan segala yang seangkatan dengannya. Paling-paling koman pun Kiki Lala, KIKO... He he he... Farah juga tidak merasa memakai kasut dan sandal mahal seperti kebanyakan anak-anak sekarang. Kecik-kecik lagi dah pakai CONVERSE ko... Kecik-kecil lagi dah pakai Doc Mart.... Untung anak-anak zaman sekarang, sebab ibu bapa sanggup berhabis wang ringgit berbelanja demi memberikan sesuatu yang terkenal dengan jenama dan kualiti. Bukan setakat tu sahaja... Dari sudut travel gear, ke main anak-anak zaman sekarang... Contoh paling senang car seat dan juga stroller... SPARCO lah, Britax lah, Quinny lah... Harga dia? Makkk aiii... Boleh cecah sampai ribu riban, ada yang belas ribu pun ada... Untungnya anak-anak zaman kini, di rumah ada di antara ibu bapa yang menyediakan kelengkapan taman permainan mini seperti papan gelongsor dan juga buaian. Iya, memang bukan semua ibu bapa yang menyediakan segalanya untuk anak-anak, akan tetapi ianya ada dan tiada di waktu Farah kecil dahulu. Bergantung kepada ibu bapa  dan juga untuk orang macam Farah ni, segala sesuatu tu adalah bergantung kepada nipis atau tebalnya poket juga... Ahaksss... 

Bagi Farah, apa yang boleh Farah sampaikan adalah caranya Farah menyediakan sesuatu untuk anak adalah sangat-sangat bersederhana. Sama ada dari sudut material, pakaian, permainan, kelengkapan, segalanya adalah cara sederhana yang ukur baju di badan sendiri dan cermin diri di hadapan cermin besar punyaaa! Akan tetapi, yang kelihatan mewah, yang menampakkan dia mewah sebenarnya adalah rezeki pemberian orang kepada dia sebagai hadiah dan juga rezeki hasil berblog yang sememangnya bertepatan waktu serta bersesuaian untuk dia. 

Walaupun bersederhana, dan jadi mewah dengan segala barangan permainan, kelengkapan serta pakaian dari sumber yang lain, itu pun dah cukup untuk membuatkan ada terbit sekelumit rasa bimbang di hati Farah. Pada usia 2 tahun 8 bulan... sudah pandai membuat permintaan  untuk ke kedai ataupun pasar raya. Pernah sekali tu, Farah menguji Iman Firash, bawa dia ke 7-Eleven dan biarkan dia bebas bergerak ke sana ke mari di dalam 7-Eleven. Farah ikut dari belakang dan perhatikan gelagat serta telatah dia dengan teliti sambil berfikir. 




Nampak tak? Nampak tak gambar yang sempat Farah rakamkan tu? Amboi sangattt... Nampak macam dah faham sangat dah dengan konsep berbelanja. Pusing-pusing, tawaf satu kawasan di dalam 7-Eleven tu... Sambil becok mulut, "I want thish one... thish one..."... Yang mana dia rasa dia nak dia akan ambil dan hantar ke kaunter bayaran lepas tu dia sambung quest dia lagi... Sampai agak-agak dah puas hati, baru dia berdiri di hadapan kaunter bayaran tu... Phewww... Pilih punya pilih sampai dah naik rambang mata dia tu.... Dah selesai, berdiri depan kaunter, tanpa berkata apa-apa cumanya bagi isyarat dengan memandang Mommy suruh Mommy bayar. Dikatakan masih kecil lagiii... Belum faham tentang nilai duit ---> Ya, mungkin benar. Tapi point-nya adalah... Tidak boleh dijadikan kebiasaan atau rutin sebab ada impak besar sepanjang hayat. Kalau dah dibiasakan dipenuhi segala kemahuan, kalau dah biasa "memanjakan dengan merosakkan dalam senyap" terlalu mewahkan dan serba serbi apa sahaja nak dibeli, dapat. Murah ke mahal ke... Semua nak beli... Tanpa ingat, nilai mata wang, tanpa tahu erti pembaziran... Yang akan jadi pening nanti ibu bapa. Bila sekolah, takut-takut nanti bagi duit belanja RM 5.00 waktu pagi, petang balik katanya dah belanja. Belanja ajerlah kerjanya... Yang perit sekarang adalah kita, perit akan datang adalah mereka... 

Makanya... 


Betul tak? Dah bijak belanja mestilah kena bijak menabung kan? KIT BIJAK MENABUNG? Apa tu? Haaa, nilah yang nak cerita ni,dari sepanjang-panjang membebel tentang zaman tok kaduk Farah dulu, sampailah ke ragam dan telatah Iman Firash yang sudah pandai berbelanja sekarang... Semua tu ada kena mengena tu, tu sebab Farah menaip teramatlah panjang lebarnya. Ada kaitan dengan perkongsian Farah tentang KIT BIJAK MENABUNG dengan situasi serta keadaan semasa yang sedang berlaku sekarang ni pada Farah. 

Risau weiii, sedari kecil ni lah nak lentur. Waktu tengah lembut nilah nak bentuk. Esok-esok kalau dah keras nak bentuk tu bukan tak boleh tapi makan masa dan cabarannya lainlah kan? Pada mulanya, memang Farah asyik terfikir-fikir bagaimanakah caranya yang terbaik untuk melatih Iman Firash mengenai nilai duit dan juga asas pengurusan kewangan agar dia faham bahawa duit tu bukan sepatutnya dibelanjakan sesuka hati. Duit bukan sekadar untuk berbelanja sahaja. Lebih dari itu. Al-maklumlah... Awak ni baru 2 tahun 8 bulan dan pertama kali bergelar ibu dan mendidik serta mengasuh anak supaya dapat menjadi orang. Memang banyak lah yang nak kena belajar dan cari ilmu. Buntu juga memikirkan cara yang terbaik

Sehinggalah Farah diperkenalkan dengan KIT BIJAK MENABUNG ni... Bagus ke? Pada Farah yang dah belek-belek dan dah study mengenai bagaimana nak menggunakan serta memanfaatkan KIT BIJAK MENABUNG ni, apa yang Farah dapat simpulkan ianya bakal menjadi sesuatu yang sangat membantu Farah! 

Mari sama-sama kita lihat apa yang terkandung di dalam KIT BIJAK MENABUNG... 



KIT BIJAK MENABUNG INI DIDATANGKAN DENGAN:

BUKU PANDUAN IBU BAPA


Buku ini memberikan panduan bagaimana untuk menggunakan KIT BIJAK MENABUNG dan juga tips atau teknik melatih anak-anak tentang ASAS KEWANGAN DAN KONSEP PENGURUSAN WANG menggunakan KONSEP SSB (SIMPAN, SEDEKAH, BELANJA) yang mana ilmu dan kemahiran ini tidak diajarkan di sekolah. Ianya menerangkan bagaimana cara-cara ibu bapa boleh memberikan anak-anak peluang untuk mengendalikan wang mereka sendiri sebagai langkah pertama menguruskan wang secara bijak. 

* Pssst...Nampak tak...Bukan anak-anak jer kena belajar, ibu bapa pun kena belajar sekali ok? 

SET 3 BUAH TABUNG IAITU TABUNG SIMPAN, TABUNG SEDEKAH DAN TABUNG BELANJA


Tabung ini adalah berfungsi untuk melatih anak-anak aktiviti menabung sebagai satu rutin kebiasaan dan juga aktiviti kegemaran mereka. Tugas ibu bapa adalah untuk mendidik anak-anak supaya menjaga tabung-tabung yang disediakan oleh KIT BIJAK MENABUNG dengan sebaik-baiknya serta menganggap tabung-tabung tersebut sebagai kawan baik mereka. 

Rekaan tabung yang bersifat lutsinar adalah sebenarnya dilakukan agar ianya dapat mempengaruhi psikologi anak-anak secara tidak langsung. 

TABUNG SIMPAN:
Semakin bertambah wang di dalam TABUNG SIMPAN semakin menaikkan semangat anak anda untuk terus menyimpan bagi mencapai matlamat mereka. 

TABUNG SEDEKAH:
Bagi menggalakkan anak-anak bersikap pemurah dan tidak lokek untuk berkongsi dengan orang lain.

TABUNG BELANJA:
Kalau wang di dalam TABUNG BELANJA sentiasa berkurang setiap hari ia boleh mempengaruhi psikologi anak-anak dalam berbelanja. Secara perlahan-lahan, ia akan mula membuatkan anak-anak berjimat cermat dan menjadi kurang boros apabila menggunakan wang. 

SET 4 BUAH BUKU SEBAGAI PANDUAN UNTUK ANAK-ANAK


Ada 4 buah buku yang disediakan untuk anak-anak di dalam KIT BIJAK MENABUNG: 

Buku Seronoknya Menabung!

 

Buku ini berfungsi untuk menerangkan tentang konsep asas wang sehinggalah kepada menabung. Kandungannya pada Farah sememangnya menggunakan struktur ayat yang amat mudah difahami dan ianya terbahagi kepada beberapa bab seperti MENYIMPAN & MENABUNG, SUMBER WANG, MENJANA WANG, KEPERLUAN VS KEHENDAK, MERANCANG WANG, MEREKODKAN WANG, MATLAMAT, JOM MULA MENABUNG! dan KESIMPULAN. 

Buku Matlamat




Bagus ni! Dedahkan anak tentang matlamat. Apakah maksud matlamat? Apa beza matlamat jangka pendek dengan matlamat jangka panjang. Latih anak-anak untuk mempunyai matlamat di dalam kehidupan. Hidup mesti ada visi dan juga misi. Setiap perkara yang dilakukan perlu ada visi dan misi supaya apa yang hendak dicapai tu boleh tercapai dan mendidik anak-anak bagaimana untuk menjadikan matlamat sebagai sesuatu yang realistik yang mana ia juga boleh dinilaikan dengan wang ringgit. 

Buku ini juga didatangkan dengan pelekat yang mana pelekat tersebut dilekatkan pada halaman catatan matlamat jangka pendek dan panjang yang bertujuan untuk menaikkan semangat anak setiap kali dia berjaya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 

Buku Bajet



Ini adalah untuk membantu anak memperkenalkan anak-anak mengenai bajet. Haaa, kasi faham sikit, kalau nak keluarkan satu-satu perbelanjaan tu bukan suka suka jer nak keluarkan duit atau belanjakan apa yang ada, kena ada bajet. Anak dapat belajar mengenai maksud bajet dan cara-cara untuk membuat bajet. Melalui contoh kira-kira yang ada, ianya dapat membimbing anak-anak untuk membuat perancangan kewangan mereka dengan sendiri. 

Tapi janganlah biarkan pula.... Ibu bapa juga perlu membantu anak-anak menyediakan bajet untuk mencapai matlamat mereka. Bimbing mereka jumlah yang perlu disimpan, beri motivasi dan kata-kata perangsang supaya terus bersemangat untuk menjalani program ini. Lama kelamaan nanti hasilnya In Shaa Allah, Farah rasa tidak mustahil anak-anak dapat mengatur dan mengawal perbelanjaan mereka masing-masing berdasarkan bajet yang telah mereka lakukan. 

Buku Rekod Duit Saya



Duit masuk, duit keluar, duit masuk, duit keluar... Farah suka! Ha ha ha... Ada laporan perbelanjaan yang membolehkan kita memantau perbelanjaan anak-anak dan ambil masa seminggu sekali untuk one to one session dengan anak dan bincangkan dengan mereka tentang keperluan dan kehendak di atas hasil pemantauan kita ke atas rekod perbelanjaan harian mereka. Cara bagaimana wang yang mereka anda mereka belanjakan dan simpan. Yang tak perlu tu, mungkin boleh nasihatkan anak supaya tak perlu membazir, kenapa, sebab apa, apa kerugiannya...Kenalah pandai-pandai guna psikologi kannn?

Pada waktu one to one session ni sebenarnya, kita sebagai ibu atau bapa boleh sama-sama duduk dan kira jumlah simpanan yang berjaya disimpan setiap hari dan jumlahnya dalam seminggu. Jumlah simpanan mingguan yang mampu dilakukan oleh anak-anak dari wang belanja mereka. Kemudian seterusnya, bila hujung bulan, sama-sama jumlahkan jumlah simpanan bulanan pula. 

CARTA UPAH



Ini adalah merupakan CARTA UPAH berbentuk magnetik yang boleh dilekatkan di pintu peti sejuk. Ianya adalah merupakan rekod bertulis bagi kerja-kerja di rumah yang dilakukan oleh anak-anak beserta nilai upah yang kita telah dipersetujui oleh ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak. LANGKAH PERTAMA UNTUK ANAK-ANAK BELAJAR MENJANA PENDAPATAN MEREKA SENDIRI. Haaa...bagi rasa sikit, yang duit tu bukan senang-senang jer nak turun dari langit macam tu.... Kena kerja baru dapat duit... Kena usaha baru dapat duit... Kalau tak, duit tak datang macam tu jer... Pengenalan kepada dunia secara perlahan-lahan. Tetapi bukanlah bermaksud nak mengajar anak-anak bahawa semua yang dilakukan mesti diberi upah sehingga menghilangkan sama sekali nilai-nilai keikhlasan yang sedia ada dalam diri mereka. Jangan yer! 

Cukup bahan-bahan, cukup segala rencah dan rempah, KIT BIJAK MENABUNG sangat PRAKTIKAL di dalam membantu anak-anak untuk belajar sedari usia yang awal:


MENGURUS DAN MENJANA WANG SECARA PRAKTIKAL

BERBELANJA DENGAN BERHEMAH

BERSEDEKAH KEPADA YANG MEMERLUKAN

BIJAK MENYIMPAN UNTUK MASA HADAPAN

Farah tiba-tiba terasa yang macam... Selain beli untuk kegunaan anak sendiri, bagus juga ni kalau jadikan sebagai hadiah hari jadi ke? Kepada anak-anak kenalan sewaktu menghadiri majlis hari jadi mereka. Sebab selalu buntu dan mati akal tak tau nak beli apa kannn? Dan guru-guru pun boleh masukkan KIT BIJAK MENABUNG sebagai salah satu hadiah sewaktu Majlis Penyampaian Hari Anugerah Cemerlang di sekolah ke? Atau untuk aktiviti Minggu Matematik di sekolah ke? Apa-apa sahaja yang bersesuaian. 

KIT BIJAK MENABUNG tidaklah dikatakan yang mesti-mesti anak-anak pandai terus dan mesti-mesti anak pandai sendiri di dalam asas kewangan dan juga pengurusan kewangan. Amalan menyimpan dan menabung sebenarnya bergantung juga kepada kaedah yang tepat, bahan yang sesuai, kesungguhan ibu bapa dan pemahaman anak-anak pada usia mereka masih kecil. Duit itu bukan segala-galanya, tetapi kita tetap perlu berusaha untuk mendapatkan wang bagi kegunaan kita seharian kannn? 

Bimbingan, panduan serta didikan untuk anak-anak tersangatlah penting, it's a life skills, kemahiran hidup... Yang sememangnya sedari kecil lagi perlu diterapkan. 

Jika anda berminat dan ingin mendapatkan KIT BIJAK MENABUNG ini untuk anak-anak anda, untuk MAKLUMAT DAN INFORMASI SELANJUTNYA:


Maklumat Lanjut Dan Pembelian Atas Talian:




What's App:  +6012-422 0677 

Telefon: +603-6151 6566 / 6555

Faks : +603-2726 2666

MENTOR NIAGA RESOURCES
No.27-1, Blok C, Bistari De Kota,
Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "My Little BIG SPENDER" & KIT BIJAK MENABUNG Dari myCEO, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, August 16, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. terbaek. elok utk diamal anak2..

    ReplyDelete
  2. Wahhh...Menarik nih..Saya just ajar Qaisara menabung utk simpanan je..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY